:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Sabtu, 3 Jun 2017

SAPS Sangat Membantu Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan Anak


SAPS Sangat Membantu Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan Anak


Assalamualaikum.. Pada dewasa kini, teknologi yang pesat membangun sangat memudahkan segala urusan kita semua. Ini termasuklah dalam proses pembelajaran anak-anak di sekolah. Anak-anak juga masih boleh dipantau tahap kecemerlangannya oleh para ibu bapa.
Para masa kini, kita seringkali mendengar apa itu SAPS Ibu Bapa.
 Apakah yang dimaksudkan dengan SAPS?  Secara mudah dan ringkasnya, SAPS ibu bapa ialah salah satu cara untuk ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.
Mungkin pada zaman ini, kebanyakkan ibubapa bekerjaya. Malah ada sesetengahnya anak anak terabai dari segi pembelajarannya akibat kurang dipantau.

Kini, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memudahkan para ibu bapa untuk memantau prestasi pendidikan. Ini kerana ibu bapa masa kini terlalu sibuk dalam kerjaya.
Pihak kementerian pelajaran malaysia sesungguhnya memandang serius dalam hal pendidikan anak-anak kerana melibatkan masa depan mereka.

Wujudnya SAPS Ibu Bapa ini ibubapa akan  sentiasa memantau secara berterusan kerana maklumat kini telah dikemaskini secara terperinci dan berada dihujung jari sahaja. Sesungguhnya juga, internet juga kini memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu setiap gerak geri yang berlaku.

Bercerita mengenai SAPS ini, mesti ramai yang tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi ini kan? Anda boleh menyemak setiap cara menggunakan sistem ini disini.
Cara untuk membuat semakan menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini juga sangatlah mudah.



Kenapa Ibu Bapa disarankan untuk menggunakan sistem SAPS NKRA Ibu Bapa untuk membuat semakan keputusan anak-anak? Ini kerana, sistem ini bukan sekadar mudah, malah ia tidak terganggu oleh masalah 'server down' atau 'laman web tidak dapat diakses'.

Apabila semakan boleh dilakukan secara online sahaja, ini mewujudkan lebih ramai ibubapa yang lebih prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Kini tiada lagi segala alasan untuk ibubapa yang bekerjaya mahupun surirumah untuk tidak mengambil tahu tentang setiap apa yang terjadi pada pendidikan anak-anak. Malahan, tiada lagi insiden untuk anak-anak takut untuk menunjukan rekod kecemerlangan mereka mahupun mereka sebenarnya mempunyai kelemahan dalam sesuatu pembelajaran mereka.

Diharapkan SAPS Ibu Bapa 2017 ini dapat disebarkan secara meluas agar ianya dapat membantu golongan ibubapa yang lain agar lebih ramai lagi ibubapa memahami lebih mendalam lagi tentang sistem ini.




4 ulasan:

  1. Oo patut akak2 saya nu heboh asyik cakap saps. Heboh nak key in markah budak la.. hehe baru saya tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye kak.. sekarang ni dah maju. memang nak tgk markah anak-anak main klik klik klik je.. hehe

      Padam
  2. o.. maknanya lepas ni takde lah kes anak sorok keputusan markah dah ye? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde. mak mak lebih dulu boleh check sebelum anak balik uamh. haha

      Padam