:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Isnin, 30 September 2013

Test Baju Pengantin

Assalamualaikum & hai..

sambung bebel lagi. hari sabtu kan saya ke melaka. niatnya semata-mata nak kena pergi test baju pengantin kat sana. tu tujuan paling utama nya. bukan nak pergi menggedikss ngan en.tunang ye. no.. no..

nak menggedikss tunggu dah kawin. ni bukan masanya. hehehe.. settle kan perkara yang penting. pastu masa sampai butik tu, follow aje la en.tunang. erm, sampai butik tu, orang tu bagi la baju yang nak kena test.

tak tahu nak cakap perasaan tu macam mana. test aje la baju tu.. haha.. sebab penat kan. xde la kata nak feeling-feeling pengantin ke apa. janji 1 perkara tu settle. pastu aduhai, yang tak boleh blah masa nak test baju tu. 

eh, tunang saya ambik butik tu, butik husband & wife tau.. bukan nyah ke apa. pastu masa nak test baju tu.. erm, memang tergamam jap.. haha.. ni bukan kes apa la ye.. biarlah rahsia tu en.tunang je tahu.. pastu masa test baju tu sebenarnya segan.. haha.. rasa macam, betul ke nak kawin ni.. dah pakai baju tu tetiba feeling 'sweet juga aku ni eh'.. haha.. :p

pastu acik tu cakap suh tunjuk kat en.tunang. saya pula macam 'erk..'.. nak kuar camne dari bilik ni.. dah la husband pemilik butik tu ada. last-last acik tu panggil kan tunang suh tengok ok ke x baju yang saya pakai tu.. muka masa tu, hahaha.. tak tahu la nak senyum ke apa.. kang terlebih senyum, nampak over pula.. last-last cover sengeh tu..

then en.tunang tanya la ok ke x.. saya 'ok' kan aje laaaa.. haha.. kang banyak bunyik, mau pening orang butik tu.. pastu baju tu besar, dia akan kecikkan la ikut badan. pastu bahagian lengan tu memang besar.. saya diam je dulu. ok la bila en.tunang sendiri komen kat pekerja butik tu suh kecik kan kasi kemas... aauuww.. pandai en.tunang belek..haha..

masa pekerja butik tu tolong pakaikan baju tu, saya tanya juga kat acik tu, baju ni sapa yang pilih?? ke bagi je sebab warna pilihan tunang saya tu.. pastu pekerja tu cakap 'tunang adk tu la yang pilih'.. perghh.. pandai pula tunang aku ni pilihkan ye.. haha.. :p

masa dalam proses pekerja butik tu pakaikan baju tu kat saya, sambil sembang-sembang. mungkin dia tengok saya ni diam terpinga-pinga je kan.. maklum la, saya ni kuat blurrr.. haha
pastu dia tanya la, saya ni kecik sangat.. hehe.. ye, badan i kecik. *buatmasanilah*
masa pakai baju tu pun, banyak ok kena kecikkan. pastu acik tu tanya la baru habis sekolah ke?? hahaha

saya ingat kan kat ipoh je orang tanya soalan macam tu. sekali datang melaka pun kena juga.. haha.. kelakar je.. bila saya cakap umur dah 25tahun, terkejut dia.. dia cakap takde rupa orang umur 25tahun. macam baru habis spm.. huahahaha..
saya senyum aje la.. awet mudo ko ni mimie.. :p

pastu giliran en.tunang pula test baju. pastu pemilik butik tu suh saya duduk kat bangku dekat la ngan dia. then pembantu butik tu cakap la kat tuan butik tu (lelaki).. dia ni muka macam budak-budak kan.. macam budak spm je.. pastu yang pemilik butik (lelaki) tu tanya la umur saya bape.. baru nak mesra alam saya ni..haha.. terus jawab, teka laa umur kita bapeee.. heee.. sekali dia kata, memang muka macam budak-budak..tapi nak teka umur mudo takut.. sekali dia cakap 30 ke?.. hahaha

then saya bgthu la umur sebenar.. hihihi.. saya xde la bangga ke apa orang kata muka macam budak-budak sekolah ni.. cuma boleh kata bersyukur je la.. lagipun bahaya juga umur bertambah, muka budak-budak *orangyangcakapye*.. sebab orang tak kan percaya ngan kita.. so, saya senyum je la bila orang kata tak caya umur dah 25.. huhu..

kalau nak awet muda ni senang je.. kalau orang johor fav. dorang adalah tempe.. sesetengah orang memang tak suka.. tapi makan la demi kebaikan.. tempe memang fav. saya.. kalau kata saya awet muda sebab makan tempe tu macam mengarut je la.. haha.. sebab, semua tu kuasa Allah & secara kebetulan aje.. ^_^

macam dah panjang je bebel-bebel ni kan.. nanti sambung kat entry lain laa eh.. hehe

mekasih kat semua yang sudi singgah bca.. :)

Hujung Minggu Yang Sangat Rushing !

Assalamualaikum & hai..

morning semua.. rindu kat blog. 3hari tak jenguk. terasa nak bebel-bebel kat sini. tak kisah la ada orang akan baca ke tak. janji nak menulis. mungkin bebel panjang kut hrini kat sini.

perasan x semalam saya kata safely arrived? takpe.. tak perasan pun xpe. bukan penting pun. hehe..
alhmdulillah. selesai 1,2 perkara dalam tempoh 2hari lalu.

okey, sabtu haritu kan saya gerak balik johor. gerak pukul 8 pagi. sampai johor dalam pukul 1 lebih. lagi bape minit nak kul 2petang. actually ada sedara kawin. senang cite sepupu la. sebaya saya. pastu ada urusan nak ke melaka ngan en.tunang. memandangkan saya balik pun ber-3 je, jadi kena minta en.tunang turun segamat la. xberani saya nak drive sorang-sorang.

pastu, bincang ngan en.tunang, kita pergi kenduri tu sama-sama la. then saya nak jumpa pengantin kejap. nak tengok dia. adatlah kan, pergi umah kenduri mesti nak jumpa pengantin. sembang-sembang plus minta berkat.. haha..

then en.tunang dah tunggu kat luar tu. memang xleh lama-lama. sampai spupu tu suh tulis kat guestbook pun dah tak sempat.. sobbss!.. sedih tau. en.tunang pula mood macam tak ok je.. :( ke sebab saya pun tgh penat sama.

then dah kuar umah terus makan. xde selera dah sebenarnya. sebab penat. then sakit kpala sikit. makan pun sampai tercekik. ye, saya la tu. bukan gelojoh. lauk kurang kuah kut. hehe.. pastu en.tunang pun sama. balik umah balik. ehh, pergi kenduri tu jalan kaki je. dekat.

then saya kuarkan barang mak abh dari bonet, terus rushing ke melaka. jam 3 petang ngam-ngam gerak ke sana. en.tunang drive kan. dia kata tkut saya letih. ok la, tp saya ni sebenarnya jenis takut naik ngan orang. fobia tak habis-habis. memang rushing sungguh la, sebabnya nak pergi butik test baju.

sampai berderau je darah bila en.tunang drive.. adehh, dah nak kawin dah cik mimie oiii.. sok-sok bkal husband tu juga yang kena drive.. sampai melaka dalam pukul 5. nampak x betapa laju dia bawak?? tu la berderau je darah tu.

settle hal baju, terus ke umah mak en.tunang. dekat je ngan butik tu. kiranya kalau jalan kaki pun tak sampai 10minit kut. rushing hantar barang hantaran yang dah ada. adalah kut duk situ jap dalam 10minit. ngam-ngam kul 6 petang keluar pula, ingat nak ke MP (Mahkota Prade).

en.tunang kata nak cari barang hantaran dia. sekali hambek kau.. jem giler. tak sure ada apa. tak tau la ada orang buat lawatan ke apa kat a'famosa tu.. tengok bas pun banyak. last-last kat situ je pusing-pusing 1 jam. cakap ngan en.tunang gerak balik segamat je la.. xde sempat nak cari barang kalau dah gitu padatnya orang atas jalan.

ok, terus gerak balik. saya tak tahu la en.tunang ikut jalan mana. haha.. sebab saya kan tak cekap lagi. sekali tanya kat dia, ni dah sampai mana? kejap kata klebang, pastu nanti krubong.. pastu nanti cheng.. pastu nanti tangga batu.. pastu tanjung kling.. pastu nanti sg.udang.. pastu.. banyak ok.. dah la malam, sekali ter'round' 1 melaka.. haha

last-last pergi makan pun kat kedai mmak mana ntah. saya layan kan aje. even perut lapar, tapi dek kerana penat & takde selera, xlalu nak mkan. order roti sardin, last-last en.tunang kena habis kan. haha.. kalau dah kawin ni, memang gmukss la laki i..

pastu saya kalau malam ni, tak suka nak drive sangat. sebab silau. dah la kalau lalu kat gemas tu xde lampu jalan. orang-orang pula suka buat lampu tinggi. masa tu en.tunang bawak. saya ni dok perati je.. mulut bising suh slow. takut wehh.. siap cakap ngan en.tunang. 'ni kalau dah sampai umah, check darah, konfirm naik habis'..haha..

saya tengok en.tunang pun macam dah ngantuk je, yela, sapa kata drive ni tak penat. kete auto pun penat tau. pastu sampai mana ntah, paksa en.tunang suh benti. sebab risau badan dia penat sangat. sebab malam tu juga dia rushing balik kem.

dia masuk simpang mana ntah, pastu tukar driver. ok.. saya drive. dia nak tido kat sebelah pun xpe. sebab tak jauh dah. dalam 45minit camtu la saya drive. then saya ingat jalan. tengok lepas 10 minit gerak, terus cik abg tu tertidur. sian dia.. sampai kampung kul 11 juga kut. tak ingat sangat. 

sampai je umah tengok mak, makcik2 tak tido lagi. duk menyembang kat pintu dapur tu. mungkin tunggu kami la kut. sebabnya saya dah cakap ngan mak, jangan call2 kalau saya lambat. paham-paham je la. kang nak drive pun tak tenang. hehehe.. dah la kete ayh tu xleh bawak laju. bergegar kuat streng.

memang rushing giler 1 hari tu.. bila ingat balik rasa macam nak tercabut anggota badan ni.. mana tak nye.. kat highway pun saya drive juga.. rehat jap, terus kuar balik. alhmdulillah.. settle bab baju pengantin kat melaka.

ada lagi barang hantaran tak beli lagi.. fuhh, mencabar ok bila kawin pun ngan orang berlainan negeri ni.. apa-apa pun, penatnya Allah je yang tahu. malam tu pula, xleh nak tido. tunggu sampai en.tunang hntar msg bgthu dah sampai kem. syukur selamat semuanya..

pagi ahad tu gerak dari segamat kul 11 pagi. sampai ipoh ngam-ngam kul 6 petang. penat juga. tu pun saya tolong drive dari dengkil sampai ipoh. sian kat abh. mesti penat. kalau kita yang muda ni pun penat kan.

sampai umah, tak tahu nak kata macam mana. penat, pastu rasa stress je.. mencik tau bila perasaan tu datang. serabut...

dan harini datang kerja nak rehat. buat kerja, tapi xnak buat sampai stress.. dari hari rabu ok sampai ke ahad balik kerja rushing sana sini. sebab tu harini datang kerja nak rehat sikit. dok umah pun bukan boleh rehat..

so, harini harap-harap la xde gangguan..hehehehe

Ahad, 29 September 2013

Safely Arrived !

Assalamualaikum & hai..

fuhh, selamat juga di rumah ipoh. 2hari yang super extreme. 

sabtu : pagi di ipoh. tengahari selamat sampai segamat, johor. petang rushing ke melaka. malam berada di segamat balik.

ahad : pagi di segamat. tengahari atas highway. petang selamat sampai ipoh balik.

tired!!!..

home sweet home.. rindu kucing semua. rindu blog. sorry ye kalau dalam tempoh 3hari - jumaat hingga ahad saya tak singgah umah korang.

nanti saya update blog ye.. :)

*xkisah la ada yang nak baca ke x. janji puashati dapat luah dalam blog* =)

Jumaat, 27 September 2013

Teringin =.=

Assalamualaikum & hai..

en.tunang call minta something details. ok, kena ambik kat bank benda tu. pastu berfikir-fikir nak beli ke x benda ni sebab teringin pun iye juga.. pastu sebaris je dengan bank premis ni..

so, setelah fikirin banyak kali, maka membeli la ia.. huhu..


rezeki untuk harini.. jadilah kan. bukan hari-hari.. selalu pun tidak. macam tak caya pun ada. lunch untuk harini habis Rm15. huahaha.. bukan berkira, tapi macam,.. erm.. kalau hari-hari teringin nya, mau bankrap diri sendiri.. haha..

actually saya bukan teringinkan ayam itu.. tapi ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


2 benda ni yang teringin sangat sebenarnya.. hehehe.. tapi bila fikir-fikir balik, tak kan pergi kfc tu semata-mata nak beli cheeze wedges ngan kentang putar + coslow ni aje kan.. mau pening cashier kat sana.. mesti fikir saya diet melampau..hahaha

pastu, dah masuk parking balik, masa saya kuar kete tetiba ada sekor kucing ni. memula tu dia macam menegur saya je.. menegur dengan bunyi miaawww la ye.. bukan say hai hai..

pastu dia perasan saya bawa plastik kfc ni, terus dia minta simpati. mungkin terbau something la kan. terus dia follow saya sampai depan pintu nak naik ke tangga. saya kerja di aras 2. kucing tu tunggu je kat pintu bawah tu.

rasa tak sampai hati pula kan sebab dia dah ikut. then setelah fikir banyak kali, saya beli aym tu snack plate. so seketul dia bagi bahagian paha. saya tak suka. last-last naik pejabat cecepat, ambik ayam tu, then turun bagi kat kucing tu..

masa saya sampai kat tangga tu, dia macam nak lari. mungkin takut kena halau agaknya. then nampak dia lari bawah kete saya. terus panggil dia then bagi ayam tu.. lega rasanya dapat tunaikan niat hati berkongsi rezeki yang tak seberapa tu. sebab tu la ayam dalam kotak tu nampak seketul je.. hehe


tu la kucing yang dimaksudkan.. lepas bagi ayam tu terus saya pergi. takut dia ingat saya mara kan, dia xnak makan pula aym tu.. tengok dia makan, syukur rasanya.. :)

moral of the story : xnak kedekut-kedekut. nanti Allah akan tolong kita balik kan.. ;)

Khamis, 26 September 2013

Bermata 4 Kembali..

Assalamualaikum & morning..

nothing to story mory buat masa ni.. tengah pikir kerja apa nak buat. tapi nak juga hadap blog jap. pening.. kang takut ada kerja tertangguh. nak-nak sekarang ni dah penghujung bulan sept. ohhh, neves.

rasanya macam dah lama tak tempek gambar syok sendiri kan. ahaaks!.. xpelah, before married ni, meh la tempek sekeping dua. mana tahu nanti dah kawin boleh la tengok balik gambar masa bujang dulu.. pheeeww.. haha.. :p



motip gambar kat atas ni?? cuma nak bgthu dah kena pakai lagi 2 mata extra.. huk huk.. before ni pernah pakai. pastu rasa macam dah ok je mata ni. terus tak pakai. sebab spek lama tu pun dah problem. 

pastu perasan time drive kat highway.. kalau jauh sikit, sikit jeee laa, susah nak tengok signboard. mesti terpekik suh orang baca kan... haha..

actually power takde la tinggi mana pun. nak buat pun rasa segan. hihihi.. tapi sebab fikir mata ni lebih mahal dari nilai nak buat spek mata ni, maka keluarkan juga la belanja sikit..

hope mata ni akan ok la balik.. xnak berterusan pakai spek.. rimas.. huhu

Rabu, 25 September 2013

EKSKLUSIF: Pengawal Keselamatan Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo

Assalamualaikum & hai..

actually kat fb pun berlambak dah orang share pasal video ni kan.. rasa macam terpanggil pula nak share kat sini. rasa kesian kat pakcik ni.. dia jalankan tugas dengan baik, dimaki hamun pula macam tu.. dengan kata-kata yang kesat lagi.

bukan nak mengeruhkan keadaan. cuma ni dari pendapat saya sendiri la, berdasarkan apa yang saya tengok pada video tu & bacaan yang ada. tak ke jatuh airmuka sendiri bila keluarkan kata-kata macam tu. bila awak kata dayus tu, perasan tak orang merujuk pada suami awak. 

sebab suami awk duk berdiam je kat tepi tu. nak-nak suami awak orang kenal? rasanya kalau saya la buat macam ni tepi tunang saya ke, ayah ke, silap2 saya yang kena balik sebab x hormat orang tua.

ye, saya bukan baik sangat. tapi saya rasa, saya belum lagi sampai tahap nak maki hamun orang macam tu. pagi tadi masa tengok video ni saya sambil makan. terus hilang selera. terus menitik air mata.

Ya Allah.. moga Allah murahkan rezeki pakcik ni.. moga Allah permudahkan urusan kerja dia.. 

kalau kita nak maki orang pun, berpada la.. dan tengok la pada siapa kita nak cakap tu.. andaikan kalau orang maki hamun macam tu depan ayah awak. apa yang awak rasa????

mara?? erm, macam tu juga la ahli keluarga pakcik ni kan.. moga Allah permudahkan segala urusan kehidupan pakcik ni..

CPUV Ke-6

Assalamualaikum & hai semua..

actually rasa macam pelik je kawan-kawan asik update pasal cpuv. mula-mula tu ok la.. lama-lama rasa macam tak best pula sebab kat nuff kita xde cpuv baru..

pastu fikir banyak kali nak hantar tiket ke x. last-last malam tadi saja gatal hantar surat cinta itu pada pihak nuff.. tak sangka pula dorang terus balas..

actually saja hantar tiket tu, takut pihak nuff dah lupa kewujudan i di situ.. hehehe

sekali check..


ada 1 masuk.. hihihi..

mekasih nuff.. pasni kalau senyap je cpuv ni, saya hantar surat cinta selalu la ye.. hehehe..

mekasih juga pada kawan-kawan yang sudi singgah & click.. ^_*

Wordless Wednesday #250913

Assalamualaikum & hai semua..



kalau tanya saya, saya memang tak tahu. sebab saya bukan pakar jantung. mungkin boleh refer kat SINI ataupun pergi la jumpa pakar jantung ye.. 

Selasa, 24 September 2013

VOTE Kan Untuk Saya Boleh??

Assalamualaikum .. hai semua..

erm.. tergerak hati nak join 1 contest di FB.. sebelum ni x berani pun nak join apa-apa contest.. tapi sebab selalu tengok kawan-kawan join, terus rasa nak join sama. sekadar nak mencari keberanian diri je kut. hehe..

kebetulan sis rosmiza pun join sama.. so, saja la nak try juga.. tak mengharap apa-apa.. cuma sekadar nak mencuba. sebab nak berani kan diri je kut.. hehe..

so, kalau korang pun baik hati sama, nak minta tolong jasa baik korang boleh?? Just VOTE for me juga.. :) bukan paksaan ye.. 

caranya : 

1. login facebook korang.
2. then masuk kat page Pixy Malaysia. then 'LIKE' page tu dulu ye..
3. nampak 'Galeri' tu kan? click kat situ ye.. then cari gambar saya yang macam kat bawah ni.



bila pergi kat gambar tu, akan ada 'UNDI' & 'KONGSI'.. so kalau korang baikhati, boleh x undikan untuk saya? :)

so, kalau dah undi inform la ye.. kalau xnak inform pun xpe.. terpulang.. yang penting bukan paksaan tau.. :)


kalau 'menang' boleh la bagi something kat korang kut.. hihihi *menang?? perasan je lebih.. tapi mana nak tahu kan?? hehehe


Isnin, 23 September 2013

7 Aksesori WAJIB Lelaki Pemikat Wanita !

 1. Jam Tangan
- Bagi kebanyakan lelaki, jam tangan yang tersarung kemas di pergelangan tangan adalah sesuatu yang sangat penting. Selain berperanan melihat masa, seutas jam tangan mampu menjadi kayu ukur ketebalan poket lelaki itu.

Ada sesetengah lelaki yang mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, makin bergaya dan makin mudah untuk si gadis jatuh cinta.

2. Cincin
- Pemakaian cincin sudah menjadi trend dalam kalangan lelaki. Bagi yang bekerjaya juga tidak berkecuali. Bagaimanapun ingatan buat lelaki islam, walaupun pemakaian cincin adalah salah 1 sunnah Rasulullah s.a.w, namun pemakaiannya hanya pada jari manis dan kelingking serta bukan daripada saduran EMAS.

3.Kaca Mata Gelap
- Kaca mata gelap membuatkan lelaki tampil lebih ‘cool’ dan sangat bergaya apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungis sebagai pelindung mata, kaca mata gelap juga antara aksesori lelaki yang menampilkan karisma seseorang.

Sekiranya mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk wajah anda sama ada bulat, bujur, bersegi & sebagainya.

4. Kafling
- Pemakaian aksesori ini tidak meluas dan selalunya lelaki yang mengenakannya adalah yang berstatus eksekutif. Kafling melambangkan seseorang yang Berjaya dalam kerjayanya. Ia biasanya digayakan bersama kemeja jenis French Cuff.

5. Topi
- Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna untuk melindungi wajah daripada cuaca panas. Jika dilihat, fesyen hari ini menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan oleh golongan lelaki.

6. Tali Pinggang
- Pemakaian tali pinggang antara pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan sekadar hanya untuk mengetatkan seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen.


7. Tali Leher

- Aksesori jenis ini adalah pelengkap gaya lelaki untuk ke pejabat. Biasanya tali leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza.

gambar : google


sumber info : mingguan wanita

Ahad, 22 September 2013

Hadiah Sebagai Top Komentar

Assalamualaikum .. hai semua..

actually hadiah ni dah terima 2 hari yang lepas. tapi tak sempat nak buat entry. bz. maaf ye kak ena. takut kak ena tertanya-tanya pula hadiah dari kak ena ni sampai ke x.



huhuhu.. masa penghantar kurier ni datang, tak terfikir pun akan dapat hadiah. yela, terlupa sekajap pasal hal ni. masa buka tu baru perasan. :)

hadiah dari kak ena ni comel tau. cute sangat. terima kasih kak ena. 


see, comel x hadiah tu?? cute kan? tima kasih lagi sekali kak ena. saya suka baca blog kak ena. entry yang simple & menarik. nak-nak kak ena rajin join event. cite pasal umar & umairah.

lagi sekali, terima kasih pada kak ena atas hadiah ni.



notacinta : patut la sehari sebelum dapat hadiah ni tapak tangan kanan bukan kemain kuat gatalnya. rupanya nak dapat sesuatu. :)

Sabtu, 21 September 2013

Perarakan Raksasa Hari ATM Ke-80

Assalamualaikum .. hai semua..

patutnya harini kena kerja. halfday. tapi semangat nak tengok perarakan ni, terus ambik cuti. haha.. padahal tengok dalam tv je pun.

actually en.tunang saya terlibat sama dalam kawad ni. dia pakai baju masa bertugas di lubnan. ok, semangat tahu nak tengok. maklum la, saya kan kalau pasal  ATM memang semangat nak tengok.

nak-nak en.tunang terlibat. tapi masa turn kawad tu ditunjukkan, saya tak perasan pun en.tunang.. sobbbbbsss!.. mata pula x clear je.. tapi mak nampak en.tunang saya.. sobbss.. napa saya yang semangat nak tengok ni tak nampak dia.. *tear..

masa habis kawad tu, terus en.tunang msg saya tanya nampak dia ke x.. bila saya kata x nampak, mak je yang nampak, dia :) je.. ooiii, orang semangat ni, tahu x..

pastu bila cite kat en.tunang, boleh pula en.tunang cakap 'semangat juang tinggi le tu'.. eeehhh, mesti laaaaaa.. semangat sampai ambik cuti.. semangat sampai tak puas hati okeh.. haha..

seandainya ada vdeo tentang tu, saya nak tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..




tengok dalam tv je laaaaa....


Khamis, 19 September 2013

Sekadar Sebuah Peringatan. .

Assalamualaikum .. hai semua..

kadang-kadang bila kita tengok orang pakai phone canggih, mesti kita rasa nak kan.. tapi bila kita fikir, ehh, orang tu kerja bagus, tapi boleh je pakai phone biasa, terus rasa syukur sebab kita masih mampu milikinya..

kalau tengok orang pakai kereta hebat, terus rasa teringin nak ada kereta macam tu.. tapi bila ingat balik, ada orang tu pakai motor je, terus rasa syukur sebab mampu untuk merasa bawa kereta..

bila orang duduk umah besar, banglo.. rasa terkagum.. tapi buat masa ni rasa belum ada keinginan yang tinggi nak duduk umah camtu.. hehe
syukur la sekarang ni masih boleh duduk dalam umah yang selesa..

bila tengok orang bekerja, gaji besar, tentu juga kita nak merasa kan.. tapi bila fikir balik, ada orang tu susah nak dapat kerja, jadi saya rasa bersyukur bekerja disini walaupun gaji saya tiap-tiap bulan cukup-cukup makan..

bila orang pakai baju cantik-cantik, mahal, terus terkagum dengan kecantikkan nya kan.. tapi bila kita nilai balik, baju yang kita pakai ni pun dah sopan, terus tersenyum.. :)

erm.. banyak perkara sebenarnya kita boleh pujuk hati kita ni kan? cuma caranya ikut masing-masing..

macam saya, memang kadang tengok orang pakai fon hebat-hebat.. tapi bila saya tengok tunang saya sendiri, even dah balik tugas dari lubnan pun still pakai fon yang sama, terus rasa sejuk hati sendiri.. :)

sebab buat apa kita nak tunjuk hebat kalau kita nak memiliki sesuatu tu sampai tahap kena ikat perut kan.. tapi ada sesetengah perkara tu mmng perlu la macam tu.. cuma macam saya, setakat ni belum la buat macam tu.. sebab saya suka bandingkan dengan orang yang susah untuk memiliki sesuatu itu..

apa-apa pun caranya, semua tu bergantung pada diri sendiri.. ^_*


Alahai.. Stress!

Assalamualaikum .. hai semua..

entry pendek. sebenarnya malas nak update. tapi sebab ada kawan-kawan yang terjah sini, takut pula ada yang kecik hati kita tak balas kunjungan balik.

maaf ye.. saya ambik masa bab nak BW ni. sebab saya tengah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




bukan about my wedding.. tapi ntah la pasal apa.. rasa macam diri sendiri pun tak tahu puncanya.. rasa macam serabut.. sebab 'cik P' pun x datang lagi kut. then pikir pasal kerja. so nak tumpu pada kerja dulu.

ok. bye..

Rabu, 18 September 2013

Apa Perasaan Korang Kalau . . .

Assalamualaikum .. hai semua..

malam ni saja nak cuba tanya pendapat korang. mood nak berblog setakat ni macam sipi-sipi nak ke laut. hehe.. banyak kerja nak buat. dengan kerja akaun lagi. so nak skip-skip sikit berblog.

ok, memandangkan ni hanya entry santai-santai, saya cuma nak tanya something kat korang boleh..? jawab ngan ikhlas tau. kira ni macam nak korek rahsia korang laa..haha

don't wory.. soalan saya simple je.. eheemm..

'Apa yang korang semua rasa kalau korang dah penat-penat taip entry, pastu xde orang nak komen kat entry korang tu?? sometimes pertanyaan kita tu minta pendapat kawan-kawan.. kalau tengok pada follower beribu riban??.. rasanya entry korang tu ok la, menarik juga..




susah ke senang ehh soalan ni.. hihihi.. tetiba dapat ilham nak tanya macam ni.. nak tengok berapa ramai yang akan jawab.. hehehe

ok la.. jawab je la eh.. saja nak tahu apa yang korang akan rasa.. so, nanti bila kawan-kawan tahu isi hati korang tu, mesti dorang pun akan rajin memberi komen ke, kan?


ok laa.. selamat menjawab.. :)



notacinta : sekarang dah kurang BW.. kurang publish entry 'kut'.. nak hadap akaun kerja yang lebih penting..tapi akan singgah juga slow-slow.. :)

Wordless Wednesday #180913

Assalamualaikum .. morning semua...




#tak tahu nak update apa..! oohh, kerja.

Selasa, 17 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Makan-Makan & Acara Membuli ??

Assalamualaikum .. morning semua...

cerita malam semalam. sekadar nak buat kenangan. so saja la share kat blog diari hati ni. 

semalam kat umah gf my adek ada buat makan-makan. sambut besday mereka-mereka yang lahir dalam bulan yang sama. ada 4orang sekali sambut. tapi abg no.2 pada gf adek tu memang tarikh lahir dia 16september. untungkan. sambut hari malaysia sekali. hehe

seronok betul malam semalam. rasa  happening sangat-sangat. dalam family saya xde pun camtu kut. mak ayah dorang pun sporting. beruntungnya.




time ni keadaan masih terkawal. makanan yang disediakan pun best-best. tapi sayang. saya ni kan tank kecik. haha.. boleh masuk limit je. dah la malam kan. rugi betul. ada panggang ayam malam tu. bestnya. buat bbq. dah macam malam raya pun ada. rasanya yang saya dapat makan semalam, kek sikit, 2 ketul sosej. tapi sosej tu dah potong, ayam seketul dengan kentang goreng.

mushroom sauce dia sedappppp.. rugi xleh nak makan sangat. merasa juga teringin nak makan kek besday. hehehe


abg li tengah kusyuk bakar ayam.. tetiba.. hambekkkk kau.. sekali kena tepung daaa.. dari adik ipar & adik bongsu dia.. haha.. serangan dah bermula..

abg li ni la yang sambut besday 16 september tu.. jadi mangsa.. tapi yang tak sambut besday pun lebih hebat kena.. haha.. saya tak masuk campur ye.. besday saya lambat lagi.. haha

tapi dengar-dengar dorang dah pakat nak kena kan time kawin saya.. haha.. okey.. xpe.. kita kasi cannnnnnn ye.. :p



serang balas balik.. huhuhu.. >sori gambar tak bape jelas sebab pakai fon je, then dorang gerak-gerak<


tukang baling tepung pun kena buli balik.. hahaaa... 


terus jadi zombie.. hahaha.. ehhh, ayam tuu.. tinggal je kan..


mandi tepung.. huhuhu.. yang lain tolong gelak.. benda ni x stop kat sini je.. ada lagi.. tapi x ambik gambar pun sebab dorang sampai tahap ambik tepung bancuh ngan air.. haha

hebat.. kalau my mum, mau dah ngamok okeh.. last-last saya cakap kat gf adik, g ambik telur sebiji.. kah kah.. last-last adik saya pun kena sekali.. 

rasanya first time saya rasa apa yang selalu tengok orang buat dalam tv, ni betul-betul depan mata.. 

seronoknya dapat family yang akrab & sporting macam ni.. =)

Ahad, 15 September 2013

Sekolah Tingkatan Berapa Nih??

Assalamualaikum .. morning semua...

tak sempat nak blogwalking. hari cuti lagi tak sempat nak hadap blog ye. pelik-pelik.. banyak entry nak tulis. nanti-nanti la ye..

semalam pergi umah jiran setaman. ada buat majlis doa selamat, sebab anak makcik tu dah selamat bernikah.

pastu jumpa la makcik-makcik setaman ni..

makcik : ''kamu ni sekolah tingkatan berapa?''

me : terkejut + gelak. haha.. makcik, saya mana sekolah dah.. umur pun dah 25tahun.. dah nak kawin dah..

makcik : laa, yeke.. ingatkan kamu ni adik. badan pun kecik je.. dah nak kawin rupanya.. sambil gelak-gelak..

me : *gelak*

mak cakap makcik tu bukan kemain tenung saya banyak kali. rupanya nak tanya something..

actually putaran hidup saya adalah, pergi kerja, balik kerja.. so orang tak perasan sangat saya ni. kuar umah pun jarang. then jenis tak menyempat pun nak ngukur taman. haha..

fenomena ni x heran dah. ingat kan nak kawin ni xde dah orang nak tanya camtu. rupanya masih ada. hihi

yeeee, badan saya memang kecik. kurus. tunggu la esok dah gendong anak, jangan pula orang tanya 'ni adik no. bape? =.=

sobbbss!.. :')

Jumaat, 13 September 2013

Dah Credited

Assalamualaikum .. hai..

erm.. tak tahu nak tulis apa. hehe.. just nak tepek ni je..



semua dah credited. dah xde yang bergolek sakan kat situ. last di credited kan tadi. yang 'dove samson' tu.. saya dah dapat agak dia nak di creditkan, sebab amaun dia dah tak berganjak.

apa-apa pun tima kasih nuffnang.. mekasih dove.. so, lepas ni harap-harap ada lagi yang akan bertapak kat sini ye.. ^_^

Kena Hentam Lagi..

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

salam jumaat. pagi ni bersiaran awal sikit. ni kisah semalam. nak tanya pandangan korang yang tahu & pernah alami.

semalam maghrib my car kena hentam sikit ngan moto. saya dengar dentuman kuat dari belakang. terkejut la kan ingat kita ni terlanggar orang ke, termasuk lubang. tahu je la maghrib dalam pukul 7 setengah tu dengan hujan renyai nya lagi. cuaca pun malap-malap gitu.

sorang mamat ni, tak sure umur dalam bape. nampak cam muda, ke sebaya tak sure pula. i think dia nak pintas my car, then lorong sebelah ada kete juga. jalan sempit. (jalan shortcut) so dia cakap tak sempat break, so terhentam la sikit bumper belakang.

saya time tu cool aje. selalu kalau terkejut ni mudah juga la menggigil jap sebab terkejut kan. pastu si lelaki bagitahu la dia terlanggar. saya xde rasa pape pun ok. relax je. haha.. mungkin sebab dah selalu kena kan, so dah lali kut.

tak pun sebab si lelaki ni jujur. so saya pun ok je la. saya ada ambik no. telefon dia. dia minta no saya, tapi saya yang ambik no dia. actually saya ambik pun in case abah membebel, mak membebel. kang kita kena balik kan. dia cakap suh saya cat, nanti claim balik.

sebab dia jujur, saya yang rasa serba salah balik. hehehe.. yela, kereta saya ni kan selalu jadi mangsa 'orang baling batu & sembunyi tangan'.. so bila kena yang ni, dia ok, saya pun xde la rasa pape. balik pun dengan perasaan yang sangat tenang.. haha.. walaupun dah ready nanti mak abh bising.

saya pula serba salah nak claim ke apa ngan si lelaki ni. sebab saya rasa dia terlambat masuk kerja. sebab umah dia jauh. then keje dekat kawasan umah saya ni je. mungkin dia nak cepat la tu.. so kalau pape senang la nak jmpa.



erm, sapa tahu kalau nak tacap balik ni kena bape?? mahal x?? lagipun sikit je kan.. tapi adik cakap 1 bumper kena cat balik. okeh, buat masa ni duit xde tau.. tak perlu nak nangis dah. sebab nak settle pasal kawin, so saya naik letih pasal kete.

adik cakap kena dalam Rm200. betul ke? tapi kalau saya nak claim pun, bahagi dua la nilai tu. sebab kete saya ni pun bukan kete baru.. soobbss!.. sian dia.. selalu jadi mangsa kan.
saya jual timbang kilo kang, baru tahu.. huhu..

tapi nanti nak bawak kedai, then just tanya je kena berapa. saya tak la kejam nak perah duit orang kan..

psstt... si lelaki yang terlanggar ni muka dia macam biasa tengok. nak tahu cam sapa?? macam suami irine nadia blogger terkenal tu. serius. sebijik tu muka dia. then pakai spek mata. pastu dia pakai helmet. so saya nampak macam tu. bila buka helmet tak tau la kut tukar jadi muka aaron aziz pula.. haha..


apa yang boleh saya kata mungkin ni dugaan nak kawin kan.. so , just smile.. tak perlu mara-mara.. :)

Khamis, 12 September 2013

Dating At Johnny's With Blogger Min Maya

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.

Balik dari kenduri kahwin ruzzainie,  terus pergi dating dengan cik min maya kat Jusco. maklum la, masing-masing ke'bizi'an kan. nak jumpa pun payah. 

sesi kali ni saja nak jumpa sambil lepas rindu then nak buat sesi luah perasaan masing-masing. ahaha.. apa yang nak diluah, biarlah rahsia kami ber-2 je. hoho..!

sebenarnya saya tak pernah masuk makan kat sini.. huaaaaa...



first time makan steambot. okeh. gelaklah ye. kampung sangat kan dah umur 25tahun baru nak merasa. haha. cik min, mekasih sebab ajak kita makan kat situ. sedap. sambil sembang-sembang, gelak-gelak. ;)



terasa seperti main masak-masak disitu. ada dapur comel atas meja.. aawww.. :p



ok.. settle dah cerita untuk hari ahad haritu. dah hari khamis baru nak cerita kan. kalau peram steambot tu pun dah basi. :P

ok la.. kalau dah tepek muka tuan blog tu, kira dah habis la entry tu ye.. ^_^

'Mini Giveaway by Sfaezah'

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.

actually dah lama tuan blog ajak join GA dia ni. tapi tak dan je. tak tahu napa. hehe.. so luang masa jap nak join.




al kisahnya tuan blog kata nak pergi bercuti dengan budget yang sederhana, tapi tak sure nak kemana kan. so dia minta la pendapat dari kawan-kawan blogger. ehh, kawan blog ni pun kebanyakkan nya suka travel sana sini kan? :)

saya takde la rajin berjalan sana sini pun. masa terhad. so sekarang share mana yang boleh aje la ye..

antara tempat yang saya pernah pergi, dan saya rasa best :-

1. cameron highland



kat sana cuacanya dingin je. even nampak matahari pun, still rasa sejuk-sejuk gitu. selain dari nak merasa strawberi fresh, so boleh juga cuci mata tengok permandangan daun teh yang menghijau je. sejuk mata memandang. :)


di rose valley. sangat best sebab dapat tengok bunga yang cantik-cantik. kalau bernasib baik la.. pergi time bunga tengah kembang mekar.. :)

2. Bandar Hilir, Melaka



Bandar bersejarah. mungkin sesetengah orang tak berminat kan. tapi kalau tak pernah pergi, apa salahnya singgah ke sana. best juga tengok tempat bersejarah di negeri orang kan? :)

3. Pangkor


time ni masa di Pangkor Bayview. ok la tempat dia. menarik juga. kalau suka bermandi manda di pantai, di bayview ni sesuai. pernah juga ke Teluk Dalam Resort. tapi tempat tu tak berapa sesuai sikit kalau nak turun pantai.

cuma di Teluk Dalam Resort, rumah yang disediakan sangat2 selesa. then tempat dia pun macam privasi sikit. 

so, ni je la antara yang dapat saya share ye. so, kalau nak tengok antara gambar-gambar yang saya ambil semasa disana, just click pada nama tempat tu. :)

So, selamat bercuti buat faezah ya.. :) insyaAllah budget masih sederhana tempat-tempat ni semua.. :)



tag : +eiqa almond , +Zaza Nizam & +tenku butang 

tarikh akhir : 30 september 2013

Rabu, 11 September 2013

Nak Kawin Punya Pasal . . .

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Entry last week. tak ingat hari apa. selasa or rabu. Nak kawin punya pasal . . .



terus buat i/c baru.. gara-gara nak kena bagi en.tunang salinan fotostat i/c kan.. dah la perlukan banyak. actually i/c yang ada tu buat masa sekolah.

masa kat kaunter :

kaunter : dik, ni masa buat i/c ni umur bape??

me : umur 16 tahun. hehehe

kaunter : patut la akk tengok muka dulu ngan sekarang lain. rupanya masa sekolah. sekarang umur bape?

me : 25tahun.

kaunter : erm, camtu kena denda ni. napa tak tukar masa sebelum bulan 4. sebab dah masuk umur 25tahun patutnya dah kena buat baru.
so, kena bayar Rm40 la ye.. kalau tak Rm10 je..

me : okay.. *senyum*

haha.. gatai sangat xnak tukar awal kan, hambek, terus ke Rm40 dari Rm10. Nak kawin punya pasal, baru tahu nak tukar kan.

before ni memang nak tukar. time adik buat pun sy ingat nak buat juga. tapi sebab penyakit 'M' datang, tu yang tak terbuat-buat.

so, peringatan kat sini, kalau kawan-kawan yang belum tukar i/c baru ni, kena tukar sebelum masuk umur 18tahun & sebelum masuk umur 25tahun ye. Nanti kena denda bayar lebih. Even Rm40, tetap duit juga kan? :)


p/s : haritu i/c saya siap dalam tempoh 2jam je.. sempat la pergi cuci mata kat mydin meru tu sementara nak siap.. kalau x, ambik esoknya pun boleh. sekarang xperlu tunggu lama..