NAZIM OTHMAN – BELLA DALLY AKAN UMUM TARIKH NIKAH SELEPAS PERSIAPAN SELESAI

Saturday 23 January 2016


Semalam kita dikejutkan dengan berita pertunangan antara pelakon Nazim Othman dengan pelakon cantik Bella Dally. Nazim melalui akaun instagramnya mengakui perkara tersebut.  

Jelasnya:

"Pada 26 Oktober 2015, ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi saya bertanya kepada @belladally sama ada dia sudi untuk menjadi isteri saya. Alhamdulillah, dia menjawab ya.

"Jadi pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya," ujarnya.


Menurut Nazim lagi, tarikh majlis pernikahan akan diumumkan setelah mereka berdua selesai membuat segala persiapan. Nazim juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peminat di atas segala doa yang baik.

Dikesempatan ini Media Hiburan ucapkan tahniah di atas pertunangan Nazim Othman dan Bella Dally, semoga segala yang dirancang dipermudahkan Allah.
 





sumber :sini

Post a Comment