Membantu Melegakan Sakit Kepala-Minyak Yu Yee Cap Limau

Thursday 18 May 2017


Membantu Melegakan Sakit Kepala Minyak Yu Yee Cap Limau


Assalamualaikum.. Hai readers. 
Harini saya nak share la salah satu kelebihan minyak yu yee ni untuk diri saya sendiri. Yela, kata minyak yu yee ni untuk seisi keluarga kan. So, bukan anak je guna, mamanya pun mesti la nak guna juga.



Sebenarnya saya ni dari kecik sampai la sekarang memang ada masalah mabuk kenderaan. Kadang tu senang sangat la nak kena sakit kepala. Ehh, mabuk pening bila naik kenderaan. Silap sikit dengan perfume kereta pun boleh muntah. Kalau duduk belakang pun boleh mabuk pening. Kalau ddy zara smoke, pastu tak lama tu masuk kereta, haaa, lepas tu mula la rasa semacam. Nak muntah! Busuk ok bau asap rokok ni. Memang tak suka. Tapi apa boleh buat kan.. 😖😖😖


Senang cerita memang kena standby minyak angin la dalam bag kalau nak pergi mana-mana ni. Kalau tak, rasa macam ada sesuatu yang tertinggal. Tak lengkap la kalau nak keluar berjalan tu. Masuk kereta, keluarkan siap-siap minyak angin tu letak tepi. Kang dah pening kepala senang nak cari. 

Serius, minyak yu yee ni memang membantu sangat. Kebetulan minyak angin sedia ada tu dah habis, elok pula minyak yu yee ni ada stok beberapa botol lagi, apa lagi, ambil satu masuk dalam handbag. Kan jimat. Kut anak nak guna, dah standby dah kan. 


Selalunya saya akan sapu sikit kat hidung dengan atas dahi tiap kali naik kereta. Sebab rasa x selesa je bila tak bubuh. Sekarang ni tak perlu risau dah, mabuk pening kenderaan tu dah ada cara tuk diatasi.  😘😘
Minyak yu yee la penyelamatnya. Sebab bau dia pun menenangkan. Then semestinya la sebab berangin bila disapu. Rasa tenang je.

Mesti korang nak tahu isi kandungan minyak yu yee ni kan.. meh kita share sikit info nya ye. 

Kandungan di dalam Minyak Yu Yee Cap Limau :

🍀Peppermint Oil           : 36.0%
🍀Clove Oil                      : 2.6%
🍀Menthol                       : 1.6%
🍀Borneol                        : 1.0% 
🍀Cortex Cinnamoni      : 1.0% 
🍀Resina Calamus Draco : 1.0% 
🍀Nutmeg Oil                  : 0.6% 
🍀Light Liquid Parafin    : 100%

Bagaimanakah Cara Penyimpanannya?

Simpanlah pada suhu bilik dan pastikan jauhi dari kanak-kanak ye..
Dan elakkan dari terkena mata juga.


Saiz Bungkusan :

Minyak Yu Yee ini telah dihasilkan dalam 3 jenis isi kandungan isipadunya. Antaranya :

➡Botol Kaca 10ml
➡Botol Kaca 22ml
➡Botol Kaca 48ml

HALAL kah Minyak Yu Yee ini?

Haaa, sebelum ni mesti ada yang ragu-ragu nak menggunakan minyak ni kan? Ehhh, termasuk saya juga sebenarnya. Gara-gara suatu ketika dulu pernah terbaca 1 artikel ni. Haaa, ni saya nak bagitahu, minyak yu yee ni selamat digunakan tanpa ada rasa was-was ye. Sebab apa?


Sebab pihak Jakim juga telah mengesahkannya. Dan dibotolnya juga mempunyai tanda logo Halal..


Agak-agak membantu tak info yang saya berikan ni? Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan diluar sana.. :)

Mesti peningkan macam mana nak dapatkan minyak yu yee ni? Minyak yu yee ni banyak dijual di kedai kedai diluar sana. Kiranya senang sangatlah nak perolehinya. Jangan risau ye. 


Nanti saya share lagi tentang Minyak Yu Yee ni ye.. stay tune..



#MinyakYuYee
#MinyakYuYeeCapLimau

21 comments

  1. Memang best bau minyak yu yee ni.kalau baby pakai,semerbak bau dalam rumah.yang best kalau pakaikan pada baby yang kembung,cepat lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bby kita mcm xtahan sikit. Tp si kkak tu dah ok dh pakai.
      Tapi banyaknya mama dia yang guna. Hehe

      Delete
  2. Suka bau limaunya. Kalau sakit perut memang sapu minyak yu yi, lega lepas tu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. Ini memang minyak legend! Sampai sekarang pun masih kekal antara jenama yang dipercayai. Turun-temurun. Hihi. Kadang-kadang kalau rasa pening pun masih gunakan ni juga.

    ReplyDelete
  4. ohhh ini lah minyak yang selalu kita dengar kat iklan tu ya. minyak yu yee cap limau! tak sabar nak sapu satu dua kali kat kepala. harap lega lah sakit kepala ni.

    ReplyDelete
  5. Minyak Yu Yee ni memang sedap bau dia.. selalu tengok kakak guna ni masa sapu kat perut baby dia dulu.. boleh hilangkan kembung perut

    ReplyDelete
  6. Akak memang guna minyak yu yee ni untuk ketiga2 anak akak..dulu akak ingat hanya untuk sapu perut baby jer..loni akak dah tahu boleh juga guna untuk kegunaan masa sakit kepala dan sakit urat..ehehe

    ReplyDelete
  7. wow didn't know they have new range now. I was told that the ingredients has been cut too. Not sure if it smell the same or not now. Suitable for use if stomach pain too.

    ReplyDelete
  8. Nina memang pakai minyak yu yee cap limau ni dari anak 1 sampai laaa 5.
    Alhamdulillah serasi. Suka iklan dia kat Tv selalu tergelak tengok baby tu kembung sampai terapung! Hahaa
    Comel!

    ReplyDelete
  9. Bella pun suka pakai minyak cap Yu Yee. Tak de bau yang terlalu menyengat sangat. Btw, kalau nak pakai Bella kena duduk diam2 dalam bilik sebab kucing bella sukakan bau minyak yu yee ni. Habis lah dia jilat macam nak minum, ubat ni ye. Hehe

    ReplyDelete
  10. Iza suka minyak yu yee cap limau ni. Bukan setakat pakai untuk perut kembung anak je. Tapi iza sendiri pun suka pakai bila rasa sakit2 belakang. Heheh

    ReplyDelete
  11. Minyak yu yee memang terbukti berkesan untuk kembung perut terutama untuk kanak-kanak. Dulu selalu gak beli untuk anak buah..Bau die pun best kan.hehehe

    ReplyDelete
  12. Zul suka minyak yuyee ni. Best bau and selalu zul sapukan dekat babies zul je (sepupu) bagus untuk baby untuk elak kembung perut, sejuk dekakt kaki. Botol dia pun comel je Hahah

    ReplyDelete
  13. Huda pun suka bau minyak yu yi.. dulu memang sentiasa ada dalam handbeg. tapi lama dah tak guna sejak amalkan EO peppermint utk masalah pening kepala.

    ReplyDelete
  14. memang org tua2 selalu suggestkan pakai minyak yu yee cap limau nie. memang berkesan dan menjadi kegemeran ibu bapa di luar sana terutama sekali yg mempunyai anak kecil. bagus sangat utk masalah kembung perut

    ReplyDelete
  15. Rawlins suka sangat bau Yu Yee Cap Limau nie. Memang ada satu botol kat rumah, just in case pening, sakit perut atau masuk angin. Memang ubat turun temurun nie kan.

    ReplyDelete
  16. memang perlu ada sebotol kat rumah. bukan setakat budak atau baby je..orang dewasa pun boleh guna sapu kat perut bagi keluar angin atau time perut kembung. bau wangi & tak panas sangat kan

    ReplyDelete
  17. Minyak yu yee ni memang bagus. Dah berzaman ada di pasaran dan memang selalu jd pilihan ibu ibu pun

    ReplyDelete
  18. Yana pun simpan kat rumah, selalu guna bila sakit kepala and time perut rasa berangin and tak selesa. Rasa macam cepat je kesan leganya.

    ReplyDelete
  19. Minyak ni memang baik untuk seisi keluarga. Sampai sekarang pun saya masih gunakan untuk anak-anak saya kerana amat berkesan. :)

    ReplyDelete