:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Khamis, 11 Mei 2017

Bubur Lambuk Simple

Bubur Lambuk Simple


Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Selamat Bekerja kembali. Seronok la semalam dah cuti sehari kan? Para surirumah nampak gaya tetap kena bekerja untuk keluarga. Ok. Baiklah, apa menu tengahari korang tengahari ni ?


Ewaaahh.. macam hos rancangan masakan pulak kita. Hehehe..
Harini saya nak share resepi bubur lambuk yang biasa mak saya buat. Now saya pula buat untuk keluarga saya. Simple dan mudah la nak buatnya. 








Bahan-bahannya ialah :
1. Bawang Putih
2. Bawang Merah
3. Rempah 4 sekawan
4. Sedikit Halia
5. Lada Putih/Lada Sulah (ditumbuk)
5. Sedikit Rempah Kari
6. Daun Kari (kalau takde pun takpe)
7. Serai
8. Lobak Merah
9. Kubis Bunga
10. Baby Corn (Anak Jagung)
11. Sedikit Garam
12. Daging
13. Beras yang telah dibasuh bersih
14. Air
15. Halba
16. Daun Sup 

Cara-caranya :

Bawang putih + bawang merah dihiris halus.




Tumiskan bawang putih + bawang merah, halia, serai, rempah 4sekawan & halba.

Masukkan sedikit rempah kari & daun kari (kalau ada)

Sedikit garing, masukkan air. Masukkan daging, masukkan sayur serta beras yang telah dicuci.

Biarkan ia mendidih sehingga masak. Nak masak bubur pastikan air lebih ye. 

Hampir masak, masukkan sedikit garam. Kacau rata ya. 

Sesudah masak, boleh taburkan daun sup. 😘

Takyah tunggu puasa nak feeling makan bubur lambuk ni. Hehe..

1 ulasan:

  1. saya pun rajin buat gini..

    eh lama kan xbw. haha..
    salam rinduuu

    BalasPadam