:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 31 Disember 2013

Salam Terakhir 2013

Assalamualaikum, selamat pagi..



alhamdulillah.. kita masih lagi bernafas sehingga ke akhir tahun 2013. macam tak percaya je harini hari last untuk tahun 2013. kita berjumpa lagi esok di tahun baru ye.. :)

banyak juga pengalaman dalam tahun 2013 ni yang terlakar. nanti saya nak review la antara kenangan yang terukir dalam tahun 2013 ni.. Ya Allah.. betul-betul cepat masa berlalu kan.

dan untuk tahun 2014 ni, insyaAllah banyak juga perkara baru yang akan berlaku. itu semestinya. macam-macam perkara boleh terjadi kan. hope biarlah yang lebih baik buat kita semua. InsyaAllah..

dan start 02 jan 2014 ni, saya mungkin akan kurang blogwalking blog kawan-kawan semua. yup, tu yang saya nampak salah 1 perubahannya. insyaAllah blog masih ter-update selagi masa mengizinkan.

saya akan last kerja di koperasi ni sehingga hujung februari 2014. so start dari 02 jan 2014 ni, dah ada pekerja baru a.k.a pengganti saya di sini. walaupun tugas saya kat sini tidaklah sebesar mana, tapi saya dah diamanahkan untuk memberi tunjuk ajar buat pekerja baru ni..

so, mungkin saya akan berblog pun waktu malam. itupun kalau keadaan mengizinkan. entry pun akan autopublish. buat malam tu siap-siap. actually pengganti saya ni anak orang dikenali di koop ni. so, sila jangan buat perangai nak update blog, blogwalking time kerja. hehehe

harini juga hari last saya bekerja sorang sorang. bekerja tanpa dipaksa, tanpa perlu endahkan orang lain. sobbb.. pasti akan rindu suasana ni.. start khamis ni dah ada kawan. hope pekerja baru tu dapat buat yang lebih baik lagi dari saya ni..

so, kalau saya kurang blogwalking, janganlah mara ye.. saya dah inform awal-awal. kita semua tak kan lari dari perkara macam ni kan.. ^_^

yang penting, jangan lupakan saya tau.. sayang korang semua.. ^_*  

♥♥♥

Isnin, 30 Disember 2013

Pre Honeymoon : Ayer Keroh, Melaka

Assalamualaikum, selamat pagi..

lama betul blog tak update kan. last update pasal wordless wednesday. tu pun autopublish. kejam betul perangai kan.. hehehe.. ada yang rindu kita tak?? haha  :P

saja nak update story. kisah sebulan lebih yang lepas. nampak tak kemalasannya kat situ?? haha.. actually bukan kes malas je. tapi nak update blog kena ada story ni. nak mengarang story mood xde. jadi segala bahan saya peram jadi perkasam dulu.

now dah semangat nak cerita sebab baru balik dari bercuti with my luvly hubby.. hehehe.. :p

ni cerita masa kat melaka. masa lepas kenduri kawin belah sana. Ya Allah.. lamanya simpan. even cerita saya tak menarik mana, tetap juga nak tempek kat sini buat kenangan. tak gitu? huhuh..

haritu saya tempek cerita masa jalan-jalan kat bandar hilir kan.. ni cerita jalan-jalan belah ayer keroh pula. 13 nov. 13..


tak tahu la apa motif boleh sampai sini.. haha.. tetiba je kan masuk Galeri Lebah Melaka ni.. saya minta je en.suami bawa berjalan. janji dapat kuar jalan-jalan. bajet sangat laaaaa pre honeymoon tu.. :P


comel betul bila masuk dalam galeri tu.. geraaaam dengan patung patung yang ada tu.. nasib la saya bukan penggemar kumpul patung/bear bee camtu..hehe


kemas je dalam galeri tu..




kenapa macam cikgu baru lepas bagi ceramah ni??? :P


done cerita kat taman lebah ni.. gambar tak banyak. mood nak ambik gambar xde time tu.. gambar tuan blog pun sikit je..

lepas kuar dari Taman Lebah tu, en.suami bawa berjalan lagi.. hehehe..


Taman Seribu Bunga.. tapi tak tahu la tang mana bunga tu ada sampai seribu jenis. tengok xde pun.. kehkehkeh






dalam Taman Seribu Bunga tu, saya hanya kenal bunga Orkid je.. hahaha..




Orkid laa.. ;)

and the last picture before beredar dari situ..



ok laa.. sekian saja perkongsian saya tentang Taman Lebah Melaka & Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh Melaka.

nanti next story saya kongsi cerita yang lain pula ye.. :)

thank's for reading.. love u all.. 

Rabu, 25 Disember 2013

Wordless Wednesday : 25122013

Assalamualaikum, selamat pagi!..


Isnin, 23 Disember 2013

Salam Isnin . .

Assalamualaikum ..


Just silent & do the work..

Morning.. :)

Ahad, 22 Disember 2013

Review : Hadiah Kahwin

Assalamualaikum, selamat pagi..

Just for share.. bukan niat nak menunjuk ye.. entry sekadar sebuah penghargaan.






ni antara hadiah yang saya terima dari kawan-kawan semua.. terima kasih ye.. bukan niat nak menunjuk-nunjuk.. tapi ada antara kawan blog saya pun bagi hadiah.. nanti kalau rajin saya review 1-1 pula apa antara hadiah yang saya terima eh.. hehe.. ;)

kebanyakkan dari hadiah saya ni xde nama.. sedih saya tau.. macam mana nak membalas nanti.. actually saya tak jangka pun akan dapat hadiah sebegini banyak. sebab saya tak mengharap apa-apa pun.

niat saya menjemput kawan-kawan datang makan kenduri saya selain mendoakan kebahagiaan saya.. hadiah tu hanyalah bonus. memang saya xminta. malah xsebut pun datang bawa sekali hadiah, sebab takut niat kita menjemput menyimpang pula kan..

terkejut sebenarnya masa tengok hadiah ni. terkejut sangat-sangat. nasib tak kuar airmata. hihi.. 

perasan tak bantal yang bawah tu? hadiah dari adik lelaki saya yang belajar di adtec melaka tu.. sekali ngan gf dia.. maybe kongsi duit bersama la tu.. :) suka sangat hadiah tu.. masa dapat hadiah tu, punya laaaaa teruja.. hihi.. sebab tak pernah dapat hadiah lain dari lain camtu.. mekasih buat adik2 akk ye.. faiz & nana.. sampai ke sudah saya tak buka plastik tu.. sebab sayang punya pasal.. takut kotor.. hehehe

korang kalau nak tempah bantal camtu pun boleh tau.. add FB ni >> NORINA ART <<

mekasih sebab sudi singgah & baca.. ^_*

Jumaat, 20 Disember 2013

Cara Semak Pagerank Blog

Assalamualaikum, selamat pagi.. 

pagi ni ambik masa jelajah blog kengkawan. rasa macam dah lama sangat tak jelajah.. jelajah pun sekejap2 je kan. so pagi ni ambik masa, komen sebanyak mana yang boleh dalam satu-satu blog tu..

so jelajah blog kak sukma haron dulu.. terperasan pasal entry semak pagerank blog kak sukma ni kan.. so, hati pun tergediks la nak check juga. sebab lama juga saya tak check. then saya tengok pagerank saya sama statik je..

then sekali check tengok dalam result ni..


so, bila dah dapat result ni.. baru tukar yang kat blog tu.. dia bukan auto eh tuk tukar pagerank kat blog tu??


so, saya tukar aje la sendiri.. hehehe.. 

thank ye buat kengkawan yang rajin singgah sini. walaupun entry saya lebih kepada cerita peribadi, life, masih sudi membaca & tinggalkan komen..

so kalau korang nak check sama pun boleh.. just click kat bawah ni je ye..

http://www.prchecker.info/ 
http://www.prbutton.net/

click la yang mana-mana pun boleh.. selamat mencuba.. :)



cc: kak sukma

Khamis, 19 Disember 2013

Pre Honeymoon : Bandar Hilir, Melaka

Assalamualaikum, selamat pagi.. 

nak story lagi.. kisah sebulan yang lepas punya. punya la malas nak meng-update awal-awal kan.. so kira ni macam imbas balik la kisah haritu ye.. saja nak menempek gambar je pun..

ehhh, rasanya blog ni macam dah betul betul jadi blog peribadi kan. asik la cerita pasal tuan blog. dah macam syok sendiri je. tak kisah la, janji dapat bercerita tuk tatapan kawan-kawan kan? kalau ada yang membacanya la..

ni kenangan masa lepas kawin haritu la.. cewaaahh, macam la dah kawin bertahun kan.. padahal baru sebulan lebih. haha :P
saya kenduri di melaka 09 nov. means hari sabtu. dok kat sana sampai hari khamis. ni cerita masa hari selasanya. 12nov2013. bajet sangat pengantin baru kan, so nak la kuar berjalan ber-dua-duaan. haha.. :P

nak kata honeymoon, idak ler honeymoon pun. mood pun cam takde je nak berhoneymoon. kalau dapat pergi jauh-jauh selain melaka boleh la kata honeymoon kut.. :P
sebab excitedkan?

ni bajet ala-ala pre-honeymoon ajelah yerk!.. 


bandar hilir again.. erm.. dah bosan sebenarnya pusing melaka. sebab masa bulan 2 haritu pun pergi bandar hilir juga. tak tahu napa rasa tak best je. actually mood pun xde time tu..


tingin nak masuk dalam kapal tu.. hukhukhuk.. tapi dah bape kali pergi xdapat nak masuk. last pergi haritu dorang tengah ada renovate sikit. erm... hope nanti datang lagi berpeluang la masuk.. saja nak tahu apa ada dalam tu.. hehehe


dah boring duk tengok kapal besar tu, musing la sekejap je belakang tu.. River Cruise.. tak naik pun bot tu.. ehh, panggil bot kan yang kat situ? xkan kapal kan.. haha..

me : jom naik ni nak abang?
en.suami : nanti la kita naik..

erm... sabar je la.. mentang mentang la kampung dia, boleh postpone2 keinginan hati ni nak naik bot tu kan.. xpelah.. saya pun xde la excited mana masa tu.. sebab masa pusing bandar melaka haritu penuh dengan rombongan budak sekolah.. alahai.. ntah napa rasa xbest.. :(


en.suami kena jadi photografer kita la.. nak buat camne.. nanti xde gambar kenangan pula kan? ni bajet macam berjalan jauhhhhhh la sangat kan.. dengan background hotel belakang tu.. ada macam pergi berjalan luar negara tak?? :P


suka tengok view belakang tu.. cantik sangat.. nampak tenang je.. huhu..


ada pengantin tengah buat photoshoot kat hotel tu.. nampak tak gambar orang yang kecik tu.. pakai gaun warna merah.. pengantin cina..


ehh, ada gambar berdua pula kan?.. haha.. time ni en.suami dok rajin shoot gambar sana sini. pastu dekat situ ada sepasang mat saleh ni.. wife mat saleh tu tawarkan diri nak ambikkan gambar kitorng. bukan kitaorang suruh pun. mungkin dia tengok kitorang ni baru kawin, bajet macam honeymoon kan..haha.. jadi dia tolong la snapkan sekeping.. jadilah kan daripada xde.. ;)




time ni betul-betul dah bosan. tak tahu la napa.. biarkan je en.suami nak snap gambar.. saya dah malas.. 


balik-balik tengok air aje la.. huhuhuhhh.. tapi saya suka permandangan kat sana.. cantik je.. nampak tenang.. bestnya..


en.suami yang snapkan. time ni cerah lagi.. tapi sebab cahaya kamera, jadilah permandangan camni.. cantikkan?? waktu ni kalau tak silap around pukul 6 camtu..

and the last before beredar dari situ..


okay.. tamat la cerita hari ini.. nanti saya sambung story lagi ye.. story syok sendiri.. :P

SEGMEN : KENAPA AKU JADI BLOGGER ? BY AKUPENGHIBUR.COM

Assalamualaikum, selamat pagi..

saja nak mencelah.. nak join segmen. macam dah lama je tak join segmen kan. kali ni nampak menarik je segmen yang dianjurkan.

segmen yang dianjurkan oleh akupenghibur.com.


kenapa saya menjadi seorang blogger?

saya mula berblog sejak tahun 2011. kenapa saya menceburkan diri dalam dunia blogging? mulanya saya memang minat menulis. saya sangat sangat sukakan bidang penulisan, walaupun saya tahu, bidang penulisan saya bukan boleh pergi jauh mana. kebanyakkan apa yang saya tulis adalah sesuatu yang berkisarkan tentang kehidupan peribadi.

saya menjadi seorang blogger pun kerana terlalu sukakan penulisan. walaupun saya bukanlah seorang blogger yang dikenali, tapi setiap kali saya menulis, saya dapat 1 kepuasan. kepuasan untuk diri saya bila saya dapat meluahkan sesuatu melalui penulisan saya.

saya suka berkongsi cerita. sejujurnya, saya kurang kawan. saya rasa dengan cara berblog la saya akan kenali ramai kawan. banyak ragam & karenah, dan juga pelbagai cerita. dan kenapa saya menjadi seorang blogger adalah kerana saya mempunyai cerita saya yang tersendiri untuk saya berkongsi bersama kawan-kawan yang lain. cerita dari hati..



wirdaamir-world.blogspot.com = follower 222
yang lain tersedia follow..





Rabu, 18 Disember 2013

Word-Less Wednesday : Duit Tabung

Assalamualaikum, selamat pagi..


dah kira dah.. dah kira...
tak cukup la nak guna tuk pergi honeymoon..
ada yang nak belanja tak??
:P
haha!

Selasa, 17 Disember 2013

Review : Homestay - Solok Duku Village

Assalamualaikum, selamat tengahari.

saja nak tolong promote, walaupun tak berbayar. yang penting mungkin 1 hari nanti ada orang memerlukan ke, at least kita dah dapat tolong kan? :)


ni homestay yang en.suami carikan tuk kami bertanggak masa nak buat majlis sambut menantu di melaka. homestay ni kat kawasan masjid tanah. kalau saya nak ke rumah mertua dekat sangat-sangat. lebih kurang 5-7 minit je kut.


ruang tuk parking pun luas.. homestay yang sangat selesa bagi saya..


semua ni kete hantar rombongan pengantin.. hehe.. ramai yang join haritu.. semuanya sedara mara belah johor.


jangan risau ye.. kat sana ada wifi freeeee.. hehehe.. bila tak ramai orang okay line nya.. bila sume dah datang haritu, sangkut tak sangkut juga la.. tapi disebabkan free, baik ko duk diam2 je.. :P




gambar 2 kat atas ni, contoh bilik tuk 3 orang. means ada 3 katil la.. bilik besar. selesa sangat tau.. rasa macam tak nak balik je haritu.. huhu.. kalau xcukup katil, boleh je tido kat bawah tu.. ada carpet.. kut korang ada bawa narita pun boleh je join sama sebilik..hihihi..

bilik air pun selesa. besar. tak ambik gambar pun. lupa. tapi dalam tab adik ada kut.. 


saya duduk bilik bawah tu.. yang nampak tingkapnya tu.. yang tu bilik tuk 2 orang. pun besar juga.


haa, ni bilik yang sepatutnya saya & en.suami duduk. sekali malam tu dia sibuk dok goreng ayam okeh. last-last ajak pengapit saya temankan tido. hihihi.. selesa juga bilik ni. besar.



kalau tanya semalam harga nya berapa, tak silap haritu bawah Rm100 je.. murah la bagi saya + selesa pun iya biliknya.. kut-kut la ada yang ke melaka, tak tahu nak duk mana, try la homestay ni.. :)


notacinta:macam teringin je nak tido kat sana lagi..

Kesalahan Menyambut Hari Lahir

Assalamualaikum, selamat pagi..

terperasan entry ni kat facebook.. share untuk peringatan kita bersama..


alhamdulillah.. setakat ni bila tiba hari lahir seseorang, saya jarang sangat nak wish 'selamat hari jadi'.. dulu masa sekolah adalah.. tapi bila dah habis sekolah, dah kenal dunia IT, godek maklumat sana sini, saya hanya akan sebut 'selamat hari lahir', walaupun kawan saya tu bangsa lain..

meniup lilin. setakat ni saya tak pernah sambut hari lahir. kalau ada pun seingat saya masa tingkatan 4, mak buatkan kek oren kismis. then buh krim sikit-sikit. tu je. xde lilin pun.

bab balik telur & tepung. alhamdulillah, setiap kali tiba hari lahir saya tak pernah kena atau buat pada orang. dari zaman sekolah lagi. selalu tengok je kawan-kawan buat camtu. bagi saya dorang buat pembaziran. makanan pula tu. kan dilaknat Allah. even untuk suka suka!..

adik saya pernah kena. pastu ada juga kawan2 dia sembang kat fb pasal nak baling telur & tepung. last-last saya cakap, baik bagi je saya tepung sepeket, telur 5 biji, dah boleh buat kek sebiji tuk makan. 

jangan terlalu ikut budaya luar even untuk enjoy. orang kat luar sana *bangsa lain* seronok tau tengok kita join adat budaya mereka.. beringatlah ye..


dalam kita tak sedar.. ..

Ahad, 15 Disember 2013

8 Tahun

Assalamualaikum, selamat petang. 

alhamdulillah.. today 15 Dis 2013 genap 8tahun perkenalan antara saya dan en.suami.. Ya Allah.. tak sangka, lagi 2tahun cukup 10tahun perkenalan. 1 tempoh yang lama. tapi tak terasa sangat mungkin kerana sebelum ni kami jarang berjumpa..


paling rasa-rasa bersyukur bila hubungan kami berginjak 8tahun kami telah selamat disatukan.. alhamdulillah..


nak tahu kisah kami bermula? haritu ada yang tanya.. so click la sini ye.. 
>> Kisah Kami [ Part 1 ]
>> Kisah Kami [ Part 2 ]

yeaayyyy !! kami dah kawin..  :P