:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Khamis, 23 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest Sempena Ulangtahun Ke-5

Lazada Birthday Blogger Contest Sempena Ulangtahun Ke-5

Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Harini saya nak berkongsi sedikit info mengenai Lazada Birthday Blogger Contest Sempena Ulangtahun Ke-5 pada 22-24 March yang dianjurkan sendiri oleh pihak Lazada. Rata-rata ramai diantara kita kenal dengan laman web yang terkenal untuk membeli belah secara online ni kan? Saya sendiri secara jujurnya la, suka juga membeli dengan Lazada. Boleh dikatakan, banyak dah barang yang dibeli disana. Dan setakat ni juga, kepuasan membeli dengan Lazada tu ada.


a. What do you love about Lazada Malaysia? 
a. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Apa yang saya suka mengenai Lazada ni la kan, secara jujurnya la, Lazada ni dia menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan kita. Dari sekecil-kecil barangan tu, sehinggalah sebesar-besar barang. Memang mudah sangat-sangatlah untuk kita membuat sebarang pemilihan barangan tu. Memang rambang mata kalau nak disuruh pilih. Bila dah berkenan yang ni, tiba-tiba tersuka pula yang ni. Tengok yang lain pula, terus makin jatuh hati.

Harga yang ditawarkan juga, adalah harga yang mampu milik. Harga yang berbaloi la untuk kita membelinya. Kadang kala, duit shipping pun tak dikenakan. Sangatlah untung kan? Berbanding kita perlu membuang masa membeli barangan diluar, perlu survey sana-sini dan kadang kala barang tu tak setimpal dengan harga. Belum lagi dikira penat kena keluar, belum lagi perlu dikira duit minyak untuk ke sesuatu tempat tu lagi.

Kalau sesuatu barang tu bukan barang yang 'urgent' untuk kita, better la kita membuat pembelian di Lazada. Klik klik sahaja barang mana yang kita nak, kita buat sedikit perbandingan harga, perbandingan tarikh untuk penghantaran, dan kita boleh terus membuat pembelian. Dan kita juga tak perlu risau, atau ada perasaan ragu-ragu nak membeli sesuatu barangan tu kerana, 'REVIEW' barangan yang telah dibeli oleh customer sebelumnya juga ada disediakan. Mudahkan?

Bukan setiap barang tu tak boleh dibeli diluar, tapi pada saya sendiri la yang tinggal di Gemas ni contohnya, tempat untuk membeli belah tu memang takde. Perlu ke sana sini untuk mencari sesuatu barang tu, jadi daripada saya perlu bersusah payah, kenapa tidak saya memilih LAZADA sebagai pusat membeli belah saya! Sambil baring-baring dengan anak pun dah boleh shopping barang. Klik klik sehingga selesai proses, esok lusa barang pun sampai.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
b. Top tiga picks Produk dari Lazada Malaysia (tiga produk kegemaran anda)




Sebenarnya dah lama sangat mengidam set macam ni tau. Yela, bila kita ni ada minat dalam bidang penulisan, perlu meng-update blog, sedikit sebanyak kita perlukan tempat yang selesa kan untuk melaksanakan tugas-tugas kita tu. Barulah hasil penulisan kita pun boleh dihasilkan dengan baik. 

In Shaa Allah, jika ada rezekinya, saya nak sangat-sangat merealisasikan impian saya ni, nak kan set macam ni dalam tahun ni juga. Atau mungkinkah akan muncul dalam masa terdekat ni juga? Nantikan...



Saya nak sangat kabinet TV macam ni. Nampak simple then kalau letak diruangtamu pun nampak kemas je. Yela, kabinet tv macam ni memang perlu sangat. Lagi-lagi bila tengok kabinet tv yang ada sekarang ni nampak macam tak sesuai je sebenarnya. Lagi-lagi sekarang ni ada anak. Anak kecik yang sedang membesar. Bahaya juga kalau dorang main wayar-wayar yang ada banyak dibelakang tu.

Harap sangat dalam tahun ni, impian nak miliki kabinet TV ni tercapai. Yang ni pun barang penting yang dah berada dalam wishlist 2017 ni. 





SHIMONO Pro-Cyclone Rocket Handy Vacuum Cleaner wajib ada dalam wishlist 2017 ni tau. Memang tengah nak beli sebiji vacum untuk rumah ni. Maklumlah, bila ada vacum ni sedikit sebanyak kerja rumah pun dapat dipermudahkan, kan? Lagi lagi bila tengok keadaan rumah sekarang ni kerap berhabuk, belum lagi tahap zahra ni bila makan buang sana sini, habuk makanan lagi.

Kadang-kadang tu tak perasan pun saki baki makanan tu, tengok-tengok dah bersemut. Rasanya bila ada vacum macam ni, senang sikit la nak bersihkan rumah. Sambil duduk-duduk gitu, rumah pun dapat dibersihkan. Selain tu bentuknya serta sizenya yang menarik. Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Mudah untuk disimpan serta ditidak makan ruang penyimpanan yang besar.


Ehh, semua barangan rumah kan? Kenapa pilihan saya adalah barangan untuk rumah? Sebab saya boleh dikatakan sepanjang masa berada dirumah. Surirumah sepenuh masa. Jadi saya harapkan barangan untuk rumah sebab saya nakkan rumah saya nampak kemas dan sempurna. Agak-agak tercapai tak impian saya nak miliki barangan ni dalam tahun 2017 ni ye? Atau, agaknya ada ke peluang untuk LAZADA sendiri membantu saya untuk memenuhi impian yang saya dah lama simpan ni?


c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
c. Bagaimana anda berfikir Lazada Malaysia boleh meningkatkan prestasi?

Saya sebagai salah seorang pembeli di LAZADA, saya rasa pihak LAZADA dah buat yang terbaik sehabis mungkin untuk kepuasan hati pelanggan demi untuk menjaga reputasi mereka juga. Cuma apa yang boleh dipertingkatkan lagi, mungkin dari segi mutu perkhidmatannya la. Sekiranya barangan tersebut 'ready in stock' barangan boleh dibuat pengeposan dengan kadar segera la. 

Dari segi perkhidmatan barangan pula, setakat ni, saya rasa ok. Cuma sekiranya boleh, barangan tersebut biarkan setanding dengan harga dan jenamanya juga. Juga, pelbagaikan produk dari masa ke semasa, kerana boleh dikatakan LAZADA merupakan pusat membeli belah dalam talian yang terbesar diseluruh negara. Dan ramai juga pembeli diluar sana telah bijak untuk memilih pembelian didalam talian ini kerana memudahkan urusan seharian serta dalam menjimatkan masa.

Perbanyakkan juga produk yang tersedia ada. Supaya para pelanggan dapat membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang ada.

Tracking number. Yang ini juga salah satu perkara yang penting. Diharapkan tracking number dapat diberikan dengan kadar segera apabila barangan telah diposkan.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
d. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?



Hi LAZADA! Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.. Happy Birthday, Happy Birthday.. Happy Birthday To You..

Selamat Hari Ulangtahun yang kelima. Diharapkan LAZADA sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan  terbaik lagi untuk masa hadapan. Diharapkan juga LAZADA akan sentiasa meningkatkan lagi mutu perkhidmatan serta, memperbanyakan lagi produk dimasa hadapan demi membantu para pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan produk yang terbaik.

Semoga LAZADA juga terus maju dan mendapat perhatian dimata dunia! =)

GOOD LUCK LAZADA.

Korang yang nak join sama, boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/.. Lagi ramai yang sertai, lagi meriah dan lagi banyak hadiah disediakan. :)

Nak tahu apakah hadiah yang akan dimenangi?

Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners: 

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 






8 ulasan:

  1. mcm2 brgn ada dekat lazada kan =D all he best tau smoga awal tpilih =D AMIN

    BalasPadam
  2. betoi..lazada sangat best ..syurga untuk dunia shopping online

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ood luck mimi.. suka semua yang mimi wish tu.. heee.. terutamanya vacum.. memang sedang mencari yang compact punya

      Padam
    2. Kan kak. Vacum ni kna ada jgk dlm umh. Nak2 skrng ada bby. Kbrshan umh kna ambik brat

      Padam
  4. e'eh. berkenan la aida dgn set meja pilihan pertama mimie tu.
    sgt safe space nampak nyer.
    murah plak tu.

    BalasPadam