:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 31 Oktober 2014

'Berpantang'

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Alhamdulillah.. Harini genap 44hari berpantang.. Hoooyeehh.. Boleh merdeka.. Hihihik.. Merdeka la sangat kan.. Jenuh rasa nak habiskan ni..

Sekadar sebuah coretan kat sini. Tempoh berpantang memang la 44hari. Tapi saya rasa saya berpantang tak macam 44hari pun. 
Kalau orang lain 44hari duduk berkurung dalam rumah, saya tak la.. 

Hari ke-33 dah keluar siap drive lagi. Yang tu keluar sebab bawa zahra pergi klinik tuk checkup pertama. Adik ppuan boleh drive. Tapi sebab dah lama tak drive, dia malas nak drive. 

Rabu, 29 Oktober 2014

WW : CashOut

Assalamualaikum.. Selamat pagi..


Kelmarin dah cashout. Even tak banyak, jadilah sikit buat tambah tambah.

Rezeki Anak.

Selasa, 28 Oktober 2014

Kuat Touching !

Assalamualaikum.. Selamat tengahari..

Harini zahra dah 41hari. Kejap je kan masa tu berlalu.. Dah macam macam ragam si kecik ni tunjuk. Bertabah dan bersabar je la dengan perangainya ni.

Harini zahra merajuk. Ntah apa yang tak kenanya tak tahu la. Barangkali rindukan daddy nya. Tak pun daddy nya dok ingat dia. Pagi tadi menangis. Jenuh nak pujuk.

Nangis sebab nak tido pun iye juga.. Tapi macam tak boleh nak lelap. Menangis siap syahdu syahdu. Hai la anak.. Kuat nau touchingnya.. Ikut perangai sapa pun tak tahu la..


Disaat entry ni ditaip gini la gaya ank dara kecik ni. Tido atas riba. Gigih mama mu nak terjah blog sambil pangku awak tido ni. Hehee..

Kang tak dilayan peel nya ni kang, merajuk balik. Bertabah aje la.. Harini hari tuk beliau merajuk barangkali.. 
Sabar je la..

Isnin, 27 Oktober 2014

Kisah Anak : Zahra Naik Buai

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua..

Ni cerita masa hari ke-24 tempoh berpantang.

Zahra meragam 1hari tu. Nak ngempeng je kat mama. Nak tido atas riba. Dah tido nyenyak pun, kalau pindah letak atas tilam, dia boleh terjaga dengan mata sebulat-bulatnya. Malam sebelum tu dia pun tak mau tido. So dengan mamanya sekali la tak tido.

Saya dah kepenatan sebab tak cukup tido. Nak baring pun tak boleh. Jadi kita pun jadi stress la kan. Yela, maunya tak stress. Sampai nak makan pun lewat, badan jadi menggeletar. Tak cukup tidonya. Nak mara Zahra tak boleh jadi lepaskan stress ngadu kat suami. Hihihi

Ahad, 26 Oktober 2014

Zahra Khadijah..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua..

Siapa Zahra khadijah? Ehhh, tak kenal ke? Tu la chinta hati saya dan en.suami. hihi..
Alhamdulillah.. kadang rasa macam tak percaya je dah ada anak. Syukur Ya Allah sebab beri rezeki ni awal.

Ok, harini entry kita kisah pasal Zahra la ye.. barangkali blog ni juga bakal penuh dengan cerita anak. Normal la tu kan?

Berbalik pada cerita Zahra, meh kita perkenalkan siapa si gerangan empunya diri tu ye.. hihi


Sabtu, 25 Oktober 2014

Cuba Untuk Memahami

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam.

Alhamdulillah.. Di tahun baru islam ni kehidupan saya 100% berubah setelah kelahiran zahra khadijah. Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana ragamnya.

Masa mula mula kelahirannya saya akui banyak benda yang kita tak tahu. Ragam tidonya la terutamanya. Malam memang berjaga. Siang cukup tidonya.


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Rabu, 22 Oktober 2014

WW : Matawang Asing

Assalamualaikum..

 yang hijau en.suami bagi masa bertugas kat Lubnan dulu.. (2012)

yang ni mak mertua bagi lepas balik dari umrah haritu (2014)

Selasa, 21 Oktober 2014

Kisah Anak : Zahra Checkup Sebulan

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Semalam zahra checkup untuk sebulan. Semalam dah masuk 33hari. Kejap je dah sebulan kan. Sekarang ni masa cepat sangat. Tup-tup hujung bulan ni habih pantang pula.

Semalam keluar awal. Dalam pukul 8suku sampai sana. Sekali terkejut tengok penuhnya rakyat jelata kat klinik. Tak tau la sebab appoiment ke, sebab hari khamis ni cuti. Selesai semuanya pukul 12setengah. 

Punya la berejam. Dah la x bawak air. Dengan dahaga nya. Lepas ni kena standby bekalan. Nak-nak bby fully bf. 




Isnin, 20 Oktober 2014

Wishlist Habis Pantang

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Kalau tengok tajuk bukan kemain lagi kan. Wishlist sangat. Biasalah, masa mengandung tak dapat buat & tak terbuat. Jadi berharapan la sangat lepas habis pantang ni dapat la buat.

Insyaallah hujung bulan november saya bakal kembali disisi suami.. Hukhukhuk.. Setelah beberapa bulan berjauhan. Padahal baru sebulan je pun. Hikhik
Daddy zahra dok rindu zahra selalu. Jadi haruslah kita pulang ke sana kan.

Sementara ada masa sebulan lepas habis pantang 44hari, saya ingat nak belajar dengan mak nak masak kuih muih ataupun pape masakan yang tak pernah saya buat lagi. Contohnya saya suka makan donut gebusss yang mak buat, jadi nak belajar la buat tu macam mana.



Sabtu, 18 Oktober 2014

Sebulan @ 31hari

Assalamualaikum.. Selamat tengahari..

18.09.2014 - 18.10.2014

Syukur alhamdulillah.. Harini my chinta hati dah genap sebulan.. Ya allah, kejap je masa berlalukan..

Rasa macam baru je bersalin.. Rasa macam baru je beberapa hari lalu tempuh detik-detik dalam labour room.

Setiap hari belajar memahami si kecik ni.. Belajar memahami karenahnya, ragamnya..

Jumaat, 17 Oktober 2014

Sample Drypers

Assalamualaikum… Selamat sejahtera..

Sejak ada Zahra ni, kalau nak update blog kena sepantas kilat. Karang kalau dia dah bangun, nak kena godek-godek dia. Jadi blog harus diketepikan dulu..

Anak didahulukan.. blog diketepi kan.. *sekejap* hehe

Ni cerita 2minggu lepas barangkali. Maklumlah, sejak ada Zahra, segala cerita yang nak dikongsi harus di pending-pending. Biasalah dah jadi mak orang ni kan..

Pampers ni dapat tak ingat sebab apa. Haha!.. rasanya haritu dapat email. Minta jawab survey rasanya.. pastu dah jawab, takde la fikir akan dapat benda alah ni.

Khamis, 16 Oktober 2014

Bila Berdua dan Bertiga. . .

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua..

Benarlah apa yang orang selalu kata.. bila kita berdua, indahnya lain..
Bila kita bertiga, indahnya lagi lain..

Orang kata, saat kita mengandung, nikmatilah keindahannya..
Kerana hanya 9bulan saja kita dapat rasai nikmat itu..

*rindu saat mengandungkan zahra*

Bila dah ada anak ni, baru rasa masa tengah berdua dulu, cara suami manjakan kita lain.. bila dah ada anak, perasaan manja tu lebih pada anak..

Selasa, 14 Oktober 2014

Hadiah Dari Hospital

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Blog ni kan diari digital. Jadi setiap apa yang terjadi tentu juga kita nak share kan? Tentu kita nak catatkan? Supaya nanti semua kenangan ni kita dapat tengok balik bila akan datang.. haaa, gitu..

Ni hadiah buat Zahra masa lepas lahir.. gift macam ni rasanya semua hospital dapat kut. Rasanya la.. mungkin berbeza dari segi isi kandungan kut, kan..kan?

Biasalah mummy baru ni.. kejakunan dia lain sikit. Haha!..

Gift ni nurse bagi masa kat labour room lagi.. masa dorang nak tolak saya masuk ke wad balik, time tu dorang bagi gift ni.. dorang letak kat trolly baby.. hihi..


apa yang ada dalam beg plastik ni?? jom tengok..

30 Days Photo Challenge

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua..

Rasa macam nak sahut cabaran ni je.. ada hati tu nak cuba.. yela, cuba je la mampu ke idok selesai kan benda alah ni dalam tempoh 30hari..

Berani sangat nak cuba kan, dengan anak kecik lagi. Hihi.. moga-moga ter-update la blog ni kan..


Chaiyok.. Chaiyok.. hihi


ambik dari sini.. minta izin share ye.. :)

Isnin, 13 Oktober 2014

Sembelit ? Cara Atasi?

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua..

Tengok tajuk bukan kemain kan.. haha! Sometimes kena juga buat gempak gitu.. Actually bukanlah saya nak share cara nak atasi kalau sembelit pun. Kita ni bukanlah pakar mana pun. Just nak share pengalaman masa pregnant dan dah deliver ni je..

Alhamdulillah, masa pregnant dulu nak kata kerap kena sembelit, tak juga. Sekali 2 ada la kut. Tu pun kalau kurang minum air masak. Air masak kan penting tuk kesihatan sebab ianya berfungsi sebagai pelawas gitu.

Masa pregnant takde cerita sangat nak dikongsi. Kita kongsi kisah masa dah bersalin la ye. Tu yang senang ingat. Kihkihkih.
Alhamdulillah, masa dah bersalin ni pun saya tak alami sembelit. Takut okeh kalau kena sembelit ni. tahu-tahu je la, sembelit ni kan sakitnya la haiii..

Ahad, 12 Oktober 2014

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







18 Cpuv Baru

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Harini awal menjenguk blog.. Awal menghadap laptop.. Sebabnya Zahra bangun awal. Then dah tido pun balik. Mamanya tak boleh nak tido dah. Jadi menghadap la laptop ni dengan harapan dapatlah terjah kawan-kawan sikit.

Harini buka akaun nuffnang. Saja nak tengok ada cpuv masuk ke, atau ada berapa yang dah di kreditkan. Sekali terkejut tengok banyak yang masuk. Haritu total 10 yang on going. Pagi ni kira jadi 18 dah yang on going.

Alhamdulillah..

Makin membara jiwa ni nak update blog.. tapi bila tengok anak bagi hint macam tak kasi hadap laptop, blurr je rasanya.. dah jadi mak orang ni memang kena korban masa.. kan?






pertama kali tengok cpuv melekat sebanyak ni.. kata kak ina benda ni bermasalah eh.. xpelah.. janji buat kita happy kn.. hihihi.. :p

mekasih nuffnang.. ;-)

Jumaat, 10 Oktober 2014

New CPUV

assalamualaikum.. selamat sejahtera semua..


saya jarang nak check nuffnang sangat.. sekali harini check ada sebanyak ni yang on going.. alhamdulillah.. ni namanya rezeki buat anak kan?
rezeki buat zahra.. terima kasih  buat kawan-kawan yang sudi click, yang sudi singgah..

mekasih juga pada nuffnang kerana rezeki ni.. alhamdulillah.. :)

*tak kira dah ni cpuv ke berapa.. hihi

Khamis, 9 Oktober 2014

22 Hari.. Dan 22 Hari Lagi..

Assalamualaikum.. selamat petang semua..

Alhamdulillah.. harini dah 22hari berpantang.. fuhhh semangat nak habiskan sampai 44hari tau.. dah nama pun berpantang kan, jadi itu ini, banyaklah yang tak boleh.. nak-nak dari segi pemakanan..

Orang kata time kita berpantang ni toksah nak kira sangat.. ehhhh, kita mesti la nak kira kan.. nanti kalau orang tanya, ‘dah berapa hari dah’? nak jawab apa kan.. tak kan baru terkedek-kedek nak kira..

Fuhhh, menjadi mummy baru ni bukan la mudah tau. Ikut rezeki orang la.. macam saya ni, boleh tahan juga la Zahra buli mama dia.. T______T
Bayangkan berat saya sekarang lagi sekilo 2 dah nak kembali ke asal.. memang la okay, tapiiiiiii nampak macam kuruih bebeno je..

*mama zahra memang suka tunjuk gambar kaki dulu..sebab kaki zahra comel* hihihik


Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

assalamualaikum.. selamat tengahari..

teringin nak join mini giveaway pula.. rasanya dah lama tak join kan? nanti kita sambung cerita pasal baby ye.. hihihik..


kak ina.. kita dah follow page-page tu semua sebelum ni ye..

twitter x dapat nak follow sebab takde.. ;)

korang nak join sama click sini ye.. ^_^

Ahad, 5 Oktober 2014

Beraya dan Berpantang

Assalamualaikum.. 

Salam Aidiladha buat semua kenalan di sini.. Alhamdulillah tahun ni tahun pertama beraya bukan berdua, tapi bertiga terus.. Hihihi..

Tahun ni sambut aidiladha bukan setakat bertitle seorang isteri, malah dapat pangkat seorang mama sekali.. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah..

Tahun ni sambut aidiladha dalam pantang.. T________T
Makanya saya 'pantang' tengok semuaaaaaa makanan yang ada okeh.. Rasa nak mengamuk je bila mak masak fav. food, tapi kita tak dapat nak makan..

Jumaat, 3 Oktober 2014

Jadual kian berubah..


Assalamualaikum.. selamat pagi..




Sejak ada anak ni, banyak jadual kehidupan berubah.. macam-macam perkara yang dulu kita boleh buat, sekarang masa tu dah terhad. Kalau dulu okey je nak terjah blog kengkawan banyak-banyak.. nak tinggal komen banyak-banyak.. sekarang ni, jangan nak mimpi sangat la.. hehehe

Banyak benda kena tinggalkan.. nak-nak kita baru belajar dalam kehidupan baru ni.. waktu tido pun dah tonggang terbalik. Hihi.. kalau dulu time siang boleh je nak on laptop lama-lama.. sekarang ni laptop telah diketepikan. Buka bila baby tengah tido nyenyak, tu pun kalau mamanya rajin. Hehe

Sekarang ni kalau nak komen mengomen ke, nak jenguk blog kejap-kejap by phone je. Senang. Time BF baby pun boleh jenguk. Kalau nak pakai laptop ni time nak menaip entry je. Senang nak hadap.

Mekasih ye buat kawan-kawan yang sudi tinggal jejak kat entry-entry saya.. buat masa ni memang agak slow juga la saya nak membalas.. jadual baru saya tengah tak berapa nak stabil lagi. Hihihi..


Ohh ya.. kalau nak tengok baby, tunggu habis pantang nanti saya share ye.. awal sangat nak share sekarang.. lagipun ada yang kata tak elok share gambar baby awal-awal kan.. sabar ye semua.. bayangkan je dulu baby saya tu rupa mana.. hihi..

Khamis, 2 Oktober 2014

Nama Puteri Saya . . .

assalamualaikum semua.. selamat pagi..

maaf ye, buat masa ni tak dapat nak share lagi gambar baby.. atas permintaan ayah baby.. 

so, buat masa ni dapat share nama baby je dulu... ^_*


nama zahra ni berkenan sangat dari dalam perut.. hihi.. sebenarnya nak bubuh Zahra Husna.. tapi mak cakap nama husna dah ada dalam kalangan family. saya berkenan nama tu. then saya pun sebenarnya nak bubuh nama yang lain dari lain dari nama sedara mara or family saya..

Rabu, 1 Oktober 2014

Pengalaman Bersalin : Baby Warded!

assalamualaikum.. selamat pagi..

sambungan..

Saya berada dihospital 3hari 2malam. Bak kata mak bunyi macam pakej percutian. Hehe.. saya bersalin kan hari khamis (18.09.14). so dalam tempoh 24jam, dorang tak kan mandikan baby. Sebab baby baru lahirkan.

So selama 24jam tu sehingga ke esok paginya baru baby dimandikan.(hari jumaat) Time tu saya tak follow nurse pun. Sebab saya ambik kesempatan tu tuk mandi juga. Then selesai saya mandi, saya tengok baby dah pun siap dimandikan oleh nurse. Lega rasanya. Baby pun dah wangi.

Then yang saya pelik, dalam pukul 10 lebih camtu, baby dah start nak merap. Sebelum tu baby memang nak merap. Tapi lepas mandi tu makin menjadi-jadi pula nak merap. Sampaikan saya nak sikat rambut pun tak sempat. Nak letak dia kejap atas katil pun dia macam tak selesa.

*muka xdapat tido 3hari*