RAJIN-MALAS | MALAS-RAJIN

Sunday 13 August 2017

RAJIN-MALAS | MALAS-RAJIN


Assalamualaikum.. Selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Blog dah beberapa hari senyap. Sebenarnya banyak je boleh ditulis. Tapi tu la.. Rajin-Malas. Malas-Rajin. Rajin ambik gambar. Tapi malas nak watermark. Malas nak menaip, tapi rajin nak berkongsi. Ehhh macam mana tu. 



Jadi blogger bukan susah. Bukan juga senang. Depend on situation la kan. Karang tulis tak tentu hala dikecam. Walhal penulisan tu sekadar nak berkongsi. 
Nak menulis pun kena hati hati. Tersilap sikit, kecaman nya tuuuuu..

Sekarang ni bukan tak nak update blog. Tapi masa tu sangat sangat la terhad. Nak nak sejak jadi mak anak 2 orang ni. Macam mana la agak nya mak mak yang anak ramai ni kan. Seriussss.. tak terkejar tau segala kerja. Tapikan... Kalau orang bagi job berbayar pada saya, lajuuuu je saya buat. Hihi.. 
Sebab tanggungjawab kan?

Haritu dah niat dah. Start bulan julai, kena pastikan 1 hari 1 entri. Malangnyaaaa masih belum terlaksana. 😅
Lagi best banyak entri raya pun tak settle. Haaaa.. parah tak? Nak raya haji dah ni. Cerita raya puasa tak settle lagi. Makanya bakal jadi entri throwback la ye. Hehehe..

p/s : tengah mencari mood ni nak mengarang lebih panjang lagi segala cerita. 

Post a Comment