Fillet Dory Masak Masam Manis

Friday 17 March 2017



Fillet Dory Masak Masam Manis


Assalamualaikum.. Selamat petang readers. Petang ni nak update resepi lagi la.. Boleh tak? Hehehe.. Nak story panjang-panjang belum berkesempatan lagi. Moh ler taip resepi dulu ye. Nak blogwalking apatah lagi, dengan masalah tak boleh nak baca tu.



Fillet Dory. Actually saya tak pernah tengok rupa ikan dory. Apatah lagi memakannya. Tapi first time makan ikan dory ni masa kenduri kawen saya sendiri di belah melaka. Masa tanya masakan apa yang dijadikan lauk pengantin tu, sebab sedap, katanya ikan dory. Ok. Kita agak pelik. Sebab tahu ikan kembung, ikan bilis, hihi..



Dan baru baru ni ddy zara beli fillet dory ni. Pening juga pikir nak buat masak apa. Setelah digoogle, boleh masak masak manis. So, i try je la. Try And Error gitu. Hihihi.

Meh kita share resepi eh.

↪ Fillet dory tu goreng garing kunyit + garam je. Dah masak angkat dan toskan minyak.

Untuk kuah :

↪Baby corn
↪Carrot
↪Kubis bunga
↪Sos tiram
↪Sos cili
↪Sedikit air
↪Bawang merah
↪Bawang putih
↪Garam
↪Cili masak/cili api

Caranya :

➡Tumiskan bawang putih + bawang merah
➡Setelah garing, masukkan sedikit air.
➡Masukkan sos tiram, sos cili dan perasakan dengan garam
➡Masukkan sayur sayur tadi,dan biarkan ia masak sehingga lembut.
➡Letak fillet dory yang digoreng tadi, dah curahkan sahaja sos masak masam manis tersebut diatasnya.

Siap 😘

6 comments

  1. Waaa.. Nampak menyedapkan. Boleh try ni ^^

    ReplyDelete
  2. Waaahh.. Resepi baru. Bole cuba. Harap kena dgn tekak hubby

    ReplyDelete
  3. dan ju mcari2 di mana daa fillet dory tu .. =D meriah dalam pinggan, myelerakan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fillet dory tenggelam kat bawah timbunan sayuran! 😂😂😂

      Delete