Bila Rezeki Itu Dihargai

Thursday 8 January 2015

Assalamualaikum.. hai semua ! =)

Sejak dah ada Zahra, Zahra pun makin membesar dengan cerdik pandai ni, banyak masa kena habiskan dengan dia. Sekarang dah pandai minta perhatian. Dah pandai minta daddy dia dukung kalau daddy balik kerja. Dah pandai buli daddy suh layan kalau daddy dia cuti.

Kalau sembang dengan daddy kencang bukan kemain. Tu kalau dengan daddy. Kalau ngan mama sembang biasa-biasa je. Over tau Zahra ni. Okay la.. cerita sikit je dulu pasal perkembangan Zahra. Bab seterusnya nanti kita buat entry lain ye.


Tengok tajuk pun dah jauh menyimpang dengan intro. Nasib la kat blog ni kalau cerita merapu pun takpe lagi. Kalau buat jawapan camni dalam kertas periksa dah fail dah. Ni kisah masa bulan 12 haritu.

Adik lelaki saya yang tentera tu kebetulan dia ada operasi kat asahan. Tapi kem tu berdekatan dengan kem gemas ni kut. Entah la, saya pun tak pasti nak terangkan macam mana. Duduk kat asahan ke dalam kem gemas ni. kebetulan bila time solat jumaat, dorang akan keluar. Dorang akan solat kat masjid yang dekat depan blok umah saya ni. dekat sesangat la.. Jalan kaki je pun kalau nak ke blok saya ni. So, setiap jumaat, tiap-tiap minggu memang akan singgah umah saya la.

Sebelum tu dia ada bagitahu nak singgah makan tenghari. Siap tanya boleh ke tak. Dah nama pun adik, tak kan nak tumpang makan pun tak boleh kan? Lagipun rezeki. Tak baik kedekut dengan orang,kan? Sebab rezeki yang datang pada kita ni pun pemberian dari Allah.

Allah, seronok jangan kata la bila adik kata nak tumpang makan tengahari tu. Seronok sangat-sangat! Teruja nak masak tuk adik. Even dia sorang, terujanya macam 10 orang nak datang makan. Kahkahkah.. kenapa rasa teruja? Sebab dulu masa kat ipoh la, kalau saya masak kalau suh makan tu macam nak tak nak je. Macam ahkak dorang ni masak buh racun je.. hahaha

So, bila dapat masak tu, fuhh, seronok. Saya akan masak 1 lauk berat. Macam kari ke, kurma ke, pastu nanti goreng sayur, pastu tengok la goreng ikan masin ke, papadom ke, tengok la apa-apa yang boleh la kan. Tapi nak settle 1 lauk tu ambik masa 3jam juga tau. Dek kerana Zahra kalau hari jumaat je dia tido tak lena. Confius mak nak. Kenapa perangai awk gitu.

Tapi dalam masa yang sama settle kan juga basuh kain, kemas umah, sambil masak cuci pinggan mangkuk. Terus kuar segala peluh. Kerjanya tak seberapa, tapi peluhnya bukan kemain. Terus rasa macam superwomen jap bila dapat buat macam-macam perkara sekali gus.

Bila adik datang makan, rasa seronok sangat. Seronok rasa macam nak kuar airmata, boleh gitu?? Haha.. bukan apa, bila saya dengar dia cite makan kat hutan tu bukan sedap mana pun, jadi kita rasa bersyukur sangat bila tengok adik makan tu penuh selera. Paling saya terkejut tengok adik makan bertambah. Allah.. bersyukur sangat-sangat sebab masakan yang tak seberapa tu dihargai.

Minggu pertama adik datang tu dia bagitahu. Semalamnya kena pergi RSAT. Ramai juga yang kena ke sana. Bila tanya kenapa? Katanya sakit perut. Tak tahu la silapnya kat mana. Allah, sedih dengar tau. Masa dia datang umah saya pun masih berbaki sakit perut dia tu. Bila dia kata macam tu, terus minggu depannya dia bagitahu nak datang makan, saya masak penuh semangat untuk dia.

Allah.. tu la perkara paling saya rasa sebak bila dapat masakkan tuk keluarga saya. Untuk suami saya. insyaAllah sikit hari lagi untuk Zahra. Paling rasa terharu, masakan kita yang tak seberapa tu habis. Allah.. syukur dapat berkongsi rezeki dari Allah. Bila adik nak turun pergi solat, (dia singgah sebelum solat), mesti akan cakap ‘terima kasih sebab masakkan’.. rasa nak kuar airmata dengar. Sebab?? Saya tak sangka boleh masakkan tuk dia dalam keadaan saya yang kelam kabut nak uruskan Zahra yang manja ni..




Psst : suami dah complain kat diri sendiri badan dah naik. Acamner tu??? Sedap sangat eh masakan kita??? *kelipmatalajulaju* :P

15 comments

  1. hihi kalu eka pon terharu rasa adik2 n family suka masakan kita. Rasa seronok sgt kan bila org makan masakan kita. Adik2 eka lagila. Masak megi kari pun nak eka masakkan. katanya masak sendiri tak sama macam kaklong masak.

    Zahraaa. Amboi manja daddy ni hehe

    ReplyDelete
  2. Rasa trharu sgt klau Apa yg kita msk d hargai kan..trus kembang kecut kihkih

    ReplyDelete
  3. kan! seronok bila dpt masak utk org tersayang hehe..

    ReplyDelete
  4. bila masak dengan penuh kasih sayang, masakan tu akan jadi sedap...untung keluarga akak. ;)

    ReplyDelete
  5. masakan yang penuh kasih sayang, walaupun simple tetap sedap pada sesiapa yang menjamahnya..

    ReplyDelete
  6. yang penting kita masak sendiri..hehe

    ReplyDelete
  7. psst.. normal tu.. ckp dia nnt stndby saiz uniform lain.. hihi

    ReplyDelete
  8. wah wah..mesti masak sedap tuh...

    ReplyDelete
  9. bila adik2 mkn masakan kita memg seronok sgt2

    ReplyDelete
  10. Ini mesti masak sedap ni. Badan encik suami dah naik..hehe.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dimudahkan urusan memasak..terharu bila adik mkn habis dan ucapkan tq..sebak sue..

    ReplyDelete
  12. suami komplen badan naik sebab isteri tu biasaaa kan ? hahaha .. paham2 ..

    ReplyDelete