:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Sabtu, 15 April 2017

Minyak Yu Yee Cap Limau Pilihan Para Ibu Masa Kini


Minyak Yu Yee Cap Limau Pilihan Para Ibu Masa Kini

Assalamualaikum.. hai readers.. Berkesempatan ni saya nak share sikit la tentang Minyak Yu Yee Cap Limau Pilihan Para Ibu Masa kini ni.. Memang dah lama sangat-sangat saya dengar tentang minyak ni.. Tapi entah kenapa sebelum ni tak pernah beli pun. Mungkin sebelum ni pada fikiran saya, Minyak Yu Yee ni untuk baby je.. Rupanya tidak!.. Orang dewasa pun boleh menggunakannya.

Cerita tentang Minyak Yu Yee ni, baru-baru ni saya baru menggunakannya.. Baru tak baru dah sebulan lebih juga la gunakan Minyak ni.. Kita beralih sekejap gunakan minyak ni pada anak-anak.. Yela, nak tahu juga apa kelebihannya kan? Betul tak?



Minyak Yu Yee ni kalau pada anak-anak saya, kalau pada si baby ni saya sapukan bila time lepas mandi. Yela, lepas mandi kena la sapu minyak sikit pada perut dia, betis dia, tapak kaki dia supaya tak kembung perut. Then bagi baby rasa selesa untuk tido yang lebih lena..

Nak tahu cara penggunaannya?


Tuangkan sedikit pada tapak tangan dan kemudian sapu pada tempat yang sakit atau tempat yang berkenaan. Pastikan jangan sampai terkena mata ye kerana minyak ni sedikit berangin. Hati-hati juga jangan sampai anak kecik terambil.

Minyak Yu Yee ni sesuai digunakan untuk apa?
Minyak Yu Yee ni sesuai digunakan untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi serta simptom kembung perut dan selsema.

Adakah Minyak Yu Yee ini mempunyai kesan sampingan?
Minyak Yu Yee ini selamat digunakan. TETAPI tidak boleh digunakan bagi orang yang berhipersensitif terhadap bahan-bahan dalam penyediaan berkenan.

Kandungan di dalam Minyak Yu Yee Cap Limau :

  • Peppermint Oil           : 36.0%
  • Clove Oil                    : 2.6%
  • Menthol                      :1.6%
  • Borneol                      : 1.0%
  • Cortex Cinnamoni        : 1.0%
  • Resina Calamus Draco   : 1.0%
  • Nutmeg Oil                  : 0.6%
  • Light Liquid Parafin      : 100%

Bagaimanakah Cara Penyimpanannya?

Simpanlah pada suhu bilik dan pastikan jauhi dari kanak-kanak..

Saiz Bungkusan :
Minyak Yu Yee ini telah dihasilkan dalam 3 jenis isi kandungan isipadunya. Antaranya :
  • Botol Kaca 10ml
  • Botol Kaca 22ml
  • Botol Kaca 48ml


HALAL kah Minyak Yu Yee ini?
Haaa, sebelum ni mesti ada yang ragu-ragu nak menggunakan minyak ni kan? Ehhh, termasuk saya juga sebenarnya. Gara-gara suatu ketika dulu pernah terbaca 1 artikel ni. Haaa, ni saya nak bagitahu, minyak yu yee ni selamat digunakan tanpa ada rasa was-was ye. Sebab apa?

Sebab pihak Jakim juga telah mengesahkannya. Dan dibotolnya juga mempunyai tanda logo Halal..

Agak-agak membantu tak info yang saya berikan ni? Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan diluar sana.. :)
Nanti saya share lagi tentang Minyak Yu Yee ni ye.. stay tune..





6 ulasan:

  1. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah akan singgah ke sana. ☺

      Padam
  2. o.. minyak ni kakak yang sulung selalu guna,anak dia tahan pakai ni.. tapi anak adik lak tak tahan sebab kulit sensitif.. merah menyala bila disapu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb minyak ni mcm pnas sikit kak. Zhareef kdng pn mcm tu. Zara ok

      Padam
  3. ngeh2.. orang tua pun suka gak =P

    BalasPadam