:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 30 April 2013

Spagetti Goreng

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


nak share resepi lagi boleh? walaupun saya tak hebat dalam masak memasak ni, insyaAllah sekarang dah senang hati melakukannya..hehehe.. kata nak kawin kan, xreti masak nanti cik abg kena makan luar je la.. hohoho..

perasan tak, sekarang ni saya suka sangat Up entry makanan.. pastu mula la sendiri terliur.. hehehe..

harini nak share spagetti pula.. saya tak tau nama masakan ni apa.. senang nak sebut, spagetti goreng je..




maaf la ye.. gambar blur2 sikit.. guna camera fon je.. 
kalau nak guna macaroni pun boleh.. camni hasilnya..





meh saya share bahan-bahannya & caranya ye.. kalau orang yang dah biasa masak, mesti kata saya ni baru nak reti masak kan.. xpelah, yang penting saya share pun dah dapat pahala kan.. =)

bahan-bahannya :-

- macaroni @ spagetti
- bawang merah 
- bawah putih
- lada hitam
- isi ayam/daging (boleh pakai daging kisar, atau cincang dadu)
- tomato (potong dadu @ kecil-kecil)
- daun sup (potong halus)
- sedikit garam
- sedikit cili blander (xnak bubuh pun xpe.. ikut masing2)
- sosej (xnak bubuh pun xpe..sebagai tambahan je)

cara-caranya :

- didihkan air & masak macaroni @ spagetti tadi sehingga lembut. setelah lembut, toskan.

- tumbuk bawang merah & bawang putih.
- tumbuk lada hitam (kalau pakai yang biji2)
- tumiskan bawang yang telah ditumbuk sehingga masak
- masukkan daging @ ayam, biarkan ianya masak
- masukkan cili blander
- masukkan lada hitam & sedikit garam

biarkan masak seketika

- masukkan tomato
- masukkan spaggeti
- masukkan daun sup

kacau sehingga rata..

dah siap!.. =)

senang kan?

*bahan-bahan ni sy tak nyatakan bape banyak sebab kita kena anggar kan sendiri berapa banyak kita nak masak tu..*

Dah Kenapa Tulis Camtu???

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. 


buka shoutbox, nampak benda ni!



perasan tak yang atas sekali tu? 
'Cinta itu racun perosak.. sayang itu indah'..

sapa la hamba Allah yang tulis camni?? dah kenapa tulis camtu?? ada saya suh ke? haaaaiii, ada je kan yng buat orang nak mara.. TAK PAYAH sibuk-sibuk tulis camtu..

cinta itu indah.. cinta itu besar maksudnya.. bukan cinta pada manusia semata-mata.. 

kalau xde cinta, mana nak terbit sayang???

bukan ke cinta & sayang saling memerlukan???

jangan main sedap je nak tulis camtu.. biarlah orang kata saya nak melenting pun.. suka sangat sibuk.. kang sy jadi snga btina kang, baru tahu..!

mood sy tgh x ok ni.. jangan ada sapa-sapa nak tulis cmtu ye.. bertegur sapa la dengan cara baik.

Doodle Saya Dah Siap!.. =)

assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca setia cinta itu indah.. =)

teruja sekejap bila tengok doodle saya dah siap.. free lagi tau.. 


see, cantikkan.. =)

saya suka sangat doodle yang comel-comel camni.. 

tima kasih fizgraphic.com sebab buatkan doodle ni.. =)

siapa yang join segmen ni mesti dapat doodle ni kan.. =)

Isnin, 29 April 2013

Perkongsian : Petua Untuk Mendapat Anak Soleh atau Solehah


sumber : facebook

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.

5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. 

6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.

7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8. Memberi pendidikan agama yang cukup.

9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.





Silakan SHARE jika ianya bermanfaat buat anda J

Ahad, 28 April 2013

Selamat Dimandulkan!..

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


cerita 2 hari lepas.. jumaat.. cepatnya masa berlalu.. esok dah isnin.. macam tak caya je.. macam tak puas cuti.. sobss..


4 ekor anak kucing jantan telah selamat dimandulkan..

time ni lebih kurang 2-3 jam camtu la lepas dimandulkan.. still lemah lagi.. yang hujung kanan tu still tak larat nak angkat badan.. gary.. gary..


ni la gary.. lembik je dia.. di antara 6 beradik, dia paling kecik.. manja.. lemah lembut.. ahaaaaks!.. :p


jojet.. time ni pun dia lembik.. gagahkan diri juga tu nak bangun..


adik combi.. haha.. kelakar kan nama dia.. panggil dia adik combi, tapi badan dia lagi besar dari adik beradik dia yang lain..

nama dia camtu sebab saya ada sekor kucing betina nama dia combi.. pastu adik combi ni rupa corak & warna dia sama ngan si combi tu.. maka panggil la ia adik combi..


gary.. kuarkan dia dari sangka.. masih xlarat bangun.. lembik noo kamu ni gary.. hehe.. sekarang sume dah aktif..


*dimandulkan pada hari jumaat.. bak kata mak, kena sunat pd hari jumaat yang mulia.. haha.. 

Sabtu, 27 April 2013

5 CPUV dah??

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


tadi buka akaun nuffnang lagi.. ntah kenapa tergerak hati..

sekali tengok ???



5 CPUV dah bertapak dalam blog saya???

ok..ok.. peranjat sikit-sikit je ye kawan-kawan.. haha..

saya pun terperanjat.. bila tengok details cerita tentang nuffnang saya ada 3kali je.. yang lagi 2 tu yang terkejut.. tp dah credited dah.. alohhhhh..

tanjat gegirl tau..hahaha..

ok-ok.. dah-dah.. nuff saja lettew nak bagi Suprise!!! .. maybe hadiah besday kut.. :p  :p

Gwiyomi by Bobo

assalamualaikum & salam sejahtera..
haii pembaca-pembaca setia disini.. :)


punya awal harini saya update kan? saja update awal..sebab esok banyak hal nak settle kan.. nak cari barang-barang adik yang training tu..



okay.. bobo buat Gwiyomi versi dia sempena hari lahir dia harini.. 

selamat hari lahir bobo.. terus pemes kau.. =)



*suka tengok gerak tangan bobo..lembut je.. kalah i okeh.. hahaha..*

jangan mara ye tetiba update story pasal bobo..hihihi.. just for enjoy.. ^_* 

Jumaat, 26 April 2013

Gwiyomi & Bobo Hots

assalamualaikum & salam sejahtera..
haii pembaca-pembaca setia disini.. :)


tergerak hati nak tengok apa keywords yang hots dalam minggu ni..

erm...


tudiaa, gwiyomi & bobo menguasai.. memang hot pun 2-2 ni kan.. =)

alhamdulillah.. nampaknya gwiyomi versi islamic menjadi pilihan pencarian.. =)

CPUV Ke-3 ?? Alhamdulillah..

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


salam jumaat.. syukur alhmdulillah diberikan rezeki lagi dalam dunia blogging.. rezeki untuk CPUV ke-3 sepanjang berblogging ni.. mungkin orang lain dah banyak dapat.. tapi saya kan masih baru lagi..

tergerak hati nak buka akaun nuffnang.. saja-saja buka.. sekali terkejut tengok dapat CPUV lagi.. macam tak percaya pun ada.. yang kedua haritu pun baru dikreditkan pada 17 april 2013.. sehari lepas hari lahir saya..

syukur alhmdulillah..


24 april dapat lagi yang baru.. terima kasih pada KL Sogo April 2013 Online sebab sudi berada dalam tapak blog saya.. =)

alhmdulillah.. rezeki untuk hari jumaat yang indah ini..



*dalam tengah taip entry ni, datang sorang lelaki ni.. minta sumbangan.. dia oku.. then isteri baru meninggal.. saya tahu saya bukan orang kaya.. gaji pun belum masuk lagi.. memang kering dalam purse saya.. tapi memikirkan sumbangan yang saya beri tu boleh membantu sedikit sebanyak, moga-moga Allah memberkati..

bak kata orang.. betul ke dia tu minta sumbangan.. bagi saya, yang penting saya ikhlas kerana Allah Taala..amin..**


Tak Tergeliat Eh Lidah Korang???

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


salam jumaat.. rasa macam dah lama tak bebel-bebel kat diari hati ni kan.. ermm, ketandusan idea.. so, saya blogwalking je la..

harini tetiba nak update.. tadi curi-curi masuk fb someone ni.. fb sapa? hahaha.. xyah la tahu siapa empunya fb tu tau.. hihihi.. pastu dari fb tu, buka la fb someone ni.. kiranya nya macam kenal tak kenal je.. yang penting bukan fb kawan-kawan blogger ye.. takut pula kang nanti ada yang terasa..

masuk fb tu rasa kelakar pun ada.. kelakar giler bila baca status-status yang ditulis.. opppss, harini entry mengumpat eh?? ish..ish.. hari jumaat ni cik mimie.. ;)

sebenarnya saya bukan nak mengumpat sapa-sapa pun.. cuma saya rasa kelakar sebab apsal la budak sekarang ni kalau menulis tu dah tak reti elok-elok.. geli ok.. geli giler.. maaf la kalau ada yang terasa..

saya tak bape berkenan dengan ayat budak sekarang ni.. contohnya camni.. 'awk, itew emam arr.. rndu angat kat awk.. hooooii.. apa kes bahasa camtu?? kat sekolah dulu cikgu korang ajar camtu eh?? tak tergeliat lidah ke??

ayat lain camni.. 'uat mace nyh, akuh tanak pk pcal awex-awex ni.. cerabut.. hooooii, rasa nak lempang-lempang je ok..hahaha.. punya la bantai gelak duk baca.. geram ada, geli hati pun ada..

korang, please la ye.. guna la ayat elok sikit.. benci betul guna ayat camtu.. adik sy yang last salah sorang yang guna ayat camtu.. rasa macam nak lempang-lempang aje ok.. kadang dia bagi mesej tulis camtu.. jenuh nak paham kalau ayat tu berjela.. kadang tu bila dah jumpa dia sound juga la.. yang ko pergi tulis ayat camtu apahal..dah tahu akak ni xreti bahasa camtu.. haha

kadang tu memang geram je.. benda simple pun boleh dirumitkan kita untuk membaca nya.. please ye adik-adik.. jangan guna bahasa camtu.. kang korang buat karangan  kat sekolah tertulis camtu.. mau kena sedasss ngan cikgu korang..

kalau ada kawan-kawan yang sebaya saya ke, pangkat kakak atau abang pada saya yang tulis camtu pun, elok la diperbetulkan.. saya salah sorang yang tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baca perkataan camtu.. kalau ayat ringkasan pun sama.. kadang2 benda tu boleh buat kita salah paham..

sebab tu saya menulis dalam blog ni, saya lebih suka menulis penuh dari ringkas-ringkas.. menyusahkan nak membaca..


*budi bahasa budaya kita* ehhh.. tetiba je.. ^_*

tima kasih sebab baca entry saya.. =)




Khamis, 25 April 2013

Hutang Blogwalking Ke-3 Selesai :)


assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


harini kerja x banyak.. eh.. macam xde kerja je.. bos pun xdatang.. audit pun sama.. makanya harini dapat la berblogwalking.. bayar hutang blogwalking.. 

jangan tanya bape nilainya tau..hahaha..  x terkira dengan kalkulator dah.. 

selesai blogwalking semua peserta segmen  dari blog aini zakaria.. mungkin ada la 4-5 orang yang saya tak tinggal jejak.. maklum la, masuk-masuk tuan umah dah pindah.. alamat baru xdak.. so xmai dah la ye.. hihihi..

so, harini boleh la kut berblogwalking mana yang mampu sambil terjah tinggalkan jejak kat blog kawan-kawan.. tunggu je la blog sapa jadi mangsa terjahan eh.. hihihi..


Rabu, 24 April 2013

WW : OHH CENDOL !

assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)






sedapnyaaaaaa la hai cendol.. tp buh ais camni xbest.. suh ais kisar baru sedap.. 
dah..dah.. tengok sikit je.. nanti terliur..hihihik