:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Isnin, 29 September 2014

Pengalaman Bersalin : Anugerah Dari Allah

Assalamualaikum.. ni sambungan dari entry pengalaman bersalin (part 2)


Masa kepala baby nak kuar tu memang rasa semacam je kat bawah tu. Tapi bila dah lepas, nak sampai ke bahagian badan, senang je baby kuar. Alhamdulillah.. saya pun tak perasan baby nangis camne lepas dia kuar. Hehe.. sebab terasa habis tenaga + sejuk time tu.. Alhamdulillah keadaan baby pun bersih je. Mungkin sebab dah akhir-akhir mengandung tu saya menggila minum air kelapa. bukan beli yang dah siap bancuh ye.. tapi beli yang kelapa biji tu.

Masa baby diletakkan atas badan, Ya Allah.. rasa macam tak percaya je ni anak saya. Ni la baby yang berada dalam Rahim saya selama 40minggu. Baby yang selalu main tendang-tendang. Baby yang suka buat mama dia cuak sebab kuat tido. Ya Allah.. sebak sangat. Lagi sebak sebab daddy dia tak dapat teman time dia keluar. Tapi syukur sangat Allah tak bagi saya sakit yang lama. Saya tak sempat nak call suami sebab sakit saya pun tak lama. Then time tu awal pagi. Suami pun tengah syok tido. hehe

Dah selesai baby kuar tu, nurse nak mulakan proses jait. Oohh ya.. time kena gunting kat bawah tu kita tak rasa apa pun. Saya pun tak sedar bila kena gunting. Bab jait ni sampai sekarang saya dok rasa ngeri2 lagi. Haha. Sampaikan nak lelap mata pun dok ingat-ingat. Padahal bukan nampak pun. Jangan la ditanya berapa jahitan yang kena ye. Sebab ngeri punya pasal, saya tak tanya pun berapa jahitan yang kena.



Ahad, 28 September 2014

Pengalaman Bersalin : Pengalaman Di Labour Room

Assalamualaikum.. ni sambungan dari entry pengalaman bersalin (part 1)


Last-last pasrah. Balik bilik, cuba baring. Tapi kalau dah namanya sakit, baring ke duduk ke, telentang ke menonggeng ke, buat la apa pun mesti serba tak kena kan? Last-last pergi toilet sebab rasa cam nak membuang. Tapi tak boleh pun. Last-last kuar sambil jalan luar wad bilik. Duduk kat bangku sampai menggigil2 badan. Cuba nak jerit kat nurse. Tapi dia tengok kita macam tak endah je. Sedih okeh! Dah la sakit. Suami takde kat sisi. Cuba sembang kat kawan katil sebelah pun dah tak jalan. Makin menggigil badan.

Last-last masa duk kat bangku luar tu nurse terperasan. Time tu pukul 3 lebih pagi. Nurse suh naik katil. Saya cakap tak boleh nak bangun dah. Terlampau menggigil. Tapi gigih juga la berjalan. Sekali dorang seluk lagi. Katanya dah full term. Tu je yang saya dengar. Sekali nurse lain check bukaan sebab tak caya, pun kata dah buka habis. Haaaaaa, time tu jangan cakap la kalutnya macam mana. Saya tak ingat berapa ramai nurse yang ada.

Ada 5 orang or lebih I’m not sure. Tapi rasa macam ramai je. Yang ambik wheelchair, yang nak tolak katil lagi. Time tu kat atas katil lagi saya dah tak tahan nak teran. (Katil wad). Sebabnya dorang asik seluk kan. Last-last jerit kat akak katil sebelah kata nak teran. Masa ni nurse-nurse kalut kat luar. Nak ambik katil, nak cari wheelchair.. Haha.. ingat balik, rasa macam kelakar. Tapi tu la namanya pengalamankan?

Sabtu, 27 September 2014

Pengalaman Bersalin : Serah Diri

Assalamualaikum.. Dengan izin Allah saya telah selamat lahirkan seorang puteri pada 18 september 2014  jam 04.41 pagi di hospital Ipoh. Berat baby 2.7kg sahaja..

Lama rasanya tak menulis kat blog kesayangan ni. tapi harini saya nak share tentang pengalaman bersalin saya kat sini supaya ianya akan jadi kenangan suatu hari nanti. Tapi macam kekok la pula.. hihi…

Ok, meh kita start cerita ye.. rasanya kawan-kawan pun tahu kan yang saya kena serah diri pada 17 september 2014 tu kan. Kena serah diri pagi. Sebab katanya kalau nak ada doctor pakar kena datang pagi. Baiklah. Pagi tu semangat bangun. Perasaan?? Macam-macam! Bercampur baur. Nak kata takut, nak takut apa. Lagipun belum ada pengalaman bersalin lagi macam mana. Happy? Tu tentu juga sebab nak jumpa dengan baby. Hikhik.

Pagi tu dalam pukul 8 gerak ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 9 kut. Selesai apa yang patut. Segala pendaftaran dan sebagainya. Then pergi kat wad. Bagitahu kena serah diri. Sebab kena serah diri doctor di kkia dah bagi surat. GDM under control. Sangat poyo je bunyinya kan. Haha.. ikutkan kalau still takde tanda-tanda lagi, makanya saya bakal di induce ye..


Khamis, 25 September 2014

Hadiah Pengomen Tegar

Assalamualaikum..

Tak tahu nak update macam mana. Rasa macam dah lama tak menulis kat blog. Hihihi 
Cerita pasal pengalaman bersalin dah buat dalam word. Tapi tak habis karang lagi. Buat sikit sikit takut memori nanti ingat ingat lupa. Hehe

Ok la, update dulu story ni ye..



Update by phone.. Jadi dapat buat entry simple je.. Mekasih husna.. Akk dah terima hadiah ni 2 hari lepas kalau tak silap.. :)

Bertambah koleksi brooch sedia ada..

Kawan kawan boleh la terjah blog husna ye.. ;-)


Selasa, 23 September 2014

Sample Free Mamy Poko

assalamualaikum..

*entry autopublish*

ni rezeki untuk anak mama pula.. hehe.. saya terajin pula isi itu dan ini.. ada baiknya juga kita dapatkan sample sesuatu produk tu kan? sekurang-kurangnya kita tahu hasilnya macam mana..


ada yang berminat nak dapatkan sample produk mamy poko ni? sila la terjah sini ye.. >> Sample Free Mamy Poko <<

Isnin, 22 September 2014

Sample Free

assalamualaikum..

*entry autopublish*

entry ni sesuai tuk kaum perempuan kut. sebab apa yang dishare adalah keperluan tuk kaum wanita.. sorry kaum lelaki. hikhik


saya kalau dah takde kerja, mula la godek itu ini. bila ada request tuk dapatkan sample free, of course la isi. benda free kan? siapa yang taknak.

jenama ni memang tak pernah try pun. benda ni saya dapat 2minggu lepas kut. lupa la. time tu saya dah balik ipoh dah. yang saya ingat benda ni sampai kebetulan time tu saya bersiap nak pergi checkup..

ada yang nak kan sample free ni?? isi form kat sini ye.. >> Libresse Malaysia <<

Ahad, 21 September 2014

Top Komentar March & April 2014

assalamualaikum..

*entry autopublish*


ni antara TOP Komentar bulanan diblog saya. maaflah ye, sebab takde hadiah mahal yang dapat saya sediakan. jadi kat sini saya listkan ye 10 blog yang berjaya berada dalam senarai ye..

maaf lambat sesangat share.. nanti terjahlah mereka semua ye..





ramai juga antara dalam list ni orang yang sama.. terima kasih ya sebab tak jemu sudi singgah blog saya dan drop komen yang ada.. maaf sebab ada antaranya saya kurang terjah.. T___T

Khamis, 18 September 2014

Seorang puteri..

Assalamualaikum.. Selamat malam..

Dengan izin Allah saya dah selamat lahirkan seorang 'puteri' pada jam 4.41 pagi.. 
Allah permudahkan.. Story pengalaman bersalin next entry ye..


Rabu, 17 September 2014

Moga Dipermudahkan..

Assalamualaikum....

Live update dari wad... Boring.. 


Moga esok dipermudahkan.. Moga esok dapatlah jumpa dengan si kecik ni..

Amin..

Nota : kena kuat demi si permata hati..

Serah Diri !

assalamualaikum..

harini pagi sy kena on the way ke hospital. kena serah diri. doktor tak bagi lebih masa. so pagi ni kena la pergi hospital. 

tak dapat nak bayangkan macam mana keadaannya.. tawakal je la..

harap-haraplah Allah permudahkan semuanya.

doakan saya ye moga-moga dipermudahkan segalanya..

If saya ada salah silap, saya minta maaf pada semua ye..

apa-apa saya akan update kemudian.

dan buat seketika mungkin saya tak dapat nak BW macam biasa.. kalau saya ada update tu, anggap la update curi-curi ye.. hehe..

Selasa, 16 September 2014

Kisahnya Ikan Goreng

assalamualaikum..

ni kisah semalam..


mak tanya, nak makan lauk apa? pastu mak cakap la ada beli ikan kembung.

pastu mak tanya ikan nak masak apa. then saya cakap la.. 'goreng la macam haritu, pastu buh bawang hiris'.. sedapnyaaaa..

sekali adik cakap ' ko ni.. tak habis-habis dengan bawang.. esok anak ko macam bangla'.. 

hahaha!..

nak tahu sebab apa dia kata gitu? sebabnya orang bangla ni kan kuat makan bawang.. haha..

saya pun tak tahu la kenapa sejak balik ke ipoh ni kemaruk betul makan ikan goreng kembung + bawang merah hiris. terkenang masa kecik-kecik dulu mak buat camtu sedap. pastu saya masa kat gemas susah nak jumpa ikan yang elok. tu yang balik ipoh pulun tu.

balik ipoh lauk fav. ikan kembung goreng + hirisan bawang.. nyummnyummm




Isnin, 15 September 2014

Panas!

assalamualaikum.. salam isnin..

sekarang ni kan saya dah sarat. apa yang saya perasan, sejak balik ipoh ni, kuat sangat rasa panas. nak kata cuaca panas sangat tak la juga.. ada masa hujan lebat la juga.

bila lepas mandi petang pun boleh pula badan ni berpeluh-peluh. sampai 1 tahap, saya potong rambut. dah potong rambut ni pun still berpanas lagi.

haritu makcik saya pernah kata. air ketuban panas. sebab tu kita rasa panas. then 1 lagi yang saya pernah terbaca, terdengar, orang kata kalau dah penghujung-penghujung kehamilan ni memang mudah berpeluh. mudah rasa panas.

google


bila malam kadang kena angin sikit tak tahan pula. mudah masuk angin. mudah seram sejuk pula. adeh.. rupanya macam-macam peel bila dah penghujung ni ye..




nota: macam mana la agaknya hari rabu ni nak kena serah diri kan..

Ahad, 14 September 2014

Ohh My Baby

assalamualaikum.. selamat pagi..

harini genap 39week 5days baby duk dalam perut ni. belum lagi kasi hint nak keluar bila. tetiba rasa macam stress melanda. nak beranak pun boleh stress-stress pula kan.. haaha!

haha.. bukan kemain sampai naik stress fikir baby bila nak kuar. dah ready sangat la tu nak tempuh segala sakit tu kan..



bukan la ready tersangat-sangat ke apa.. cuma risau kan baby je. yela, kalau ikut cerita mak saya, saya ni dulu lahir pun masa 34minggu. lebih kurang masa saya 8bulan lebih. kena kat saya ni, baby syok dalam perut.

huaaaaaaa.. baby.. bila nak kuar ni.. semuanya dah tak sabar nak jumpa awak.. ke nak suh ayah awak balik dulu ni.. nampak gaya nak suh la en.suami minta cuti juga 16hb ni.. sebabnya 17hb dah kena serah diri.

jadi kalau en.suami ada, mungkin kita ada juga kekuatan nak tempuh semua ni kan?? 
sob..sobbbb... tetiba rasa rindu kat en.suami.. plissss my dear... balik laaaa awal.. T____T




nota : tetiba bangun pagi semalam rasa stress datang. hihi


Sabtu, 13 September 2014

Nasi Lemak

assalamualaikum.. selamat pagi..

cerita semalam.. 


sejak duduk gemas, jarang la saya nak makan nasi lemak yang beli. tak kena dengan tekak 1 hal. lagi 1 hal orang masak bubuh ajinamoto. saya tak tahan dengan benda alah tu. bila makan mesti ngantuk. tak pun pening.

so, pendam je la nak makan tu semua. bukan tak nak buat. kang makan tak seberapa, tu yang malas nak buat tu. last-last bila balik ipoh ni request la kat mak suh buatkan. so, hajat nak makan tu dah tercapai.. hehe


Jumaat, 12 September 2014

' T E R I N G I N '

Assalamualaikum.. Selamat Petang..

Today besday ayah baby.. tapi sedih la pula sebab jauh.. tak dapat la nak masakkan pape yang best tuknya.. wish pun dari jauh je.. takpe lah, hadiah tuknya sangat-sangat besar nilainya nanti kan..

dalam masa yang sama, dah lama sangat saya teringin nak makan kek!.. dah nama pun mengandungkan, teringin sesuatu tu memang normal la kan. selagi boleh cari, baik la kita cari. kalau tak dapat, sila la pujuk hati.

setakat ni teringin saya ni masih lagi berbatas. tak la teringin nak makan yang pelik-pelik. sampai nak kena cari jauh-jauh. kebetulan adik ppuan saya balik semalam. pastu sembang punya sembang pagi tadi dia kata teringin nak makan kek.

fine. sangat cantik dah tu. pukul 11lebih pagi tadi siap-siap then keluar cari kek nya.nasiblah kedainya tak jauh mana. then ada 1 insiden yang kelakar. saya kan dah sarat. now 39week 3days harini. so mak risaulah kalau saya nak drive.

adik ppuan saya tu ada lesen. lesen baru. masih P lagi. tapi dia tu semangat juang nak drive tak berapa sangat. bak kata mak, dia tak seligat saya ni. dah sarat pun masih boleh merempit. ahaaaks!..

ok, back to the story. sampai kat 1 simpang nak keluar ni, kat traffic light ni macam berbukit sikit. sikit je la. sekali adik tak lepas nak gerak. 2kali. gulpp. dah kereta belakang hon. sampai lampu bertukar merah tak gerak balik. last-last tukar pemandu. haha..

Ya Allah.. nasib la saya ni jenis ok drive. selalu drive kereta suami auto. kereta yang ada kat umah mak ni semua manual. nasib la cekap lagi walaupun lama juga la tak bawak. last-last tukar drive. aduhai.. kelakar je. kita yang sarat kena drivekan.. haha

penangan teringinkan kek punya pasal sanggup je kuar. kalau dekat-dekat berani la juga,, nak pergi jauh jauh memang tak la. duduk umah je.


kek yang di 'teringin' kan sekian lama. janji kek berkrim. puas dapat makan tuk 1 family. cuma tak dapat la nak bagi en.suami rasa..


nota cinta :
to my dear husband.. walaupun kita jauh, tapi hadiah tuk abang sangat besar nilainya sya akan beri nanti.. hadiah yang sangat-sangat besar nilainya, pengorbanan seorang isteri.. zuriat kita..

Makan, Tido ..

assalamualaikum.. salam 1 malaysia..

saya rasa sejak balik ipoh ni kerja saya adalah makan, makan dan makan je. haha.. nak buat macam mana.. mak dah masak kan.. rugi la kalau tak makan. tak pun sentap la mak kan kalau dah masak, kita tak nak makan.

kadang tu perut sampai naik sendat. pastu baby asik mengeras je. barangkali baby penat mak dia ni asik makan je. pastu saya nak monitor pergerakkan baby pun payah. mana tak payahnya. bila kita asik makan, baby pun ikut makan sama kan? dah kenyang asik la tido.

bukan baby je yang akan tido. dengan maknya sekali akan tido. kat umah mak ni rasanya saya banyak juga la dapat rehat. sebab mak tak bagi buat kerja sangat. tapi sebab dah terbiasa, takde la nak duduk rehat je 24jam kan. paling tidak tolong la lipat kain baju ke.. 

kalau dah penat, mula la nak tido. hehe.. dah macam makan tido, makan tido. tu la kerja saya setakat ni. takpe, sementara ada masa tuk rehat sekarang ni, baik kita rehat kan? nanti baby dah kuar, kena-kena dia nak berjaga malam je, time tu baru la terasa 'masa itu emas'.. ehhh.. kena nak kata 'indahnya masa kita boleh rehat-rehat'.. 


nota : berjauhan dengan en.suami ni terasa rindu sesangat. time ni la terasa nak hargai setiap apa yang dilakukan, kan?




Khamis, 11 September 2014

Checkup Ke Tiga Belas

assalamualaikum.. selamat petang..

kisah checkup semalam. semalam checkup last di KKIA before kena serah diri next week (17.09.2014) kalau masih belum deliver dalam masa terdekat ni. saya kalau checkup di KKIA ambik petang. malas nak pergi pagi. macam biasa la kalau checkup di KKIA ni. awal mana pun kita datang, mesti 2jam kemudian baru selesai.

semalam checkup berat turun sikit. tapi saya syak sebab kain yang saya pakai barangkali. haha. sebab haritu kain saya macam berat. kali ni macam ringan sikit kainnya. mungkin tu salah 1 faktor. berat minggu lepas 54kg. berat semalam 53.5kg. tak banyak pun bezanya.

Hb tengok ok la. ngam-ngam naik 11.0g. hat lain xde apa sangat. tapi yang tak best boleh pula nurse kata sangkut kena kencing kotor. erkkk??? pulok doh.. macam mana la boleh sangkut ni. takpelah, reda je la. nasib la lagi seminggu je nak sampai ke tarikh due.

ni ubat yang dorang bagi. tapi x buka pun lagi. saya ni takut pula nak makan-makan ubat ni kadang. mak cakap minum air barli je pun boleh. banyakkan  minum air kosong. 

so semalam sebelum balik kena la jumpa doktor. erm.. sabar je la.. dah dekat due ni macam-macam peelnya kan.. doktor tanya juga time buang air ada rasa sakit ke tak. saya takde la rasa sakit. cuma tahu-tahu je la bila dah dekat due ni. kat bawah perut kadang rasa macam sakit. tapi tak la kerap. 

then lain-lain perkara yang dorang pesan perkara berulang je la. rasa sakit pergi hospital cecepat. then kiraan carta pergerakan bby kena buat. tu je la..

erm.. kadang terfikir juga.. macam mana la rupanya sakit nak bersalin ni kan.. nak kata takut, xdela buat masa ni. rasa cuak bby tak bagi hint nak kuar ada la.. kalau baby belum kuar lagi, next week nak kena serah diri, nak minta en.suami balik awal la.. at least ada juga peneman kan..


nota : doakan ye moga saya selamat bersalin nanti..


Rabu, 10 September 2014

39 Minggu

assalamualaikum.. salam rabu..

harini baby dah masuk 39minggu. due date 18.09.2014 ni. harini dah 10.09.2014. tiktok tiktok lagi 8hari nak ke tarikh due..

buat masa ni baby belum kasi respon nak keluar bila. macam syok je dia duduk dalam perut ni. sabar je la ye baby.

nak tunggu ayah awak ada kat sebelah ke sayang baru nak kuar?? T___T
ayah awak keje sayang.. jauh.. nanti awak nak kuar, ayah awak balik ye.. hukhuk..

harap-harap la paling lewat pun 16 september ni baby kuar. kalau tak, 17hb ni doktor dah buat surat kena serah diri kat GH. oohhh, baby.. plisss...

harini petang ada checkup di KKIA. tengok la macam mana kisah checkup harini. hope everything ok la..




WW : Sambal Udang + Petai

assalamualaikum..



nota : rindu nak masakan tuk en.suami. T___T

Selasa, 9 September 2014

Versatile Blogger Award

assalamualaikum.. selamat pagi..

haritu saya terperasan saya ditag oleh kak mimi azirah tentang versatile blogger award. so memandangkan saya pun tengah xde idea nak menulis entry, so kita buat la entry tentang ni ye..

  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

7 Perkara yang saya perlu share tentang diri saya :

1. Suka Drive
- saya seorang yang sangat suka drive. nak-nak kalau jalan jauh. drive di highway. terasa sangat kepuasan itu bila dapat drive. walaupun dah sarat still gagah drive. tapi tak la jauh-jauh.

2.Suka Warna Merah
- saya sangat sukakan warna merah berbanding warna pink. hope lepas ni dapat baby girl bolehlah suka warna pink. baru la nampak gugurl kan. hehe

3. Tak Pandai Merajuk
- saya seorang yang tak pandai nak merajuk-merajuk ni. tapi kalau dah geram senang sangat nak menangis. hihi

4. Sayangkan Binatang
- sangat sangat sayangkan kucing. tak boleh dengar atau terbaca kisah kucing yang didera. mesti rasa nak marah.

5. Suka Masak
- yang ni terbit bila dah duduk dengan suami. walaupun tak pandai masak, sekarang ni sangat suka masak untuk suami bila suami sentiasa makan hasil masakan kita.

6. Suka Berbaju Kurung
- dalam berfesyen, saya lebih suka dan lebih selesa dalam berbaju kurung berbanding dengan baju yang sarat-sarat.

7. Tak Suka Bermakeup
- saya seorang yang simple. sangat simple bila keluar. tak berapa suka bermakeup sebab boleh menyebabkan muka gatal dan terasa panas.


okeh, sekarang tugas saya kena tag 15 orang kan? maaflah siapa-siapa yang kena tag ni ye.. secara random je ni. then sebagai suka-suka kita share dalam berblog ni ye.. :)

+Normi Nieza 
+Ainim Suju 
+Linda Lyn 
+tenku butang 
+Fuza Musa 

+mimbar kata 
+Ija Rased 
+hidayu ayumie 
+Hani Fadhlina Abdul Rahman 
+Sheila Salim

+Farah Waheda Wahid 
+Mama Myja 
+Norhasniza Khalid 
+Syazana Zainn 
+Dunia sebenar Shida 

Isnin, 8 September 2014

Senarai Nama Segmen 100 Rakan Blogger

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.

Akhirnya Segmen 100 rakan blogger telah pun tamat jam 11 malam tadi..ni senarai nama untuk Segmen : 100 Rakan Blogger ya..



kalau awak-awak semua ada masa, terjahlah mereka.. insyaAllah saya akan cuba luangkan masa yang ada juga tuk terjah kembali.. cuma cepat atau terlewat sikit je la eh.. ;)

1. http://www.mommylizz.com
2. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
3. http://mulan-sahbanu.blogspot.com
4. http://hidayuayumie.blogspot.com
5. http://calrasepatrick.blogspot.com
6. http://coratcoretpinkummi.blogspot.com
7. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com
8. http://adnan-daughter.blogspot.com
9. http://janganignore.blogspot.com
10. http://sitizawiah95.blogspot.com
11. http://norminieza.blogspot.com
12. http://tatyhasbi.blogspot.com
13. http://syazdanny2329.blogspot.com
14. http://nurainahanis.blogspot.com
15. http://nazirahnyerr.blogspot.com
16. http://mama3farhanah.blogspot.com
17. www.mamaniza.com
18. http://izzeyda.blogspot.com
19. http://cahayaalammaya.blogspot.com
20. http://editblogcomel.blogspot.com
21. http://vitaminsicilik.com
22. www.zukidin.com
23. http://diarionlinenurul.blogspot.com
24. http://rainfallasleep.blogspot.com
25. http://acikwatie.blogspot.com
26. http://www.ayuinsyirah.my
27. http://isolabellaz.blogspot.com
28. http://sunflowergo2.blogspot.com
29. http://darihatimissmulan.blogspot.com
30. http://vithebat.blogspot.com
31. http://farahwahyda.blogspot.com
32. http://bimbinganbelajar29.blogspot.com
33. http://srikandiofficialblog.blogspot.com
34. http://firzanahazhar1.blogspot.com
35. http://hajarashikin.blogspot.com
36. http://pokok2u.blogspot.com
37. http://pelitasiang.blogspot.com
38. http://jnjikita.blogspot.com
39. http://www.opzzpinky.my
40. http://cikjelita899.blogspot.com
41. http://sayasukala.blogspot.com
42. http://celotehcheq-artz.blogspot.com
43. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com
44. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com

Nampaknya niat nak cuba kumpul 100 rakan blogger tak kesampaian. hehe.. takpelah, janji ada juga yang sudi join. InsyaAllah saya akan terjah 1 persatu ye.. :)

Segmen : 100 Rakan Blogger

Assalamualaikum… Selamat Pagi..



Rasa nak anjurkan segmen lagi la.. boleh tak? Segmen ni senang je. Senang sangat-sangat. Idea nak bersegmen ni pun secara spontan bila terpandangkan friends kat blog ni dah cecah #1661 orang.

So, saja nak tengok sejauh mana kawan-kawan nak join segmen sesimple ni. Adakah target tu tercapai atau tak. Atau akan lebih lagi.

Syaratnya mudah je.. semua pun boleh follow.. segmen ni suka-suka je sambil memudahkan kawan-kawan lain nak menerjah kawan-kawan yang lain juga.

Syarat :

-          Kalau belum follow, boleh je nak follow blog ni. tiada paksaan ye. Yang pasti saya akan follow awak semua balik. If belum follow la.

-          Just letak URL BLOG awak je kat kotak komen. Nak buat entry boleh, tak buat pun boleh. Yang ni tiada paksaan juga.

-          Mudahkan? Segmen ni berlangsung selama 2hari je tau. Sebab nak tengok dalam tempoh 2hari ni berapa ramai yang boleh dikumpul. J Maklum la friend kat sini dah 1K kan..

-          Bermula hari ni (Sabtu 06.09.14 jam 11 malam dan berakhir hari Isnin 08.09.14 jam 11 malam)



Hadiah Sebagai TOP Komentar

assalamualaikum.. selamat pagi..

ni cerita last week.. dapat hari jumaat kut. lupa la.. nak buat entry asik la tertangguh.. maaf ye si pemberi.. :)


terima dari +Dunia sebenar Shida sebagai salah seorang top komentar di blog beliau untuk bulan Julai..

terima kasih awak.. nanti balik gemas boleh la tampal FM ni kat sana.. :)

Sabtu, 6 September 2014

BARANG KEPERLUAN UNTUK IBU

Assalamualaikum.. Selamat Petang..

ANTARA BARANG KEPERLUAN UNTUK IBU
UNTUK DIGUNAKAN SEMASA DIHOSPITAL & SELEPAS BERSALIN

Ok, harini saya share keperluan tuk ibu pula ye. Haritu dah share tuk barang baby kan? Yang ni pun ada kawan bagi list. Then saya semak juga la dari blog lain (minta halal ye) dan mana-mana web yang saya terjumpa.

If ada kesilapan ke, harap dapatlah bantu saya ye. Maklumlah, benda ni first time kan nak hadapi. So, saya buat list juga la. Takut nanti ada benda yang tercicir. Dan saya memang rajin bab-bab nak buat list ni. hehe..

Segmen: Kenal Ke Kita??

Assalamualaikum…

Terperasan segmen ni.. nampak macam menarik je. Rasanya dah lama kan tak join segmen dari rakan blogger. J



10 fakta tentang diri saya :

-          Berumur 26 tahun pada tahun 2014
-          Seorang isteri kepada suami dan bakal seorang ibu on September ni
-          Kakak kepada 3 orang adik
-          Sangat sayangkan kucing
-          Tidak berapa gemar dengan warna pink. Lebih minat kepada warna merah
-          Seorang surirumah sepenuh masa setelah berkahwin
-          Seorang yang suka drive
-          Seorang yang tak suka nak merajuk. Tapi mudah menangis kadang kala tu
-          Seorang yang gemar mengumpul baju kurung dan seorang yang suka berbaju kurung

-          Pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang kaunselor




nota : nak tahu lebih mendalam kena la kenal lebih rapat kan.. ;)

Jumaat, 5 September 2014

Jumpa Doktor Kerana BSP !

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..

Semalam saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah. Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila tengok result dah Ok.

Takpelah. Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.

Result yang saya terima semalam ialah :

-          Sebelum Makan Pagi            :           4.9       (Buat Jam 8.00 Pagi)
-          Sebelum Makan Tengahari   :           4.5       (Buat Jam 12.00 Tengahari)
-          Sebelum Makan Malam        :           4.8       (Buat Jam 6.00 Petang)
-          Selepas Makan Malam          :           5.0       (Buat Jam 9.00 Malam)



Scan Baby Again [3D & 4D]

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Hari sabtu lepas (30.08.2014) pergi scan baby lagi. Scan detail la. 2D - 4D. Niat scan ni sebab nak kan kepastian tentang jantina baby dan keadaan baby. Fikir banyak kali juga, nak buat ke tidak. Sebab terfikir nak tahu pasal jantina baby sekali, so pergi juga la. Bab bayaran belakang kira. Sebabnya ni tentang nyawa baby.

Actually saya sepatutnya dah checkup di Ipoh 25hb haritu. Tapi sebab tak jadi balik 22hb, jadi saya tangguh checkup. Cuak rasanya masa nak pergi hari selasa di KKIA Tanjung ni balik. Risau kena mara je ngan nurse. Sebabnya selepas masuk 36 week ke atas dah kena checkup seminggu sekalikan? So kalau nurse mara ke, boleh la bagitahu ada scan di private kan..

Then scan ni pun sebab ada en.suami sekali. Nak tahu sama-sama tentang jantina baby. Alhamdulillah. Setakat ni 2 tempat dah bagitahu jantina yang sama. So rasanya dah boleh yakin la. Ingat nak beli sikit la baju baby yang pink. J So dah tahu la kan jantina baby apa??

Rabu, 3 September 2014

Checkup Ke Dua Belas

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Cerita harini. Harini sambung checkup di KKIA di Ipoh ni. Saya sambung checkup sampai habis pantang. InsyaAllah. Masa first buka buku memang di KKIA sini. Masuk checkup kedua dah start di HTD Gemas.

Kekok juga checkup di KKIA sini. Macam tak best je.. huaaaaaaaa… Rindu nak checkup di HTD. Kat sana best. Walaupun kadang-kadang macam tak best. Bila pergi di KKIA ni paham-paham je la. Macam-macam orang. Ramainya jangan dikatalah.

Saya ambik appoiment petang. Pukul 2. Tadi sampai dalam 2.20 petang camtu. Saja xnak awal-awal sangat. Sebab tahu punya xdenya kita ni akan dapat yang awalkan? Kalau kat HTD ni terhad. Kalau yang datang pun wife-wife army. Pastu yang duduk dalam kawasan kem. Jadi urusan pun jap je. Kadang tu 45minit dah settle semua. Settle saya dah naik atas umah la.

Koleksi Kad Raya 2014 Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Dah habis raya baru nak update pasal kad raya kan.. Takpelah.. Walaupun dah lama terima, saya je yang tak sempat nak buat entry ni. sebab kad ni dihantar di alamat Ipoh. Saya tak berani nak bagi alamat kat kem tu. Sebab takut tak sampai 1 hal. Lagi 1 hal sebab orang lama lock petisurat nya. Pastu tak tinggalkan kunci. So, mana-mana yang saya terima di alamat Ipoh ni, lewat sikit la saya buat entry penghargaan ni ye..

Maaf sesangat pada pemberi. Takut nanti tertanya-tanya. Tapi rasanya memang tertanya-tanya pun kan.. maaf ye.. tak disengajakan..

Terima Kasih ya.. Dari +Hafiza AizZawa  a.k.a Me y la Memoria

Selasa, 2 September 2014

38 Week Pregnancy

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. harini genap 38 minggu baby duk dalam perut mama dia ni.. Belum kasi hint lagi bila agaknya si kecik ni nak keluar.. Baby tunggu daddy awak balik ke?

Alhamdulillah.. esok nak pergi checkup kat KKIA sini. Tadi dah ambik tarikh appoiment. Nasib la nurse tak mara. Maklumlah, patutnya pergi last week, tapi terpaksa skip atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Hope checkup esok everything ok la.. Tadi sempat juga keluar ke shopping complex. Masih diberi kegigihan nak drive. Kereta manual ye. Haha!..
Yang kelakar mak la.. Siap cakap boleh drive lagi ke tak..

Hadiah Sebagai Pengomen Tegar

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah.. sekarang saya dah berada di ipoh.. menunggu hari permata hati yang bakal dilahirkan ni. Sementara ada masa ni, insyaAllah jika diberi keizinan, saya akan cuba merajinkan diri terjah kawan-kawan semua ya.

Mana-mana update yang boleh diupdate, saya akan buat secepat yang boleh.. hehe..

Hadiah ni saya terima selama 2 bulan berturut. Dari blog kak fuzamusa.blogspot.com

Maaf la ye, takut nanti orang ingat saya ni suka caras hak orang pula.. bukan niat macam tu. Saya sebenarnya kadang tu BW pakai fon. Jadi bila pakai fon ni tak perasan sangat banyak mana kita tinggalkan komen. Sebab syok duk dalam 1 blog tu, tinggal jejak then next-next ke entry yang lain..