Pengalaman Bersalin Kedua.

Wednesday 22 February 2017



Pengalaman Bersalin Kedua.

Assalamualaikum.. Harini kita nak sambung coretan sikit lagi kenangan terindah ni dalam blog. Sorry, dah 2 bulan bersalin baru hegeh-hegeh updatenya. Hehehe.. Orang kata kalau ada 10 anak, kita akan rasa 10 pengalaman bersalin yang berbeza. Sama ada bersalin anak lelaki mahupun anak perempuan. Memang akan rasai detik indah yang berbeza. 


Kalau ada yang nak baca kisah pengalaman bersalinkan zahra, boleh klik link ni ye. >> Pengalaman Bersalin
Nak baca throwback saya pregnant kali kedua ni klik >> Pengalaman Mengandung Kedua

Sambungan.. 

Malam lepas kena seluk, then doktor dah beri penerangan tentang induce semua tu, balik la bilik dengan hati yang gundah gulana gitu. Risau takut baby takmo bagi kerjasama. Siapa tak risau kan. Malam tu  ada msg² dengan kak ain . Kak ain suh baca selawat ni banyak-banyak. Moga-moga dipermudahkanlah keesokan harinya.


Malam tu tido ok. Amboi, sempat lagi lena kan. Lena pun terjaga-terjaga juga. Maybe sebab kat spital kan. Sebab nak kumpul kekuatan esok. So kena juga la rehat.. Hehe. Memang taknak pikir bukan-bukan. Sebab taknak stress dalam diri sendiri. Pagi dalam pukul 5 doktor junior kut mai katil. Dia kejut suruh cuci muka, then minum sesiap. Sebab nak baby bangun tuk buat ctg lagi sekali. Buat ctg dari dalam bilik ward je.



Adalah dalam 20minit juga kut buat ctg tu. Masa tu macam ok je lagi. Risau juga sebab tak datang tanda apa lagi. Tapi.. lepas je selesai buat ctg tu, macam ada rasa sikit-sikit sakit tu. Masa tu terpikir juga, ni sakit tanda ke sakit sebab lain eh. Confius sekejap. Yela, slow je sakit tu kan. Sambung baca zikir yang kak ain send malam tu. Pastu bila contraction tu walaupun slow, tapi kerap, saya sempat juga la catat setiap bape minit dia datang. Bila tengok balik, sakit tu datang setiap 5minit.



Bila dah 5minit sekali sakitnya tu datang, legalah juga. Saya siap target, kut mana pun dalam tempoh 4jam mesti dah bersalin. Hehe.. Sebab masa zara pun dulu macam tu. Ok.. sambung balik. Dalam pukul 7 lebih ada nurse datang check tekanan darah dengan suhu badan. Masa tu bagitahu juga, ada rasa sakit. Then dia cuba buat kiraan. Maybe nak rasa contraction tu kut. Tapi masa tu perut tak rasa mengeras sangat. Smooth je. Adik baik nau. Respon pun sopan sopan. Hihi..

Settle nurse check, takde pun dia bagitahu pape. Dalam pukul 8 pg tu, tak silap sister siti mariam kut datang kat bilik nak cerita pasal kaedah perancangan. Ya Ampun.. dalam keadaan sakit, memang saya tak boleh nak tumpu. Dengar memang dengar. Tapi pepaham je la sambil menahan sakit yang dah start kuat. Dalam pukul 8suku ke 8stgh macam tu, dapat sarapan. Pagi tu sarapan bihun. Sedap + lapar. Tapi dek kerana berkerut-kerut tahan sakit, makan pun mana mampu untuk alas perut je. Takut takde tenaga nak deliver je. Makan bila contraction hilang. So mampu la nak mengunyahkan.



Sister siti tu perasan agaknya, dia tanya sakit ke. So i say la "ya". Saya kata 5minit sekali dah sakitnya ni. Sekali sister cakap "belum lagi tu".. 😭😭😭 Ya ampun.. saya rasa nak beranak je time tu, sister kata belum. Takpe-takpe, sister mai nak bagi penerangan je, bukan nak check kita pun. 😅😅
Dalam pukul 8.45 macam tu tak tahan sakit maybe sebab duduk atas katil je kan, so pergi toilet rasa macam nak buang air kecik. Tapi rasa tu still ada. Berpeluh- peluh juga la badan ni. Dengan seram sejuknya. Dah syak time nya dah sampai. 

Dari pukul 9 pagi tu dah mula sakit kuat sangat. Sampai tahap menggigil badan. Disebabkan ada pengalaman dah, so dah tahu sesikit. Kalau badan dah sampai tahap menggigil seram sejuk tu, confirm jalan dah buka banyak. Tapi time tu tak terus panggil nurse. Cuba untuk bertahan sampai la pukul 9setengah pagi. Masa tu call ddy zara sesiap suh datang. Ingatkan dapat la dia teman. Rupanya.. 😅😅😅😅 melepas lagi la kali ni. 

Ok, berbalik semula, selepas call ddy zara, terus picit bell panggil nurse. Tak terdaya rasanya tahan sakit. Huhuhu.. Nurse check bukaan dah 6-7cm katanya. Terus nurse cari wheelchair nak tolak ke LR. Masa tu dia suruh ambil sesiap baju pampers baby. Yang penting, fon kena jugak bawa. Hehe. Kali ni fon sentiasa kat tangan. Tak macam masa zara dulu. Fon atas katil camtu je. Mujur tak hilang. 😥😥😥

Nurse tolak wheelchair masa tu laju. Kita pula dok tahan sakit dah terbongkok-bongkok. Sekali nurse cakap, duduk bersandar dik. Nanti jatuh. Saya tolak laju ni. Ya Allah, bila ingat balik nak tergelak pun ada. Nurse kata takut saya tercampak ke depan je. 😄😄😄😄
Kali ni dapat LR hat bilik kecik-kecik je. Masa zara dulu bilik suite besar tu. Merasa dah 2-2 jenis LR. Ok, sampai LR, check bukaan dah full. Cepat betul bukaan tu buka. 
Sakit tu jangan la dikata. Memulas mulas dalam perut. 

Berbalik pada bilik LR, bilik yang dapat kali ni katanya bilik sementara ke apa, camtu la. Tak boleh lama-lama. Pastu dorang letak mesin kat sebelah. Tuk tengok jantung bby kut. Alaa.. lupa la. Pastu dorang cakap, kena cepat push. Kalau bacaan bawah 100 bahaya. Ya Ampun.. saya terus blur macam mana nak beranak. 😅😅😅 Rasa macam sakit tu hilang tiba-tiba. Pastu nurse bidan tu asik cakap, cepat push, cepat push. Saya blur nak push macam mana. Dah rasa macam bukan nak beranak je. Rasa macam tengah dalam 1 perlumbaan suh cepat suh cepat. 😑😑

Saya masuk LR dalam pukul 9.40 kut macam tu. Tapi tak bestnya 1 je. Kalut semuanya. Dengan tiba-tiba ada doktor junior lelaki india mai masuk jap, terus hilang sakit. Nasib baik nurse perempuan suruh dia keluar. If dalam keadaan sakit pun, saya still tak selesa kalau orang lelaki handle. Sebab pertama aurat!.. Lelaki doktor junior lelaki tu keluar, nurse suruh push cecepat. Serius, kali ni rasa give up je nak bersalin tu. Dengan nurse suh cepat push, saya jadi panik pun ada. 

Saya dok pikir 1 je, taknak sampai kena operate, so paksa diri. Nurse kalau boleh taknak gunting, tapi sakitnyaaa tu... Dalam keadaan push tu, nurse siap cakap, "dik, baca "lailahaillah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin" . Saya cuba baca dalam hati. Terus cakap dalam hati, lepas ni taknak beranak dahhhhhh.  😫😫 Setengah jam juga bergelut dengan sakit nak deliver tu, akhirnyaaaa jam 10.08pagi lahirlah putera saya. Alhamdulillah.. Allah.. leganyaaa. Tapi...



Tapi.. sakit nak tempuh kena jait tu laaa yang tak lalu. Koyakan macam banyak je. Ke sebab saya rasa kali ni sakitnya kuat sangat. Yela, bersalin anak lelaki kan. Berbeza. Masa zara kena gunting. Saya rasa better ok lagi kena gunting dari koyak. Seramnya bila teringat balik kesakitan tu. Allah.. Terasa hebatnya ibu ibu yang berjaya melahirkan anak yang ramai. Terutamanya sekali anak lelaki. Allahuakhbar! 😥

Proses menjait lama juga. Terasa nyilu-nyilu benang (sambil menaip ni terasa-rasa nyilu) 😫😫
Tapi kali ni bagus nursenya. Dalam setengah jam lepas jait kut, dorang bagi air milo. Rasa bertenaga badan. Beza masa zara. Air takde pun. Tapi beza betul bila kita bersalin time siang atau awal-awal pagi masa zara dulu. Time zara dulu takde orang bersalin , takde kalut. Tapi time pagi, ya ampun.. kalut dah macam hape je. Semua nak kena cepat.

Alhamdulillah juga, walaupun sakitnya lagi hebat bersalin kali ni, Allah beri kekuatan pada badan ni. Bersalin pukul 10pg. Dalam pukul 1lebih ke dalam pukul 2ptng macam tu saya dah boleh bangun untuk ke toilet tukar baju semua. Syukur alhamdulillah. Masa zara dulu lepas 4jam bersalin langsung tak boleh nak bangun. Pergi toilet pun langsung tak gagah. Terketar-ketar badan. Kepala pun pusing semacam.



Alhamdulillah.. syukur sangat dalam apa jua keadaan, Allah sulitkan disitu, DIA permudahkan disini. Syukur ya Allah. Kerana Engkau juga Maha Mendengar & Maha Memahami kerana mengizinkanku Melahirkan Seorang lagi umat Nabi Muhammad ini yang diberi nama MUHAMMAD ZHAREEF BIN MUHAMAD NAJIB.




10 comments

  1. ala... comelnya bby... alamak seram sejuk jd akak baca pengalaman nak bersalin tp mmg bestkan sya.... ingat sekali mmg tak tahan sakit tu... tp bila bby dah keluar rasa syukur sgtkan...

    ReplyDelete
  2. Seramnye baca.. Teringat bersalin yg terdahulu... Skrg preggy lagi.. Nanti kene tempuh sekali lagi.. Adehh.. Seram..

    Comelnye dak tecik tuuuu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..comel baby mimie..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. satuy pgalamn yg xdpt d lupakan saat bgelar ibu.. aduhaii comel nya =D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dah selamat semuanya...syukur...syukur..syukur.

    ReplyDelete
  6. ne yg buat fae takut beranak ne huhuhu

    ReplyDelete
  7. Saya dulu sakit dari pukul 5 petang kena induce. Pukul 10 malam baru keluar baby. Alhamdulillah. Sebab baby saya kecik kan, dia senang nak keluar. Tak banyak sangat jahitan. Tapi betul-betul rasa trauma nak bersalin lagi. Trauma kena seluk, trauma kena induce, trauma kena cucuk supaya air ketuban pecah, contraction lagi. Tunggulah 10 tahun akan datang mungkin saya akan lebih bersedia. Mungkinlah. Hahah.

    Latest, http://lynk.my/55oX

    ReplyDelete
  8. wahhh ketinggalan kiter,
    tahniahh..alhmdulillah
    spasang dah yer,

    ReplyDelete
  9. Teringat masa kontraksi, sakit sangat sampai tak boleh nk baring, tak boleh nk tido, satu potong ayat pun x mampu nk baca. Walhal kat fon dah letak macam2 ayat untuk dibaca.. Dugaan

    ReplyDelete
  10. Teringat masa kontraksi, sakit sangat sampai tak boleh nk baring, tak boleh nk tido, satu potong ayat pun x mampu nk baca. Walhal kat fon dah letak macam2 ayat untuk dibaca.. Dugaan

    ReplyDelete