:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Isnin, 28 September 2015

'Perjumpaan Setahun Sekali'..

Assalammualaikum.. Hai readers..

Cerita pasal raya haji baru ni. Random la segala cerita ye. Kalau panjang berjela pun, harap bertabah je la baca. Hehe.. Sebab malas nak buat banyak entry. Sekali harung je eh..

Raya haji tahun ni tahun kedua tak beraya sekali dengan ddy zara.. Sebabnya saya balik awal ke ipoh. Ddy zara nak pergi kursus. Tahun lepas sebab dalam pantang. Heee..
Ddy zara beraya di melaka.. So tahun ni masing masing beraya di perantauan la .. Hehehek..


Tahun ni puas juga la dapat makan macam macam. Tahun lepas peratiiiiiii je makanan best best.. Pastu bengang. Haha.. Tahun ni pulun. Dengan zahra sekali dok kaki makan kat sini. Lemang pun dia merasa sama. Takde la makan sampai kenyang pun.



Menu raya tahun ni simple je.. Tapi syok la dapat makan apa yang mak masak. Ada laksa. Rendang ayam. Lemang. Lemang ubi. Kek asam manis. Pastu mak rajin, ada buat kerepek pisang. Bahulu abah order dari kawan. Hambek.. Memang kenyang perut la. Saya dok repeat lemang + rendang je la. Sebab dari ngandung tertahan tahan nak makannya.




Habis cite bab juadah, cite pada hari kejadian pula. Pertemuan setelah setahun dengan kawan katil sebelah masa kat ward bersalin. Anak kami lahir pada hari yang sama. 18 sept. Cuma beza nya tang masa je la.. Alhamdulillah.. Perancangan berjalan dengan baik. Setahun sekali agaknya dapat berjumpa. Tu pun kalau Allah izinkan. Maklumlah, masing masing dduk jauh kan..


Tahun ni Alhamdulillah rezeki dapat jumpa balik. Dapat temukan zara dengan twins dia nih. Hihihik.. Moga akan datang pun diberi keizinan jumpa lagi.. In shaa Allah.  :)


Mekasih wahida, husband and comel mama-qaseh sebab datang umah mama.. Moga ukhwah yang terbina akan kekal sampai bila bila dengan sebaiknya.. In shaa Allah..

                 ~throwback setahun yang lalu~

Khamis, 24 September 2015

Salam AidilAdha

Assalammualaikum..

Salam Aidiladha buat semua kenalan serta silent readers blog 'Cinta Itu Indah'..

Andai ada salah silap yang menguris perasaan, ampun dan maaf ye..


** Tahun ni tahun kedua beraya aidiladha tanpa ddy zara..

Rabu, 23 September 2015

Brooch Mini GiveAway TAMAT !

Assalammualaikum.. Selamat malam readers..



Just nak inform, giveAway saya dah tamat malam semalam ye. Terima kasih buat kawan kawan yang sudi join sama. :)

In shaa Allah dalam masa terdekat ni saya akan share list peserta untuk kawan kawan check ye.
Selang seharinya in shaa Allah saya akan umumkan pemenang ye. Buat masa ni saya agak kebizian sikit sehingga ke hujung minggu ni.. Ada urusan keluarga sikit..

Harap bersabar ye. Undian nanti saya minta adik saya cabut undi ye..
Semoga berjaya.. ;)

Selasa, 22 September 2015

" BROOCH Mini Giveaway"

assalamualaikum.. hai pembaca setia disini..

actually dah lama tanamkan niat nak buat mini giveaway ni. giveaway yang simple je. then hadiahnya pun biasa-biasa je.. yela.. selalu join giveaway kawan-kawan je kan.. so kali ni, kita cuba la anjurkan giveaway sendiri.

actually segan juga nak buat giveaway ni. yela, pemberian tak seberapa kan. tapi dah niat. alhamdulillah.. buat ni pun sebab ada rezeki lebih sikit jualan brooch ni. niat nak beri brooch ni pun sambil nak perkenalkan bisnes kita ni.. hehe.. *tutupmukamalu*

syarat pun senang je.. hope kawan-kawan sudi la meriahkan giveaway tak seberapa ni ye.. just for enjoy.. :)



1. Buat tajuk " BROOCH Mini Giveaway".
2. Copy banner ni dan backlink kan ke blog ni.
3. Follow blog ni.
4. Like page "Cinta Itu Indah".
5. Publish dan letakkan link ke kotak komen ye.

Mudahkan? Harap jujur dan seikhlas hati la ye ikut syarat tu. Sebab saya pun jujur dan seikhlas hati nak beri brooch tu pada kawan-kawan. :)

DALAM PERANCANGAN SAYA NAK BERI 10SET BROOCH KEPADA 10BLOGGERS.


Tarikh bermula harini ye. 06 september 2015
Tarikh tamat 22 september 2015


Pilihan v
           v
           v

Kalau ada yang nak follow wechat pun boleh. >> Syamimi_Saad88
Nak follow instagram? just search >> khadijahwardrobe_nsms


Ok.. kalau ada yang nak ORDER terus, boleh whatsApp saya ye. 011-24181178 :)

Tempahan Tasbih.

Assalammualaikum.. Hai readers..

Selamat pagi.. Pagi ni kita cerita pasal rezeki ye.. Mana tahu Allah akan murahkan lagi rezeki kita. Ni kisah minggu lepas. Lambat update sebab bizi sikit. Jadi harini kita update la ye hasil kerja yang lepas ye. Alhamdulillah, dapat tempahan dari orang senegeri. Hee..


Mekasih sis dilah tempah dengan saya. Maaf kalau hasil kerja saya tak seberapa. Tempahan 15utas tasbih 33butir untuk diberi pada keluarga..


Warna ni pilihan sis dilah sendiri. Geram pula bila tengok tasbih ni bila dah siap. :) comel comel je..


Sis dilah kata nak beri pada family, jadinya saya packingkan dalam uncang macam ni. :) buat masa ni saya bagi free je packing tasbih dalam uncang ni ye.. 


Gift yang tak seberapa. Actually nak bag extra brooch.. T______T.. Sekali tak ckup.. Maafkan saya..



Mekasih sis.. Order dengan saya.. Sekarang saya ada di Ipoh sehingga 11 oktober. Kalau ada siapa2 belah ipoh nak order bagitahu la ye. Boleh COD je.. In shaa Allah.. :)

WhatsApp : 011-24181178

Ahad, 20 September 2015

Berjauhan 3Minggu!

Assalammualaikum.. Selamat pagi hujung minggu.. Hai readers..

Alhamdulillah.. Semalam saya dah pun selamat sampai ke ipoh. Ya Allah.. Perasaan tu seronok sangat dapat jumpa dengan mak abah dan adik adik. Seronok dapat balik umah kat ipoh. Rinduuuuuu sangat suasana dan bau rumah kat sini!! Sungguh.. Rindu semuanya..

Tapi yang tak best 1 perkara je la.. Berjauhan dengan ddy zahra untuk 3minggu. Seminggu ni dddy zara sorang sorang la kat rumah. Kami terpaksa balik ipoh awal atas sebab sebab tertentu. Tunggu la nanti cerita dalam entry lain ye sebab kenapa tu. Heee.. Lagi 2 minggu sebab ddy zara ada kursus di KL..

Baru bape jam ddy zara gerak balik ke gemas. Dah rasa rindu. Malam tadi zara tido pun merengek. Cari ddy. Try tidokan zara masa kat ruang tamu. Terpusing pusing cari ddy. Masuk bilik ok je tidonya. Hope malam ni boleh la dia tido dengan lena. Risau je.

Tak pernah terpisah lama camni kan. Pastu boleh pula lupa nak minta 1 baju ddy dia.. T_______T
Tapi zara tak pernah pun diajar tido peluk baju ddy ke apa. Cuma dia kalau berpusing kiri ada mamanya. Pusing kanan ada ddynya. Moga moga keadaan ni terkawal la malam ni..


Hope ddy zara selamat la sampai ke gemas.. Risau je dia drive sorang2 tanpa teman..


Nota : tima kasih buat kawan kawan yang terjah, baca dan beri komen pada setiap entry. In shaa Allah saya akan balas slow slow ye. Memang tak sempat nak balas lagi. Balik umah mak ada wifi. Terus pening nak update mana dulu. Fb ke, ig ke, blog ke.. Adoiyai..

Jumaat, 18 September 2015

Throwback : 18 September 2014

sambungan drama.. haha..

Tiba tiba pukul 1 pagi tepat tepat datang sakit yang kuat. Masa tu takde la panik menjerit ke apa. Cuma mengerang sakit la juga. Try duduk tak boleh, still sakit. Try ngiring pun sakit. Last last bangun pergi toilet kalau tak silap. Sebab sakit perut macam nak membuang. Nama pun first time alami, jadi tak tahu la sakit perut tu sebab nak beranak ke apa.

Balik dari toilet still sakit perut tu tak hilang. Last last monitor sendiri sampai pukul 2 pagi. Dalam tempoh sejam, sakit tu datang 5minit, 5minit terus. Takde dah setengah jam sakit ke, 15minit ke, sume takde. Haha.. 'Baby zahra' tak sabar nak kuar time tu. Tu yang sakit 5minit, 2minit terus tu. Mujur la ada pengalaman baca kisah orang kan, so takde la panik semacam.

Last last pukul 2pagi tepat picit bell. Sebab tak tahan sangat sakit kuat, then risau jadi pape kat baby. Yela, kita bukan boleh jangka kan? Betul tak? Nurse datang tanya kenapa. Bila kata sakit kuat, dia minta pergi bilik ctg tu tuk check laluan. Masa check laluan tu katanya 3cm. Adoi.. Tak kan la 3cm time pagi serah diri tak sakit, ni pukul 2pg check 3cm sakit macam nak beranak.. Confius tau. Dalam sakit2 pun boleh terpikir camtu. Haha..

Pastu dia suh balik bilik balik. Gigih betul berjalan masa tu bila diingat balik. Naik katil, still tak boleh tahan. Last last pergi toilet kut kut boleh membuang. Tapi tak juga. Lastnya basuh muka je sebab rasa panas. Dlm pukul 3 bersembang dengan katil sebelah. Kak norima ngn wahida. Sampai gigil gigil badan tahan sakit. Pastu bila duduk je setempat lagi sakit tu kuat. Wahida bagitahu try jalan jalan kat luar bilik ward. 1 tahap tak boleh nak berjalan dah. Masa tu nurse dok perati je. Tak tanya pun.

Bila satu tahap tu dah tak tahan baru la nurse ni tanya, sakit sangat ke. Naik katil kita check kat dalam. Masa ni Allah je yang tahu. Nak berjalan tanpa dipimpin, memang tak terlangkah kut. Tapi nurse paksa juga masuk. Slow slow naik katil yang tinggi tu. Mula mula sorang nurse seluk. Pastu dia panggil nurse lain. Maybe yang lebih pakar bab ni. Diseluknya lagi. Adoiyai.. Masa tu tak tahu la berapa kali kena seluk dengan berapa nurse. Sebab ada 3-4 orng kut. Tak ingat sangat. Sekali dengar full term! Dah full term!.. Yang ni je saya dok ingt.

Pastu kelam kabut nurse cari wheelchair dgn katil nak ditolak ke labour room. Yang kelakar, masa dorang kalut tu, takde sorang nurse pun teman. Pastu rasa nak teran sangat. Macam Mana la tak rasa nak teran. Dah dorang dok seluk tu kan. Menjerit kkak katil sebelah panggil nurse. Nurse datang bawa wheelchair. Masa nak turun tu, dorang tak pegang pun. Serius, memang tak boleh nak bangun. Tapi gigih kan diri je. Dah naik wheelchair dorang suh pindah naik katil. Time ni la ko nak berpindah randah kan mimi. Haha..

Dah naik katil, nurse suruh mengiring. Bayangkan time tu pukul 3lebih pagi. Dengan sejuk nya. Nurse tanya sakit ke, pastu cakap kat nurse sejuk. Haha.. Nak beranak, tapi sempat rasa sejuk sejuk. Yang saya ingat laju juga nurse ni tolak katil. Takut la kan kita ni terberanak tengah jalan. Hehehe.. Sampai labour room pukul 4. Pastu dah tukar naik katil kat lobour room, nurse kat situ kata if rasa nak berak, teran je. Sebab sebenarnya bukan nak berak, tapi nak beranak. Masa tu memang rasa camtu, so nurse kata teran je.

Actually bila kita teran membantu baby tuk turun kan. Then setelah sampai 1 tahap, nurse pecahkan air ketuban, tak lama lepas tu rasa sesuatu sangat. Yela, kepala baby nak kuar kan. Tapi sakit tu sekejap je, pastu terus laju je badan baby keluar. Masa badan baby keluar, tak sakit pun. Then terus rasa badan semacam. Rasa macam hilang segala apa yang terbeban kat diri. Seolah olah diri ni kosong. Macam terhapusnya segala dosa kita kut camtu. *agaknyalah*..
.


Then mata saya terus tengok jam kat dinding. Haha.. Baby keluar pukul 4.41pagi. Alhamdulillah.. Sakit start pukul 1pagi, 'baby zahra' keluar 3jam 41minit kemudian. Dipermudahkan Allah.. Memang moment yang sangat sangat indah. Lepas 'baby zahra' keluar terus nurse tanya jantina dia, then bila nurse tunjuk 'baby zahra' 1 benda yang terus terpikir, 'putihnya anak aku'.. Haha.. Maklumlah, rajin minum cool blog coklat kan, terkejut tengok anak putih..


Alhamdulillah.. Harini genap setahun 'Zahra Khadijah binti Muhamad Najib'.. Mama harap zahra dapat jadi seorang anak yang solehah.. Bila ada adik, jadi kakLong yang baik dan tunjuk teladan yang elok..


Sejujurnya..
Terlalu rindu saat mengandungkan Zahra sehingga dia dilahirkan.. Rindu juga kenangan kat ward. Alahai.. Rindu kenangan setahun yang lalu.. Cepat betul masa berlalu.. ~


~Ok.. Habislah throwback saat kelahiran zahra.. Saja buat throwback ni.. Nak tengok sejauh mana ingatan ni ingat kenangan setahun yang lepas.. Okay.. Masih kuat ingatan tu.. Hihi~


Khamis, 17 September 2015

Throwback : 17 September 2014

Assalammualaikum.. Hai readers..

Mengenangkan setahun yang lepas pada tarikh ni adalah tarikh yang sangat sangat berharga buat saya, jadi harini kita throwback la sikit ye buat kenangan.

Setahun yang lepas. 17hb tu hari rabu kalau tak silap. Masa ni kena serah diri. Sebab 'baby zahra' tak tunjuk tanda pun nak keluar awal. Mamanya berharap juga keluar tarikh 16 september, tapi nampak gaya dia belum terseru nk keluar time tu. Hihi..

Pagi tu bangun awal. Tak ingat pukul berapa. Yang pasti malam tu tak boleh tido. Bukan berdebar nak beranak ke apa, tapi tak boleh tido sebab panas. Dah baring atas lantai pun panas. Pagi tu mandi basuh rambut semua. Sebab tak tahan berpeluh peluh. Sarapan semua, kemas barang *bunyi macam nak pergi holiday sangat* then gerak ke hospital. Gerak dalam pukul 8 pagi macam tu.

Sampai hospital pusing pusing tak jumpa parking. Jauh juga berjalan kaki. Bajet sangat nanti senang beranak. Hihi.. Actually tak kisah pun. Janji dapat parking sebenarnya. Then pergi daftar. 3x makcik kat kaunter pendaftaran tu buat silap. Paling best IC dah depan dia, kejap salah nama kita. Dah betulkan, silap nama abah pula. Pastu kita tegur salah, dia mara kita pulak. Haiisshh...  Dan yang ketiga pasal surat GL. Hihi..

Settle dibahagian pendaftaran, terus ke ward bersalin tu. Yang best masa nak masuk kena serah diri, nurse nurse tanya datang nak lawat siapa.. Hihihi.. Maklumlah.. Tak nampak gaya macam nak bersalin pun. Yela, datang dalam keadaan tak sakit langsung kan. Settle isi borang segala bagai kat ward tu dalam pukul 10 ke 10 setengah pagi camtu. Then diorang bagi baju pink. Pastu masuk bilik buat CTG.



Time ni terpikir pikir juga.. Apalah nextnya kan bila kena serah diri nak beranak ni. Hihi.. Selesai buat ctg, kena check laluan. Masa tu doc cakap dah 3cm. Terkejut dengar. Yela, first time alami kan. Pastu sakit langsung takde. Pastu bolehnya parking jauh siap jalan kaki lagi.. Pastu yang tak bestnya doc mara sebab katanya dah 3cm kenapa tak rasa sakit. Terpinga2 dibuatnya. Dah tak sakit, tak kan nak buat sakit kan? Sekeh kang baru tahu..

Pastu masuk rehat kat balik.. Then sesi kenal kenalan dengan katil sebelah. Haha.. Katil kiri kanan pun belum sakit, so ibarat pergi bercuti je la time tu. Then dalam pukul 11 lebih kut dorang datang check. Yang pelatih pula non stop datang interview. Hihi.. Yela, kena juga bantu dorang tuk research dorang kan. Adik adik unikl la yang banyak bantu masa saya kat hospital.

Pastu pukul 2setengah tak silap saya, kena naik atas ikut doc. Doc nak scan baby lagi sekali. Tapi geram dengan doc tu. Tekan perut punya la kuat. Rasa nak 'pang' je. Dah la tak mesra alam. Tahu nak mara orang je. Serba serbi tak kena. Nasib tau saya tak ingat nama doc tu. Even penat sekalipun, janganlah buat macam tu depan pesakit. Saya tengok masa dia tengah tunggu turn nak scan saya, dia belek fon siap gelak sorang2 lagi.. Ehhh, boleh gelak rupanya. Ingat serius je sepanjang masa.

Selesai scan, masuk ward balik, rehat.. Sampai la pukul 4petang minum petang. Serius, boring sangat. Nak tengok tv kena keluar pula. So rehat sampai tiba waktu melawat petang. Time tu husband, mak, abah datang. Pastu adik ngn gf balik keje pun datang jenguk. Time ni sebak rasanya. :'(
Tak tahu kenapa datang perasaan tu. Tengok muka dorang semua terus sebak. Bagi semangat kat kita ni. Suh kita kuat tuk jumpa baby kan. Masa mak abah datang tu sempat la pergi mandi jap sementara dorang tunggu kat ward tu.

Sampai la ke malam.. Balik balik main ngan fon je la. Pastu sembang dengan kawan katil sebelah.. Pastu dalam pukul 11 tu rasa ngantuk, tertido.. Pastu ntah macam terjaga pukul 12 malam sebab nyamuk.. Adeh.. Stress je rasa.. Dah terjaga try la tido balik.. Dah boleh nak tido, terdengar ada baby nangis pula.. Tapi boleh juga tido.. Sampai la pukul 1 pagi..


......


Sambungan..

Hihihi...



Rabu, 16 September 2015

Takziah.. Al Fatihah..



Assalammualaikum..

Al fatihah..

Terkedu. Terkejut.. Tak tahu nak kata macam mana.. Minggu lepas (8/9/15) kakak sedara PM msg. Minta bagitahu mak dgn abh, pakteh saya dah teruk. Dapat tahu kanser hati tahap 4 @ terakhir. Katanya hari selasa tu pakteh rebah. Sekali bawa check buat scan sume dapat tahu penyakitnya tu.

Masa tu terkejut juga saya. Terus call mak. Ye la, amanah orang kan. Nak nak soal hidup dan mati. Mak macam tak percaya. Katanya masa bulan puasa abh ada jumpa pakteh. Tapi tak nampak macam tengah sakit. Allah lindung pandang orang agaknya tentang sakitnya kan.

Dan ahad baru ni mak abh adik ppuan bongsu saya pergi ziarah. Mak cakap nampak teruk sangat pakteh tu. Kurus. (Orangnya berbadan berisi). Perutnya muncit. Baring je. Mak cakap boleh lagi bersembang. Cuma mengah mengah. Sebenarnya saya dah niat nak jumpa dia bila balik ipoh nanti. In shaa Allah minggu ni ke..

Nampaknya Allah lebih sayangkannya.. Tadi dapat tahu pun kebetulan terbaca kat wall fb. Mak lupa nak inform awal kat saya. Saya tergamam. Terkilan sangat. Sebab setiap kali pergi ke umah pakteh, mesti saya ikut. Yang buatkan saya betul betul terkilan..
Mak kata masa nak balik tu pakteh asik sebut sebut nama mimi.. Asik tanyakan saya.. Adik saya yang bongsu tu disangkakan mimi.. Allah.. Sebaknya rasa.. Saya tak sempat nak jumpa buat kali terakhir..

Saat taip entry ni pun mengalir airmata. Terasa serba salah dalam diri. Saya jauh. Sabtu ni baru nak gerak balik ipoh. Allah.. Moga pakteh ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman..

Selasa, 15 September 2015

Bukan Niat 'Potong' Rezeki 'Kawan'..

Assalammualaikum.. Hai readers..

Buat kawan kawan semua, jemputlah ke page saya ye. Ada 2 page. 1 untuk bisnes. 1 lagi personal untuk blogging.
Ni saya bagi gambar. Senang tuk korang cari. :)
Kalau nak follow [√] pun boleh ye. Dialu-alukan. :)




Actually kadang rasa serba salah pula dengan kawan kawan. Saya sekarang buat dropship baju. Risau juga nanti kawan kawan ingat saya ni nak 'caras' bisnes orang. Bukan macam tu ye. Sikit pun tak. Kebetulan haritu saya rasa betul betul stress pasal $$.. Bukan husband tak bagi ke apa tau. Cuma saya lebih suka berusaha sendiri kadang tu untuk apa yang saya nak kan. Saya dah biasa bekerja. Bila tak kerja, rasa lain sangat sangat.

Then ada yang PM saya tanya nak ke jadi Dropship. Saya pun terima je la. Mungkin rezeki dari Allah kan. Time kita susah, dia beri petunjuk dan jalan. Kenapa tidak saya mencuba kan? Pastu dah nama pun 'menjual', tentu juga nak kena promote kan. Kat FB ke, Wechat ke.. Page ke.. Blog ke.. Kalau tak promote, macam mana orang nak tahu yang kita ni bisness kan?

Pastu ada juga yang macam, bila kita tegur, tak jawab pun. Allah.. Perkara camni la paling saya takut. Hope kawan kawan yang berbisnes sama sama janganlah kita bermasam muka ye.. Kita sama sama mencari rezeki. Bukan konsep saya 'caras bisnes orang'.. Cuma mungkin orang ingat macam tu, tapi kebetulan kita ditawarkan dengan bisnes yang sama kan.. Jadi tak salah pun kita terima kan?

Macam orang yang bisnes shaklee. Saya tengok ramai je yang berbisnes tu. Tapi takde pun nak masam masam muka kan. Atas orang la kan dia nak pilih penjual yang mana tuk dia beli barang tu. Betul tak? Sama juga macam saya. Kadang orang tanya harga semua tu. Tapi takde beli pun. Takpelah.. Mungkin memang bukan rezeki kita kan..

Then lagi satu.. Kadang tu baju yang kawan jual tu yang kita berkenan. Tak semestinya kita tak beli dari dia kan? Betul tak? Tak semestinya semua yang kita jual tu, semua taste kita kan? Atas supplier la nak bekalkan baju macam mana kan.. Betul tak? Hope kawan kawan tak masam muka dengan saya ye bila saya berbisnes ni. Tak semestinya kita housewife tak pikirkan 'kewangan' tuk support hsbnd tau..

So, kawan kawan jemput la ye ke page saya "khadijah wardrobe" tu kalau kalau nak survey baju. Nak survey tuk wife ke, kakak ke, adik ke, mak ke, gf ke..  Jangan risau.. Saya akan beri diskaun sekalipun beli 1 baju je. :)

Isnin, 14 September 2015

Tempahan 30set brooch.

Assalammualaikum.. Hai readers..

Pagi isnin ni marilah kita mulakan perkongsian entry yang baik baik. Entry kisar tentang rezeki. Mana tahu lepas ni Allah permudahkan segala urusan kita dalam mencari rezeki kan..

Ni rezeki bulan 8 yang saya terima. Alhamdulillah.. Saya terima tempahan 30set brooch dari ummi rania. Mesti kenal dengan ummi rania yang pandai masak tu kan.. Hihi..



Alhamdulillah.. Pembuka rezeki buat saya. Walaupun hasil kerja tangan saya tak seberapa, tapi ni kali kedua ummi rania buat tempahan dengan saya.. Syukur Alhamdulillah.. Hanya itu yang termampu diluahkan..



Maaf sangat ye ummi rania.. Tak sempat nak buat extra sangat tuk bagi gift. In shaa Allah, kalau ada rezeki lagi ummi rania tempah, kta bagi extra ye. :)
Mekasih buat ummi rania sebab buat tempahan yang banyak untuk diberi pada geng mengaji tok rania. Moga ummi rania sentiasa dimurahkan rezeki juga.

Amen..

Macam biasa la, sesiapa nak buat tempahan boleh whatsApp saya ye.. 011-24181178. Kalau nak PM di page Cinta Itu Indah pun boleh. :)

Jumaat, 11 September 2015

Betul Ke??

Assalammualaikum.. Hai Readers.. :)


Erm...

Betul ke nih eh?? Hahaha.. Ddy zara tak boleh naik badan sangat sekarang.. Terikat dengan kerja..

Korang yang lain camne??

Khamis, 10 September 2015

Entri Penghargaan : Rezeki Segmen Mamamyja.com

Assalammualaikum.. Hai readers.. :)

Alhamdulillah.. Rezeki bersegmen. Dah lama rasanya tak sangkut rezeki di blog ni. Last merasa rezeki berblog ni hadiah dari nile.com.

Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. Bertambah koleksi tudung saya. :) Saya tak kisah pun apa yang orang beri, semestinya saya terima dengan ikhlas. Terima kasih +Mama Myja ..



Nanti dah pakai tudung pemberian +Mama Myja ni kita selfie ye.. Heee.. Cantik sangat. Kita x pernah lagi beli tudung bercorak camni. Selalu tudung instant je pakainya. Hee..


Teaser Tasbih Diy

Assalamualaikum.. Selamat Pagi Readers..


Ya Allah..
Kau Limpahkanlah Rezeki buatku..
Kau Permudahkanlah Segala Urusanku..
Juga buat sahabat sahabatku yang lain..

Amen...

Selasa, 8 September 2015

FOBIA Bila Air Takde!

Assalammualaikum.. Hai readers..

Sekarang ni bila dengar je air takde, mula rasa fobia. Mau tak fobianya. Dah la rumah tingkat 4. Even bukan saya yang kena turun naik if nak ambik air, sedikit sebanyak terganggu nak buat kerja. Dah la sekarang ada anak kecik. Lagi la banyak nak pakai air nya..

Kalau tahun lepas seminggu takde air. Masa tu baru seminggu ke dua minggu pindah gemas ni. Pastu masa tu pregnant 4bulan setengah. Memang tak dapat la nak turun hangkut airnya.. Dok sabar sabar, seminggu genap air takde.

Kali ni kena 6hari! Naik fobia dibuatnya. Ada cousin pass ikut whatsApp notis dari SAINS. Katanya air terganggu start dari 01-02 september. Tapi.......... 29ogos air dah takde! Blank kejap masa tu. Air simpanan dalam tong kat umah ni ada setong je. Ingat weekend tu nak cari la 1tong lagi. Tapi tak sempat. Malam tu air dah slow. Tawakal je basuh kain sampai settle.

Pastu semalam takde air balik! Haaaa, sudah.. Mulanya tak perasan.. Kawan tingkat bawah bagitahu air takde. Huaaaa.. Terus pikir.. Baju dah dalam mesin! Baru je nak start basuh.. Air baru 3-4 minit dah stop. Seriau betul bila takde air ni. Sekalipun ada air simpanan, tetap juga rasa payah nak buat kerja.

Ni air dah ada balik. Cuma slow je la.. Belum kembali normal. Kawan tingkat bawah kata dah ok. Air tak naik umah kami lagi kut. Penat nak naik sampai tingkat 4 ni. Haha!.. Saya paling stress takde air ni baju berlonggok, pinggan banyak kat dapur. Nak buat keje lain pun takde mood.

Paling malas nak buat ialah MASAK ! Makanya... Masak ajelah yang simple. Janji boleh makan.

*Menu semalam. Syukur nikmat diberi. Sedap walaupun simple* hihihi


Psstt : kawan kawan yang nak cari blouse ke, dress ke, baju kurung ke, terjah la fb saya ye.. :) in shaa Allah.. Nanti saya bagi diskaun tau.. ;)

Isnin, 7 September 2015

Jom Ke Butik DREAMHOUSE di Tampin, N.Sembilan..

Assalammualaikum.. Hai readers..

Hari sabtu lepas, lepas selesai BAKAT di kem, ddy zara belanja makan. Maklumlah, pagi tak sempat makan kan. Opkos la perut pun bergendang. Ddy zara ajak makan di Nasi Ayam Mustaffa kat tampin. Punya la jauh. Hihi.. Sedap punya pasal kan.. Lagipun hari cuti, macam boring je duduk rumah, tu saja berjalan tu.

Ehh.. Tajuk jauh terpesong. Haha!! Intro dia tu.. Bukan kemain.. Actually haritu secara tak sengaja dah ke tampin tu, ajak ddy zara meronda sekitar tu. Then teringin sebenarnya nak terjah butik dreamhouse ni. Yela, kita ada hantar barang jualan kat situ kan.. Nak juga tahu tempat jualan tu kat mana. Secara tak sengaja pun terjah ke butik tu.

Alhamdulillah.. Hajat nak jejak kaki dah sampai. Tapi boleh pula lupa nak ambik gambar. Adehh.. Excited sampai sana punya pasal. Hihihi.. Nyesal je rasa.. Takpe.. Next time terjah kita ambik gambar ye.

Actually banyak barang yang dijual dalam tu. Harga pun berpatutan tau. Sesiapa yang berdekatan, pergilah terjah. Tak rugi. Ada jual telekung, jubah, perfume, cupcakes, chessekut, shawl, handbag.. Ehhh.. Banyaklah.. Rambang mata tengoknya tau. Mujur poket tak berkepuk. Kalau tak mau pening nak milih barang. T____T

Saya sempat grab ni je. Chessekut dengan cupcakes comel ni. Sedap tau. Tak tipu. Kena la dengan tekak ni. Chessekut tu Rm6 je. Cupcakes ada 3ketul tu Rm5. Ikut hati nak ambik lagi yang ada dalam chiller tu. Hihihi.. Mujur beringat. Risau tak habis makan je.



Nak terjahnya pun senang. Terletak di Tampin Square. Berdekatan situ ada Nagoya dan Tabung Haji. Haa.. Memang senang sangatla. Naik tingkat pertama. Pintu kedua ke ketiga dari tepi tangga tu. So, jangan lupa terjah ye.. Ehhh, jangan lupa shopping brooch saya sekali tauu.. Hihihihi..



TOP BLOUSE : KOD 3042

Assalammualaikum.. Bismillahhirrahmannirrahim.. Selamat pagi readers..

Pagi ni tayang blouse sikit.. Tuk pakai pergi opis cantikkan? Yang berminat boleh PM inbox FB saya atau whatsApp terus ye.. 011-24181178

Normal price blouse ni Rm79..

Harga TERKINI hanya RM63..
Postage : Rm7sM / Rm10sS

If ada yang berkenan nak order, kita bagi diskaun lagi ye. :) Saiz tu hanya tertakluk pada yang saya beri tu je. Kalau ada yang nak saiz besar, kena tunggu supp bagi details ye..

Blouse kod 3042







Meterial: Pearl Crepe ( Tak panas, senang iron, tak jarang, tak licin)

Berminat untuk order boleh PM FB or whatsApp ya.. :)

Ahad, 6 September 2015

"Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa"

assalamualaikum.. selamat petang readers..

berkesempatan online pakai laptop ni, sempat la kut terjah blog kengkawan even tak semua dapat diterjah.. sambil terjah menerjah ni terjumpa pula giveaway, maka, marilah kita support sama.. :)


kena pilih 3 hadiah yang kita suka ye..

erm....... pilihan saya antaranya ialah..


no.7 - kain batik
no.6 - red instant shawl magic plain
no.5 - bawal satin lembut plain

okay.. ni antara yang saya pilih.. :)

moga ada rezeki.. amen.. dan juga moga ada rezeki buat kawan-kawan yang lain.. :)

jemputlah join sama..

Jemput Cuci Mata & Shopping..

Selamat Pagi !

Assalammualaikum.. Hai readers..

Pagi minggu buat apa tu korang.. Saya macam biasa la.. Settle kan segala kerja rumah yang ada. Settle kerja rumah, sambil pantau zahra, sambil tu juga la bisnes online pun berjalan..

Saja nak tempek kat blog ni juga.. Mood nak mengarang benda lain takde, so kita saja la nak ajak korang cuci mata sikit pagi ni.. Hihi..

Actually banyak lagi yang tak upload kat fb. Kalau ada kawan kawan yang berkenan, inform la ye.. Saya bagi diskaun dari setiap harga asalnya..



Jemput shopping online semua.. ;)

Psstt: Jangan la risau nak beli dgn kita ye.. In shaa Allah barang mesti sampai.. :)


Ok la.. Nak tenpek semua kat sini banyak pula.. Jemput singgah fB saya ye.. -syamimi saad-

Sabtu, 5 September 2015

Selamat Pagi !

Assalammualaikum.. Hai readers..

*gambar mee goreng yang digoreng 2minggu lepas*

Pagi ni ada program BAKAT (Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera). So pergi je la.. Nanti la story mory tentang program tu.

Ok.. Bye.. Selamat beristirehat..

Rabu, 2 September 2015

Wordless Wednesday : Takde Air!

Assalammualaikum.. Hai readers..


CARA CARA NAK HANDLE LELAKI TAK GUNA DI MALAYSIA??

Assalammualaikum.. Hai readers tersayang..

Dah lama tak update pasal nuffnng kan.. Sejak update blog by fon ni, rasa terhad apa yang nak ditaip. Harini just nak share pasal cpuv kat nuffnang je..

Sekarang ni dah x meriah macam dulu.. Sedihnya la hai.. Takpelah.. Rezeki dari nuffnang macam susah je nak membiak sekarang ni.. Blog berUpdate je.. Blogwalking ada je.. Takpelah.. Kalau gitu, kita sentap la dengan nuffnang ni sikit..


Mesti nuffnang sedih ni kan kita tak buat entry pasal nuffnang kan.. Jadi harini meh kita buat entry tuk nuffnang ye..

Haritu masa check akaun nuffnang, terjumpa pula keyword ni.. Kelakar pun ada..


CARA CARA NAK HANDLE LELAKI TAK GUNA DI MALAYSIA??

Amboii carian.. Haha.. Ni mesti kes mara boipen ni kan? Pastu cari cara nak selesaikan isu tu, tersangkut kat blog kita ni.. Hehehe..

Buat si pencari penyelesaian masalah ni, dah settle belum masalah awak ni??? :p

Ohh.. Ya.. Haritu ada hantar tiket kat nuffnang.. Nanti kita share apa yang dihantar tu ye.. :-)

Selasa, 1 September 2015

Hai SEPTEMBER!!

Assalammualaikum.. Hai readers..



Cepatnya masa berlalu.. kan..
Harini bermula la hari pertama untuk bulan september..

Bulan september tahun lepas menunggu saat kelahiran zahra..
Bulan september tahun ni zahra bakal genap setahun..

Ya Allah..
Cepat sungguh anak syurga ini makin membesar..
Rasa macam masih teringat ingat saat berpantang.. Berjaga malam..
Rindunyaa..

Ada rezeki lebih tahun ni zahra sambut besday sekali dengan ddy la ye..
Lahir bulan yang sama.. Moga diizinkan hendaknya..

Amen..

Bulan ni juga penuh dengan segala perancangan..
Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan untukku mencari rezeki..
Permudahkanlah segala perancangan baik yang telah diaturkan..

Amen..


#RinduDenganKeluargaDiIpoh