:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 16 Jun 2017

Dah Shopping Raya Ke Tu?



Dah Shopping Raya Ke Tu?


Assalamualaikum.. Selamat Pagi.

Actually tak tahu apa nak diceritakan sebenarnya. Tiba tiba nak update blog. Update pasal life pula.. Karang penuh dengan contest, pening korang kan. Takmo singgah sini pulak..Dah lama tak dan nak berupdate. Bz nau kita ni. Bisnesssssss women katanya. 😄


Setempek gambar semalam keluar berjalan ke melaka. Ddy dorang nak cari belt. Mama dorang ni plan nak beli barang adik zhareef. Bajet bajet ada kat Padini. Haha.. awat padini banyak baju gegurl je.. Kita nak shopping tuk baby boy kita. 

Pastu pusing la dalam mall aeon tu.  Pergi yang di melaka sentral tu. Ya Ampun mahalnyaaa.. Hakak tak mampu nak beli mahal mahal baju anak. 😅😅😅😅
Disebabkan target nak berbuka kat luar, so habiskan masa meronda la. Ajak pulak ddy dorang pergi Aeon Ayer Keroh. Beli la set romper 2in1 tuk adik zhareef. Dapat shoppingkan 3psng baju & sepasang kasut. 


Lega dah beli. Cuma kasut kakyak aya je tak beli lagi. Tu takpe. Cari je kedai kedai kat sini. Sebab mamanya nak cari selipar basahan sekali. Bila tanya kakak aya nak kasut kaler apa, dia cakap 'Pink'.. Amboiii gugirl sangat! Sekarang pandai dah nak pink pink jeee..

Shopping kat mall sambil orang pilih pilih baju rayaaaa.. bestnya.. Sejak kawen tak beli kat mall dah baju raya kita. Mana mana yang boleh beli dari DS tu, beli dari situ je. Pastu tuk raya pertama wajib sedondon. Buat masa ni suruh mak yang buatkan. Sebab baju kita simple-simple je.. So senang takde nak pening kepala beli kat luar. hehe

Tahun ni korang tema kaler apa tu. 
Readymade ke hantar menempah..?

Lagi beberapa hari je kan nak beraya.. Tak sabar nak jumpa ngan mak abah. Tahun ni in shaa Allah beraya pertama dengan mereka duluuuu.. So hari last tu dapat la berbuka bersama sama dengan dorang.. :)

2 ulasan:

  1. Syoknya dah siap shopping semua. Selamat berhari raya

    BalasPadam
  2. CCL belum lgi shopping ... mood raya kelaut lagi .hehe

    BalasPadam