:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Isnin, 30 November 2015

REVIEW | TESTIMONI PENGGUNAAN SAFI RANIA GOLD

assalamualaikum.. hai readers..

ni bukan testimoni berbayar ye. tak pun. pihak company takde pun suh buat review bagai. tapi atas kehendak saya sendiri nak share dengan kawan-kawan. mana la tahu ada kawan-kawan nak try,tapi tak berapa yakin. maklumlah, kat luar sana pelbagai lambakan produk baru kan?


dari tahu 2004 hingga la tahun 2014 saya adalah salah seorang pengguna setia produk OLAY! memang setia la walaupun produk olay selalu terputus bekalan. pernah try safi balkis kut, tapi macam tak serasi je masa tu. terus usaha cari produk OLAY balik. sekarang dah tak guna OLAY dah. sebab kalau guna pun macam takde kesan dah pada muka. kalau muka tu hitam, still la hitam. kekekeke.. maksud saya, kalau pakai pun sekadar pakai je la..

stop pakai olay lepas deliver zahra. dalam pantang kan, tak kan nak melawa bagai nak rak. hehe.. pastu bila dah stop, then muka masa dalam pantang pun macam cengkung sikit, memang hilang seri terus. pastu try pakai olay balik, takde kesan dah.. so maknanya boleh campak tepi la krim tu. then bila adik bagitahu OLAY kandungan merkuri tinggi, terus tak berani la nak pakai. 

kawan suggest guna produk XXX. try pakai. mula mula okay.. lepas tu..
huhuhuhuhuk.. apa sudah jadi dengan mukaku... produk dirahsiakan la ye.. sebab produk ni sedang naik namanya..



seram kan bila tengok? ye.. ni yang jadi. saya ni muka sensitif sikit. pastu saya alah agaknya dengan serum dan krim malam. lagi mencanak naik la. kebetulan pula period tak berapa nak ok, sebab zahra breastfeed, tu jadi macam kotoran tak dapat nak keluar dengan baik. agaknya la. tapi saya rasa bukan sebab period tak ok. mungkin saya yang tak tahan dengan produk tu.

gambar atas dan bawah tu penggunaan 2 produk berlainan tau.. lepas stop guna produk XXX tu, saya try pula guna produk AAA ni. pun jadi camtu juga. naik jerawat kat hidung. yang produk kedua ni tak guna serum, tapi krim malam. makin laju jerawat silih berganti. last-last bulan 9 tu saya stop masa balik ipoh. biar kan neutral muka selama sebulan juga kut.

nak jumpa orang pun malu tau. yela, naik sana sini camtu kan. sampai ddy zahra pun tegur. #sentap




last last try la produk biasa kat pasaran ni je. safi rania gold. hanya 2 barang ni je yang saya gunakan. 



gambar atas tu sebelum saya guna. dan tu la muka lepas beberapa bulan saya neutralkan tanpa sebarang krim. 24hb saya start pakai SRG. gambar bawah tu pada 17 nov, tak sampai sebulan saya guna. alhamdulillah.. nampak gayanya serasi. so saya akan teruskan guna la.. muka saya memang taklah suci bersih mulus ye. kang ada pula yang memandai kata saya ni kaki ngedit gambar. hahaha..

tapi bila tengok hasil tu, rasa puashati la sikit sebab dah jumpa jalan penyelesaiannya.. maklumlah, umur pun lagi 3tahun masuk 3series.. T______T

eh.. gambar ni hakmilik peribadi ye.. jangan pula ada yang copy then buat bahan cerita awak tanpa kebenaran. saya just nak share pengalaman je. benda yang baik tak salah nak share kan?

19 ulasan:

  1. susah jugak kan nak cari produk yang sesuai dengan kulit tapi bila dah jumpa tuh result memang memuaskan..bila dah ok tuh teruskan jer..insha Allah nanti kulit akan bertambah ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl. Susah nk jmpa prduk yng sesuai dgn kulit. Sbb kdng x sesuai disebabkan bahan pembuatannya..

      Padam
  2. kita serupa :) guna safi rania gold.
    murah. mudah nak dpt kan dan beli.
    and sesuai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak bli sebab bnyk dipasaran. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah.. nampak juga hasil nya Cikmah..

      Padam
  4. Saya baru try safi rania gold.. setakat ni ok.. cuma gel pembersih wajah SRG ni ada kandungan sles (sodium laureth sulfate) & kalau x silap, sles ni bahaya untuk kulit.. boleh iritate mata dan kulit.. mmg rasa pedih dekat mata masa pakai.. kalau cleanser lain xda sepedih ni..

    BalasPadam
  5. Saya baru try safi rania gold.. setakat ni ok.. cuma gel pembersih wajah SRG ni ada kandungan sles (sodium laureth sulfate) & kalau x silap, sles ni bahaya untuk kulit.. boleh iritate mata dan kulit.. mmg rasa pedih dekat mata masa pakai.. kalau cleanser lain xda sepedih ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy sekarang dh stop juga guna prduk safi ni Sis. Lpas ada yng kata, ada bhan merbahaya. Dan sekarang saya guna Nurraysa je. Bebas dari bahan terlarang. Menggunakan bahan semulajadi. Kalau Sis Berminat, boleh cntct dgn sy. :)

      Padam
  6. Sy n family dah lama guna jenama ni siap ad logo halal..x brani pkai yg jenama baru sbb tekstur lebih kurang sama..takut ambik dri barang pukal je

    BalasPadam
  7. sy pakai produk local. bila stop naik jerawat bahagian dagu. sy try pakai safi rania gold. best gile. muka rasa lembab dan jerawat cepat kecut dan hilang.

    BalasPadam