:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 2 Mei 2017

Sebulan Sudah Pemergianmu..


Sebulan Sudah Pemergianmu..


Assalamualaikum.. 

Sebulan genap harini pemergian makcik tersayang. Makcik yang kami semua sayangi. Makcik yang rapat. Makcik yang sangat-sangat baik. Saya tak kuat nak share sebulan yang lalu. 

02 april 2017 - 02 mei 2017



02 april 2016. Setahun yang lepas. Kita semua bergembira raikan perkahwinan adik. Adik lelaki pertama saya. Siapa sangka, pada tarikh yang sama, setahun kemudian kitaorang bersedih kehilangannya.

Kuasa Allah..

Hanya DIA yang lebih mengetahui. Sejujurnya, sebulan dah berlalu.. Saya rasa tak percaya dah kehilangan seorang makcik yang sangat rapat. Rapat sangat. 




Teringat kata-kata arwah bibik cuk.
"bibik ada buatkan gaun untuk zara, cantik.. bibik suka buat gaun. Mesti comel gaun ni kalau zara pakai nanti"..




Allah.. 😢😢😢😢

Bibik.. kalau la bibik nak tahu.. kita asik teringat-ingat je kata-kata bibik ni.. 😞😞

Teringat masa bibik datang kem nak ambik ikan perkasam yang mak belikan kat ipoh.. kita tanya bibik..



"aikk bibik.. berdua je dengan paman?"..😅😅

Paman senyum je.. pastu bibik cakap ''dah tua-tua ni, berdua je.. baru romantik''.. ☺☺☺

Allah.. bibik dengan paman memang pasangan yang romantik. Semua orang tahu. Paman tak boleh tanpa bibik. Tapi sekarang..
Takpe.. anak-anak bibik ada untuk temankan ayah dorang kan.. ☺😢😢

Kita dulu pernah terpikir, kalau dapat anak perempuan kalau anak pertama, kita nak belajar jait. Lagi lagi jait baju gaun. Yayang pernah cakap.. 'kalau nak belajar jait belajar ngan bibik cuk.. mak pun pernah cakap, 'mak tak pandai. Bibik cuk pandai. Ko belajar dengan dia'..

Tapi kan.. saya tak sempat nak belajar 1 step pun. Malah, bibik yang selalu jaitkan baju untuk zara. Kita akan simpan semua baju-baju zara yang bibik jaitkan ni dengan sebaiknya.. 

Ada raya 1 tahun tu, bibik buatkan baju kurung untuk zara. Comel je zara pakai. Masa tu zara baru umur 10bulan. Walaupun baju tu zara dah tak boleh pakai.. kita simpan baju tu elok elok..

Kita sebenarnya ada rasa terkilan tak dapat nak balik jenguk bibik kat ipoh masa bibik sakit. Kita nak jumpa sangat. Tak sangka pula bibik pun dah tak lama. Kenapa la hati kita tak kuat mendesak untuk balik masa tu.. 

Kita terkilan juga tak sempat nak bawak zhareef jumpa bibik.. 😢😢😢

Ingat lagi masa raya tahun lepas, kita dah mengandung 4bulan. Belum scan baby lagi. Bibik tanya dah tahu jantina ke belum. Kita cakap belum. Kita cakap masa tu ' bibik doakan eh kut-kut nanti kita dapat baby lelaki'.. 

Pastu bibik cakap, 'in shaa Allah.. anak ko ni lelaki. Percaya la cakap bibik'..

Alhamdulillah.. betul tekaan bibik walaupun jantinanya Allah yang tentukan.. kita minta maaf bik, tak dapat jumpakan zhareef dengan embah ucuk dia'. 😢😢

In shaa Allah.. bila zhareef besar nanti, kita kenalkan nenek-nenek dia yang lain. 

Ya Allah.. kita selalu teringat bibik. Kita selalu doakan bibik. Kita sedekahkan Al Fatihah. Moga-moga bibik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Teringat masa arwah bibik cuk baru 'pergi'.. saya selalu call mak.. selalu dengar mak cerita pasal arwah bibik cuk. Tenang je mak bercerita. Kuatnya hati mak. Mak cerita, tapi saya yang sebak! Saya yang berjurai jurai airmata. Walhal, yang pergi tu adik mak. Sekarang mak dah takde adik kandung lagi.. Hanya tinggal kakak-kakak mak je..

Mak pernah cerita 'mi.. kalau la mak tahu bibik cuk tu dah tak lama, mak nak peluk-peluk dia..".. 
Allah mak.. kita yang sebak. Kita rasa macam kita nak peluk-peluk mak. Tapi tak boleh. Kita jauh.. 😢😢😢

Mak cerita, ada 1 pagi tu, bibik cuk cakap dia mintak maaf kat mak. Mak tanya kenapa.. Bibik cakap susahkan mak sebab kena jaga dia.. pastu kena buat kerja lagi..  Dia cakap dia banyak susahkan mak. Mak cakap susahkan apa pun. Kalau nak basuh kain, mesin yang basuh.. bukan tangan mak yang buat.. 

Hati saya tak kuat! Tak kuat macam mak! Mak boleh bercerita dengan tenang. Tapi saya yang dengar? Menangis sampai tak mampu nak bersuara. Taknak sampai mak tahu yang saya menangis..

Teringat-ingat senyuman bibik. Teringat kalau pergi umah bibik, mesti bibik masakan lauk lain untuk zara. Banyaknya kenangan kita semua pada bibik.. 

Raya tahun ni tanpa bibik.. Rindunya pada bibik.. sehingga saat bibik dikebumikan pun, kita tak sempat jumpa bibik untuk kali terakhir.. kita rasa terkilan.. 😢😢😢

Bibik.. maafkan kita.. 😢😢

Siapa yang baca nukilan ni, sedekahkan Al Fatihah untuk arwah makcik saya ya. Moga Allah ampuni segala dosanya, semoga Allah letakkannya di kalangan mereka yang beriman..

Al Fatihah..


**Makcik saya meninggal disahkan sebagai kanser rahim kalau tak silap. Ada fibroid. Dah operate. Ikutkan badanya dah makin pulih. Tiba-tiba datang sakit di tempat operate. Dan juga ada 'sesuatu' yang telah dihantar oleh manusia yang tak berhati perut untuk memusnahkan kehidupan makcik saya.. Wallahualam.. 😢😢

5 ulasan:

  1. Semoga arwah makcik ditempat dalam kalangan orang beriman.sedekahkan al-Fatihah buat arwah

    BalasPadam
  2. semoga roh arwah makcik akak tenang di alam sana dan diampuni segala dosanya Aamiin...

    BalasPadam
  3. Moga arwah mcik mimie d tmptkn brsama org yg briman amin

    BalasPadam
  4. Semoga arwah makcik awak ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..sy pulak rasa nak nangis baca entry awak ni..

    BalasPadam
  5. sedihnya baca ni..al-fatihah untuk arwah makcik awak ye

    BalasPadam