Kisahnya Malam Sabtu.

Saturday 16 January 2016

Assalammualaikum.. Hello readers..

Kisahnya nak keluar makan. Kes teringat ingatkan keteow kungfu punya pasal. So ajak ddy zara keluar malam tu.

Masa nak keluar tak cek pun bahagian enjin depan. Sekali masa jalan, nak kata jauh, jauh juga la dari umah. Tapi masih dalam kawasan kem. Tiba- tiba dengar bunyi anak kucing!! Sah! Ada anak kucing duduk kat depan tu. Dalam keadaan perut lapar ya amat ni, terus terlupa. Badan jadi panas sebab terkejut. Then risau kalau- kalau anak kucing tu mati tersepit. >_<

Alhamdulillah.. Masa buka tengok anak kucing tu ok. Ada 2 ekor! 2 ekor ye. Pastu ddy zara kuar, letak atas jalan. Pastu tempat tu dah depan HTD. Kira jauh la dari kauters. Cakap kat ddy zara, hantar kat kauters dulu la. Lagipun kucing tu belum pandai jalan lagi. Memang kecik lagi. Baru buka mata macam tu la. Nanti dia tak pandai nak cari mak dia.





Elok sampai kauters, pelik dengar suara anak kucing lagi dari enjin!! Pelik. Sebab 2 ekor anak kucing yang saya keluarkan tu senyap je. Sah! Ada sekor lagi. Suruh ddy zara buka bonet enjin tu, tercongok sekor lagi. Ya Allah.. Berderau darah dibuatnya. Mujur tak mati. Yela, dalam keadaan kereta bergerak kan.

Nak dijadikan cerita, hari khamis petang saya turun nak buang sampah. Nampak budak-budak tingkat bawah ni dok main anak kucing ni. Nampak 3 ekor je. Pesan juga kat budak-budak tu, bagi anak kucing tu kat ibu dia balik. Risau la kan kut anak kucing tu dibuli ke apa. Sebab berjalan pun tak pandai lagi.

Haaa, sambung balik ye. Lepas dah pikir, selamat dah anak kucing tu 3 ekor. Mujur tak mati. Sekali!!!!!..
Masa kereta dah bergerak balik keluar, elok sampai dekat tempat pertama berhenti tadi, dengar bunyi anak kucing lagi. Ya Allah.. Berderau darah lagi sekali. Terkejut. Ada lagi ke anak kucing????
Sebab nanpak budak budak main 3 ekor je. Sekali bukak, hambek, keluar lagi sekor. Ya Allah.. Mujur tak mati.

Terkejut. Cakap kat ddy zara, check betul betul. Ada lagi tak. >_<. Sebenarnya perasaan ni dah naik takut. Takut kalau ada anak kucing lagi dalam tu. Lepas keluarkan anak kucing tu, berpatah balik la kami ke kauters hantar baby miaw tu. Bila sampai kauters, badan jadi panas. Sebab naik takut dibuatnya. Terngiang ngiang suara anak kucing tu. Pastu rasa macam nak cancel je pergi makan tu. Takut punya pasal kan.

Settle hantar kucing, kitorang teruskan keluar. Masing-masing senyap je dalam kereta. Saya cuma mampu kata, Allah tengah uji kita ni. Moga ada hikmahnya. Sebab kita pun selamatkan anak anak kucing tu. Think positive. Tapi perasaan masa tu.... Takut! Dulu, tahun lepas, masa tu pregnantkan zara, macam tu juga. Baru kuar sikit je depan kauters, dengar anak kucing. Buka bonet, terus melompat keluar. Tahun ni kena lagi. Seram!

Elok sampai kedai makan, orderlah keteow kungfu. Bagitahu taknak pedas. Sebab nak bagi zara makan kan. Adalah tunggu dalam 15minit kut. Tak tahu la berapa lama. Sebab perut lapar sangat. Pastu kes tergendala pasal kucing, rasa nak pengsan dibuatnya. Elok sampai, tengok kuahnya merah!! Ehhhhh.. Tergamam jap. Kan dah minta tak nak pedas. Awat kuah merah.

Melilau cari orang kedai. Pastu nampak orang ppuan yang ambik order kami. Tanya dia, saya order taknak pedas, kenapa kuahnya merah? (Kuah merah ada cebisan cili). Pastu orang ambik order tadi check list balik. Dia cakap camni 'keteow kungfu memang merah. Kalau keteow hongkong kuahnya putih'..

Ehhhhhh.. Sejak bila ada keteow hongkong???? Pastu cakap kat orang tu. Haritu saya order keteow kungfu juga. Minta tak pedas. Kuahnya putih. Yang ni sama dah. Cuma yang ni pedas. Saya tak boleh nak bagi anak saya makan. Yang ni saya tak rasa lagi. Cuma saya tengok ada cili. Mesti pedas. Tanya dalam keadaan elok elok tau. Bukan mara mara. Heee..



Bila zara dah ngamuk lapar. Terpaksa la tunggu lagi. Ddy pula dah syok makan nasi goreng ayam. Tanya ddy pedas tak, ddy kata macam pedas sikit. Zara dah minta, bagi rasa sikit. Pastu keteow sampai, mujur tak lama. Sekali tengok, haaaa.. Boleh pun buat yang tak pedas. T____T
Ni tadi mesti kes main buat je ni. Bersabar je la. Allah tengah uji lagi. Kuatkan kesabaran dan keimanan. >_<

Masa makan tu, zara sedap je makan. Yela, laparkan. Maunya tak layan je makan. Saya ni lagi la. Menanti penuh kesabaran. Dugaan malam minggu. Betul betul ujian dari Allah.

Bila saya kata tak rasa lagi, dengan harapan tak perlu la bayarkan. Sebab bukan salah saya pun. Tapi semalam kena bayar Rm15.50. Confiys juga, dia kira juga ke harga keteow yang dia salah buat tu eh??? Sebabnya harga tuk ketiaw kungfu Rm5 seingat saya la. Pastu saya minum air masak sejuk je. Then ddy zara makan nasi goreng ayam dengan nescafe ais. Taklah berkira. Cuma nak tahu, kalau orang tersalah buat order kita tu, kena bayar ke??Dan pagi tadi masa nak keluar pergi pasar. Suruh ddy zara buka bonet depan dulu. Ternyata ada mak kucing tu dengan anak dia 2 ekor. Anaknya lagi 2 ekor ada kat dalam stor tinggalan tu. Lepas ni kena tersangat sangat berhati hati. Sebab kucing suka duduk dalam kereta tu.

*Naik seriau dengan semua ni*.

4 comments

  1. mmg seriau kalau kucing buat hal mcm tu. kakak sy pernah jd cm tu. jauh jgk kereta dh brjalan, mujo x jadi ap kt kucing tu huhu.. mmg kalau nk keluar kena periksa dulu kereta huhu..

    ReplyDelete
  2. Ya allah seriaunya baca citer ni...takut kucing mati je dlm enjin..mmg dugaan betul satu hari tu ye. Takpelah Allah nk tambah pahala...

    ReplyDelete
  3. penah jugak jadi macam tu. huhuh

    ReplyDelete
  4. Pelik juga...kereta jadi pilihan kucing2 tu...agaknya haba panas dari kereta buat kucing selesa...

    ReplyDelete