Checkup Ke Sembilan : Scan Baby

Tuesday 22 July 2014

Assalamualaikum..

Rutin seperti biasa. Pergi checkup di HTD (Hospital Tentera Darat). Tengok macam ramai pula orang harini. Ingatkan keluar awal takde orang sangat. Rupanya salah tanggapanku.. hehehe

Harini baby dah masuk 32week. Dah 8bulan dah anak mama ni. alahai.. Lagi berapa minggu je dah nak kuar. Perasaan? Takde perasaan kut. Haha.. ehh, bukanlah takde perasaan pada baby ni. Cuma taknak ada perasaan takut nak deliver nanti. Malas nak fikir sangat. Sampai masa sakit pergi hospital.

Fikir yang positif-positif je. Biar Allah permudahkan urusan tu. Dari kita fikir macam-macam, karang lain pula jadinya. Kalut. Betul tak? Harini check dengan nurse lain. Sebab nurse yang selalu take over saya ada urusan. Ok juga suruh nurse lain check, jadi kita tahu details kita bila orang lain check tu ada perubahan ke tak, kan?

Harini check tekanan darah ada perubahan. Sebelum ni static je kan 90/60. Harini 100/70. Ok la tu kan ada juga perubahannya. HB? Tak pula dorang check. Ke bulan puasa memang dorang tak kan check eh?? Xpelah, tunggu next checkup la baru tahu macam mana nanti.

Berat ada la naik sikit. Minggu lepas 48.5kg. Tadi 49kg. Tak tau la betul ke x. sebab saya bukan nampak pun kat penimbang tu. Hehehe.. Degupan jantung baby pun Alhamdulillah ok..

Dan macam biasa la, baby ni kalau nurse check perut nak ukur tinggi Rahim mesti dia akan mara. Haha.. punya gelak nurse harini. 2 orang nurse check sebab nak tahu kedudukan dia. Sekali dia punya tendang tu, mak aihhhh.. bukan kemain lagi ganas. Sampai berombak perut. Malu mama awak ni tau. Ligat bukan kemain lagi duk dalam perut. Haha..

Harini ada scan baby sekali. Even scan 2D je, minta doc tengokkan gender dia kalau nampak. Tetiba rasa nervous kat situ. Risau baby xnak tunjuk. Tu pun sebelum doc masuk, pujuk-pujuk baby kasi kerjasama. So dah tahu gender dia.. hehehe..

Ikut kata nurse insyaAllah baby geng mama dia.. Jika diizinkan Allah la apa yang nampak tadi. Saya macam blur-blur je. Yela scan 2D kan.. nanti nak tanya kat en.suami la, kut-kut dia nak tengok, nak ajak dia scan lagi sekali nak pastikan gender dia tu.
Tak kisah la ada gender baby pun, yang penting baby sihat, kan? Yang penting baby akan selamat lahir nanti. Apa-apa pun dah bersyukur sangat Allah bagi nikmat merasa pregnant ni macam mana. Rasa pergerakkan baby ni macam mana.

Kalau betul la baby geng mama, nampak gaya rabak la poket ayah awak nanti baby.. haha.. maklum la, confirm akan dapat pakai baju yang cun-cun nanti kan??

Alhamdulillah juga, doc cakap baby dah pusing. Kepala dah kat bawah. Alhamdulillah.. sebelum ni nurse cakap dia dok melintang. Masa scan nak masuk 7bln haritu dia sonsang. Syukur masuk 8bulan ni dia dah duduk betul. Harap-harap tak berubah la kedudukan dia.

Mungkin semalam saya rasa sakit semacam kat perut tu baby memusing kut. Sebab lain macam rasa perut ni. Dah la semalam en.suami berbuka di kem. Risau juga kut-kut jadi pape. Yela kita dah la xde pengalaman. Pastu kat umah sorang-sorang. Sampai rasa nak demam semalam.Rupanya baby nak ubah kedudukan dia.. Sebab boleh rasa tendangan dia tu macam kat tempat lain.

Ehh, tadi sempat juga tanya doc anggaran berat baby dah berapa. Kata doc dalam lingkungan 1.8kg.. haaaa? Biar betul.. macam tak caya je dengar. Sebab scan nak masuk 7bln haritu doc cakap 949gram. Takpelah, janji baby membesar dengan baik. Patutlah sekarang terasa berat je kat perut ni. hehe


Ok la, dah panjang lebar menaip catatan checkup harini. Nanti kita share perihal checkup seterusnya ya.. mekasih sebab sudi baca dan tinggalkan komen.. J

*muka sememeh balik dari HTD. penat naik tingkat 4!*

15 comments

  1. Seronok lya baca kisah mimie tak lama lgi due kan jaga kesihatan mimie

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. semakin berseri2 :)

    ReplyDelete
  4. comel jer perott dy .. :) semoge dipermudahkan segala urusan .. aamiin ..

    ReplyDelete
  5. salam. tak lama lagi tu...semoga selamat melahirkan nanti ya..semoga sis dan baby sihat+ selalu :)

    ReplyDelete
  6. Fiqa scan masa 32weeks pon berat bby dh 1.8kilo. Khamis ni check up utk 34w xtau lah bpe berat dia Hehe. Sekali baby tendang rasa mcm badan ni bergegar hehe

    ReplyDelete
  7. Rindu pulak saat pregnant hari tu,now baby dah nak masuk 4month..mcm x pecaya jer..

    ReplyDelete
  8. sememeh pun comey :)
    tgkat 4? fuh! gigh! bby mesti kuat nnti ni ^__^

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. harap2 semuanya ok sampai proses melahirkan yer Mimie..

    ReplyDelete
  10. Gurl ke? Mesti comey cute mcm mimie nanti!!

    ReplyDelete
  11. mmg tersa la panjat tingkat 4 kan
    alhamdulillah.. ada geng dah mama dia :)

    sekejap je kan dh 8 bulan ye..

    ReplyDelete
  12. Dah semakin hampir. Jaga kesihtan akak yea.

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan semuanya nnt! :)

    ReplyDelete
  14. hehe..baby marah xbg nurse check..wah baby gurl ye..tak kisahlah ape gender baby kan.asalkan sume selamat

    ReplyDelete