Beberapa Hari Je Lagi..

Friday 15 August 2014

Assalamualaikum.. salam jumaat semua..

Syukur Alhamdulillah, bertemu lagi kita dijumaat yang indah ni.. start dari jumaat yakni harini hingga ke minggu depan, lagi bape hari je lagi akan bersama dengan en.suami. Means akan tinggal dengan dia.

Start dari jumaat depan, saya bakal balik ipoh. Sebabnya next week dah masuk 36week. Allah.. syahdunya rasa. Serius, siapa yang sanggup nak tinggalkan pasangan kita sendirian kan? My mum & my dad minta saya bersalin kat ipoh. Sebab kat gemas ni jauh dari hospital. Kalau nak pergi pun hospital segamat. Secara total dari kem ni 20+ Km. So risau segala kemungkinan boleh berlaku masa on the way tu..

So ambik la keputusan balik ipoh. Lagipun mak abah ada kat sana. Nak ke hospital pun tak la jauh mana. Before ni terfikir nak bersalin je kat sini. Sebab sian kat en.suami. Tapi nak buat macam mana. Mak abah lagi risaukan anaknya ni. Tak kan saya nak membantah. Nak-nak kita ni takde pengalaman lagi.

Pastu pula sebab saya kan duduk umah tingkat 4. Risau juga kut-kut sakit tu datang, nak bergerak pun susah. So fikir panjang la kat situ. Masa entry ni ditaip pun dah rasa sebak!. Bergenang je airmata ni dok fikir macam mana la dengan en.suami nanti. Sian dia. Confirm sunyi je umah nanti dia takde kawan sembang.

Even saya dah sarat ni pun Alhamdulillah masih boleh masak tuk dia. Terpaksa la lepas ni en.suami berdikari sekejap sementara ketiadaan saya. Dah terbayang macam-macam dah. 4bulan tinggal bersama. Tup-tup nak kena ‘berpisah’ kejap demi baby dan keselamatan diri.

Before ni pun en.suami ada juga bersuara.. macam mana la nanti kalau saya takde kat sini. Mesti sunyi. Ya Allah, tak terkeluar suara dibuatnya. Hanya mampu senyum walaupun dalam hati sebak sesangat. Memang la masa mula-mula pindah rasa tak suka duduk kat sini. Tapi sebab fikirkan pasangan, tu lebih pentingkan. Tapi sekarang dah ok dah. Dah boleh terima keadaan kat sini.

Moga-moga Allah bagi kekuatan kat saya. Kekuatan juga pada my dear. Kalau ikutkan my mum dia dah ajak saya balik sekali masa awal raya haritu. Tapi saya taknak. Jumaat depan en.suami yang akan hantar. Tak sanggup rasanya nak lepaskan dia balik sorang-sorang nanti. Lagipun saya nak buat checkup last kat HTD ni. Lepas ni mesti rindu dengan checkup kat HTD ni.. :(

Lepas ni rindu-rinduan balik la macam sebelum ni. nampak gaya lepas ni phone kena sentiasa la ada disisi..

Kuatkan hati.. !

InsyaAllah boleh, walaupun rasa berat je. Fikir positif. Sekurang-kurangnya nanti bila sakit nak deliver datang, family ada disisi. Mak ada bersama. Hope baby nak kuar nanti minta-mintalah time ayah dia balik ipoh. I need my husband too..

Mak nak saya balik ipoh pun sebab nak tengok saya rehat. Dia taknak nanti sampai masa nak bersalin, hilang segala tenaga. If duduk umah tingkat 4 ni takut nanti habis tenaga dok turun naik pula. Then mak dah janji nak masakkan apa yang saya nak makan before deliver ni. Ok, fikir positif. Sedapkan hati.

Dah terbayang-bayang masakan mak. Rindu nak mak masakkan apa yang dah lama saya tak makan. Kuih-muih yang mak selalu buat, rindu semuanya. Paling syahdu masa raya kedua haritu masa sembang-sembang. Mak siap cakap lagi, nanti balik ipoh mak buatkan jus-jus buah. Allah.. kasih mak pada anaknya. Nak baby nanti lahir sihat, maknya ni pun sama.

Serius, perasaan sangatlah berbelah bahagi. Macam-macam perasaan timbul. Ya Allah, moga dipermudahkanlah nanti. Kalau gemas dengan ipoh ni dekat takpelah juga. Ni jauh. Kalau tak tempuh 5-6jam tu, jangan dikata la..

InsyaAllah, saya akan cuba manfaatkan masa yang ada kat ipoh nanti dengan sesuatu yang berfaedah sementara nak tunggu baby keluar..

* suasana pagi ni. hujan baru reda. Ya Allah.. dah beberapa hari hujan kat sini. rasa sayu pula hati ni *



nota : time ni berbelah bagi nak tinggalkan suami. Nanti dah balik ipoh, kena balik gemas balik, berbelah bagi nak tinggalkan mak pula.. adehhhh.. macam-macam perasaan ni.. T____T

19 comments

  1. Assalamualaikum mimie, sedihnya sheila baca... macam ni juga la sheila rasa masa dekat nak bersalin. suami nak hantar sheila bersalin kat Johor. dok pantang dengan mertua. tapi disebabkan waktu pantang tu kena time puasa, terus tukar plan bersalin dekat sg buloh je. biar berpantang dengan dia, dekat sikit. lagi pula mesti dia sunyi bila isteri anak takda depan mata. Mimie, be strong my dear. Nanti dah habis pantang, boleh balik rumah cepat2...

    Semoga dipermudahkan urusan bersalin ~~~

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum mimie..lama cik nat xsingah sini...eh,kejap je kan masa berlalu...tup tup mimie pun dok tgu ari je nak bersalin...bestnya dapat baby nanti...teruja cik nat....hihiiii....sabar yea...tu pun utk kebaikan jugak kan...take care yea....semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. mudah2an semuanya ok mimie,takmoo sedih2 yerk

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semua akan selamat...kesedihan sebenarnya mengajar kita lebih kuat...moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ye mimie

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh allah swt

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam singgah Jumaat di sini..semoga segalanyer di permudahkan oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  7. kena tabahkan hati mimie. nak buat macam mana. demi keselamatan kan

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan..masa pregnant 1-3 pun saya duk apartment tingkat 4.. nak balik kampung, kampung pun jauh dari hospital.. gagahkan jugak.. alhamdulillah semua turn out ok..

    ReplyDelete
  9. Semoga di mudahkan urusan nak bersalin nanti. Ada masa baca yasin insyallah, Allah akan mudahkan bersalin.

    ReplyDelete
  10. Eh eh..jangan sedih-sedih. Tak baik utk baby. Hihi. Alahai..halusnye perasaan bakal mummy sorang ni.. Sabar ye. Semua utk kebaikan hakak & baby jugakkan.

    ReplyDelete
  11. akak dulu rumah tingkat 9, asben minta bersalin kat sini. Mak datang tolong jaga masa pantang. Akak ikut jer asben even family memang suggest utk bersalin kt kg tp dorang x kisah sebab asben nak akak bersalin kt sg buloh jugak. alhamdulillah.. di permudahkan & x de apa2 yg panik sgt berlaku. pagi akak nak bersalin tu.. kebetulan asben tak keluar kerja lagi. Sempat hantar pergi hospital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy even tingkat 4, tp sbnrnya naik ke tingkat 5. Pastu xde lift kat sini. Nk ke hsptal pun jauh. Rmai fmly yng suggest blik umh mak. Mak pun xdpt nk jga klau bersalin kt sini sbb mak jaga ank orng. So kna la blik sana. Sana bnyk kmudahan berbnding kt sini..

      Delete
  12. awak pun jangan risau sangat la.. x elok untuk awak yg tgh sarat tu. kat memana pun kita pergi selagi suami izin & redha , Insya Allah selamat

    ReplyDelete
  13. Huhuhu sedihnyerr..tabahkan hati ya Sya..moga segalanya dipermudahkan ..

    ReplyDelete
  14. sedihnya akak baca entry mimie nih...sbr ye dik..memg dugaan nak bersalin nih kite rse serba slh kan nk pntang kt kg pastu tglkn suami...

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan

    jom reramai join http://fuzamusa.blogspot.com/2014/08/segmen-tingkatkan-trafik-blog-by.html

    ReplyDelete
  16. Tak pe.. Pisah kejap je kan.. Utk kebaikan juga..

    ReplyDelete
  17. ala jangan risau mimie.. skrg nie masa berjalan cepat sangat.. pejam celik jer nanti...percaya la..=D

    ReplyDelete