:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 17 Mac 2017

Bukan Tamak, Tapi Rebut Peluang"..


"Bukan Tamak, Tapi Rebut Peluang"..


Assalamualaikum. Selamat Pagi.
Semalam tertengok pula Wanita Hari Ini. Terperasan pula tetamu jemputan semalam salah seorangnya irine nadia. Alaaa, blogger pemes yang ada butik fiska di shah alam tu. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel-comel tu.



Tajuk semalam pun menarik. " Bukan Tamak, Tapi Rebut Peluang"! Menarik sangat kan. Kebetulan juga semalam dapat juga dengar sedikit perkongsian dari tetamu jemputan.

Kita sebenarnya perlu rebut apa sahaja peluang yang ada di depan kita, selagi peluang tu yang menyalahi undang-undang,kan. Then kita biarkan je kata-kata orang sekeliling. Yang penting jangan gatal rebut suami orang ye! Tu nahas dibuatnya.

 Ya, saya ni jenis asik terpikir-pikir "kalau aku buat bisnes ni, agaknya apa orang cakap ehh"? "Kalau jual ni, agaknya, orang cakap apa pulak eh"? "Kalau jual ni, ada ke orang nak eh"?.. Ehhh, macam macam jugak la yang ada dalam kepala otak ni..

Tipulah kalau saya tak rasa macam tu. Tapi dalam takut takut then risau pelbagai perkara, saya cuba juga rebut apa peluang yang ada depan mata saya. Ye, saya suka berbisnes. Tapi bulak sebab nak kaya cepat ye. No,no,no.. kalau nak kaya cepat tu, dah lain dan jauh menyimpang niat tu. Tapi saya suka kalau orang membeli dari saya, then rasa puashati.

Alhamdulillah juga, dalam kerisauan, saya cuba sahut cabaran mulakan bisnes sendiri. Pegang sedikit stok ditangan. Alhamdulillah. Buat masa ni agak slow juga la perjalanan tu. Takpe, kalau kita tak berani mencuba, kita akan sentiasa hidup dalam perasaan takut sampai bila-bila kan?

Kalau kita susah, siapa pun akan tolong kita, kalau bukan diri kita sendiri kan? Tak kan nak minta minta dari orang tanpa sebab. Selagi kaki & tangan kita ni masih elok, kita usaha je dengan kudrat kita sendiri. Selagi Allah beri kita akal kewarasan yang masih sihat ni untuk kita berfikir sebaiknya, sebaiknya kita buatlah pilihan yang terbaik untuk diri kita juga.

4 ulasan:

  1. betul tu..asalkan kita tak tindas orang lain dan kita usaha jalan yang halal, tak salah pun nak jadi kaya. semoga berjaya!

    BalasPadam
  2. saya pun suka berbisnes, rasa seronok ada income sendiri and dpt bantu family.anyway, all the best!

    BalasPadam
  3. zaman sekarang x boleh buat satu kerja..at least kena ada jugak part time..especially bisnes kan..akak pun ada plan nak bisnes..cuma lom nampak lagi nak biz apa

    BalasPadam
  4. Berniaga ni ada pahala nya.. Buat kita pulak untungnya jadi pendapatan sampingan dan rezeki kita..

    BalasPadam