Throwback : Demam Kali Kedua!

Monday 10 August 2015

Assalammualaikum.. Hai bloggers, stalker, silent readers and all..

Cerita bab demam pun nak throwback kan.. Yela.. Dari sehari ke sehari nak story. Tak juga ada moodnya nak mengarang. Kang makin ditangguh, makin malas la nak cerita. Jadi meh la cerita juga kat sini.

Demam kali ni hebat juga la. Panas cecah 38.9°.. Tu yang saya sempat check. Masa start kena demam sabtu tu (25.07.15) tu saya kat umah m.i.l.. So bila kat umah mil, segala keperluan ubat, thermometer memang tak bawak. Dok teringat nak standby bawak, tetap tertinggal. Start malam tu demam memang kuat.

Saya sendiri pun tak pernah kena panas macam tu. Nasib baik maksu zara ada ubat. Tido malam pun dah macam meracau je. Mata pejam, mulut bising. Ya Allah.. Sebak betul bila tengok anak demam ni. Nak nak demam kuat macam tu. Dari hari sabtu sampai hari selasa zara demam.



Memang bawa HTD. Bila check suhu normal pula 37°.. Ater baru lepas mandi, elok la dia kan. Sekarang dah payah nak bagi makan ubat. Dah la jenis saya ni kalau boleh taknak berkasar dengan anak. Tapi saya tak kerapkan pun bagi anak makan ubat. Kalau tak terus, sehari sekali je bagi.

Cerita lepas baik demam pula, hari selasa tu zara beransur sihat. Alhamdulillah la.. Sampai ke petang badan dia elok sejuk. Still pantau. Tapi pelik dengan 1 perkara. Kenapa muka zara macam merah merah. Tapi tak kuat. Terus naik risau. Yela, masa first time dia demam takde pun merah merah. Sampai ke malam merah tu tak juga hilang .



Esok pagi tengok still naik kuat merah tu. Masa ambik gambar ni pagi. Zara tengah tido. Sian dia tak dapat lena waktu malam. So layankan la dia tido. Nak kata merah merah ni gatal, takde pun dia menggaru. Cuma bila rasa badan tak sihat, merengek je la..

Disebabkan merah merah kat muka makin kuat, kat badan pun start naik, maka ke HTD la lagi sekali. Masa tu nak tengok muka anak sendiri pun rasa tak sanggup. Yela, tak pernah pernah jadi kan. Masa ke HTD, sorang pegawai perubatan ni kata maybe kena demam campak pula.

Cuak dah time tu. Taknak la dia kena 'campak' dulu. Sebab weekend ada program kat kem. Bila peg. tu tak pasti, refer kat doc bertugas. Alhamdulillah la katanya ni bukan kena demam campak. Sama ada persekitaran tempat tido dia tak berapa bersih atau apa ehh 1 lagi.. Adoiyaii.. Lupa.. Tapi maksud yang saya paham, ruam ni keluar lepas demam. Okay la dengar camtu. Lega sikit.

- Calamine Lotion -

Sebelum balik dapat la ubat ni.. Alhamdulillah la cepat beri kesan. Pakai 2hari merah tu beransur hilang.. Aduhai anak.. Baru sikit dugaan Allah bagi kat mama ni. Rasa nak nangis je. Belum lagi terduga dengan masalah lebih besar. Allah beri sikit je ujian.. Tapi besar hikmahnya..

Hikmah dari zahra 'tak sihat' tu, buatkan zara lagi rapat dengan saya.. Tapi yang pelik, kalau nak tido dalam buai, dengan ddy senang je lena. Dengan mamanya ni, mamanya enjut, mamanya juga yang nak lena.. Hihihihi


Sekarang zahra dah baik dari demam. Tapi tetap juga kena berjaga jaga. Sebabnya cuaca kejap panas, kejap hujan. Entry ni kena ada dalam blog sebab senang nak cari balik pape maklumat yang berkaitan. Hihi.

7 comments

  1. cian zahra,aunty tengok pun sedih ..aunty tahu zahra kuat ...
    alhamdulilah dh baik..

    ReplyDelete
  2. Owhhh..tengok sekali lalu macam campak...moga zahra terus sihat lepas ni ye sayang..

    ReplyDelete
  3. kesiannya tgk zara demam.. ank demam memang ibu2 akn ssh ati..

    ReplyDelete
  4. Ada baby kalau demam panas sangat akan keluar ruam panas macam itu.
    Tapi kalau lepas mandi sapu bedak nanti lama-lama hilang.

    ReplyDelete
  5. moga zara sihat berterusan ye.
    cute zara :)

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh. selamat berkenalan dari arzmoha. done follow blog ini

    ReplyDelete