:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 30 Jun 2015

Serunding Ayam, Daging, Ikan, Mini Popia & Mini Karipap untuk Tempahan.

assalamualaikum.. salam ramadhan buat semua..

syukur alhamdulillah, kita semua dah tempuh 6ramadhan pada hari ini kan? syukur juga pada Allah kerana beri keizinan pada saya untuk berpuasa walaupun masih bfeedkan zahra.

tujuan saya menulis disini, saya ingin membantu seorang ibu tunggal ini dalam mencari rezeki buat anak-anaknya.. dia ada mengambil tempahan untuk serunding ayam, serunding daging, serunding ikan,mini karipap beserta mini popia..



Sesiapa yang nak lebih details, boleh click pada gambar ye. akan terus ke blog kak haryanie..










disini saya sertakan juga details harga ye.

Serunding Daging Tempatan 250gram Rm18
Serunding Ayam 250gram Rm18
Serunding Ikan 250gram Rm12

Mini Popia Rm32 sekilo
Mini Karipap Rm32 sekilo

Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan?

kalau berminat untuk membuat tempahan, bolehlah hubungi kak ALIA HARYANI di Fb beliau >> Alia Haryani atau hubungi terus 012-921 8016

bagi para blogger mesti juga kenal dengan kak alia haryanie kan? ni blog beliau >>http://aliaharyanie.blogspot.com

Diharapkan ada diantara kawan-kawan kita semua sudi membantu kak alia haryanie demi untuk anak-anaknya.. hanya Allah yang akan membalas segalanya.. :)

saya juga ada terperasan yang beliau juga ada menjual kain pasang. bagi yang berminat untuk membantu, boleh la click pada link disebelah ni ye. >> Harap Sudi Bantu Saya


p/s: kuatnya kak alia haryanie ni.. walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, dia seorang yang sangat gigih dan kuat demi anak-anak kesayangannya.. Allahuakhbar..
jom kita bantu kak alia haryani.. :)

Isnin, 29 Jun 2015

Pencarian Bloglist Baru

Assalamualaikum.. hai..

UPDATE BARU : PENCARIAN BLOGLIST NI SAYA ON SEHINGGA 29 JUN 2015 YE.

Harini sempat la curi masa update blog kesayangan ni. hihi.. kebetulan daddy Zahra duty. Zahra pun dah tido. So, godek la kejap apa yang patut kan..

Ooppsss, bukan nak bebel panjang ye. Actually saya rasa bloglist saya macam tak berapa dah nak aktif. Lama dah kut tak bertukar listnya. Hihihi.. walaupun saya tak sempat nak jenguk, ada masa saya jenguk-jenguk juga bloglist tu.



Ok la, ni bukan segmen ke apa tau. Disebabkan dah lama tak buat senarai baru, so saya nak cari 15 sahabat BLOGGER YANG AKTIF tuk setiap 1 perkara tu. Maksud saya untuk si cantik manis 15 orang. Untuk cintahati perwira Negara 15 orang juga. Pahamkan?

Haa, kalau sesiapa yang ada letak saya dalam bloglist pun inform ye. Senang saya nak pilih. If ramai, saya akan cabut undi la yerk. Hihihi.. jangan mara-mara tau..

Pencarian bloglist ni sehingga hari sabtu ni ye. 6 jun 2015. Mekasih. Korang just letak link blog je kat kotak komen.



p/s : if korang letak saya dalam bloglist korang, saya akan check dulu ye..

Jumaat, 26 Jun 2015

Rezeki Calla Shawl

assalamualaikum.. salam ramadhan buat semua..

alhamdulillah.. syukur alhamdulillah.. harini dah masuk 9 ramadhan kan..

ni cerita 6ramadhan kalau tak silap saya.. rezeki saya dari Vasilissa Designs untuk #CallaShawl ni.. alhamdulillah.. rezeki raya.. :)


Selepas bagi details, mungkin admin dah prepare terus dan pos. esoknya terus saya terima Calla Shawl tersebut.

warna grey.. cantikkan..

saya tak reti nak pakai shawl kalau takde inner awning. so tunggu cari inner awning dulu baru kita pose dengan shawl ni eh.. hehe

contest maybe ada je on lagi.. try la terjah FB Vasilissa Designs.. semoga berjaya ye.. hihi

Ahad, 21 Jun 2015

Ohh Tercabar!

assalamualaikum.. selamat malam..

harini ddy zahra duty.. so agak bertabah juga la harini nak prepare juadah berbuka. walaupun masak yang simple je, tapi kalau dah nak merap, berdukung, adoiyaiiii.. tercabar juga rasanya..

dah 3hari lepas ok je dia. mood pun baik. takde nak meragam. lepas makan petang, mesti dia tido. so senang la buat kerja. tido pun nyenyak je. tapi harini, betul-betul menguji kesabaran.

dah pukul 6 dia merengek. taknak diletak bawah. dah duduk dalam walker, dapat pegang kain kita ni pun still meragam. actually dia mengantuk. tapi tahan mata. betul-betul bersabar je. 

dalam bersabar, keluar juga mara kat dia. tapi bukan la mara sambil pukul anak ye. masih waras lagi. mara yang paling tidak pun duk sebut 'amboiiiiiiiiiiiiii diaaaaa'.. haha..
pastu babap babap peha dia. tapi taklah kuat. sebab dia bagi dia takut. pastu suka tengok dia mencebik. hihihi



pastu dalam pukul 7.10 tu sementara nak tunggu azan, susukan dia.tup tup dia tido.. alahai anak.. syahduuuuu je rasa.. rasa bersalah juga sebenarnya mara dia tu.. yela, stress la kan. sebabnya kena handle 2 kerja dalam 1masa.. dengan nak masak sambil dukung dia..

semua ni ujian Allah kan.. cuma disebabkan kita letih puasa, terlepas juga amarah tu.. sebenarnya zahra nak kita beri perhatian dan layanan.. *_*



3RD GIVEAWAY SULAMAN LACE HEAVEN

assalamualaikum.. hai semua... 
salam ramadhan ya..

lama tak tempek giveaway kat sini.. meh la join sama..



jom join sama.. :) tag +zulaikhasaad

Sabtu, 20 Jun 2015

Mee (Noodles) Yang Simple

Assalamualaikum. Hai..
Selamat berpuasa buat semua yang beragama islam..

Memandangkan sekarang bulan puasa, jadi saya ingat nak share mana mana resepi yang saya ada. Lagipun kita semua pun pening nak pikir menu kan?

Harini saya share resepi mee noodle yang simple bagi saya ye.



Anggaran bahan ni atas masing masing la ye. Selalu saya masak untuk 2 orang makan je. Hehe

2 bungkusan kecil mee noodles.
(Terpulang nak guna jenama apa pun. Saya guna ibumie)
Udang
Sayur sawi
Sayur taugeh - taknak pun takpe
Fishcake @ Fishball
Sedikit ikan bilis
Cili masak
Sebiji telur
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit garam
Sedikit cili blender @ cili giling
Lobak merah
Sedikit kicap
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

-Gorengkan telur dadar, hancurkan dan asingkan.
-Celurkan mee noodles bagi lembut.
-Bawang merah,bawang putih dan sedikit ikan bilis ditumbuk.
-Tumiskan. Setelah garing, masukkan sedikit cili blender/giling. (Kepedasan atas citarasa masing-masing) Beserta garam.
-Masukkan udang dan fishcake/fishball.
-Agak masak, masukkan lobak merah, sawi, mee (noodles), cili masak & sedikit kicap.
-Agak rata, masukkan sedikit taugeh bersama telur dadar yang dihancurkan tadi.
Kacau rata & siap. :)


#1hari1menu

Jumaat, 19 Jun 2015

Good Girl Zahra

Assalamualaikum.. Hai..

Minggu lepas zahra balik umah opah. 5hari 4malam kat ipoh. Walaupun tak puas rasanya berada kat sana, tapi bersyukur sangat sebab dapat jumpa orang orang yang dirindui.

Zahra pun good girl sangat sangat tau. Tak banyak merengek. Kena tinggal jap jap pun okay dok main dengan pakcik dia. Pelik juga, bila balik melaka meragam je. Taknak dengan orang. Balik ipoh nak tido pun senang.



Mak kata sebab 'kawan' dia ada. Means uri dia. Uri dia ditanam kat umah opah. Tu yang dia serasi je kat ipoh. Opah kata kena balik selalu. 

Tapi tu la, bukan boleh balik selalu. Jauh. Kos pun tinggi. Lepas ni balik zahra mungkin dah masuk setahun. Balik 5h4m rasa macam balik 2hari je. Tak cukup masa. Tapi syukur sangat sebab dapat jumpa kawan kawan walaupun tak semua.

Zahra pun mau je dengan opah, atok, pkcik walaupun sebulan sekali tak tentu jumpa. Aduhaiii.. Rindunya dengan rumah ipoh.. :(

Rabu, 17 Jun 2015

Rindukan Tempat Kerja Lama!

Assalamualaikum.. Hai..

Kisah minggu lepas. Minggu lepas saya balik ipoh. Rindu sangat dengan rumah kat ipoh. Rindu suasana kat sana. Sekarang ni susah dah nak balik selalu. Maklumlah, ddy zara bukan boleh cuti selalu. Then nak balik selalu jauh. Dengan tambang lagi kan..

Dapat balik 5hari4malam ni pun dah bersyukur beribu rahmat dah. Balik 5hari ni puas la dapat makan masakan mak. Kerja makan sesaja la bila dah balik ipoh. Nikmat sesangat rasanya.  

Bukan takat dapat makan je. Balik ipoh tertunai juga diniat nak pergi ke koperasi tempat kerja lama. Allah.. Rinduuuuuuuuu ya amat. Cuma takde rezeki je la nak jumpa boss boss lama. Sedih la juga. 


Banyak juga pembaharuan yang dah dibuat. Persekitaan tempat kerja pun ada yang dah berubah. Alahaiiii.. Rindu betul dengan suasana kat sana. Sebelum balik sempat snap gambar kenangan datang ke kop dengan zahra. 

Tapi lupa nak snap gambar dengan kak syahida-pengganti saya tu. Ddy zahra dah msg nak ke tempat lain. Dapatlah sembang setengah jam kut gitu. Hope ada rezeki yang lain, saya balik ipoh, dapat jumpa ex boss saya sekali. 

Isnin, 15 Jun 2015

Susahnya nak tempuh cabaran tu!

Assalamualaikum.. Hai..

Sekarang ni saya cuba buat sesuatu bisnes dari rumah. Mungkin sebab faktor dah pernah kerja suatu ketika dulu, pegang duit gaji sendiri, rasa tak seronok pula bila tak bekerja. Nak nak sekarang ni zaman GST. So kena juga la ada duit tangan sendiri,kan.. Tak banyak pun takpe, janji lepas duit nak beli coolblog 2,3 kali pun okay la. Ehhh, coolblog pun kena GST tau.

Saya mulakan dari dropship. Now masih lagi jadi dropship. Kalau orang tanya kenapa taknak kerja luar, susah sebenarnya nak jawab. Banyak faktor sebenarnya. 1 daripadanya anak. Rasa tak sanggup nak tinggalkan zahra dengan pengasuh. Nak nak zahra jenis merap. Karang BS tak tahan, dah kena dera pula. Tak sanggup.

Sebab kedua, siapa yang tahu gemas tu macam mana, akan paham. Pekan kecik. Ada yang kata tak berbaloi kerja dengan gaji yang kita dapat. Pastu nak bagi pengasuh lagi. Erm.. Banyak reasonnya. Tapi kalau tulis banyak banyak pun nanti orang kata, 'kalau taknak kerja beribu alasan boleh dicipta'.. Kan?..

Bila dah kaji banyak aspek gitu, pilihan saya biarlah duduk rumah, jaga anak, makan minum pakai suami terjaga. Dalam masa yang sama masih lagi boleh bekerja dari rumah. Buat sesuatu slow slow. Biarlah merangkak sikit sikit walaupun sakit nak tempuh.


So jalan terbaik, saya jadi dropship. Buat masa ni saya buat dropship kain pasang serta barang kosmetik. Ehh, dengar kata pihak kkm tengah serbu post office eh nak cari barang yang takde kelulusan??? Hope jangan cari saya ye. Saya jadi dropship je. Tak simpan stok okay. Just kuar modal ayat tuk promote je.

Berbalik pada tajuk, ada ketika tu saya rasa giveup sangat. Yang teramat sangat. Promote bagai nak rak, tapi takde pun orang nak beli. Sentap la kan. Tapi bila tengok orang lain tu promote benda sama, kadang mahal sikit, lakuuuu je..

Terkadang fikir juga, kenapaaa la susah sangat nak buat bisnes. Even dropship? Sedihnya rasa. Bila bagi harga murah, orang kata tak ori. Letak harga standard, kata mahal. Dah tu, korang nak harga macam mana?
Actually, setiap harga yang dirasakan tinggi tu, saya masih boleh bagi kurang tau. Janganlah risau. 

Insyaallah, jika diberi keizinan saya mulakan dari dropship ni berjalan lancar, saya akan daftarkan bisnes online saya. Hope jangan ada yang segan segan ye if nak tanya sesuatu barang dari saya. :)


Sebelum terlupa, nak jemput kawan kawan singgahlah page saya 'khadijah wardrobe' ye. Insyaallah saya sentiasa update dari masa ke semasa. 

Ahad, 14 Jun 2015

Stok Brooch Habis

Assalamualaikum. Hai..
Salam hujung minggu..

Pagi ni saya gerak balik gemas. Hari rabu haritu 10jun15 saya gerak balik ipoh. 7bulan juga la tak balik ipoh. Rindu kut. Banyak sangat perubahan. Yang tu story nanti la. Hehehe..

Alhamdulillah, balik ipoh sempat tolong adik bisnes. Adik saya bisnes macam macam barang. Tapi tak sempat nak tolong promote sangat. Masa terhad sangat. If balik lama, nanti boleh la tolong adik promote barang niaga dia.

Yang sempat tolong promote pun purse je. Tu pun promote kat group whatsApp sedara mara sendiri je. Dalam masa yang sama, adik saya jual brooch yang saya buat juga. Alhamdulillah.. Stok yang saya bawak balik ipoh pun terjual. Syukur sangat.


Yang ni stok brooch baru untuk adik. Alhamdulillah, sempat siapkan. Actually dah siap dah. Cuma xsempat nak bubuh aksesorinya je. Nasib la bawa balik ipoh. Sempat juga tempek butang dan pin nya. 

Buat masa ni stok brooch saya pun dah habis. Balik gemas pulun buat stok baru. Hehehe.. Amin. Mudah mudahan dapat buat. Saya dalam cadangan nak buat promosi brooch & tasbih untuk bulan puasa ni.

Ada yang nak order tak?

Sabtu, 13 Jun 2015

Seronok ke jadi popular??

Assalamualaikum.. Hai..

Ni kisah sabtu yang lepas lepas. Dah 2minggu baru nak tempek dalam blog. Maklumlah, umah takde wifi payah nak update pakai fon. Balik ipoh umah mak ada wifi, jadi tak tido malam la dibuatnya. Jadi jakun okeh.

Sabtu, 06 jun 2015.

Bangun pagi tu tetiba daddy zahra cakap nak bawak jalan ke jusco. Happy okeh. Lama dah tak luang masa bersama. Ada masa balik umah mil. Kalau tak balik pun, daddy zahra naik duty. So dduk umah je la rehatkan diri.

Pagi tu excited siapkan zahra. Mama zahra pun over juga. Hehehe.. Maklumlah, dah lama tak keluar berjalan bertiga kan. Seronok bukan kemain. Sampai pening pilih baju. Hahaha.. Macam laaaa nak keluar tu sebab ada event penting. 

Bila dah pening pilih baju, last last pilih baju blouse haniya yang saya menang giveaway dari nile. Rasanya macam tak pernah pakai lagi. Baju lain dah pakai. Tapi tak snap gambar pun. Dek kerana excited, maka minta daddy zahra snapkan. Hihihi..



Dah alang alang ada gambar, meh la kita promote kan. Hehehe. Ni blouse Haniya ye dari nile.com.my. yang saya pakai ni saiz L. Okay la sedap pakai. Nak nak kita ni bfeed baby, elok pun pakai baju longgarkan. Nanti nak shopping kat nile.com.my lagi la. Blouse blouse nya cantik juga.

Ehh, panjang intro. Lari tajuk pulok. Hihi.. Masa keluar ni saya dok tolak la stroller zahra. Pastu sambil jalan perasan macam orang perati je. Tak paham betul. Dah kenapa orang dok perati je. Haha.. Sampai terfikir, baju koyak ke?? Kain koyak ke?? Kasut salah pakai ke.. Haha..

Actually orang dok perati zahra. Sampai ada yang pangkat nenek pun tegur. Katanya zahra comel sangat sangat. Alhamdulillah. Rezeki Allah berikan zahra seindah namanya, 'yang berseri'.. 



Masa snap gambar kat cermin ni pun ada orang perati. Terus confiusss.. Salah ke nak bergambar. Haha.. Malu tau kita. Masa tu terus terpikir, ehhh blogger lain elok je ambik gambar cenggini, knapa kita tak boleh. Sentap tau. Hehehe.. Terus buat muka tak malu, walaupun malu giler snap gambar kat cermin. Feeling sangat diri tu pemes! :p

Terus terfikir, oohhh camni agaknya perasaan orang yang terkenalkan. Tak kira lah walaupun seorang blogger. Mana tahu tetiba ada orang tegur 'ehhhh.. Awak blogger kan'.. Fuhhhh, lap peluh kut. Haha..



Pastu berangan lagi, kalau 1 hari nanti kita betul betul pemes kan best.. Hahaha.. Okay la.. Meh sambung berangan lagi supaya betul betul boleh jadi pemes. Hahaha.. 

Ehh, sebelum lupa, ootd pada hari kejadian, baju disponser oleh nile.com.my kan, tudung pula hadiah pemberian kak fuzamusa. Tahun lepas diberi sebab jadi top komentar bulan jun 2014 kut. Lupa dah. Dah setahun baru pakai. Hihihi.. 


Khamis, 11 Jun 2015

Top Komentar dari blog dunia shida

Assalamualaikum..selamat pagi..

Cerita minggu lepas, baru hegeh hegeh nak update. Mood berblog hilang. Balik umah mak, jumpa internet wifi baru semangat nak update.

Minggu lepas terima hadiah dari blogger duniashida. Actually saya pun dah ingat ingat lupa bab tu. Katanya hadiah top komentar disember 2014. 


Disebabkan ingat ingat lupa, terima jelah kan. Hihi.. Mungkin tahun lepas saya rajin blogwalking masa dalam pantang, jadi ni la rezekinya. Bila terima hadiah ni, rasa semangat nak update blog. Rasa semangat nak hidupkan balik blog tu. Tapi....

Huaaaaggghhhh.. Takde internet wifi!!

Takpelah.. Slow slow la mana yang boleh kan.. Janji blog tu tak berkubur.

Buat +Dunia sebenar Shida , saya dah terima hadiah ni. Mekasih. Bertambah koleksi FM pemberian shida untuk saya. :)

Sabtu, 6 Jun 2015

Perkembangan Setiap Anak Tidak Sama!

Assalamualaikum.. hai..

cerita tentang anak je la sekarang ni kan. janganlah ada yang muak ye. hehehe.. nak buat macam mana, cerita pasal maknya kang ada yang kata over. hehehe..

cerita pasal zahra, meh nak cerita sikit. kalau kita jumpa orang, mesti orang akan tanya 'dah berapa bulan sekarang?' bila jawab 'dah 8bulan dah'.. mesti orang akan tanya lagi..'dah pandai apa'??

saya kalau dapat soalan, 'dah pandai apa', blurrr je nak jawab. macam macam dah pandainya. kalau nak cakap satu persatu, sampai esok tak habis kan? balik-balik soalan yang kena, dah pandai merangkak belum ni??

bila jawab belum, mesti orang cakap 'eiii..malasssss ni.. berat montot'.. adoiyaiiiii.. tu ke reasonnya budak lambat merangkak???? pada saya la, xyah la nak sebut Malas tu.. kalau 10 orang cakap benda sama, dah kira macam doa pula yang anak kita ni malas!

zahra bukan malas pun. dia sentiasa usaha. dah dia belum lagi ke arah tu, tak kan saya nak paksa. lagipun dia elok cergas, aktif, orang lain pula yang sibuk sibuk!.. sentap hati kita tau bila orang asik cakap malas. kalau daddy zahra cakap malas pun, kena sound dengan kita. jangan cakap anak malas, nanti dia betul-betul malas!..

walaupun zahra tak pandai merangkak lagi, tapi dia nampak tunjuk kan diri ke arah nak duduk sendiri. masa balik dari checkup haritu 3hb jun, tiba tiba je dia duduk macam ni.


walaupun belum tegap dan kuat, tapi 2kali dia dapat duduk macam ni. Allah.. seronok sangat bila dia dah nak pandai duduk. bila orang cakap, 'ehh, anak kita 6bulan dah pandai nak berdiri, ehh, anak kita 8bulan dah jalan, saya dah set dalam diri, setiap anak tak sama perkembangannya.

saya sikit pun tak cemburu..buat apa nak cemburu, semua tu Allah dah aturkan. bila sekarang ni zahra dah ligat sangat-sangat, terasa rindu pula masa dia baby dulu. masa dalam pantang asik tido.. so saya tak kisah pun kalau umur 9 bulan baru nak pandai merangkak.. umur 10bulan pandai duduk.

sebab!..

tak kan la budak tu sampai dia besar panjang dia nak camtu je kan.. betul tak?? 

Selasa, 2 Jun 2015

Bila mood berblog . . .

Assalamualaikum..

Tak tahu la knapa la sekarang ni mood nak berblog dah down sangat sangat. Tapi mood nak menaip membuak buak. Sampai tak menyempat nak cerita.


Tapi.. Nak story apa??????

Okay.. Dah blurr pula bab nak mengarang cerita. Sementara zahra tengah tido tak terjaga nak nyusu, godek la apa yang patut. Check nuff.. Terus tengok tang bawah sekali. Siapa yang rajin singgah blog kita..

Tapi malangnya...

ZERO!!!



Takpe.. Dah paham dah dengan situasi tu. Dh set dalam diri sendiri. Kita sendiri pun tak sempat nak jenguk kawan-kawan, macam mana kawan kawan nak singgah umah kita kan. Dengan blog tak terUpdate.

Paling sadisss, boleh nya terlupa dengan kewujudan 'Shout Box'.. Ni mesti kawan kawan sentap kan dengan kita. Seriusss, sangat sangat lupa. Tak disengajakan. Bukan tak membalas kunjung tau.



Selalu tengok blog by phone. So terlupa la nak view blog ala desktop. InsyaAllah ada rezeki kami berdua tengah plan nak pasang wifi jika diizinkan. Maklumlah, kauters tentera ni kan tersorok ke dalam sikit. So tak semua rumah boleh dapat liputannya..

Klau dapat masuk wifi, insyaallah saya akan slow slow menegur sapa kawan kawan ye.. Jangan lupakan kita ye.. Hihihi..

psstt : update by phone. Depan laptop blurr.. Erm... Pasraahhh..