Kembali Kepada Kehidupan Sediakala.

Monday 26 September 2016

Kembali Kepada Kehidupan Sediakala.



Assalamualaikum.. Hai readers.. Lamanya kita bercuti dari berblog kan? Agak-agak ada ke yang nak baca ni? Ehh, takpe, takde baca, kita duk diam-diam je kan. Hehehe
.
Alhamdulillah, petang jumaat dah Selamat sampai di Gemas balik. Setelah seminggu bercuti balik ke rumah mak di Ipoh. Rindunya dengan family di sana. Maklumlah, bukan dapat balik selalukan jumpa mereka semua. 
.
Balik sana memang tak smpat nak update Blog pun. Tumpuan memang nak bercuti, nak luang masa dengan mereka semua. So, bila dah balik ke Gemas ni, baru datang semangat balik nak jenguk Blog. 
.
Nak dijadikan cerita, balik sana 2hari badan tak sihat. Isnin dan selasa. Masa balik ke ipoh tu, cuaca boleh tahan juga. Panas. Mungkin perubahan cuaca juga kut. Hari isnin tu dari pukul 1.30pagi dah tak sedap badan sangat. Actually malam ahad tu lagi. Nak tido pun tak boleh. 
.
Tapi kemuncaknya pukul 1.30 Pagi tu start muntah. Pastu cuba untuk lelap lepas tu. Tak boleh juga. Seram sejuk badan. Sampai bangun subuh pun muntah. Secara total isnin tu 6x muntah. Memang lembik badan. Kepala pun berat je. Hari selasa dah ok sikit. Tapi tewas juga malam tu, 2x muntah. Tapi petang tu sempat juga la keluar dengan mak abah dok pergi beli kain nak buat langsir. Hehe
.
Hari rabu dah lega sikit. Makan pun berjaga-jaga. Hehe.. Maklumlah, takut muntah-muntah lagi. Kut la sebab masuk angin badan ni kan. Makan macam macam la kata kan. Dan yang best nya, Hari rabu tu mak masak laksa. Nikmatnyaaa dapat makan apa yang kita nak. 
.


Hari khamis alhamdulillah badan dah ok. Cuma berjaga-jaga makan je la. Sebab dari faktor pemakanan la yang boleh kontrol badan kita kan. Hari jumaat dah gerak balik ke Gemas balik. Rasa macam, cepatnyaaaaa.. Bercuti seminggu di Ipoh rasa tak puas je. Maklumlah, boleh di kira setahun bape kali balik. Hehe..
.
So, start Harini nak cuba la kembali aktif balik dalam dunia Blog ni.. Walaupun tengah bercuti, pikiran ni dok pikirkan blog juga. Cuma masa je tak mencukupi. 
.
Moga dipagi isnin ni, diberi semangat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Jangan moody moody pagi isnin ni. Nanti rezeki susah nak masuk. 


Post a Comment