Nak Bercerita Bukannya Mudah

Sunday 30 October 2016

Nak Bercerita Bukannya Mudah

Assalamualaikum..

Menjadi seorang penulis memang senang. Apa sahaja kita boleh tulis. Apa sahaja yang kita ingin cerita, kita boleh bercerita. Tetapi nak menjadi seorang penulis yang mempunyai identiti yang tersendiri dengan hasil penulisan yang mempunyai jalan cerita yang menarik serta memberi impak yang besar kepada pembaca bukanlah mudah.

Orang selalu kata, menjadi seorang blogger ni, banyak benda yang kita boleh kongsikan dengan kawan-kawan. Tetapi tidaklah semudah yang disangka.. Setiap cerita yang ingin dikongsikan perlukan mempunyai motif. Kenapa mesti kita berkongsi cerita tersebut.

Mungkinlah dulu saya sendiri agak 'kurang matang' dengan semua ni. Apa sahaja yang ingin dikongsi, saya akan kongsikan. Namun saya tidak nampak impaknya. Adakah ada kesan yang besar kepada diri sendiri dan kawan yang lain.

Adakala saya sendiri tewas dengan perasaan sendiri. Apa sebenarnya motif saya berkongsi cerita di blog ini, sedangkan tiada pembaca. Sekadar syok sendiri? hahaha..
Mungkinlah kut. Kadang kala perkara tidak penting pun ingin dikongsi. Atau beranggapan, 'janji blog terupdate'.. mungkin tu lebih sesuai..



Dan orang juga selalu berkata, 'pengalaman mematangkan kita'.. Dan sekarang saya sendiri keliru, apa yang saya boleh kongsikan sekarang diblog ini?? Sebab adakala saya rasa penulisan saya seperti 'janji blog terupdate'.. hehehe..

Oklah, sebelum saya sendiri pening dengan penulisan saya ni, meh la bagi link korang ya..


Jom share link blog kengkawan. Saya nak listkan dalam blog ni. Sambil-sambil tu boleh blogwalking.. ^_^



*kalau sudi klik la ye*


Post a Comment