:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Memaparkan catatan dengan label Makanan/Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan/Minuman. Papar semua catatan

Isnin, 17 April 2017

Cekodok Pisang



Cekodok Pisang


Assalamualaikum.. Selamat Petang..

Petang petang gini kalau dapat pekena cekodok pisang + air teh O panas ni , rasanya nikmat sangat kan!..

Ahad, 26 Februari 2017

Kuih Keria si Kuih Viral

Kuih Keria si Kuih Viral


Assalamualaikum.. selamat pagi.. Sambil enjut anak, marilah membebel. Dapat jugak 1 entry baru kan. Hihihiks.. nak blogwalking belum sempat. Tengok siang nanti eh. Sekarang ni dok viral sangat kuih keria atau sesetengah orang panggil kuih gelang ni kan.

Rabu, 1 Februari 2017

Lunch For Today.

Lunch For Today.


Assalamualaikum.. Selamat Tengahari.. Selamat Menjamu selera.. korang lunch apa tu.. kita masak ni je harini.. waiting ddy zara balik tuk makan. 😘

✍ Sambal sotong
✍ Telur Dadar
✍ Sawi goreng


01.02.2017 (32/365days)



Sabtu, 13 Februari 2016

'DAZS - DONUTS & COFFEE


Assalamualaikum.. Hai readers..

Cerita minggu lepas. Jalan-jalan ke bahau. Kata ddy zara nak ke Billion. Udah ku bilang mesti tutup sebab raya cina pertama. Tak percaya. Kan... Sangkaanku benar belaka.. Ehhh, macam lagu pula.. hehe


Jumaat, 29 Januari 2016

Kerepek Rangup Oat

Assalamualaikum..

Orang kata, nak seribu daya, taknak beribu-ribu dalih.. ehhh.. betul kan? hihihi..
Bila dah duduk rumah ni, ada je benda boleh dibuat, maka kita buat aje la kan.. Antara rajin dengan tak je...



Rabu, 13 Januari 2016

Keteow Kung Fu!

Assalamualaikum..

Seronoknya kalau dapat pergi bercuti.. Tapi mesti ke kena ada barang PENTING ni??



Tengahari. 
Perut lapar!
Tertengok pula gambar dalam galeri fon ni.
Keteow kungfu!

Sedapnya!..
Teringat - ingat la pula..
Kisahnya haritu teringin nak makan chicken chop, tapi ddy zara bawak ke tempat biasa makan. 
Kat situ takde chicken chop.

Minta menu.
Ternampak pula dalam list ada keteow kungfu.
Jadinya berkungfu la pada haritu. 
Boleh repeat!

Lokasinya di Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan. 
Restoran Amira Nabila. (Tepi jalan besar je)


Harga? Erk.. Tak ingat. Dalam Rm5 kut sepinggan ni. Hee.. *lupa*

Sabtu, 9 Januari 2016

Karipap Pusing.

Assalammualaikum.. Selamat Petang..



Godek godek gambar dalam fon ni, terjumpa pula gambar ni. Karipap pusing yang mak buat. Ya Allah.. Sedapnya la hai.. Lama dah tak makan.

Nak buat sendiri? Belum berkesempatan nak menguli tepung. Bila la agaknya dapat makan karipap pusing yang mak selalu buat ni kan.

Tengok time petang camni, sedapnya kalau dapat buat minum petang kan.

Nikmat!

Selasa, 29 Disember 2015

Pisang Goreng Original vs Pisang Goreng Cheese.

Assalammualaikum.. Hai readers..

Hari isnin lepas masa on the way nak balik ke rumah m.i.l, tengok ada beberapa orang dok jual pisang goreng tepi jalan. Saya yang penggemar pisang goreng ni, mula la rasa tak senang duduk. Minta ddy zara belikan. Buat bekalan kami dengan nak bagi m.i.l sikit.



Masa dia stop tu, kebetulan kat gerai tu ada jual pisang goreng cheese. So minta dia belikan yang cheese dengan yang biasa. Serius saya kata, tak boleh nak masuk kat tekak pula pisang goreng cheese ni. Saya tengok pisang goreng tu dia dah toskan minyak lepas goreng. Tapi masa beli tu bercampur pula dengan cheese, Allah.. Rasa macam semacam pula.

Buat masa ni saya lebih sukakan lagi rasa yang asli. Pisang goreng biasa. Nikmatnya. Lagi best dicicah dengan sos kicap pun. Terbaiklah..

Sabtu, 20 Jun 2015

Mee (Noodles) Yang Simple

Assalamualaikum. Hai..
Selamat berpuasa buat semua yang beragama islam..

Memandangkan sekarang bulan puasa, jadi saya ingat nak share mana mana resepi yang saya ada. Lagipun kita semua pun pening nak pikir menu kan?

Harini saya share resepi mee noodle yang simple bagi saya ye.



Anggaran bahan ni atas masing masing la ye. Selalu saya masak untuk 2 orang makan je. Hehe

2 bungkusan kecil mee noodles.
(Terpulang nak guna jenama apa pun. Saya guna ibumie)
Udang
Sayur sawi
Sayur taugeh - taknak pun takpe
Fishcake @ Fishball
Sedikit ikan bilis
Cili masak
Sebiji telur
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit garam
Sedikit cili blender @ cili giling
Lobak merah
Sedikit kicap
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

-Gorengkan telur dadar, hancurkan dan asingkan.
-Celurkan mee noodles bagi lembut.
-Bawang merah,bawang putih dan sedikit ikan bilis ditumbuk.
-Tumiskan. Setelah garing, masukkan sedikit cili blender/giling. (Kepedasan atas citarasa masing-masing) Beserta garam.
-Masukkan udang dan fishcake/fishball.
-Agak masak, masukkan lobak merah, sawi, mee (noodles), cili masak & sedikit kicap.
-Agak rata, masukkan sedikit taugeh bersama telur dadar yang dihancurkan tadi.
Kacau rata & siap. :)


#1hari1menu

Ahad, 1 Februari 2015

Pisang Goreng !!

assalamualaikum.. selamat petang..


Ni baru nikmat!.. =)

goreng sendiri lagi puashati.. jemput minum petang semua..

Jumaat, 15 Ogos 2014

Yogurt

Assalamualaikum..

Sejak seminggu 2 ni, (dari 34week) tersuka pula makan yogurt ni. sampaikan dah habis stok nak kena cari lagi. Kalau sebelum-sebelum ni, makan mesti tak habis. Peram je dalam peti sejuk tu. Cukup masa buang.



Tapi sekarang tak dah. Tak cukup lagi ada. Hehe..

Mak pernah la belikan yogurt camni masa pregnant 2-3 bulan dulu. Tapi rasa tak boleh nak masuk tekak. Kan rasa dia masam-masam sikit. Orang kalau ngandung nak makan masam masam. Tapi saya pula terbalik. Ada benda masam yang boleh masuk, ada yang tak.

Macam mangga muda, sampai nak bersalin ni pun saya tak heran. Memang tak makan pun. Takde pula keinginannya. Pelik-pelik. Ikut tekak kan.

Yogurt ni memang baik tuk kesihatan pun kan. Mak dulu sarankan suh saya makan selalu. Sebabnya apa eh.. alaaaaa, lupalah pula. Tak ingat la.. Maklumlah, time pregnant ni kan ada masa-masa kita jadi pelupa kan. Hehe.. tuk dapatkan kulit baby cantik ke tuk elakkan dari baby kena kuning.. camtulah mak bagitahu..


Haritu masa saya nak checkup last tu, malam tu makan yogurt. Tapi separuh je. Tak sangka pula HB naik ngam-ngam. So next week isnin ni ada checkup lagi. Nak try makan. HB naik ke turun. Tengah nak bereksperimen juga ni.. hehehee..