'Berpantang'

Friday 31 October 2014

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Alhamdulillah.. Harini genap 44hari berpantang.. Hoooyeehh.. Boleh merdeka.. Hihihik.. Merdeka la sangat kan.. Jenuh rasa nak habiskan ni..

Sekadar sebuah coretan kat sini. Tempoh berpantang memang la 44hari. Tapi saya rasa saya berpantang tak macam 44hari pun. 
Kalau orang lain 44hari duduk berkurung dalam rumah, saya tak la.. 

Hari ke-33 dah keluar siap drive lagi. Yang tu keluar sebab bawa zahra pergi klinik tuk checkup pertama. Adik ppuan boleh drive. Tapi sebab dah lama tak drive, dia malas nak drive. 


Hari ke-36 dah keluar ke Jpj ngan tesco. Pergi jpj sebab tolong renew kan roadtax. Pergi tesco sebab dah alang alang keluar, teman mak sekali la pergi beli barang. Hebat sangat lettew kan. Lagipun mak ada, jadi tak risau sangat kn. So drive lagi.. 


*abaikan muka pucat dan kurus kering tu ye*

Tu bab keluar. Kalau berpantang dari bab makan, masa dalam pantang saya makan nasi, ikan bilis goreng bertepung + kicap. Tu makanan masa awal awal. Pastu kalau nak berkuah mak masakkan sayur sawi rebus air. Ok la kan, jemu kalau makan nasi kering je.

Pastu dah hari ke bape ntah baru berani makan ayam. Makan daging pun dah nak masuk ke hari 20 camtu. Strees betul bila dalam pantang ni segala makanan kena sekat. Hihihi.. Tapi demi kebaikan kita juga kan? Macam ais tu memang saya x berani ambik la.. Berpantang la semampu yang boleh.

Pastu kalau lauk berempah pun lepas 2minggu lebih baru berani. Risau bby kena kuning. Then takut bby rasa panas sama sebab saya fully bf baby. Alhamdulillah, baby xde masalah sangat. Macam udang, sotong saya tak berani makan lagi. Risau gatal @ allergik. Sebab masa ngandung kan pernah allergik makan tu.

Kalau bab minum pula banyakkan minum air kosong masak tu. Nak-nak bila fully bf bby, kita akan cepat dahaga. Pastu kalau minum panas biasanya malt coklat. Pastu dah jemu minum juga kopi O, kopi susu, nescafe. Klau teh memang x minum, takut angin. Hari ke 43 baru minum. X tahan godaan air teh O lipton tu. Hehe

Kalau bab bertungku, 2 minggu lebih juga buat. Pastu dah lama lama sian pula kat mak nak sediakan. Lagipun adik ada bagi pakai bantal panas dia. So kadang pakai tu je la. Macam pilis ke saya tak pakai. Sebabnya hari ke-26 baru cari set bersalin. Lastnya bukan guna sangat pun. 

BerBengkung pakai juga. Tapi sampai hari kat ke 30 malas dah. T_____T.  Malas nak susahkan mak juga suh tolong ikatkan. Bab makan jamu pun skip skip. Apa la nak jadi kan dengan saya ni.. T___T. Mak tegur baru makan. Saya ni jenuh sikit nak makan benda benda tu..

Berstokin pula memang pakai. 3minggu lebih juga pakai. lama-lama nak berstokin pun tak dan bila anak dah banyak ragam. masa awal-awal dulu terlupa juga nak berstokin. mak abah dok tegur baru teringat nak pakai. alahai.. bertabah aje la dengan saya ni. lupa yang diri tu tengah berpantang. hehe

yang saya masih amalkan sampai harini ialah mandi guna air panas. hihihi.. tak tahan dengan air sejuk. mengigil okeh. tapi mandi air panas pun bukan la air tu panas pun.. bagi sejuk juga. cuma suam-suam gitu je la. sebab nak biasakan diri, jangan nanti balik gomeh pun nak bermandi air panas. hehe..

Erm.. Apa lagi eh.. Tu je la kut cite pantang saya.. 




15 comments

  1. Ibu muda sekarang ramai dah tak berpantang sangat mimie
    Tapi sebenarnya berpantang utk kebaikan juga..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah habis tempoh berpantangnya.

    ReplyDelete
  3. Bab berpantang yang paling suka mandi air rebusan kayu..rasa nyaman, segar dan wangi jer..

    ReplyDelete
  4. Be a good mom , take care Mimie.

    ReplyDelete
  5. Samalh..Cik mah hari ke 10 mcm tu dah g kedai peraabot..sbb nk masuk rumah sewa br...Dari barang...bab pantang mkn tu lama juga..mcm teh 5 bulan br minum balik..ais pun sama...

    ReplyDelete
  6. Tahniah dah hbs betpantang. Berpantang plg best sbb boleh rehatkn bdn dan mknn dlm pantang pun sedap w/ pun hanya mkn ikn dgn sayur je ;)

    ReplyDelete
  7. Klau brpntang cara emak lya lain skit hhehe..apa pun tahniah mimie dah brjaya lpskn brpntang ni bukan mudah sbnrnya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah mimie dh abis pantang...
    okey lah kurus kering dari gemuk gedempol mcm kak zaza haahahha

    ReplyDelete
  9. Banyak benda kena tinggalkan Huhu.

    ReplyDelete
  10. masa pantang kena jaga betul2 badan tu, sekiranya mimie boleh buat dah okay sebenarnya
    yang penting anak dan ibu takde apa2 masalah :)

    ReplyDelete
  11. pantang kene jaga tauuu.jgn byk berjalan sgt

    ReplyDelete
  12. eh kejap je dah hbis pantang.. em.. pantang tak pantang sgt la ni.. takpe.,. janji sihat.. baby ok

    ReplyDelete
  13. Lama x buka blog...dah bersalin rupanya Mimi..tahniah ya ^_^

    ReplyDelete
  14. Alhmdullilah abis pantang dgn jayanye...
    Nampk nao kurus tu mimie...
    Ishhh kite ni tah mampu ke dok nnt...

    ReplyDelete
  15. Mcm budak kecik pegang baby je..

    ReplyDelete