Pengalaman Bersalin : Serah Diri

Saturday 27 September 2014

Assalamualaikum.. Dengan izin Allah saya telah selamat lahirkan seorang puteri pada 18 september 2014  jam 04.41 pagi di hospital Ipoh. Berat baby 2.7kg sahaja..

Lama rasanya tak menulis kat blog kesayangan ni. tapi harini saya nak share tentang pengalaman bersalin saya kat sini supaya ianya akan jadi kenangan suatu hari nanti. Tapi macam kekok la pula.. hihi…

Ok, meh kita start cerita ye.. rasanya kawan-kawan pun tahu kan yang saya kena serah diri pada 17 september 2014 tu kan. Kena serah diri pagi. Sebab katanya kalau nak ada doctor pakar kena datang pagi. Baiklah. Pagi tu semangat bangun. Perasaan?? Macam-macam! Bercampur baur. Nak kata takut, nak takut apa. Lagipun belum ada pengalaman bersalin lagi macam mana. Happy? Tu tentu juga sebab nak jumpa dengan baby. Hikhik.

Pagi tu dalam pukul 8 gerak ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 9 kut. Selesai apa yang patut. Segala pendaftaran dan sebagainya. Then pergi kat wad. Bagitahu kena serah diri. Sebab kena serah diri doctor di kkia dah bagi surat. GDM under control. Sangat poyo je bunyinya kan. Haha.. ikutkan kalau still takde tanda-tanda lagi, makanya saya bakal di induce ye..


 
Sampai sana Ya Allah.. dah macam pergi interview je rasa. Haha. Sebab budak-budak uniKL tengah ada kat sana. So dorang ni kena la tanya itu dan ini dari pesakit. Saya sampai sana terus kena tukar baju pink. Hikhik. Pastu buat CTG. Graf jantung baby cantik. Good anak mama ni. sambil buat CTG, sambil tu la budak-budak uniKL ni interview macam-macam soalan. Layankan je la. Sebab tak sakit kan. Jadi tak la rasa cuak ke apa.

Masa datang sana ada ayat yang tak boleh tahan nak dengar. ‘Datang sini untuk apa’?? ‘Melawat ke?’ haha.. Melawat la sangatkan. Ok, dah selesai buat CTG, doctor panggil pula, nak seluk nak tengok bukaan dah ada ke belum. Sekali kena seluk kata dah 3cm! ok, happy je rasa dengar 3cm tu. Macam tak sabar nak beranak! Kahkahkah. Tapi masa kena seluk tu, rasa macam nak sepak je doctor tu.. Oppsss.. maunya tak rasa nak sepak. Sakit okeh kena seluk tu. Dengan doctor yang muka taknak senyum.

Bertabah je la dengan doctor camtu. Sekali doctor tanya, dah buka 3cm ni kamu tak rasa pape ke? Bila kata xde, dimaranya pula. Aduhai.. dah takde rasa apa, tak kan tak caya pula. Sabar jeeeeee la.. Dah settle tu balik bilik. Tapi doctor pesan banyakkan jalan biar buka tu cepat. Adeh.. I is malassssss nak jalan-jalan. Rasa macam tak selesa je. Dengan pakai baju pink yang besar gedabak tu.

Doctor siap pesan lagi, if sampai esok pagi (18.09.14) tak buka lagi jalan, dorang akan pecahkan air ketuban. Then dorang akan induce.. perasaan time tu?? Baby sila la bagi kerjasama dengan mama ye.. hihik..

Lepas check bukaan, balik bilik naik katil rehat je la. Pastu dalam pukul 2 setengah petang camtu doctor yang buat seluk tadi panggil tuk buat scan. Ganas giler je rasa doctor tu buat kerja. Sakit perut oiii kena scan. Padahal scan buka sakit pun. Tapi sebab dia tekan2 kat perut, tu yang rasa sakit tu.

*pertama kali dalam seumur hidup kena cucuk gini*


Dah scan balik bilik balik. Rehat je la kat katil.. sampailah ke petang. Tunggu family datang melawat. Rasa macam kelakar je. Datang melawat, tapi kita ni bukanlah sakit teruk pun. Lepas family balik, duk rehat la sampai ke malam nak tido. Kul 11 camtu cuba lelapkan mata. Maklumlah, nak tengok tv bukan ada pun kat bilik. Sekali tak boleh lelap. Sebabnya dengar baby dari bilik-bilik sebelah nangis. Pastu dah ok, tetiba nyamuk datang menyerang..

Dalam kul 1 tepat pagi camtu (18.09.2014) tetiba datang contraction kuat. Kuat sesangat okeh. Masa tu dah pelik dah. Ni ke tanda sakit nak bersalin?? Orang kata sakit contraction ni dia tangkap tang pinggang sekali. Tapi saya tak rasa pape kat tang pinggang. Last-last monitor sendiri sakit tu datang setiap bape minit.


Saya monitor sendiri sampai pukul 2 pagi. Saya tengok sakit tu datang setiap 5minit sekali. Last-last picit  bell tepi katil, sebab tak tahan sakitnya. Nurse datang tanya kenapa. Bila kata sakit, dia suh masuk bilik yang buat ctg tu. Kat situ nurse seluk tuk kali kedua. Katanya baru 3cm!.. Ya Allah.. biar betul baru 3cm? sakit dah datang setiap 5minit kut.! Tak kan juga masih 3cm sejak dari pukul 10pagi (17hb) tu..



Erm.. nanti kita sambung cerita seterusnya ye.. hikhik.. sabar ye..

17 comments

  1. Ada orang rasa sakit seharian.. ada separuh hari.. ada yang hanya beberapa jam.. apapun memang tak sama antara seseorang dengan antara anak tu sendiri.. macam2 pengalaman yang dapat kita alami sendiri.. apapun tahniah.. dulu bsalin, anak kecil jer.. besar kat luar..

    ReplyDelete
  2. dorang ni memang ganas..mulut pula takda insurans..suka marah² dengan pasien.adehai..memang masa dia seluk tu sakit,mavcama nak bagi pebnyepak satu dua das je kan? hehehehe..takpelah,bila babay dah keluar berbaloi semua kesakitan itu...lega beb..

    ReplyDelete
  3. Fuhhhh....kena seluk. Daripada tak sakit terus dapat sakit. Alhamdulillah, yang penting dah selamat anak-beranak.

    ReplyDelete
  4. fuhh kes kene seluk tu takott,doktor lak buat muke tak berslah..
    wahh berdebar lak ayu ase..
    belum bace abis lagi ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. tahniah kak mimie! lama dh tk singgah blog akak :)

    ReplyDelete
  6. Saya melihat kelahiran 3 puteri saya ke dunia ini. Teruja bila tengok kepala mereka keluar..

    ReplyDelete
  7. Fiqa hari tu ada sekali kena seluk ng doc laki..pasrah tgn besar sakit gak part dia nk besar kan bukaan huhu. Aah hari tu contraction fiqa dia tangkap kt pinggang tp bukaan baru 3cm je huhu.

    ReplyDelete
  8. Alaaa..duk syok baca sekali bersambung plak..hihi..

    ReplyDelete
  9. hehhe, tengah syok membaca sambung pula. Em, xper anak first. Esok second kena rajin2 berjalan eh. Hehehehe.. mamamyja tengah counting days nih. dah cukup 38 minggu dah buka 2 cm tapi baby still xmasuk laluan lagi. Tu yang tiap2 hari xcercise panjat tangga.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mimie... next pregnancy kena rajin jalan bagi cepat bukaan. heheee

    ReplyDelete
  11. saya pun masa first time nak bersalin normal malas gila nak berjalan.. bu tu besar sangat kan.. diskriminasi pada org kecik

    ReplyDelete
  12. Akak...seronoknya baby girl..hehe..Tahniah sekali lagi kak. Seronoknya. Lahir sama bulan dengan saya..lambat 2 hari je..Kalau 16hb september. Lagi cantik! hehe..Celebrate sama-sama dengan saya..hihi.

    ReplyDelete
  13. salam..selamat menjadi ibu yer..anak kita pun sama juga lahir kecik jer 2.9 tapi alhamdulilah sekarang membesar dengan sihat,sampai mummynya x larat nak dukung..huhu

    ReplyDelete
  14. pengalaman mimi lebey kurang sama ngn akak ms nk branakkan mika dlu, hehe..

    ReplyDelete
  15. pengalaman yg amat berharga bagi setiap insan yg bergelar wanita..alhamdulillah dpt merasa nikmat kesakitan ini.. :)

    ReplyDelete
  16. bedebar je baca. mcm kita je alami. hahaha. lor.. sambung pulak. eksaited lelebih yg xkahwin lg ni. kehkeh. tahniah kak. smoga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  17. mmg naka pertama kna bertabah la.. lmbt sikit bukaannya...

    ReplyDelete