:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Selasa, 11 Julai 2017

Syawal 2017 - Raya Pertama | 25 Jun 2017

Syawal 2017


Raya Pertama | 25 Jun 2017


Assalamualaikum.. Selamat Pagi..
Harini nak imbas balik cerita raya boleh? 17hari dah kan syawal berlalu. Mood raya pun dah berkurang.. Sedihnya rasa.. 😥
Walaupun raya itu sebulan..

Isnin, 28 September 2015

'Perjumpaan Setahun Sekali'..

Assalammualaikum.. Hai readers..

Cerita pasal raya haji baru ni. Random la segala cerita ye. Kalau panjang berjela pun, harap bertabah je la baca. Hehe.. Sebab malas nak buat banyak entry. Sekali harung je eh..

Raya haji tahun ni tahun kedua tak beraya sekali dengan ddy zara.. Sebabnya saya balik awal ke ipoh. Ddy zara nak pergi kursus. Tahun lepas sebab dalam pantang. Heee..
Ddy zara beraya di melaka.. So tahun ni masing masing beraya di perantauan la .. Hehehek..


Tahun ni puas juga la dapat makan macam macam. Tahun lepas peratiiiiiii je makanan best best.. Pastu bengang. Haha.. Tahun ni pulun. Dengan zahra sekali dok kaki makan kat sini. Lemang pun dia merasa sama. Takde la makan sampai kenyang pun.



Menu raya tahun ni simple je.. Tapi syok la dapat makan apa yang mak masak. Ada laksa. Rendang ayam. Lemang. Lemang ubi. Kek asam manis. Pastu mak rajin, ada buat kerepek pisang. Bahulu abah order dari kawan. Hambek.. Memang kenyang perut la. Saya dok repeat lemang + rendang je la. Sebab dari ngandung tertahan tahan nak makannya.




Habis cite bab juadah, cite pada hari kejadian pula. Pertemuan setelah setahun dengan kawan katil sebelah masa kat ward bersalin. Anak kami lahir pada hari yang sama. 18 sept. Cuma beza nya tang masa je la.. Alhamdulillah.. Perancangan berjalan dengan baik. Setahun sekali agaknya dapat berjumpa. Tu pun kalau Allah izinkan. Maklumlah, masing masing dduk jauh kan..


Tahun ni Alhamdulillah rezeki dapat jumpa balik. Dapat temukan zara dengan twins dia nih. Hihihik.. Moga akan datang pun diberi keizinan jumpa lagi.. In shaa Allah.  :)


Mekasih wahida, husband and comel mama-qaseh sebab datang umah mama.. Moga ukhwah yang terbina akan kekal sampai bila bila dengan sebaiknya.. In shaa Allah..

                 ~throwback setahun yang lalu~

Khamis, 24 September 2015

Salam AidilAdha

Assalammualaikum..

Salam Aidiladha buat semua kenalan serta silent readers blog 'Cinta Itu Indah'..

Andai ada salah silap yang menguris perasaan, ampun dan maaf ye..


** Tahun ni tahun kedua beraya aidiladha tanpa ddy zara..

Ahad, 26 Julai 2015

Tragedi Kek Raya!

Assalammualaikum.. Hai..

Kisah penghujung puasa haritu. Nak buatkan la kek raya tuk mil. Sebab saya kalau nak meng-cookies memang la takde masa. Yela, tumpuan kena ada kan. Dok baking cake ni pun zahra dah menjerit jerit.

Kisahnya buat kek oren dulu. Saya kalau buat kek oren mesti tak jadi. Haha!! Tak tahu napa. Mesti lembik. Main bedal je kut resepi yang ada. Last last lembik. Nanti nak minta resepi dari kawan la, nak tanya macam mana dia buat kek oren besday adik yang sedap tu.

Ok.. Back to the story. Kek oren saya sebenarnya ada coklat sikit atasnya. Lupa nak snap sebelum masuk oven. Pastu masa dah nak masak saya check. Tengok lembik lagi bahagian tengahnya. So tukar la kepanasan api tu. Ambik belah atas pula. Pastu tinggalkan jap je dalam 5minit sebab nak makan nasi. Tapi suhu kepanasan tu dah dikurangkan.

Sekali tengok, rentung!!! Haha.. Tak tahu gelak ke nak nangis tengok kek tu. Terkejut habis dibuatnya. Ddy zara suh buang je kek tu. Haha. Idea paling bernassssss.. Nasib la sel sel otak i masih berfungsi. Taklah nak terus humban dalam tong sampah.. Kikis yang hangit then alter la mana yang boleh. Alhamdulillah.. Berhasil. Kikiki..

Penuh sepiring kecik kerak kek tu..



Esoknya buat lagi 1 kek. Kek pelangi 3kaler tu je. Buat yang simple simple je sebab nak buat yang rumit karang makan masa. Dengan zahra lagi yang tak boleh ditinggal lama. Buat kek yang ni ambik tindakan lebih berhati-hati. Taknak rentung juga. Hehe..



Alhamdulillah. Keknya elok cantik. Actually saya tak pernah masak kek lagi guna oven saya tu. So tak dapat nak agak kepanasannya. Maklumlah, oven baru ni kepanasannya lain kan? Hope lepas ni buat kek lagi janganlah ber'tragedi'.. Hehehe..




*syukur kek nya licin.. Hihihi..

Rabu, 22 Julai 2015

WW : 3Tahun Yang Lepas

Assalammualaikum.. Salam Syawal buat semua..



Alhamdulillah.  Masih dapat bersama mereka semua..

Isnin, 20 Julai 2015

Tragedi Raya..!

Assalammualaikum.. Salam syawal..

Alhamdulillah.. Tahun ni dapat beraya lama sikit dengan mak. Tak la sampai seminggu pun. Tapi jadi la tuk beberapa hari dapat tido kat kampung segamat ni. Dah lama kut tak tido kat segamat ni. Last tido kat segamat ni raya tahun lepas. Tu pun tido semalam je. Kat umah mil tu kerap dah. Paling tidak sebulan sekali mesti balik sana.

Tahun ni raya pertama di melaka dulu. Sebab mak balik segamat lambat. Raya kedua Baru saya balik segamat. Bermula raya kedua dapat la beraya ramai ramai. 5buah kereta juga la kitorang konvoi beraya. Pusing kampung dalam. Ya Allah.. Rindu suasana masa sebelum kawin dulu.

Round kampung ramai ramai. Tahun lepas tak berkesempatan. Sedih okeh! Sedih sangat! Tak perlu gitahu sebabnya napa. Biarlah hati ini saja yang tahu. Haha!
Ehh, back to the story. Lepas raya ke kampung dalam, terus kitorng gerak ke palong 2. Umah pakcik. Sampai malam juga bertapa kat situ.

Disebabkan palong 2 dengan kem tak jauh, malam tu terus saya balik kem. Haha.. Nak mandi punya pasal. Panas berlengas dengan zara pun dah tak selesa mamanya ni dah bau masyam. Zara dah standby baju takpe la. Disebabkan dari kem nak balik segamat sejam juga, malam tu kitorng tido je la kat kem. Mihmihmih.. Tak feeling raya dah.

Raya ketiga yang penuh tragedi!

Raya ketiga saya gerak balik ke segamat balik. Sebab nak pergi raya ke Muar, johor. Umah pakcik saya. Pergi sana 3kereta je. Gerak dalam pukul 3+petang. Sampai sana pun dah dekat pukul 6petang juga la. Allah, seronoknya jalan raya ramai ramai, jauh jauh. Yela, kalau bukan dek kerana raya, tak sampai ke Muar tu.

Haaaaaa.. Nak gerak balik tu, tetiba ada 1 tragedi tak diduga! Yela.. Malang kan tak berbau. Masa nak gerak balik, ntah macam mana ddy zara ambik kereta. Masa tu malam. Dalam pukul 8. Dah gelap. Ntah la saya pun tak tahu macam mana situasinya, ddy zara terjelepuk masuk dalam longkang kecik kut. Adoii, tak tahu nak cakap camne. Nak kata parit bukan parit. Tak la dalam mana. Tapiiiiii.. Paras betis juga kut.

Tayar sebelah penumpang termasuk situ. Syukur saya tak masuk awal dalam kete. Risau kan kut kut kete tak imbang, terbalik. Allah.. Syukur Allah lindung saya ngan zahra. Sebab ddy zara ajak masuk sekali. Tapi saya taknak. Kebetulan gelap. Risau kan sebab bawak bby. Tak sangka pula perkara lain yang jadi .

Takde sapa pun terdengar masa kereta terjelepuk tu. Padahal sume kat luar rumah. Mungkin masa tu ddy zara slow. Bayangkan la kereta macam tu.



Nasib baik ramai lelaki. Ramai boleh tolong. Pastu ada jiran tolong. Ada pkcik kut.. Ehh.. Ke nak panggil abg eh, dia tolong panggil kawan. Kawan dia ada lori. So tarik dengan lori Alhamdulillah la kereta boleh naik. Adoiyaiii.. Dugaan.. Dugaan.. Syukur la kereta tak apa apa..

Alhamdulillah.. Juga kereta pun boleh bawak macam biasa tanpa menjejaskan apa apa. Dapat sampai Segamat balik dengan selamat.

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Lebaran

Salam Lebaran

Assalammualaikum.. Salam syawal buat semua kenalan yang mengenali diri ini.

Seandainya ada salah silap yang disengajakan atau tidak, moga dimaafkan..

Alhamdulillah.. Tahun ni beraya bertiga dengan my princess.. Syukur alhamdulillah.. Diberi rezeki yang sangat indah.



Update panjang bab raya nanti la ye. Kasi intro dulu.. Hehehe

#MasjidTanah,Melaka

Khamis, 14 Ogos 2014

Throwback : Kenangan Pertama Puasa & Raya Di Kem.

Assalamualaikum..

Tajukkkkk.. tak beringat. Beriye sangat la throwback nya tu. Haha!.. Boleh la kata throwback ye. First time kan alaminya. Tahun pertama dok berpuasa jauh dari family. So bila tercatat kat sini, nanti kut-kut la dah 3-4 tahun akan datang terbaca balik, haaaa, tahu la situasinya macam mana kan? Ada beza ke tak.. Ye dok?

Pertama kali berpuasa dengan en.suami.. sebelum ni kalau dok dengan family, haremmm la nak bangun awal tolong mak masak time sahur ke buat pape yang patut. Tapi bila kena turn sendiri ni, baru tahu. Nasib la saya ni jenis memang bangun sahur. So tak susahlah nak bangun pagi.. *Yelaaaaaa sangatkan*

Hari first sahur, tido malam ni dok beringat-ingat tau. Kunci alarm banyak-banyak kali. Takut tak bangun punya pasal. Tahu-tahu je la.. time tu baru masuk 7month. So dah kira sarat juga kan. Takut nanti tak larat nak bangun ke apa, jadi kena la alert2 sikit. Tido pun dah macam tido ayam je rasa.

Macam nasi saya masak siap-siap. Sebab takut terlambat jaga, nasi dah ada kan. Tinggal panaskan lauk je. Disebabkan puasa first, lauk yang makan semalamnya ada lagi. Jadi senang la sikit. Terbangun pukul 4setengah ke, 4.45 pagi pun takpe. Bila dah masuk hari berikut-berikutnya, situasinya sama juga. Malam-malam masa orang terawih saya masak nasi siap-siap. Masak lauk siap-siap. Time berbuka kami tak terus makan nasi.

Jadi tak la kena kalut-kalut sangat nak masak time berbuka. Time puasa kalau berbuka mesti nak kena ada kuih. Kuih selalunya beli je. Kecuali la kalau kuih buah Melaka ke, saya buat je la sendiri. Bukan susah pun, kan. Pastu masa bulan puasa haritu kan tengah ada perlawanan bola pepagi kan, kadang senang sikit nak bangun. Sebabnya en.suami dah bangun dulu. Jadi dok dengar bunyi tv, senang la bangun.



Pernah juga la sekali ke 2kali terbangun lambat. Tengok jam dah pukul 4.50pagi. kalut tak beringat. Nasib la nasi dah masak. Lauk main hentam je la masak. Haha!.. goreng telur je, pastu goreng sayur. Siap. Lagipun kami berdua tak lalu mana pun nak makan pepagi. Saya memang tak makan banyak. Sebabnya lepas makan nasi, saya mesti nak makan roti yang Rm0.70 tu.

Ehhhh, panjang pula cerita pasal sahur. Kahkahkah!.. kalau dari segi situasinya pula, umah saya ni dekat dengan surau. Senang kata turun tangga, jalan sikit dah sampai surau tu. Kat surau tu ada buat terawih. Jadi malam-malam memang dengar dengan jelas la segala bacaannya. Dorang habih kul bape pun tahu. Syahdu je rasa. 

Budak-budak pula bukan kemain riuh rendah dok main mercun. Saya kan masak time orang tengah terawih. Siap terkejut-terkejut dibuatnya. Erm, sebelum orang dok fikir bukan-bukan kenapa saya tak pergi terawih, baik saya bagitahu ye. Saya tak larat nak turun naik tingkat 4. Umah memang tingkat 4. Tapi secara total bila kira naik tingkat 5!.. sebab bawah sekali tempat parking. Tak larat ok nak turun naik banyak kali. Dah la dah sarat. Dengan keadaan berpuasa lagi.

Ok, berbalik pada kisah budak-budak tu, dorang main mercun apa saya tak tahu la. Tapi meletupnya bukan kemain kuat. Sampai baby dalam perut ni pun boleh terkejut tau. Ni bukan tipu. Sebab tetiba je baby bergerak kuat macam terkejut2 tu. Senang cite, kalau ayah dorang letupkan meriam, anak letupkan mercun dalam botol/tin kut. Hebat. Takde pula terdengar ada budak-budak kat sini putus jari ke apa. Expert.

Tu kalau budak-budak. Kalau yang budak remaja pula merempit tak kira masa!.. seteresssssss okeh.. bingit telinga. Start petang sampai ke waktu berbuka dorang merempit. Pastu lepas maghrib sambung lagi. Sangatlaaaaaa menguji kesabaran. Sekarang ni baby tak kuar lagi takpelah. Nanti kalau baby dah kuar, tak tahu nak kata camne. Jangan baby asik melalak tak boleh tido sudah.

Sampai sekarang ni pun dorang asiklah merempit. Tak dapat bayangkan lepas ni ada baby camne. Pastu suasana raya kat sini pula, masa raya ke-2 haritu saya balik umah kejap. Bawa family datang umah. Senyap sunyi je kat sini. Ya Allah.. tenangnya rasa. Best je. Tapi kalau tak dapat balik kampong confirm syahdu juga.. haha..

Tapi bila raya ke-4 orang dah start kerja, takde la rasa sunyi mana dah. Okey je. Yang bestnya cerita pun banyakkan, so dengan amannya layan tv la sampai ke malam. Saya tak kemana sangat pun. Jiran-jiran bawah pun saya tak berkunjung. Bukan sombong ye. Tapi tak kenal pun salah 1 sebab. Then kebanyakkannya masih balik kampong kut. Umah senyap sunyi je..

Tu la antara pengalaman pertama saya berpuasa dan beraya di kem. Situasinya berbeza kalau duduk kat taman. Orang mesti nak berkunjung. Macam sekarang ni takdelah orang berduyun-duyun datang ke umah pun. Ada pun kawan en.suami husband and wife sorang tu je. Tu pun bagitahu. Ada juga la benda yang boleh dimasak. Lagipun kalau ada orang berduyun-duyun datang umah tanpa henti, mau pengsan saya dibuatnya. Haha.. sebabnya dah 8month kan. Serius, tak larat sangat rasanya sekarang ni. banyak rehat je.

So, next time kita tengok situasinya macam mana pula ye. Harap-haraplah diberi keizinan kesihatan dan sebagainya untuk bertemu dengan ramadhan dan syawal akan datang.. insyaAllah..



Ahad, 10 Ogos 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum..

(Entry ni ditaip awal ye)

Selamat hari raya semua.. masih dalam mood raya ke awak-awak semua? Saya mood raya kureng dah.. haha! Jangan ditanya la kenapa. Maybe sebab tahun ni tak larat nak beraya kut. Maklumlah bawa perut tahun ni kan.. hihihiks! :p

Hope raya tahun depan meriahlah. Nak-nak si kecik ni pun dah kuar. Time tu pun dah besar sikit dah. Dah boleh collect duit raya.. ‘ehhhhhhh..haha
Cerita raya saya tahun ni, tahun ni tahun pertama beraya dengan title seorang isteri.. aauuuww… :p

Tahun ni juga tahun pertama kasi can kat en.suami beraya umah mak dia.. baikkan menantu sorang ni.. :P takde pun nak gado-gado balik kampong sapa dulu. Haha.. sebabnya apa tau? Bulan 8 ni saya dah nak balik ipoh. So dapatlah luangkan masa nanti dengan family saya. So tak kisahlah tahun ni beraya di umah m.i.l dulu.

Tahun pertama beraya di umah m.i.l  rasa macam kekok juga. Tapi buat biasa je. Time raya haritu baby baru masuk 33week. Raya tahun ni tak kalut. Ehhh, tak kalut saya disuruh itu ini. Dapat juga rehat2. Takdelah goyang kaki 24hours ye. Ada juga tolong-tolong. Tolong mana-mana yang boleh je la. Tapi bukan ngelat tau.. segan pun ada sebenarnya.. tapi sebab tak tau nak tolong apa, jadi xde la buat apa sangat.. hehe

Rasa macam kelakar juga nak berjalan banyak dengan keadaan dah sarat ni. bangun duduk, bangun duduk rasa lenguh juga badan. Hehe.. raya kat umah m.i.l tenang je. Maybe sebab family en.suami tak ramai. Then ada adik beradik dia yang tak balik. Rasa lengang je. Kalau kat kampong saya, jangan dikata laaaaa.. riuh yaaaaa amat.

*salah sorang ALK saya masa kerja di kop. tak sangka rupanya ada kaitan sedara dengan keluarga en.suami*
abaikan muka yang sememeh tu ye. sebab time ni dah nak masuk asar kut. penat. muka berlengas. haha.. tak dan nak tempek bedak dahhhh.. muka xdapat tido malam pun iye ni.. hukhuk.

Tahun ni mood nak berselfie pun takde. But I’m not selfish ye.. haha.. gambar ada la 2 keping kut camtu. Tu pun suh adik ambik kan. Kalau tak, xde juga la kenangan. Ntah kenapa la malas sesangat nak bergambar. Hope tahun depan sempatlah bergambar bertiga. insyaAllah.. J

Raya tahun ni juga baby dalam perut dah jadi perhatian. Hehehehe!.. comel sangat awak ni tau baby. Terkejut orang bila tanya pregnant dah bape bulan. Bila cakap 8bulan, orang macam tak caya. Sebabnya kata perut kecik. Ate dah mamanya badan idak besar mana kan, macam mana perut nak membesar bagaikan juara. Hehehe!

Ada yang ramalkan awak ni baby boy. Amin.. mudah-mudahan.. J kalau baby boy lompat bintang la daddy awak tu nanti.. hahahak!.. :p
Mama awak pun suka. If awak kuar nanti girl pun tak kisahlah. Janji awak sihat ye baby. Berserah je la.. semuanya kuasa Allah.. J

Raya kedua pula gerak balik segamat. Balik beraya dengan family saya pula. Tapi sebelum sampai segamat tu sempat juga la menyinggah ke Palong 2 umah pakcik saya. Beraya ke sana. My mum gerak dari segamat. Saya & suami dari Melaka. Jumpa di Palong. Senang. Sedara mara lain x ikut pula. Sebab dorang ada tugas kena masak-memasak. Hehehehe..

On the way nak ke Palong. Raya Kedua.

Lepas balik dari Palong, sempat bawa mak abah adik-adik ke umah kaurters yang kitorang duduk ni. saja tunjuk umah kat mereka. Lagipun dah 1 jalan kan. Senang. Alhamdulillah.. family saya dah sampai umah yang kitorang duduk. So takdelah dorang tertanya2 rupa mana umah yang kitorang duduk ni.

After that, terus gerak balik segamat. Kat segamat xde kemana pun. Sebabnya ada sedara mara kitorang nak mai umah. Sampai ke malam tak dapat gerak mana-mana. Dok berkumpul ramai-ramai. Ya Allah.. meriahnya jangan dikatalah. Sampai nak mandi pun tak sempat tau. Haha! Maksudnya nak mandi pun dah malam la baru rasa aman sikit. Bukan tak mandi langsung ye..

Raya ke-3 gerak ke Melaka balik. Haha.. kelakar betul. Boleh pula sana sini kan. En.suami ajak balik sana. So gerak je la ke sana. So saya dapat luang masa kat segamat sekejap je la pun. Tapi takpelah.. nanti ada masa boleh balik sana lagi. Tak jauh pun dari gomeh ni..

Raya ke-4 en.suami dah kena kerja balik. So duk la diam-diam kita kat kaurters ni. hehe.. bila dah balik umah sendiri, mulalah tugas harian kita balik. Masak, masak dan memasak.. ehhhhh.. banyaknya masak. Haha!.. *tipu*

Alhamdulillah.. selesai raya tuk tahun ni walaupun raya belum habis lagi. Hehe.. disebabkan mood raya xde, jadi takdelah nak beraya ke sana sini pun. Tapikan………. Tahun ni tak dapat nak makan lemang banyak-banyak. Sebab fikirkan baby. Yup, kerana baby. Sebab apa yang saya perasan, bila saya makan kuih berpulut, baby jadi kurang gerak. Maybe dia pun ngantuk je kan..Masa bulan puasa lagi dah perasan dah. So terpaksa mama korbankan perasaan nak makan lemang banyak tahun ni. tahun depan kasi pulun.haha

Then disebabkan bulan puasa haritu terngidam-ngidam nak makan kuih raya kan, so bila dapat makan macam-macam biskut raya, nikmatnyaaaaaaaaa la haiiii!!!!..
Raya first tu memang saya banyak makan biskut raya. Sekali hambekkkk, baby bukan kemain melompat-lompat dalam perut. Sampai rasa nak gelak pun ada. Geli sesangat. Daddy dia pegang perut pun bukan kemain lagi respon dia. Seronok sangat dapat makan biskut raya kan. Hehe

Tu je la cerita raya saya tuk tahun ni. sekadar beraya di umah m.i.l buat pertama kali, beraya dengan baby dalam perut, kena berkorban dari makan lemang.. haha..
Paling sadis xde gambar raya. Adehh..

Tak menarik langsung rasa raya kali ni kan. Takpe-takpe.. janji raya tetap raya.. kan..kan.. J nanti raya haji kita beraya betiga ye baby.. InsyaAllah..

Isnin, 28 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan yang dikenali..

Alhamdulillah.. setelah sebulan berpuasa akhirnya kita bertemu di pagi syawal nan indah ini..
Tahun ni raya pertama saya di rumah mertua. So tak perlu nak pening-pening nak raya kat mana. Hehehe..

InsyaAllah juga raya pertama ni my mum akan datang beraya kat umah my mother in-law. So saya dapat beraya dengan kedua-dua mak la.. hehe..
Niat mak saya nak menjengah la besannya..

Mood raya saya tahun ni slow je.. Mungkin sebab keadaan diri kut. InsyaAllah tahun depan meriah la dengan kehadiran si kecik ni..

So, dikesempatan ni saya nak Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.

Seandainya ada salah dan silap saya sepanjang saya kenali awak semua, harap dimaafkan ye.. Jika ada komen-komen yang mengguris perasaan, harap dimaafkan..


0-0  ye.. J

google

Jumaat, 25 Julai 2014

Persiapan Raya..

Assalamualaikum..

Lagi 2hari je dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan baby..

Syukur baby memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu. Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu terpaksa 1/2 hari je..

Bercerita pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada yang tak complete lagi.

Baju raya : En.suami belikan sepasang. Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha

Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.

Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha

Tudung dan aksesori : Takde mood nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle aje.. Kehkehkeh

Kuih/biskut raya : Tahun ni tak buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya. Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah

Persiapan umah : Tak buat pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha.. Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..

Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..

Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..

Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T

Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p


Rabu, 14 Ogos 2013

Kisah Raya Pertama [Muar]

Assalamualaikum buat teman setia disini.

Sebelum memori ni ingat-ingat lupa, nak tempek la sikit kisah beraya kat Muar pula. Lepas selesai beraya kat Melaka, kitorang- 5 buah kereta terus ke Muar. Konvoi la katanya. Serius, tahun ni best sangat. even gambar pun xde. sedih juga tau.

gerak ke Muar dah petang. tak ingat pukul berapa. mau kat pukul 5 juga kut baru gerak. sebab sampai Muar pun dah lepas maghrib. dengan bersesat laratnya kat sana. tahu je la ada yang terlepas follow kan.

dengan jalan jem nya lagi. actually saya rasa first time kut turun muar ni. means sejak menetap kat ipoh la. rindu dengan bumi johor. dulu masa kecik-kecik duk kat kluang. taman koperasi. dekat ngn gunung lambak tu.

sampai sana pun dah bergelap kan. jadi xleh nak lepak lama-lama la.. jam 9malam dah bergerak balik. letih 1 hari berjalan. sungguh sakan la raya pertama tahun ni.

meh la tempek gambar yang tak seberapa ni ye.


 Pengantin bulan Mei haritu.

 First time sampai sini.


 Datang melawat pakcik saya yang berbaju biru tu. Last saya jumpa dia kalau tak silap tahun 2005. Tu pun jumpa masa kenduri kawin abg sedara kat segamat.


 1 Family.



ermm, xde pun gambar mak jemah ye.. tak yah cari-cari.. xde sapa nak ambik gambar mak jemah haritu. sentap i tau. huhuhu!..

yang ada pun sekepingggg ni je la.. minta tolong adik ambik kan. tu pun mulut dah merungut-rungut!..



muka dah sememeh.. takyah nak perli-perli ye.. dengan tudung pun dah serabai. tak kisah la. dah penat nak cover cun pun kan. hehe..

balik dari Muar ikut jalan tangkak. first time juga la lalu sana. saya ni jenis naik kereta je mabuk. payah kan. terus rasa ngantuk, tido. 1 kereta ngn saya 4 orang. adik sedara lelaki 2 orang kat belakang dah berdengkur. bukan kemain. adik lelaki saya yang pakai baju sama saya tu yang drive. suh saya drive, saya tak larat. ngantuk.

pastu pula tak tahu jalan tu macam mana. senang cerita malas drive.. hehe.. last-last saya tertido. sian adik drive sorang. tapi follow mengfollow la. saya ni dah la jenis risau. sekali baru tahu jalan tangkak tu macam mana. punya la banyak selekoh. sabar je la.

sekali tu, saya kan tertido. pastu kereta kami ni semua pakai lampu hazard. saya tersedar pun sebab terperasan cahaya lampu kereta pakcik kat depan then bunyi lampu tu dari kereta adik. terus terbeliak biji mata. ingat kan ada pape. rupanya takut masing-masing terpisah.. yela, dah la jalan gelap gelita kan.

syukur selamat sampai ke rumah semuanya. pengalaman raya pertama tahun ni boleh dianggap extreme!.. keluar dari lepas solat raya sampai umah pukul 11 malam. penat badan tu jangan cakap la.

malam tu mandi, bersih badan terus cari bantal. lega!.. haha..

selesai cerita raya pertama saya.. ada cerita lagi ke eh??? nanti la godek folder ada pape bahan ke tak..haha

Isnin, 12 Ogos 2013

Kisah Raya Pertama [Melaka]

Assalamualaikum buat teman setia disini.

Ok la.. kita story la kisah raya pertama ye.. mungkin tak hebat macam korang yang lain. tapi ada la bahagianya disitu.. haha.. sebelum memori saya pun ingat-ingat lupa, baik update!.. :p

before raya tu dah plan dah nak raya ramai-ramai ke melaka. maklum la, makcik-makcik saya pun mertua orang melaka. kini saya pula bakal jejak langkah. hehehe.. eh, arwah opah saya pun keturunan melaka juga. kini menurun kat anak pula.. :p

kisahnya setelah dibincang-bincang malam tu, raya pertama akan ke melaka. opkos la rumah pertama umah en.tunang saya.. hehehe.. maklum la, rindu tau nak jumpa dia. tapi dalam hati masing-masing je perasaan tu.. masing-masing senyum malu. macam first time jumpa.. hikhik!..

kelakar giler. dari segamat lebih kurang pukul 10 setengah pagi kut, sampai melaka jam 1 tengahari. macam laaaa jauh sangat. kami berkonvoi 4 kereta dari kampung. 1 kereta lagi follow dari melaka. sebab cousin saya kerja malam raya. jadi, jumpa kat melaka. so, berkonvoi la kami 5 kereta ke sana.

meriah kau.. macam bawak rombongan jumpa bakal suami je..hehehe.. setahun dah tak jumpa bakal M.I.L.. rindu kat dia.. lama juga saya xcontact dia.. 

kebetulan masa datang tu, ada sedara mara en.tunang.. segan juga bila ada yang tanya.. hehe.. dah macam bukan raya je.. terkejut sekejap. dalam meriah-meriah, kami xde gambar raya kat sana.. sedih sangat-sangat.. :'(

suruh adik ambikkan, dia xnak.. sentap hati tau.. penat je kendong dslr.. sobbss!.. senang cerita tahun ni xde gambar raya!.. 



gambar on the way nak ke rumah en.tunang.. saja nak #try #test #cuba pakai spek mata ni.. ni je laaaa sekeping yang ada. gambar penuh pun xde. dah niat nak bergambar ber-2 ngn en.tunang pun tak sempat.

yang kelakar nya sampai umah en.tunang nampak pokok rambutan gading dia penuh buah.. terliur semua orang.. termasuk saya. last-last bisik kat dia tanya tu pokok sapa. hehehe.. minta sikit kat en.tunang nak bawak balik. sekali my mum gurau-gurau kata ada 3 family kat sini. jadi 3 plastik besar en.tunang kutipkan buah rambutan. thanks to my chinta hati.

selesai beraya kat umah en.tunang, terus gerak ke tanjung bidara-pengkalan balak. umah mertua makcik saya. lepas tu kami gerak pula ke durian tunggal. umah pakngah pakcik saya.

haa, pusing beraya 1 hari ke melaka.. senang. pastu kami gerak ke muar pula.. pergi umah pakcik saya.

ok la.. bab cite kat muar, next story ye.. dah bebel panjang ni. hihihi.. kat muar ada gambar. nanti saya transfer ke laptop dulu.. ok.. bye.. :)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidiladha

assalamualaikum..

kepada semua kawan-kawan saya di blog ini, di facebook dan dimana saja, dan mereka-mereka yang tersinggah sini, saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
dan juga kepada semua umat islam diseluruh dunia..

Jika ada salah & silap, tutur kata yang terkasar, harap dimaafi..


Isnin, 3 September 2012

Raya di Taiping

assalamualaikum..

syok la cuti 3hari ye cik mimie.. kalau boleh nak cutiii aje lagi boleh?? #amboi, ingat koperasi tu awk yng punya ke# huhu..

semalam sy adalah beraya di taiping..eh, masih mood raya lagi ke??..tapi napa sy tak rasa pun mood raya itu?? yang sy tahu adalah nak berjalan aje..baiklah..kita semua pun kira beraya la sekali ke taiping tu..sambil nak melawat pkteh yang tinggal kat sana..

lama sangat dah x jenguk dorang..rasanya dah masuk 2 or 3 tahun jugak laa..ish2..terukkan..bukan jauh pun..yela, kalau family bukan kaki jalan, memang begitu la keadaan nya..hehe..

so, semalam sampai la kami ke rumah mereka..sunyi je..sebab anak-anak pkteh kebanyakan dah kawin..pastu duk jauh2..memang x jumpa la anak-anak dia..so, x disangka, terjumpa la baby comel ni..tak tahu pun pkteh ada cucu baru..



baby ni tersangat laaaaa putehnyaa.. nampak tak perbezaan tone kaler disitu?.. baiklah..memang baby ni puteh tau..geram..baru 4month..pndai bawak diri..tak takut orang..kenapa sy kata dia pndai bawak diri?..sebab baby ni nnek nya yang jaga..kalau kena tinggal pun diam je..alahai..baiknya.. #moga-moga baby sy pun nanti begitu lah yerk!# hehehe


 eh, amirah geram dengan pipi acik ke?? hehehe..



gambar-gambar ni sy ada jgk letak dalam fb lama..boleh pula ada kkak sdra komen kata 'tak lari gunung dikejar'..erk?? apa kaitan nya?? ye, sy xkan kejar gunung ye..buat penat je nanti..haha!..

sy bukan letak gambar tu sebab x sabar nak ada baby dh la..adoiyai..dah kebetulan ada baby comel kat sana, harus la bergambar kan..oohh, pengsan macam ni..
pastu ada abang sedra duk komen kata dah ada gaya tuk jadi seorang ibu!..hahaha!..
kelakar ok..ye gaya tu memang dah terserlah lama dah ye..cuma belum lagu berpluang nak jadi ibu sebenar2nya sebab sy belum kawin!!!..hehehe..

pastu dah selesai borak-borak & makan tengahri disana, dalam pkul 3 pun ktaorng nak bergerak balik la..tp tak terus balik ipoh..singgah umah jiran lama kitorng kt ipoh yng dah pindah taiping dalam 5tahun..mak aihh..5tahun, tapi rasa macam baru setahun 2 makcik tu pindah..

best sangat-sangat dapat jumpa mkcik tu..pling best bila pergi umah dia, punya la besar!..cantik okeh..sejuk je bila berada dalam umah dia..
yela..dah alang-alang sampai sana, apa salahnya kita mengeratkan silaturrahim kan..lagipun bukan tak kenal..


 family sy..  ;)
tp kurang sorang adik lelaki xde..
 family kedua2 nya...
sesi bergambar ni waktu dah nak balik..tak sangka tuan umah pun suka bergambar..senang keje kitorng..ngeh ngeh ngeh..

insyaAllah, andai ada rezki & umr yng pnjang, berjumpa la kita lagi ye..  :)

Isnin, 27 Ogos 2012

Khamis, 23 Ogos 2012

Beraya di gemas & segamat

Part 2

sesuka hati je kan buat part 1 & part 2.. macam la story mory ni berjela macam novel..
hehe..
actually kta pun malas nak scroll pnjang-pnjang ke bawah..
jOm sambung tengok pic yang ada.. ;-)

 cousin kongsi rasahati bersama..




time ni raya kat segamat dah.. okeh!..muka pun dah sememeh + penat + panas..




okeh, sekian untuk cerita raya ni gemas & segamat..  =)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN.. =)

Beraya di gemas & segamat

Part 1

assalamualaikum..

salam 5 syawal.. ada yang beraya sakan lagi ke?.. me?.. duk umah je.. malas nak kuar dah.. lagipun tak tahu nak kemana pun.. lagipun ada yang dah start kerja kan..

erm.,. patutnya sy pun dah start keje, tapi keMALASan punya pasal + syok tido semalam, terus cancel nak pegi keje harini.. sapa la yang ajar ni kan... hehehe..
xpe, bukan selalu pun..esok kita keje yee.. rindu dah dengan opis.. oOhh..rindu nya..

jOm layan pic kita beraya kat kampung segamat & gemas pula.. haritu dah share raya kat melaka  kan..  =)

tengah tunggu mereke-mereka yang lain tengah siap bermake-up..

time ni CPM dah bosan + panas dok tunggu yang lain.. kita kan xde nak make-up2, so cepat aje la siap..

konvoi 4 kete..yang ni geng 1 kete ngan kita..


 ni baru sikit.. kalau semua berkumpul, memang tak tahu nak duk mana even umah makcik kat palong ni bosa..hehe

time ni nak balik dah.. =)

dapat jugak bergambar ramai-ramai.. ni baru suku ni..belum semua nya ada..
kalau semua ada, confirm 2,3 kali ambik gambar nya..hihi.. =)

candid!!..but sweet je kan bila sume x ready.. very the spontan..hehe


macam dah berjela je kan..nti kita buat part 2 pula eh.. =)