:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 28 Februari 2014

Alahan.



assalamualaikum. selamat malam..

awak-awak semua.. saya minta maaf tau kalau tak jejak blog korang sangat. semua ni bersebab. bukan saja-saja. paham-paham je la bila berada dalam trimester pertama ni. alahan kan tak leh nak elak. ada masa okay, ada masa tak. 

alhamdulillah. alahan yang saya kena setakat ni belum lagi sampai tahap muntah muntah teruk. masih terkontrol. cuma saya dapat pening yang kuat. perlukan rehat je. tapi kerja kat pejabat masih lagi terbuat. cuma ada masa-masanya la.

sampai 1 tahap juga saya tak boleh tengok blog. haha.. yang ni saya baca kat mana-mana juga ada yang alami. normal la kan. sebab tu la haritu blog saya terabai. blog orang saya tak dapat jengah. macam mana nak jengah. kalau blog sendiri pun tak mampu tengok, apatah lagi blog orang kan. pengsan.

macam sekarang ni ok sikit. tapi ada masa-masa bila pening saya datang kuat, badan lembik, memang tak terbuka la blog. tak kisah dah orang nak kata apa. siapa yang alami je yang tahu. baru saya tahu macam mana alahan time pregnant ni..

kalau bab lain, saya tak boleh dengar kalau mak saya masak 'ayam goreng rempah'.. haha.. over tau baby ni. dia tak suka ayam tu kut. saya kalau dengar mak cakap, kembang tekak. time tu juga nak muntah. sambil taip ni pun rasa nak muntah. haha.. haritu suami balik. mak pagi-pagi masak tu. sambil nak sarapan tu duk tahan je tekak tau. tak lalu.

pastu kalau dulu liat nak minum air kosong, sekarang ni air tu la yang sedap pun. nak-nak sejuk. oohh, selamat. sekurang2nya boleh elakkan kan diri dari kena sembelit kan kalau kurang minum air.

macam snek-snek pun saya tak suka. yang ni bagus sangat-sangat. sekurang-kurangnya saya takde la nak beli benda merapu tu kan. suami pun cakap bagus la elak makan benda-benda camtu..

then lagi 1, saya kembang tekak kalau tengok sosej, kentang, nugget. tapi kentang tu leh makan lagi. nak-nak dimasinkan sikit. kalau sosej, memang tak boleh dah. tak lalu.. sambil menaip ni pun dah sangkut kat tekak je.. kalau main game POU, kan kita kena bagi makan kan, saya tengok sosej kat situ pun dah kembang2 tekak. haha.. over betul.

then saya tak boleh kalau kita makan kentang, pastu sos dia ada 3 dicampur sekali. contohnya sos cili, mayonis ngan lada hitam. automatik rasa nak muntah habis. ni kes fobia masa saya makan masa bulan 1 haritu.. semua terbayang-bayang je kat kepala ni rasa nak keluar balik.. 

tu la antara kisah alahan saya. lain orang, lain kesnya kan. cuma bab saya tak boleh nak berblog sangat tu korang jangan mara tau.. bila saya larat, saya akan jengah juga.. :)

baby yang mak saya jaga.. =)

Cek Nuffnang Ke-2

assalamualaikum. selamat pagi..

cerita dah 3minggu lepas kut. saja nak tepek juga. supaya nanti kita ingat tentang perkara ni. walaupun tak penting mana..


cek ni tak silap dia sampai umah 07hb feb haritu kut. lupa la. tapi rasanya macam tu la. then hari isninnya bank in. duitnya dah habis pun. sebab 15hb feb haritu cousin saya kahwin. jadi duit tu saya ambik then bagi kat makcik saya sebagai duit sumbang. even tak banyak mana, yang penting hati kena ikhlas kan? :)

hehe.. then balance lagi Rm30 tu saya buat beli tudung. tu je la kisah duit nuff ke-2 ni.. hope lepas ni ada la rezeki lagi masuk banyak sikit.hihihi.. nak simpan tuk baby pula.. ;)

Selamat Hari Lahir Kak Ina

Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam jumaat semua.

Alhamdulillah.. pagi ni kita masih diberi kesempatan tuk bersua.. menulis sesuatu yang baik di hari jumaat yang mulia ni. Alhamdulillah.. harini juga hari jumaat terakhir buat kita semua untuk bulan februari 2014 ni. J

Dan dikesempatan ni juga saya nak ucapkan selamat hari lahir buat kak ina.. atau lebih dikenali dengan nama +tenku butang . J

Selamat hari lahir kak. Semoga akak sentiasa bahagia dengan kehidupan akak yang akak sedang lalui. Moga Allah akan sentiasa limpah ruahkan rezeki buat akan sekeluarga.

Kita sentiasa doakan kehidupan akan suatu hari nanti akan dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata yang comel, soleh dan solehah.

Semoga persahabatan kita yang terjalin sejak tahun 2008 ni juga akan terus berkekalan.. InsyaAllah.. J





*kak, kita rindu suasana masa sama-sama kursus di MKM dulu.. :'( dari situ juga perkenalan kita kan.. indahnya waktu tu..

Khamis, 27 Februari 2014

Share Story with Family

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.

semalam saya ada cerita pasal permulaan kehidupan baru saya kan. ni sambungannya ye.. maaf lagi sekali sebab panjang entry ni.. malam tu saya sampai umah M.I.L dah kat pukul 10malam. tu pun sebab singgah klinik. malam tu bagitahu kat M.I.L. parent saya tak tahu lagi. saya gugup nak bagitahu. hehe.. takut nak bagitahu, macam orang buat salah je.. so parent in-law yang tahu dulu..

cakap kat en.suami, nanti 'abang jelah yang bagitahu kat mak eh?'.. haha.. bila ingat balik, adeh.. ntah napa xberani nak bagitahu.. actually bukan takut. cuma tak tahu nak cakap macam mana. okay, harini saya sambung story kisah boleh tershare story dengan family eh. bukan family - mak ayah then adik beradik eh..  tapi dah tershare 1 rumah kampung. means dengan saudara mara.

01 feb 2014 - sabtu, my cousin kan tunang. 31 jan 2014 tu saya balik melaka. nak tido semalam kat sana. pastu cari peluang nak ajak suami ke klinik. sebab macam tak best je selagi tak scan. masa pagi sabtu tu gerak dari melaka ke segamat ambik masa lebih kurang 2jam. okeh 2jam ya. even tak lama mana, tapi azab juga bagi saya yang tetiba mabuk dalam kereta!..

kalau dah mabuk, pening + nak muntah, confirm la muka pun naik pucat kan. sampai ke sudah pucat. bila kereta berhenti, sampai rumah, Ya Allah.. leganya rasa. tapi selagi dalam kereta yang bergerak, azab bagi saya. sekian lama boleh control mabuk kenderaan, tetiba time pregnant jadi balik. tak boleh kata apa la kan. dah nama pun pregnant. masa tu 7week ++ camtu..

saya sampai segamat dalam pukul 10 lebih. masa tu mabuk masih bersisa. kuar kereta dengan tak bertudung. dah tak tahan. lembik longlai masa tu. tapi terpaksa buat cool. sebab nak elak dari dorang sume perasan. pastu dalam masa yang sama, saya tak tahu pula ada kkak sedara yang perhati saya ni. hehehe.. pastu dalam pukul 11 lebih saya dah ok sikit. capai kamera nak ambik gambar cousin tunang tu. 

dah selesai semua, ada la sekumpulan ni. makcik2, kakak sdara, mak saya dok berkumpul. tetiba kakak sedara tanya. 'dah ada ke'? saya selamba je cakap 'teka la'.. haha.. sekali dorang gelak-gelak kata dah ada. saya pun ntah datang keberanian dari mana jawab 'dah.. 7minggu.. semalam pergi scan'.. haha.. mak saya punya la terkejut. sume pakat gelak. kakak sedara cakap pucat saya lain. bukan pucat macam orang mabuk biasa2 tu..tu yang dia blh syak tu..

so, dari situ lega giler rasanya. pecah rahsia terus. haha.. senang kerja i.. haha.. pastu mak cakap tak bagitahu pun.. hehe.. then mak cakap juga.. awal lagi tu.. kena jaga elok-elok. last-last 1 umah kampung tahu. bila makcik lain usik2 saya buat tak tahu. rupanya dah pecah tembelang. haha.. cepat betul berita sampai kan. hehehe..

then cakap kat en.suami, 'rahsia dah pecah'..hihi.. alhamdulillah.. bila mereka dah tahu keadaan saya, dorang suh saya rehat. tak bagi buat kerja berat2. tahu je la bila majlis kat kampung kn. banyak yang nak dikemas. mak halang juga saya buat. tapi saya tolong sikit-sikit je la.. sekadar yang ringan-ringan. :)

alhamdulillah.. dari situ la tershare story ni dengan family.. dan lepas balik perak, saya terus demam seminggu.. seram rasanya..

ok laa, dah panjang entry ni kan.. mekasih sebab baca.. nanti saya share cerita lain ye.. :)

bby dah 7week time ni.. now dah 11 week.. alhamdulillah.. :)


Rabu, 26 Februari 2014

Sebuah Permulaan Kehidupan Baru..

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Maaf kalau perkongsian saya harini agak panjang. Sebelum saya ambik keputusan nak kongsi cerita ni saya ada minta pendapat dari kawan. Ada yang kata share je. Ada yang kata xyah. Tapi sebab ada yang dah syak, maka saya minta izin dari suami boleh ke tak saya nak share tentang perkara ni.


Bila suami izinkan, saya masih terfikir-fikir juga nak share bila. Tapi saya rasa, saya dah kongsi cerita di blog ni sejak saya masih bujang sehingga dah kawin, tak kan bab ni saya nak skip kan? Tentu juga ada yang tertanya-tanya. So, suami pun dah bagi keizinan, jadi saya share la sikit-sikit ye..

Maaflah ye.. perkongsian saya ni bukan niat nak menunjuk-nunjuk. tapi sekadar sebuah catatan je. tapi kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf sangat-sangat. bukan tu niat saya. sebab ada beberapa kawan pun dah tanya. jadi saya ambik la keputusan ni. ingat nak share bulan 3 nanti. tapi sebab-sebab tertentu & nak elak salah paham, jadi saya ambik keputusan share awal sikit.

Ingat tak tentang entry saya yang ni? > Suhu badan naik tiba-tiba <

rentetan dari situ, ramai yang syak saya pregnant. masa tu dah 2day lewat. tapi saya tak nak terlalu berharap. saya memang jenis alert dengan cik'P' saya. alhamdulillah sentiasa teratur. cuma saya terfikir biarlah dulu. sebelum tu saya pernah baca kisah kawan-kawan lain yang suhu badan naik tetiba, tup2 pregnant. saya cuma mampu berdoa je masa tu.

kebetulan minggu tu suami saya balik ipoh. so saya ingat nak buat UPT then test awal pagi lepas jemput dia. sebab orang kata nak elok buatlah awal pagi kan? masa tu ntah la.. perasaan ni macam 'harap-harap la ada berita baik'.. hanya mampu ucap camtu je. 

bila test laju je naik 2line.. tergamam jap. tapi dah tersenyum dah. rasa macam 'betul ke ni'??
tunjuk pada suami. pastu cakap kat dia, naik 2line la abang.. pastu test lagi guna UPT lain.. pastu keputusannya sama.. Ya Allah.. hanya Allah je yang tahu perasaan time tu..

 masa ni baru 4hari cik'P' saya lewat.

masa saya tengok line tu merah terang, macam tergamam pun ada. sebab orang lain buat test kabur-kabur je kan. sekali saya merah terang macam tu. masa ni dalam kiraan bby 4week. lega bila dah test. sekurang-kurangnya terjawab perasaan ni sebab cik'P' pun dah lambat kan.

masa tu terfikir, nak pergi klinik ke? sebab suami pun ada kalau nak temankan. tapi suami cakap awal lagi. so dia cakap tunggu dia balik lagi 2 minggu. masa tu dah masuk 6week dalam kiraan saya. tapi en.suami tak dapat balik. kena duty. masa tu cik'P' saya tak datang juga. kiranya dah lewat 19hari. saya rasa was-was, saya buat UPT lagi sekali.

nak pastikan betul-betul sebab adk ipar cakap kalau pergi klinik pun doc tak nampak lagi sebab kecik sangat. dia suggest suh buat UPT lagi. so saya test la pagi ahad tu.

keputusan test saya selepas 19hari cik'P' tak datang.. 2line juga..

Alhamdulillah.. keputusannya sama.. Ya Allah.. hanya Allah je yang tahu perasaan time tu macam mana. just msg en.suami bagitahu dah test lagi sekali nampak 2line.. tersenyum je la dia..

pastu cakap kat dia. nanti minggu depan nak balik kampung. masa tu cuti raya cina. kami ambik keputusan nak cari klinik. nak scan. raya cina haritu dah 7week. gigih la suami cari klinik. saya pula tak biasa kat melaka tu. cakap juga carilah klinik yang doktornya ppuan. sebab tak biasa ngan doc. lelaki. tapi mana nak jumpa dah malam-malam. dah la pula cuti CNY. redah je la. niat nak buat scan.

masa tu nervous juga. hehe.. masuk-masuk doc. lelaki. redah je. sebab suami pun ada kan, dia temankan. so dah gugup-gugup, doc. tanya kenapa. saya straight to the point la cakap period dah x datang. doc. tanya last datang cik'P' bila. datang nak scan je. lagipun staff ppuan yang akan siapkan kita dulu. doc. cuma scan je. alhamdulillah.. doc cakap ada. saya nampak besar macam 'red bean' je.. alahai.. keciknya awak sayang.. malam tu mampu senyum je la.. akhirnya terungkai segala persoalan dalam diri saya & suami..

malam tu balik umah m.i.l..

okay la.. dah panjang entry saya ni.. nanti saya sambung lagi ye..

Selasa, 25 Februari 2014

Kek Batik Versi Coklat Leleh !!

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

rasanya kan banyak tau entry tertangguh dalam blog ni..haha.. ntah hapehape je kan kita ni.. asik pending je.. xpe la.. nama pun diari kan.. ikut suka la nak tulis waktu bila pun kan..
insyaAllah.. dalam minggu ni i share something ngan korang sume ye.. :)


kek batik. bukan saya buat. bukan juga beli. tapi adik saya yang lelaki tentera tu yang buat.. hebat laaa.. haritu saya buat tak secantik ni pun.. oohhh sentap.. kena berguru ni..

al kisahnya. adik saya yang tentera tu baru balik dari operasi dalam hutan kat gubir. 2month okeh. pastu dia kata macam-macam juga la tukang masak tu ajar. wow.. patut la ada sesetengah army ni pandai masak kan. nak2 yang kena pergi operasi ni.. sebab dorang memang diajar.

masa adik buat ni saya kerja.. sobbbs!.. tak dapat nak tengok. adik guna biskut marie yang kaler coklat tu. tu yang nampak gelap. akk sedara cakap tak menjadi. ni bukan tak menjadi. tapi selalu orang guna biskut marie yang cerah kan? tu la lain sikit.

tapi sedap tau. pastu kan coklat dia meleleh.. haha.. over tau.. i buat terliat sikit.. suka yang camni.. nanti nak try buat yang camni la.. nanti kalau adik balik dia bawak resepi baru lagi best juga.. haha.. boleh la ambik ilmu.. ^^

Ahad, 23 Februari 2014

Hah ???

Assalamualaikum & selamat malam semua..

banyak nak share.. nanti la saya taip slow-slow ye.. :)


amboiii.. haritu cari keywords ni.. tadi saja buka nuff jumpa pula keywords gitu..

haii, bukan kemain ye.. amboiii, amboiii.. babap nak?? sapa ajar ni.. makin pelik-pelik & *melucah* pula carian kat nuff saya ni.. adehhh..

Rabu, 19 Februari 2014

New CPUV

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.


kali ni xde nak tutup2 amaun yang saya dapat. bukan nak menunjuk tau. tapi kalau dah banyak tu je rezeki tuk kita, kenapa rasa segan kan. kalau tutup2 mesti orang kata kita dapat banyak kan..

setakat ni takde la banyak pun. sekitar tu je la.. yang mana masuk Rm 0.01, Rm 0.02 tu, cpuv misteri. hehehe.. rasanya ramai juga yang dapat cpuv misteri tu kan?

yang penting, nuffnang tak lupa kat saya.. hehehe.. yang atas tu baru masuk 2hari lepas.. alhamdulillah.. harap-harap melepak la lama sikit kat situ ye.. :)




nota : banyak hutang bw. hadiah top komentar pun xhantar lagi. harap jangan mara ye.. nanti saya selesaikan 1-1..

Selasa, 18 Februari 2014

Engagement Day My Cousin

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.
autopublish.

baru berkesempatan nak share gambar. kasi meriah sikit blog ni.. kan sekarang kita dah senyap sunyi sikit kan. ni semua bukan sebab merajuk tau. tapi utamakan kerja jap. :)

ni gambar 2minggu lepas. haaaaa, berkurun baru nak tepek kan. rasa macam tak best pula kalau tak share.. dah mengediks bergambar, then peram je.. macam tak best jeeeee.. kan..kan..

sekitar majlis pertunangan my cousin. 
tarikh : 01 feb 2014 (sabtu)
tempat : segamat, johor.

actually semalamnya saya balik melaka. maklumlah, dah ada keluarga mertua kan, harus la jenguk. rindu nak balik sana jap. :) so saya sampai segamat balik pagi sabtu tu dalam pukul 10 setengah camtu. so datang kampung macam tetamu. haha!..

sampai-sampai cik tunang tu tak bersiap makeup lagi. i yang nervous pula. sebab katanya pukul 11 setengah rombongan pihak lelaki sampai. hebatlah dorang. last-last saya dok diam kat dapur. sebab on the way dari melaka nak ke segamat tu sepanjang jalan saya pening. sabar je la. tetiba mabuk jalan pula.


rombongan pihak lelaki. perbincangannya kejap giler. hehehe.. sebabnya dorang dah bincang belakang (bincang sesama parent sebelum hari majlis).. rasa macam bape minit je..


siap berkhemah. sebab senang nak jamu tetamu.. :)


time ni dah habis bincang. cepat sungguh. dan yang kelakarnya, cik tunang yang bakal sarung cincin tak siap lagi.. i yang nervous..haha.. nasib cepat juga dorang bersiap..


ni la cik tunang tu.. namanya nabilah.. 


akhirnya sah menjadi tunang orang.. :)


kita dah ada 2 mak sekarang.. ehhh.. hehehe


selesai sarung cincin risik & tunang.. tahniah my cousin.. 


oohhh, kak ton.. sebagai penyelamat. hehehe.. actually bibir my cousin ni tak kuat warna bibirnya. lipstik cair je. pucat je tengok. ramai dok tegur.. sempat lagi kan nak berlipstik..hehehe


my cousin.. :) akhirnya... menjadi juga tunang orang.. pasni melangkah 1 step ke depan lagi.. insyaAllah..


menempek itu perlu.. haha.. tapi kan, sejak dah jadi wife orang ni, rasa macam malas-malas je yang bergambar kat pelamin. haha.. yela, nama pun dah kawin kan. so xde istilah ambik 'berkat' lagi dah..hehehe


time ni tengah dok sembang pasal lipstik. haha.. isu lipstik yang tak merah tu.. gaya macam dok sound orang je kan.. bukan kemain serius 2-2. sebenarnya ni spontan. tu yang rupa gitu..hehehe


cun tak?? cun tak?? haha.. dah 3bulan jadi isteri orang time ni.. hehe.. tetiba lupa suami.. haha.. en.suami kat bawah. time ni saya xbuat kerja sangat. sebab kepala baru ok dari pening mabuk jalan tu.. hihi.. ehh, ni bukan gambar edit tau..


2 orang dah kawin.. 2 orang telah dimiliki 'kut' haha.. 2 orang tunang orang.. yang wife orang tu takde pun bergambar ngan suami sekali. sah, bajet single lagi.. haha :P


ni la props yang i buat tu. tetiba rasa macam, 'ehhhhh, macam kecik je'.. macam tak nampak laaaa pula tulisannya kan? yee, saya dah tawen.. hihihihi.. :P


cute-cute je semuanya kan.. hahaha.. nampak sebaya je kan.. :P


okay.. last dari kitorang.. tetiba cik tunang tu larik.. hahaha.. baru perasan.. :P

okay laa.. nanti saya share yang lain eh.. akhirnyaaaaaa.. tershare juga entry my cousin tunang ni.. sebagai kenangan dalam blog ni.. sementara i masih berdua-duaan ngan suami..haha.. esok2 dah bertiga, tak sempat dah nak bergambar mengediks camni.. ;)

okay.. thanks for reading ye.. ^_^

Isnin, 17 Februari 2014

Search Keywords . . .

Assalamualaikum, selamat pagi..



macam mana nak jawab ni???? adeh.. sapa la yang search ni.. bertuah betul.. 

Ahad, 16 Februari 2014

Senyap Sunyi..

Assalamualaikum & selamat petang semua.

maaf la lama sangat tak jenguk blog.. rindu kita tak?? haha... tetiba je kan tanya rindu ke tak..
tak rindu pun takpe.. yang penting jangan lupakan kita ye.. kita tak lari memana pun. cuma sekarang sangat-sangat terhad nak tengok blog. fb pun kadang tak berapa tengok.

saya last kerja hujung bulan feb ni di koop tu.. :(
so, berbaki lagi 2minggu ni, saya pulun siapkan kerja. balik kerja dah penat. laptop pun dah tak on. :(

sekarang terpaksa senyap sunyi jap. hukhuk.. sangat 'sesuatu' bila terjadi camni kan.. hehe..

nanti insyaAllah bulan 3 saya cuba rajinkan diri update blog ye.. macam-macam nak share. semua dah terperam dulu..

okay la.. sebelum tu saya nak minta maaf ye kalau kawan-kawan rajin singgah, tolong click, tapi saya tak balas pun. sebab entry yang terupdate ni ada yang saya buat jadual. so memang tak dapat nak balas.



*segala yang tertulis hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..

Isnin, 10 Februari 2014

100 Hari Dah..

Assalamualaikum & selamat malam semua.

sekarang dah tak berapa jenguk blog. hukhuk.. kerja diutamakan, blog diketepikan sekejap.. 


buka blog, tengok tengok dah 100hari saya jadi isteri orang.. rasanya haritu buka blog baru 93hari camtu.. haaiisshh, cepat masa berlalu kan..

alhamdulillah.. kehidupan kami bahagia sntiasa.. adat la hidup berumahtangga kan.. ewaaahh, pandai dah.. hehe..

masih pjj ngan suami.. so, feeling rindu rinduaan selalu la yerk.. ;)

Jumaat, 7 Februari 2014

Props ?? ..

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.


orang ber-props, kita pun nak juga. hehe.. layankan aje lah.. ni pun saja-saja buat tuk cousin tunang 01 feb haritu.

ok la.. nanti kita cite lain ye.. kerja banyak. badan tak sihat lagi.. adeh.. rasa nak cuti landing-landing kat umah je.. hukhukhuk..




* dah lama tak blogwalking kan? jangan mara tau.. nanti dah okay semuanya kita terjah. maaf sangat-sangat.. -_-

Selasa, 4 Februari 2014

Hai Februari :)

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.



rasa macam dah lama tak berupdate blog ni kan. maaf la ye.. keadaan tak mengizinkan. kebetulan balik dari kampung ni badan pun rasa tak sihat. cuaca barangkali tak berapa nak okay kat sana.

alhamdulillah.. harini dah masuk 04 februari 2014. cepat masa berlalu kan. tinggal lagi beberapa hari juga saya akan bekerja disini. lepas ni jadi surirumah full time la kut kalau xde kerja lagi. surirumah yang masih pjj dengan suami.

alhamdulillah.. 02 februari yang lepas juga genap 3month saya bergelar seorang isteri. syukur alhamdulillah. macam tak percaya je dah 3bulan pegang title 'isteri' walaupun berjauhan dari suami..

dan 02 februari yang lepas juga besday my dad.. cepat betul masa berlalu..

hope hari akan datang akan lebih baik dari harini ye.. :)

Mana Mak?


Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”



Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



sumber : sini