:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Ahad, 30 November 2014

CN 2 #7 : Gambar Tempat Menarik Pernah Dilawati

assalamualaikum.. hai..

saya sambung lagi ye.. mudah-mudahan la dapat habiskan cabaran november ni..

erm,, saya ni takdelah rajin bercuti.. apatah lagi nak tengok tempat-tempat menarik.. saya just share mana yang pernah pergi aje la ye..

Bandar Hilir, Melaka







Actually banyak lagi.. tapi tak larat pula nak mencari gambarnya.. kira ni aci la ye.. boleh la eh.. ^_*


Sabtu, 29 November 2014

CN 2 #6 : Gambar Header Blog Anda

assalamualaikum.. hai..

bersambung lagi pada cabaran yang seterusnya ya..

Gambar header blog saya simple je.. 





Jumaat, 28 November 2014

CN 2 #5 : Gambar Gadjet Kesayangan Anda

assalamualaikum.. hai..

kita sambung lagi dengan cabaran november 2 tu ye.. ohh ya.. sebelum tu saya terpaksa buat autopublish kebanyakan entry buat masa ni. sebab start harini saya dah bizi dengan segala perkara sebelum balik ke gemas esok.

saya takde la banyak gadjet yang hebat hebat.. antara yang ada ni pun kira syukur alhamdulillah la..


laptop pemberian bos masa berhenti kerja pada 31.03.2014


telefon pemberian suami..



Maafkan Kekurangan Saya

assalamualaikum.. selamat pagi..

harini saya dah bergerak balik ke gemas. lama dah saya tinggalkan umah di sana. rindu rasanya suasananya disana.

sebelum saya mengundur diri, saya nak minta maaf jika ada salah silap saya. mungkin saya akan kurang menonjolkan diri barangkali selepas ni. mungkin ada masa hanya mampu mengupdate blog. mungkin tak dapat nak blogwalking.

saya harap ada yang tak terasa hati jika saya kurang membalas jejak kembali. atas sebab tertentu, saya terpaksa slow dalam dunia blogging.. 


Khamis, 27 November 2014

Mama Zahra & Mummy Qaseh

Assalamualaikum.. 

Perasan tak, persahabatan boleh wujud dimana mana tanpa diduga? Kat shopping mall, parking, kedai, hospital dan lain lain tempat..



Percaya atau tak, kawan saya ni saya kenali masa di wad bersalin. Kami sebaya. 26tahun. Dan baby kami pun sebaya. Lahir pada tarikh 18.09.2014.

Perlukan Sebuah Kekuatan

Assalamualaikum.. Hai semua..

Selalu yang bermain dalam fikiran saya bila dah jadi fulltime housewife ni, macam mana nak cari income sendiri dari rumah. Tak perlu hantar anak ke rumah pengasuh. Tak perlu skip masak untuk keluarga. Selalu sangat benda ni bermain dalam fikiran.

Saya bukan tak nak cari kerja diluar bila dah ikut suami. Siapa yang tahu keadaan di gemas ni akan paham. Tempatnya bukanlah besar macam kat bandar sana. Yang ada hanya pekan kecik. 

Macam saya duduk di kuarters. Lagi payah nak keluar masuk. Leceh sikit la kat bahagian pengawal tu. Tapi tu bukanlah alasan untuk keluar bekerja sebenarnya pun.

Rabu, 26 November 2014

CN 2 #4 : Gambar Penyanyi Kesayangan

assalamualaikum.. selamat pagi..

harini kita sambung lagi cabaran november ye.. sambung la selagi mampu kan.. siapa penyanyi kesayangan saya?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



nan ado yo.. saya takde nak fanatik dengan mana-mana artis. sekian terima kasih.




Selasa, 25 November 2014

Gelang Penghalau Nyamuk

Assalamualaikum.. Selamat petang..

Harini banyak pula entry yang keluar.. Entry penting, jadi kena juga keluarkan..


Gelang penghalau nyamuk ni saya baru terima semalam. Punyalah lama saya tunggu. Lewat petang semalam baru terima. Tak tahu la kenapa lambat.

Insyaallah saya akan gunakan juga pada zahra. So nantikan review dari saya ye.. :-)

Maaf kak +mialiana sebab lambat update penerimaan ni..

Ahli Syurgaku

Assalamualaikum..

Bila ada anak kecil, lagi lagi baby memang memenatkan badan. Memang menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Nak nak pula kita ni sebagai ibu baru. Baru pertama kali tempuh kehidupan baru.

Saya akui, masa zahra dalam pantang, saya pernah give up. Sebab badan letih, tak cukup rehat, tak cukup tido, saya rasa macam nak mara je. Bila zahra meragam, saya mula rasa nak hilang sabar. Bukan senang nak jaga anak. Bila kita dah rasa, jadi kita akan tahu macam mana mak kita jaga kita dulu.

Mak memang banyak tolong. Tolong saya bersabar. Yela, karang kita dah give up, terasa tekanan, risau pula meroyan. Lagi masalah besar kan.


CN 2 #3 : Gambar Pemimpin Yang Dikagumi

assalamualaikum.. 

harini saya sambung lagi dengan entry CN 2 # 3 ye.. Antara pemimpin yang dikagumi ialah



okay.. sambung next entry ya.. :)




Isnin, 24 November 2014

Kisah Anak : Zahra Cucuk 2Bulan

Assalamualaikum.. Selamat Petang..

Harini zahra checkup untuk 2bulan. Dah 68hari usia si comel ni. Alhamdulillah semuanya baik baik je. Urusan pun cepat juga tadi. Tak la ramai sangat orang.. 

Alhamdulillah berat pun ada peningkatan. Bab berat ni yang excited nak tahu. Semua mummy pun macam tu kan.. 

Berat zahra dah 4.855kg. Senang kata 4.9kg. Masa checkup sebulan haritu 3.9kg. Kiranya naik sekilo la. Seronok tengok perkembangan zahra.


CN 2 #2 : Insan Yang Disayangi

assalamualaikum.. selamat tengahari..

masih boleh menyahut cabaran kedua harini. fuuhhh.. kasi semangat sikit.. risau terkandas ditengah jalan je ni.. hihihik :-P

siapakah insan yang disayangi? tentunya ramai.. tapi takkan nak tempek semuakan? kita utamakan dulu siapa yang kita sayang ye..


tentunya keluarga sendiri.. macam mana kita utamakan orang lain sekalipun, keluarga adalah teratas dalam sebuah kehidupan kan? begitu juga la saya..

Ahad, 23 November 2014

CN 2 #1 : Gambar Selfie Anda

assalamualaikum.. selamat tengahari..

harini kita mulakan CN #2 tapi untuk tajuk yang pertama ye.. hihihik..

kalau nak ikutkan, saya takdelah menggila berselfie. tapi saya bukanlah seorang yang selfish ye. hehehe..
tak reti nak berselfie sangat lepas kawin ni. haha.. terasa buruk beno rupanya.. rupa saya tau.. bukan rupa orang lain.

orang lain berselfie nampok comey je.. kita ni?? dah, tak yah bayangkan sangat. kang ngeri tak leh tido malam.. :-P


Sahut Cabaran #2 CN Blog Kak Khaty R'bain

Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

rasa teringin pula nak sahut cabaran yang dibuat oleh kak kathy rbain.. hehe.. nak tengok mampu buat ke idok. maklumlah, blog ni tuannya dah ketandusan idea. balik-balik cerita tentang zahra khadijah je la..

kang asik cerita perihal anak, risau pula ada yang muak. silap haribulan ada pula orang meluat nak singgah.. kan..kan.. ;-)


Sabtu, 22 November 2014

Kisah Anak : Budak Kuat Melalak

Assalamualaikum.. Selamat petang..

Sekarang blog ni banyak cerita pasal anak. Untung la zahra mama cerita perihal dia je dalam blog. Bukan apa, anak nak membesar ni seronok bila kita cerita. Sebab 1 hari nanti bila dia membesar mesti teringat kenangan masa dia kecik kan.

Ni bukanlah entry nak belagak 'macamlah dia sorang yang ada anak' ye. Tak. Bukan macam tu niat saya. Cuma dulu dah share banyak cerita diri sendiri. Jadi sekarang kuasa anak disini.


Jumaat, 21 November 2014

Hanya Sebuah Mimpi

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Dek kerana tido awal, jadinya terjaga la ditengah malam. Maklum la, ada anak kecik macam tu la kan.. Bila dah terjaga terkebil kebil dengan mimpi yang kita termimpikan masa tido tu. 

Hukhukhuk..

Sebelum berpindah ke Ipoh, saya pernah tinggal di kluang, johor. Ntah macam mana la dah sekian lama rasa rindu sesangat nak tengok tempat tinggal saya masa di kluang tu..

Rindu..




Khamis, 20 November 2014

Kisah Anak : Sample Drypers Ke-3

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Alhamdulillah.. Rezeki untuk zahra lagi. Rasanya ni kali ke-3 kut zahra terima pampers dari drypers. Kali pertama masa terima sample lepas kita join club drypers. Kali kedua lepas jawab survey kalau tak silap. Kali ke-3 ni pun diterima lepas update di club drypers tu.

Zahra terima drypers newborn. Kalau ikutkan sekarang dia pakai dah saiz S. Newborn masih boleh pakai. Cuma nampak pendek sikit la pampers tu. 

Rabu, 19 November 2014

Kisah Anak : Zahra 63hari

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Sejak dah jadi mak orang ni, kehidupan 100% berubah.. Dulu kehidupan kita kisahkan diri sendiri. Bila dah kawin kisahkan suami. Bila ada anak, kisahkan anak je.

Yela, anak kan nyawa kita. Apa pun perkembangan dia, apa pun yang dia buat rasa excited je. Nak nak anak first. Sebab dari anak first la yang banyak kita nak belajar itu ini kan?




Zahra pagi ni. Dia kan kalau cukup tido senang nak diajak gelak gelak. Tapi kalau dah nampak camera kita nak rakam dia terus terdiam. La hai anak.. Gigitttt karang pipi donut dia tu.. Geram je.. Dah la dagu berlapis. Yang tu dari dalam perut lagi dah berlapis. Hihihi

Selasa, 18 November 2014

Happy 2monthdays

Assalamualaikum.. Selamat tengahari..

18.09.2014 - 18.11.2014

Alhamdulillah.. Harini zahra genap 2bulan @ 62hari. Allah.. Cepat masa berlalukan. 

Setelah 2bulan zahra tak jumpa daddynya, ahad baru ni daddynya balik. Kekok zahra. Mungkin dah biasa pandang atok dan pakciknya, melalak juga dia. Daddy fail bila pujuk.


Isnin, 17 November 2014

Pengalaman Bersalin : Sakit Tak Bersalin Tu??

Assalamualaikum.. 

Bila jumpa kawan kawan soalan yang tak kan lari ditanya mestilah pengalaman bersalin. Macam macam la ditanya. Dari perasaan sehinggalah rasa sakit yang kita rasa. Yela, orang mesti la nak tahu pengalaman tu macam mana kan.. Setiap orang kan tak sama. 

Disebabkan orang tanya, jadi mai la kita cerita tentang apa yang kita dah lalui tu.. Bila orang tanya, sakit tak nak beranak? Jadi marilah kita story ye.

Bagi saya beranak tu tak sakit. Hahaha!! Bukan kemain kata tak sakit kan. Tapi! Jangan la kata suh saya beranak tiap tahun ye.. :-p. Maksud tak sakit tu, masa baby nak kuar saya rasa sakit tu masih lagi saya boleh tahan. 

Ahad, 16 November 2014

Bahagia Itu Sederhana

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.
Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.



Shopping Di Lazada Part 2

Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Haritu saya ada cerita, saya ada shopping barang di lazada kan? >> shopping di lazada << Tu barang yang pertama saya beli. Masa tu bulan 9. Kiranya percubaan pertama la tuk shopping online.

Kali ni kita share apa barang kedua yang saya beli di lazada lagi. Sebelum tu saya ada juga survey barang ni kat luar. Tapi macam tak banyak pilihan, then harga pun macam mahal, jadi survey la kita di lazada ye dok..




Sabtu, 15 November 2014

Nak Kena Tolong Ke Ni??

assalamualaikum.. selamat tengahari..



alamak?? nak kena bantu ke ni?? Dah macam kaunselor pula kan. Hehe

Dulu saya pun bercinta jarak jauh.. Tapi tak la cik abang saya menghilangkan diri. Menghilangkan diri kerana kerja tu ada la.. 

Kalau menghilangkan diri kerana perkara lain xde la pula. Barangkali 'awak' kena berhubung dengan bf awak dan tanya masalah dia kut. Tu cara yang terbaik. Jangan gaduh gaduh ye.. Hihi

Jumaat, 14 November 2014

Hadiah Sebagai Top Komentar Oktober 2014

Assalamualaikum.. Selamat petang..

Alhamdulillah.. Rezeki berblog. Yang ni saya terima dari blog +Azhafizah Md Nor . Maaflah ye, saya risau juga nanti orang kata berblog sebab nak hadiah je. Sedangkan diri sendiri tak bagi pun pada orang..

Kat ipoh ni je la saya dapat puas berblog. Tu pun curi curi time nyusukan zahra. Time bagi zahra tido tak pun time berkesempatan.

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

( Saya perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini untuk diberikan pada baby saya yang masih kecil untuk melindungi dirinya yang masih kecil daripada gigitan serangan nyamuk yang merbahaya buatnya. 

Saya berharap saya berjaya mendapatkannya sebagai langkah pertama untuk melindungi dirinya kerana kawasan kaurters tempat tinggal saya itu sememangnya tempat tumpuan nyamuk yang banyak.)



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Shopping Di Lazada Part 1

assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Saya ni salah sorang yang bukannya rajin nak shopping online. Setakat ni boleh dikira la berapa kali je membeli atas talian ni. Salah 1 sebab saya rasa beli online ni tak dapat pegang, tak dapat nak belek puas puas.

Tapi dek kerana nak kan 'pemanggang ajaib' ni, maka try juga la shopping online ni. Sebab saya tengok harganya jauh lebih murah dari harga di pasaran luar sana.


Khamis, 13 November 2014

Pengorbanan.

Assalamualaikum.. 

Sebuah perasaan yang sangat indah bila bergelar seorang mama...


Allah..
Baru tahu bagaimana susah senang menjadi mama..
Baru tahu macam mana perasaan seorang mama yang perlu berkorban sesuatu..
Baru tahu macam mana perasaan seorang mama yang mengutamakan anak dari dirinya..

Besar sungguh perasaan itu..

Saat paling tenang bila melihat seorang anak adalah ketika waktu tidonya..

Rabu, 12 November 2014

Selasa, 11 November 2014

Hadiah Sebagai Top Komentar

Assalamualaikum.. Selamat Petang..

Alhamdulillah.. Rezeki dari duniashida. Rezeki sebagai top komentar di blog beliau.. Saya terima hadiah ni petang semalam..

Meet Blogger Husna Zahidi

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Ni cerita masa raya haji haritu. Dari sehari ke sehari nak tulis kat blog ni, tapi punyalah takde masa. Bukan takde masa sangat, tapi nak mulakan cerita tu cukup cinta.. Haha.. :p

Masa raya haji haritu saya dalam pantang. Tak silap masa tu hari ke-19 berpantang kut. Not best okeh berpantang masa raya. Rasa nak mengamuk je sebab tak dapat makan best-best. :p Tu baru raya haji. Kalau berpantang masa raya puasa confirm dah berontak dalam diam. Kahkahkah..

Isnin, 10 November 2014

Asal Boleh :-p

Assalamualaikum.. Hai..


Asal boleh.. :-p

Kisah Anak : Breastfeeding

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Harini dah 54hari usia chinta hati kami berdua. Kejap je masa tu berlalu. Dan syukur juga diberi peluang untuk chinta hati kami disusukan dengan susu badan.

Pernah juga cakap dengan mak, tengok orang lain yang susukan anak tu meriah je susunya. Kadang kita ni cukup cukup je. Orang lain tu siap buat stok. Beruntungnya..
Mak kata juga 'banyak ke sikit ke semua tu atas Allah yang bagi'..


Ahad, 9 November 2014

Mengidam Lepas Bersalin

Assalamualaikum.. Hai..

Orang kata kalau kita mengandung, bila kita mengidam sesuatu adalah lebih baik kita cuba dapatkan, kan? Nak nak kalau makanan. Tak la nanti meleleh ailio anak tu bila dah lahir,kan?

Macam saya banyak juga la makanan saya nak, dan kebanyakkannya masakan mak la.. Alhamdulillah la dapat. Tapi ada juga la yang tak dapat lagi. But it's okay sebab akan dapat juga sampai nak balik ke gemas nanti.

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum.. Selamat pagi..



Amboiii.. Leleh ailio nampak tengok buah mangga tu ye.. Hehe.. Ni buah mangga hasil pokok depan umah. Tengok sedang elok je. Jadi marilah kita petik.


Ni la hasil 6 biji buah mangga tersebut. Jangan risau ye.. Walaupun elok sedap je nampak buah mangga jeruk asam boi tu, saya tak la makan dengan rakus ye.

Heehee.. Cukup la makan sikit sikit.. 

Ohhh ya.. Ada yang tanya 'dah makan mangga'? Jawapan saya 'ya'.. Dalam pantang haritu mak offer mangga masak sambil dia potong, last last dapat merasa.

Actually mak pun was was sebab dulu dia pantang sendiri sebab arwah nenek dah takde. Jadi dia kata boleh makan, kita pun makan aje la.. Hihihi..


Sabtu, 8 November 2014

Kisah Anak : Zahra Rindu Daddy

Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Kadang kesian saya tengok dua beranak ni. Mana taknya.. Si ayah rindukan anak.. Dan si anak resah je bila daddy teringatkan nya..

Dah sebulan lebih zahra tak jumpa daddy nya. Daddy sempat ada kat sini dalam 10hari lepas zahra lahir. Lepas tu tak jumpa dah. Nak nak pula sekarang daddy zahra ada operasi.

Keywords Popular??

Assalamualaikum.. Selamat Pagi..

Salam pagi sabtu semua.. Masih tido lagi ke? Yuk, bangun awal.. :-)

Pagi ni berkerajinan nak check nuffnang.. Banyak yang on going.. Tapi, bak kata kawan kawan lain, amaunnya 'mandul'.. Mandul pun mandul la.. Janji ada juga yang masuk buat tambah tambah kan.. 

Tetap juga rezeki. Terima je la dengan hati yang ikhlas.. :)


 *awak ker jieha tak kite.... 2 gaduh balas '????

Ehhh, sembang apa ni kat blog kita?? Haha :p

Dan yang saya perasan ramai yang search resepi 'bihun goreng'.. Waaaaaa.. Pames betul resepi 'bihun goreng' ye.. Tu makna nya rakyat kita suka makan bihun goreng tak kira masa.. Ye dok? :p



Ok la.. Sharing sebagai senda pagi.. ^_^