:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Sabtu, 24 Januari 2015

3 Tasbih Untuk 3 Blogger Bertuah

Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

ohh ya.. ni antara design hadiah tasbih buat 3blogger yang bertuah melalui Giveaway Blog Pertama Cinta Itu Indah ye.. harap awak-awak semua berpuashati dengan hadiah yang tak seberapa ni ye..


siapa yang belum join, dan mahukan tasbih ni, boleh la click >> SINI <<

Rabu, 21 Januari 2015

Menang EPHYRA Tag & Win Di Instagram.



Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Alhamdulillah. Rezeki Tag & Win di instagram saya dapat rasai EPHYRA Pack Premium. Allah.. Happy sangat-sangat sebab saya memang dah berniat nak beli. Cuma tengah tunggu masa yang sesuai je sebab harganya maklumlah, saya kan housewife.


Isnin, 19 Januari 2015

Selamat ulangtahun kelahiran 4 bulan!

Assalamualaikum.. selama pagi

18.09.2014 - 18.01.2015

Alhamdulillah.. semalam genap 4bulan si comel cerdik pandai Zahra khadijah ni. Allah, kejap je dah bulan si Zahra ni.. macam tak percaya. Suasana dalam labour room pun masih segar dalam ingatan gitu. Tup-tup dah 4bulan rupanya beranak. Haha!

Takde apa yang diharapkan melainkan mengharap Zahra menjadi anak yang baik, solehah, dengar kata orang tua, mama, daddy.. belajar rajin-rajin ye nak..

Ok la.. pagi ni malas nak taip panjang-panjang. Meh belanja gambar selfie kami sekeping. Hihi


 dulu selfie sensorang.. sekarang bertiga.. hihi


Ahad, 18 Januari 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

assalamualaikum.. selamat malam..

Jom sama-sama join giveaway kak fuza.. mana la tahu ada rezeki kan..

http://fuzamusa.blogspot.com/2015/01/2nd-giveaway-sulaman-lace-heaven-happy.html


Selamat Hari Lahir buat kak fuza. Moga kehidupan akak sentiasa dirahmati Allah selalu. Moga dilimpahkan dengan segala rezeki oleh Allah serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berjauhan dari suami. amin

Sabtu, 17 Januari 2015

Siapa belum join GA saya :)

Assalamualaikum.. hai..

Ada sapa-sapa lagi yang belum join GA saya ke? Meh la join sama. Mana tahu ada rezeki. Dah nama pun rezeki, free pula tu. Meh-meh-meh.. hihi


Tergoda tak?? haha

Jumaat, 16 Januari 2015

Berniaga Biar Ikhlas.

Assalamualaikum.. hai..

Dalam kehidupan kita ni, berniaga la peluang perniagaan yang paling besarkan? Tak kiralah kita berniaga apa pun. Barangan mahupun makanan. Apa yang saya perasan, orang yang berniaga makanan ni kadang-kadang macam tak ikhlas je.

Contohnya niaga kuih. Bukanlah saya kata saya ni terror buat kuih. Tak ye. Pandai makan je boleh la. Kalau nak buat kuih tu kena la belajar dari bawah. Belum pro lagi. Tapi setakat sejenis 2 yang senang-senang tu lepas la lagi. Tu pun kalau ada masa mengizinkan.

Ada 1 hari ni, disebabkan nak sangat makan popia, tapi tak sempat nak buat. Sebabnya Zahra meragam, nak suh merap dengan dia je. So nak tak nak, terpaksa la layankan perangainya tu yang serba tak kena. Last-last ajak la suami keluar cari kuih. Tapi hampa la pula.. kat sini payah nak jumpa orang jual kuih. Kalau ada pun boleh dikira la bape tempat je.

Dragon Fruit

Assalamualaikum.. Hai semua..





notaCinta : banyak entry tertangguh. hanya mampu draf di word je. T____T nasib baik laaa kerja rumah tak tertangguh.. krikk krikk krikk..

Khamis, 15 Januari 2015

Hadiah GA dari Blog TengkuButang

Assalamualaikum… salam 1 malaysia..

Alhamdulillah.. rezeki bergiveaway.. join last minit sebab kesibukan masa sekarang ni dengan si kecik comel tu.


Alhamdulillah.. saya terima hadiah tumbdrive. tengahari hari selasa hadiah ni sampai.  :)


jangan lupa ye kawan-kawan join giveaway saya yang pertama tu juga.. :)

Selasa, 13 Januari 2015

Review Ephyra Skin Bar | Ephyra Skin Bar Penyelesaian Masalah Kulit Yang Terbaik

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera..



Alhamdulillah, dengan izinNya saya diantara 50 peserta yang terpilih telah diberi peluang untuk menggunakan produk terbaru ephyra iaitu Ephyra Skin Bar. Setelah sebulan tempoh percubaan diberi, kini tiba masanya untuk saya menunjukkan kesan dari pemakaian produk tersebut.

Saya telah menggunakan ephyra skin bar bermula pada 15 disember 2014 sehingga hasil review ini 13 januari 2015. Alhamdulillah, ephyra skin bar serasi dengan kulit muka saya yang sensitive ini. Dan ianya juga memberikan hasil kesan yang sangat best. Dan ternyata berbeza dengan penggunaan produk yang lain.

Isnin, 12 Januari 2015

Salam Pagi Isnin

assalamualaikum.. selamat pagi..


mulakan pagi anda semua dengan senyuman yang paling indah.. :)

selamat bertugas..
selamat kembali ke sekolah..

Khamis, 8 Januari 2015

Bila Rezeki Itu Dihargai

Assalamualaikum.. hai semua ! =)

Sejak dah ada Zahra, Zahra pun makin membesar dengan cerdik pandai ni, banyak masa kena habiskan dengan dia. Sekarang dah pandai minta perhatian. Dah pandai minta daddy dia dukung kalau daddy balik kerja. Dah pandai buli daddy suh layan kalau daddy dia cuti.

Kalau sembang dengan daddy kencang bukan kemain. Tu kalau dengan daddy. Kalau ngan mama sembang biasa-biasa je. Over tau Zahra ni. Okay la.. cerita sikit je dulu pasal perkembangan Zahra. Bab seterusnya nanti kita buat entry lain ye.


Sabtu, 3 Januari 2015

Durian Crepe

assalamualaikum.. selamat sejahtera..

ni kisah mengidam lagi.. haha!.. tak habis-habis ngidamnya kan? lepas beranak menjadi-jadi nak makan itu ini. ni bukan main-main ye. betul-betul. cobaan sungguh. al kisahnya masa ngandung teringin. tapi dok tahan nafsu makan tu. risau la nanti time checkup macam-macam yang datang.

maklumlah, orang mengandungkan sensitif sikit. makan benda manis nanti, mula la gula naik dsbg. disebabkan masa mengandung nafsu makan tu ditahan, jadi dah beranak ni pulun. haha.. nasiblah setakat ni zahra okay.


Jumaat, 2 Januari 2015

Hadiah Giveaway Pertama Blog 'Cinta Itu Indah'

assalamualaikum.. salam sejahtera..

Dengan izin Allah, hari ini saya akan kongsikan dulu hadiah GIVEAWAY pertama saya di blog ni ye. Diharapkan ianya mendapat sambutan dari kawan-kawan semua nanti..

Hadiahnya tidaklah begitu mewah.. yang penting keikhlasan kan?? hehe.. buat masa ni saya tidak mencari sponser yang ramai. cuma sorang je. bukan tidak mahu mencari sponser ramai, tetapi saya baru pertama kali adakan Giveaway ni.

Jadi biarlah saya mulakan giveaway ni dengan hadiah dari saya dulu.


hadiah ni bakal disumbangkan oleh kak TB +tenku butang 

1 x pemenang


tasbih ni bakal disumbangkan oleh saya sendiri.

3 utas tasbih untuk 3 pemenang bertuah. warnanya tidak dapat dipastikan lagi. yang ni contoh ye. 

sebenarnya saya memang dah berniat nak buat tasbih ni dan nak bagi pada kawan yang bertuah. Jadi, ni la masanya untuk saya tunaikan hajat tersebut.


hanya 2 ni saja dahulu hadiah untuk giveaway pertama saya ni.. jangan lupa join sama nanti ye..

Khamis, 1 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015

assalamualaikum.. selamat pagi semua..

syukur alhamdulillah.. harini kita semua melangkah ke tahun baru. tahun 2015. makanya tahun baru ni kita semua bakal teruskan lagi kehidupan, moga-moga ke arah yang lebih baik.. insyaAllah..

moga tahun baru 2015 ni juga saya dapat lakukan sesuatu bisnes sebagai side income.. amin..