Mama Anak 2!

Saturday 20 May 2017


Mama Anak 2!


Assalamualaikum.. Selamat Malam. Salam hujung minggu. 
Hari cuti macam ni apa aktiviti korang siang tadi. Kami dok rumah je ddy dorang kerja. Esok pun sama kena kerja. So, duduk rumah dendiam je lah..



Sejak jadi Mama kepada 2 kids ni, boleh tahan mencabarnya. Seriusss, tabik sangat la dengan mommy mommy lain yang bekerja kat luar sana tu. Lagi lagi anak ada 2-3 orang nak dihandle.
Serius rasa macam apa je kadang tu. 



Nak nak bila 2-2 buat hal. Mencabar jiwa dan raga! Si zara ni ok la lagi sometimes boleh la paham apa dia nak. Ater si adik ni yang belum pandai bercakap ni?? Dia kalau dah meragam.... Memang kena duduk sebelah je tau. Kadang tu memang singa pun kalah tau bila mamanya dah naik angin. Hat kecik ni memang mama menahan sabar je. Tapi zara la yang kena. 

Sekarang ni rasa macam 24jam tak cukup dalam sehari. 😥😥😥😥
Lagi lagi kalau kerja banyakkkkkk yang nak dibuat. Serius.. belum lagi nak bahagi masa untuk kerja rumah. Update stok jualan. Layan anak anak. Kisahkan blog. Belum lagi time tuk diri sendiri nak berehat. Huhuuuuu... Kadang rasa nak nangis je. 

Macam mana la mommies semua boleh sempat update blog 2-3 entri dalam sehari kan. Seriussss. Hebat sangat! Kagum. Ni pun dok update sambil nyusukan zhareef. Kerja rumah pun dah settle. So legaaaa sikit. 

Sekarang ni banyak dok taip kat note. Pastu perammmmm.. Kalau boleh jadi perkasam sedap jugak kut. Hehe .. Orang cakap taip taip then jadualkan. Masalahnya macam mana nak jadualkan kalau entri pun tak dan nak ditaip  😅😅

Ok laa.. sementara ada masa ni kita cuba ehh buat entri berjadual. Serius sangat, nak blogwalking tak sempattttt.  

Mekasih sangat kat korang yang dok singgah sini. Kita cuba balas ye  .. Ehh, kut kut korang ada on giveaway ke tempek la link sekali ye.. kut dan nak join samaaa.. 😘😘

2 comments