:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Ahad, 7 Mei 2017

Deluve Nail Clipper With Magnifier By Lunavie

Deluve Nail Clipper With Magnifier By Lunavie


Assalamualaikum.. Hai readers!.. 
Malam ni saya nak share sesuatu untuk geng geng mommy macam saya. Alaaa, kalau bab barang untuk anak ni, mak mana yang tak excited kan?!




Siapa kat sini selalu takut takut nak potong kuku anak kecil? Mesti mommy semua pun risau kan sebab jari baby ni kan kecik comel halus je. Risau nanti bila ketip ketip terkena bahagian isi pula kan?

Alhamdulillah la setakat ni saya belum lagi la sampai terketip kena isi. Sebab? Potong kuku baby time tidur. Tapi bila orang orang tua tegur kata tak baik potong kuku anak time dorang tidur, rasa cuak pun ada kalau nak potong time dorang berjaga. 

Tahu je la kan budak ni macam mana kalau time berjaga. Mana boleh duduk diam. Mana lagi nak bagi tumpuan time nak ketip tu. Tapi kan, sekarang ni, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya tau!.. 
Malah boleh tersenyum lagi ☺☺ bila tiba masa perlu potong kuku anak anak. 


Nak tahu apa penyelesaiannya?
Deluve Nail Clipper With Magnifier By Lunavie laaa.. 

Haaaa, nampak tak kecomelan serta kelebihan Deluve Nail Clipper With Magnifier By Lunavie ni?

Siap berkanta pembesar!! Siapa tak suka kan? Memudahkan kerja kita sangat time perlu potong kuku anak. Anak pun teruja tengok melalui kanta tu. Berebut la mak dengan anak. Mak nak potong kuku pula jadi tertangguh sebab anak excited nak tengok dari kanta tu. 😁

Ehhh, lupa nak cerita, mana nak dapatkan Deluve Nail Clipper With Magnifier ni.. Mommy semua boleh ke : 

Website : https://www.lunavie.com

Atau terus ke https://www.lunavie.com/baby-essentials/baby-care/deluxe-nail-clipper-w-magnifie

Facebook : https://m.facebook.com/mylunavie/

Haaa.. mesti nak tahu harga yang ditawarkan berapakan? Harga yang ditawarkan adalah Rm17.90 sahaja.. Harga mampu milik kan? Mommy semua jangan risau, kanta tu boleh dilaraskan tau. Maksudnya kalau taknak guna, boleh la tutup. Takde la risau ternganga camtu je.



Dan yang best, boleh disimpan dan dibawa ke mana-mana. Sebab dia boleh dilipat tutup macam tu. Comel je tau. Geram kita bila tengok. So mommy yang lain pun kena la milikinya tau.

Jangan lupa terjah website tersebut ya.. Untung-untung mommy boleh shopping barang lain juga.. 😍😍

2 ulasan:

  1. wah comelnya makin banyak inovasi zaman sekarang

    BalasPadam
  2. laa.. baru nak beli yang brand lain .. bila tengok yang ni nampak comel plak.. hehehe.. harraz kalau potong kuku time tido dia marah pulak.. tapi kalau time jaga.. mama dia buat bunyi harimau.. baru dia senyap.. time tu la mama dia buat koje ketip kuku.. settle.. hihihi

    BalasPadam