Checkup Ke-Sebelas

Monday 18 August 2014

Assalamualaikum..

Harini rutin seperti biasa la, pergi checkup. Harini checkup last di HTD (Hospital Tentera Darat). Harini juga keluar awal. Padahal rumah dengan HTD tu kalau naik kete 5minit je dah sampai. Nurse pelik kenapa saya datang awal. Huaaaaaaa.. Saya keluar awal niat nak beli kuih dulu sebenarnya. Tup-tup kuih semua dah licin walaupun baru pukul 8. Tension je.. Sebab lapar okeh!.. T_____T

Sampai je HTD dalam pukul 8.10pagi. saja buat lambat-lambat keluar kereta. Nurse tanya kenapa awal sangat datang. Senyum je la walaupun mood takde. Checkup harini pun rasa macam ntah la.. mood langsung xde. Check baby ok je. Tapi tu la, start semalam baby suka sangat mengeras-ngeras. Ya Allah, sakitnya Allah je yang tahu. Tapi sebab mood takde, nak tanya nurse pape pun tak semangat.

Berat naik lagi sekilo. Hebat ko syamimi. 2minggu lepas 50kg. La ni dah 51kg. ok la tu. Harap-harap baby membesar dengan jayanya ya. Nak kata saya yang membesar dengan jayanya pun takdelah juga. Biasa je. Naik badan ni pun sikit je. Normal la pregnant kan. Tak kan nak kurus, slim melim je. 

Tekanan darah macam biasa 90/60. Kan saya dah kata, tekanan darah saya ni tak kan berganjak dari angka tu kalau dengan nurse saya ni. saya pun tak tahu kenapa. Kalau nurse lain check ada juga naik sikit. Takpelah, janji kita ok-ok je kan?

Pastu nurse tanya juga ada tak doctor bagitahu haritu kena repeat buat BSP lagi.. repeat??? Rasa saya takde pun. So I say la takde. Tapi memang takde pun. Cuma seingat saya dia pesan Cuma control makan. Tapi yang tak best dengar bila nurse bagitahu dah bersalin nanti kena minum air gula lagi sekali. OMG!!!!!!!!!!!...

Minum air gula lagi?? Apa ke’hee nye ni nak kena minum lagi.. aduhai nye pun.. saya rasa naik trauma pula nak kena minum air gula. Tu la haritu gatal kan makan macam macam. T___T  
Tapi kan, kalau saya tak makan macam-macam, HB saya tak naik pula. Ater camne tu..

Harini nurse taknak pula check HB kita. Sedih la pula.. T____T  Sebabnya semalam beria la makan yogurt sume tu, ingat nak tengok hasilnya, tup-tup tak pula dichecknya.. takpelah.. tunggu nanti sambung checkup kat ipoh la pula macam mana resultnya.

Pastu 1 perkara yang tak best lagi, ikutkan hari jumaat ni saya dah nak gerak balik ipoh. Kan hari jumaat ni hari berkabung kan? So cuti la kan? Mak pula dah telefon, katanya kalau cuti gerak la pagi. Ok, hati dah berbunga-bunga. Sekali tadi nurse bagitahu jumaat ni kena datang HTD lagi. Hah?????? O_o

Bila tanya kenapa, katanya ada ceramah kesihatan.. T______T  huaaaaaaaaa… Time ni la nak ada ceramah pula.. Hilang mood terus dibuatnya. Dah la sebelum balik ipoh saya nak balik Melaka dulu. Jumpa MIL. MIL nak bagi something. Adehhhh, ceramuk perasaan ni. dah la ceramah pukul 10pagi baru start. Paling tidak confirm nak ke solat jumaat baru habis kan.

Pening-pening… Nak pergi ke tak nak ni?? Hati dah rasa down je rasa. Yang buat rasa down tu, kenapa la doc haritu tak tulis kat buku rawatan saya siap-siapppppppp!!.. Ni orang dah plan itu ini, camni pula. Kalau ceramah tu selesai tengahari, silap-silap lepas solat jumaat baru gerak. Tu belum lagi nak turun naik nak letak barang kat kereta lagi.

Pastu nak gerak ke Melaka kat 2jam. Nak potpet potpet sekejap ngan MIL, pukul berapa pula nak gerak sampai ke ipoh???? Memang la tak perlu rushing-rushing.. masalahnya kang dah lewat-lewat petang nanti takut jalan jammed 1 hal. Karang hujan ke apa, 1 halnya.

Takpelah.. ikut atas keizinan en.suami la.. kalau dia kata takyah pergi, takyah la pergi. Kalau dia kata pergi, maka menapak je la kaki ni ke sana dulu.. huaaaaaaaa…. T_______T
Tunggu je la masanya sampai ke hari khamis ni. apa keputusan en.suami kan..


Update : Ada yang confiuskan kenapa saya kena repeat minum air gula dalam pantangkan? Meh saya bagitahu. Tu la, tulis tak habiskan.. confius orang baca. Nurse cakap repeat minum supaya nak pastikan saya ni sebenarnya takde kencing manis. cuma masa pregnant je ada. Masalahnya, dalam PANTANG dah la memang kena PANTANG makan, macam mana la nak detect ada kencing manis ke tak. Sabar je la.. Nurse ni sangat prihatin sungguh. Rasanya kena buat dalam 6minggu pantang kut. Harap2 la nurse terlepas pandang.. Plissssss.. T______T


Nota : menaip pun dah macam penuh emo je kan?? T_____T

15 comments

  1. dah tak lama lagi dah kan baby nak keluar..

    ReplyDelete
  2. akak baca pon penuh emo..huhu..

    tapi ceramah kesihatan tu berkaitan ngan apa? kalau berkaitan ngan pregnancy atau cara handle bayi lebih baik pegi..kalau boleh ajak en husband sekali...

    ReplyDelete
  3. woaaaa kak mimie ! first bby coming soon. Alhamdulillah. semoga sihat ^^ Jaga kesihatan ^^

    ReplyDelete
  4. alahai.. teman plak yang konpius nak gi ke tak gi.. hu3.. dengo cakap suami ajelah mimi..

    ReplyDelete
  5. Alolo..jgn emo2. Sabar k. Kalau ceramah kesihatan, elok lah utk ibu & bayi. Kan.. Tp kalau tak larat, takyah pi. Huhu..

    ReplyDelete
  6. Alahai.. Tak mo emo-emo.. Nnt jangkit bby..hehe

    ReplyDelete
  7. sabo je la.. saya tak penah kena minum air gula.. tak sanggup rasanya..

    ReplyDelete
  8. sabor je la mimie.
    ciksu masa buka buku pink pon dah 53.1 kg..

    ReplyDelete
  9. Alahai..sabar ye dear..memang kalau preggy emosi kerap kali tak stabil..ada je benda yang rasa tak best..huhuh..tapi kena repeat minum air gula lepas bersalin tu tak pernah dengar pulak..pelik jugak kan..

    ReplyDelete
  10. oh dlm pantang pun ade ye? ayu pas raya ni naik mendadak gak after selesai morning sickness tu. ringannya awak.. sy buka buku 53 kg. sekarang baru pas dapat balik 53 tu. haritu turun je. tp kali ni naiknya banyak amat. kalau naik byk lg.. 2 weeks lg kena gak minum air gula.heeee

    ReplyDelete
  11. sabar yer mimie.. dugaan mengandung si kecik.. jangan stress2 kecian kat baby pn stress sama nanti..

    ReplyDelete
  12. eh lpas bslin kne mknum air gula hak???adoiii

    ReplyDelete
  13. Owh... Da gak ek... Mujur kat tmpat sy ni xde mcm tu.. Xpe layan kan aje demi kebaikan kita kn...

    ReplyDelete