:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Ahad, 27 Mac 2016

Belimbing Buluh.

Assalamualaikum.. Hai =)

Sekarang tengah musim buah ni ke? Selalu susah nak nampak. Semalam terjah pasar pagi. Niat ddy zara nak tengok cover tuk fon. Sekali takde la pula orang yang jual tu. Sambil jalan tu terperasan la beberapa orang makcik dok jual belimbing ni. Dah lama sangat dok mencari. Padahal dulu tak reti makan pun kalau mak masak. hehehehe


Sabtu, 26 Mac 2016

Tempahan Sambal Ikan Bilis.

Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah.. Sekarang dah ada je tempahan sambal ni walaupun tak banyak. Rezeki juga kan.. Sekalipun tak banyak, saya bersyukur sangat sekurang-kurangnya ada yang sudi menempah.


Malam tadi buat. Kat kul 11malam juga la siapnya. saya buat ikut tempahan ya. Saya tak buat ready made siap-siap. Takut nanti time orang tu nak, dah tak sedap ke apa rasanya. So nak bagi orang, kena fresh-fresh. hehe..

Rabu, 23 Mac 2016

Abam Kie's First Giveaway



Sila klik banner di atas jika mahu join


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.



6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.



7. Done!



P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Selasa, 22 Mac 2016

Pengalaman Menaiki ETS Ipoh - Gemas

Assalamualaikum.. Hai readers..

Cerita bab pengalaman ni wajib la diselitkan dalam blog kan? Sebab setiap pengalaman yang dirasai tu berbeza walaupun perkara yang berlaku tu sama. Betul tak? Ni pengalaman masa naik ETS haritu. Bertiga. Bukan dengan ddy zara. Tapi dengan maksu zahra sekali.


Percutian Ke India Bawah RM350 dan Nikmati Percutian Mewah Ini!

Assalamualaikum.. Hai readers..

korang pernah terpikir tak nak pergi bercuti sampai ke negara India tu? Mesti tak kan? Mesti korang pikir kat india tu takde tempat yang menarik kan?
Apa kata, korang tukar plan, bercuti ke India.. Pastu terjah la tempat-tempat menarik yang ada di sana pula..


Ahad, 20 Mac 2016

10 Resort TREE HOUSE Yang Menakjubkan!

Assalamualaikum.. Hai readers..

Teruja Betul bila tengok 'TREE HOUSE' ni.. Kreatif kan orang yang membinanya.. Mana taknya, rumah atas pokok. Orang selalu buat rumah atas tanah. So sangat la unik.. Dah tentu memerlukan kepakaran yang sangat tinggi..



5 Sebab Kena Lawat Tempat Ni Di Korea

Assalamualaikum.. Hai..

Selamat berhujung minggu.. Ada yang tengah plan nak pergi bercuti ke?? Tapi tak tahu kat mana? Korang, tahu tak.. Bila ke korea pada musim panas, korang wajib ke tempat-tempat ni??

Tempat yang Wajib Di Terjah!


Sabtu, 19 Mac 2016

Bila Dalam Kegelapan

Assalamualaikum..

Kisah 2 hari lepas.. kisah hari khamis malam jumaat.. Masa petang pukul 3setengah, tiba-tiba takde letrik. sampai ke pukul 5 petang. boleh gagah lagi la sebab cerah kan. Tapi bila malam jadi balik, rasa macam bengang je 1 badan.


Khamis, 17 Mac 2016

Kalaulah Ianya Menjadi Inspirasi Kepada Yang Lain..

Assalamualaikum.. Hai readers..


Sekarang mood nak berblog dah jatuh merundum.. Tak tahu kenapa. Orang kata, bila kita nak menulis, tulislah dari hati.. Baru apa yang kita tulis, orang akan baca dengan penuh penghayatan gitu..

"Bags Giveaway By Penselduabee"


Assalamualaikum.. Hai ..

Pagi ni ambik mood sikit.. So join giveaway jap.. Sementara nak ambik mood tuk taip entry lain..

already follow penselduabee.

Selasa, 15 Mac 2016

Style Instant Shawl Terkini

Assalamualaikum.. Hai readers yang setia..

Siapa kat sini sukakan sesuatu yang instant? Sebut saja instant, mesti ramai yang tertarik untuk mencubanya,kan? Nama pun ‘instant’, dah tentu dia memudahkan kerja seharian kita kan?



Kali ni saya nak share sikit tentang Shawl instant. Siapa suka shawl instant? Dah tentunya majorit diantara kita semua sukakan Shawl Instant kan? Termasuklah saya salah seorangnya.. hehe

Isnin, 14 Mac 2016

Tips Menggayakan Floral Dress

Assalamualaikum.. Hai..



Siapa disini minat mengayakan dress? Tahu tak, kalau anda salah seorang peminat floral prints dress, ada beberapa tips yang perlu anda tahu untuk menyerlahkan keyakinan semasa memakainya? Jom ketahui sedikit sebanyak tips yang cukup mudah dan ringkas mengenai floral dress ni.

Hati & Perasaanku masih tersemat disitu..

Assalamualaikum.. Hai..

Hati dan perasaanku masih tersemat disitu..

29hb feb (isnin) dah berada di Ipoh. Jadinya singgah la ke Koperasi. Sebab nak hantar sambal ikan bilis yang di tempah oleh kakak kerani di koperasi. Sambil tu, melepaskanlah rindu di sana.

Ya Allah..

Rindu sangat-sangat dengan koperasi. Walaupun dah 2 tahun berhenti dari situ, tapi jiwa & perasaanku tidak pernah sesekali melepaskan perasaan tu..


Ahad, 13 Mac 2016

Lana Dress

Assalammualaikum.. Hai readers..

Ada yang masih mencari dress yang cantik? Harga yang berpatutan? Bawah Rm100

Meh singgah sini kejap meh.. Lana Dress pasti memikat hati. :)


Sabtu, 12 Mac 2016

Ariyya Jubah Plain

Assalammualaikum.. Hai readers..

Ada yang tengah sibuk mencari jubah yang simple-simple serta harga mampu milik?

Inginkan jubah yang simple dan cantik sebegini? Didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik?

Jumaat, 11 Mac 2016

Hati-Hati Jika Suami Anda ke KFC!

Assalammualaikum.. Hai readers..


Hati-hati ye kawan kawan semua.. 

Tips Terbaik Semasa Bercuti Di Guangzhou

Assalamualaikum.. Hai readers..

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah kan.. lagi beberapa hari je.. korang plan bercuti kemana? Dalam negeri? Luar negara?

Meriahhh laa kalau dapat bercuti ke luar negara kan? Untunglaaaa badan..


Rabu, 9 Mac 2016

Tempahan Sambal Ikan Bilis Kering.

Assalammualaikum.. Hai readers..

Kisahnya haritu sebelum balik ipoh saya ada open order sambal ikan bilis ni. Alang-alang nak buat tuk simpanan sendiri juga, jadinya open la order kan.



Alhamdulillah. Haritu dapat 7 order sambal ni. Alhamdulillah.. Syukur rezeki dari Allah.
4bekas perlu dipos. 3bekas lagi COD je. Senang.

Selasa, 8 Mac 2016

Selamat Hari Wanita



Bila Dia Dah Mula Buat Perangai..

 Assalamualaikum.. Hai readers..

Ni coretan khas buat anak manja ngada-ngada mama si zahra khadijah ni haaa..

Kisah hari sabtu kelmarin. Nak pergi cari kain tuk buat baju tuk pakai masa adik kawen nanti. Kiranya nak sedondonlah semuanya nanti kan..

Budak zaraa ni buat perangai pula.. Dah la kita ni nak drive, dia dok menangis-nangis nak suh pegang dia.. Dok acah itu ini tak makan saman betul..

Tawakal aje la drive sampai ke UO (Angsana Mall).. Ntah kenapa dia dok buat perangai je. Pastu nak berdukung je... Lenguh tangan dibuatnya.. Tapi layankan la juga..

Sabtu, 5 Mac 2016

Hadiah Top Komentar Nov. & Dis 2015

Assalamualaikum.. Hai readers..

Walaupun cerita dah basi, tetap juga nak tempek dalam blog. Yela, kata blog ni diari kan, so kena juga la catit kan?

Ceritanya dapatlah hadiah ni dari blog sis Azhafizah.. Sebagai top komentar bulan nov. & dis 2015.. alhamdulillah.. rezeki..


K E S I B U K A N.

Assalamualaikum.. hai readers..

Ya Allah.. sekarang ni terasa macam sibuk sangat-sangat. Nak menulis entry baru dekat blog ni pun rasa macam tak sempat. Bila dah sempat, nak mengarang pun takde mood. Aduhai..


Sekarang ni ada kat ipoh. Kat rumah mak. Tengah tolong mak nak buat persiapan kahwin adik. Terasa macam tak cukup masa je. Dah macam kita pula yang nak kawin. 

Jumaat, 4 Mac 2016

GETEX : BUAT BELIAN DARI GETEX.MY DAN DAPATKAN KEMBALI 'CASHBACK'?

Assalamualaikum.. Hai readers..

GETEX : BUAT BELIAN DARI GETEX.MY DAN DAPATKAN KEMBALI 'CASHBACK'? BETUL KE?

GETEX ?? Agak-agak korang tahu tak GETEX tu apa?? Mungkin ada yang tak tahu dan kurang tahu mengenai GETEX.MY ni kan? Sejujurnya, saya sendiri pun tak berapa arif mengenainya.. Mujur juga ada sahabat yang sudi berkongsi ilmu.. Tq eka! =)


Selasa, 1 Mac 2016

Selamat Hari Tentera Darat ke-83

Selamat Hari Tentera Darat ke 83 pada 01 Mac 2016 kepada semua Pegawai dan Anggota yang sedang berkhidmat..tidak lupa juga kepada pesara Tentera Darat Malaysia... JASA MU TETAP DIKENANG. Selamat menyambut hari ulang tahun..sama2 kita mendoakan semoga hidup kita dlm kesejahteraan dan keamanan hendakNya. TDM " Gagah Setia"