TIPS : Teknik Ini Bantu Ibu Senang Bersalin

Wednesday 2 December 2015

Assalamualaikum.. hai readers & bloggers..

Terbaca tentang teknik untuk membantu para ibu mudah melahirkan anak. nak melahirkan anak ni sekalipun dah sakit, bukan boleh ikut suka je nak teran ye. pastu bukan boleh nak jerit jerit sesuka hati ye. buang tenaga je bila jerit jerit tu. 
alhamdulillah.. masa deliver zahra mujur la boleh berada dalam kewarasan lagi even dah sakit tu tanpa ditemani ddy zahra. hanya berbekalkan kekuatan dari Allah je. tawakal. ingat pesan ddy zahra. ingat pesan mereka mereka yang berpengalaman. no jerit jerit melalak terlolong ye.. hihi.. buat malu je nanti.. hihi



pinjam gambar zahra masa kecik ye.. hihi.. oklah, meh kita share antara ilmu yang dikongsikan dari SINI yer.


Ya, cara pernafasan yang salah boleh mengganggu proses bersalin. Kali ini ibu boleh belajar beberapa teknik untuk mudahkan proses bersalin...
1. Jangan main teran, ibu kena ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila cukup 10cm.
2. Boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran. 
3. Langkah teknik pernafasan:
• Fasa 1: Air ketuban pecah
• Fasa 2: Kontraksi bermula dan menyebabkan anda tidak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari.
• Fasa awal kontraksi: Mulakan pernafasan dalam.
• Masa tiada kontraksi: Lakukan pernafasan normal.
• Kontraksi: Lakukan pernafasan dalam.
• Cukup 10cm dan bayi sudah bersedia: Kontraksi, curi nafas dan tunggu arahan meneran. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran.

Pernafasan Dalam
Tarik nafas melalui hidung dan sebut dalam hati "ree"
Hembus nafas melalui mulut dan sebut "laaaaks"
Pernafasan normal
Tarik nafas melalui hidung.
Hembus nafas melalui mulut. 
Ini akibat kalau salah teran:
1. Kalau ibu keadaan takut, secara tidak langsung, ini menyebabkan pernafasan menjadi cepat dan pendek. Cuba bawa bertenang dan relaks.
2. Otot-otot tubuh yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang. Cara bernafas cepat pendek atau dikenali 'panic breathing' hanya akan mengurangkan bekalan oksigen dalam darah dan juga bayi. 
3. Segelintir ibu tidak bernafas dengan betul kerana mencuri nafas lalu menyebabkan bayi masuk semula ke saluran peranakan sehingga menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
4. Risiko komplikasi semasa proses kelahiran, bahu bayi tidak melepasi faraj sedangkan kepala sudah berjaya keluar.
5. Ibu mudah keletihan. Ibu diingatkan agar tidak meneran terlalu banyak sehingga terpaksa mencuri nafas.
Jangan panik ya, ibu-ibu boleh semak balik tip ini dan moga sedikit sebanyak membantu proses bersalin dalam keadaan lebih tenang dan dipermudahkan. 



Okay la.. ni antara tips yang diberikan. mana tahu ada first mommy akan lalui nanti. but don't worry ye.. yang penting TENANG even dah terlalu sakit pun. nurse akan beri juga tunjuk ajar.. in shaa Allah.. :)




1 comment