:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 5 Mei 2017

Balik Rumah Nenek Kat Melaka

Balik Rumah Nenek Kat Melaka


Assalamualaikum.. haiii readers..

Awal pagi ni cuba rajinkan diri juga untuk update blog. Ikutkan macam macam nak cerita. Baik hal review mahupun cerita santai-santai. Maklumlah, ada masa penyakit MALAS lebih menguasai diri ni kan. Dahulukan mana yang penting serta yang telah diamanahkan. 



Ehhh, panjang pulak intro kita. Hehehe. Nak share entri santai-santai je pagi ni. Kisah minggu lepas. Sabtu lepas daddy zara zhareef duty. On duty 24jam. Selesai duty jam 9pagi, ddy zara zhareef kata nak balik melaka. Kita on je. Asalkan takde halangan apa apa kan. 


Gerak dari gemas turun aeon ayer keroh dulu. Dah berapa bulan jugak la tak ke situ. Sebab beralih arah jap turun aeon di Melaka Central nun.. So nak hilangkan boring jenjalan kat aeon dulu . Alaaa.. cuci cuci mata je pun. Budak 2 orang ni kaki jalan. Zhareef pun dah pandai dah. Bawak berjalan ralit tengok sana sini. 

Settle cuci mata, gerak balik umah nenek. Ya Allah.. awatlah panas bebeno kat melaka. Seriusss. Rasa macam tak boleh tahan. Bukanlah balik kali ni je tak tahan panas. Tapi sejak dari mula kawen. Dari takde anak, sampai laaa ni dah anak 2!..


Jadinya petang ahad tu bawak la zara zhareef jalan jalan luar rumah ambik angin. Kemain seronok la 2 beradik tu. Duk dalam umah panas. Dapat keluar sekejap happy la. Tapi tak tahan nyamuk je la. 


Nenek dorang (mak mertua) ada bela itik. So kasi 2 beradik ni tengok itik la secara depan depan. Takyah pening kepala nak ke zoo sana tuk kenal itik 😅😅😅.. 

So, balik umah nenek kali ni dapat la zara jenjalan kat luar sebab cousin cousin dia takde. Dapat la kenal itik ayam sume tu. Hehe..

Okay.. tu je la nak update pagi ni pasal cuti minggu lepas. 😅😅


Tiada ulasan:

Catat Ulasan