:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Rabu, 27 November 2013

Maksud Di Sebalik Hantaran & Perjanjian Tempoh Pertunangan

Assalamualaikum, selamat malam..

okeh, sekadar nak menjawab pertanyaan dari cik dhiya tentang maksud hantaran yang saya ada share kat dalam entry ni.

erm, saya ni dulu pun xde la pandai sangat. tapi sebab ada orang cerita, maka jadilah tahu. sebab kena kat diri sendiri juga.

maksud hantaran serba 1 tu, contohnya barang-barang hantaran yang kita perlu sediakan tu berasaskan kepada keperluan diri kita. contoh macam barang hantaran yang saya & suami sediakan tu.




ni barang yang saya bagi pada dia la.. barang yang dia akan pakai. dulu masa tunang dorang bincang, nanti hantaran sama naik masa nikah. hantaran serba 1. saya pelik juga. sebab tak tahu. pastu makcik la bagitahu..




saya tanya makcik, barang apa nak kena sediakan. so makcik terangkan. antaranya 1 set barang sembahyang.. macam perempuan telekung la.. pastu handbag, kasut, sepersalinan baju, set wangian dan sebagainya.

Lagi 1 punya hantaran, kalau dia minta hantaran serba diri ni, agak semput juga la pihak lelaki nak sediakan. kalau kena dia bukan dari kalangan kaya raya, jenuh la nak penuhi semuanya..

barang hantaran serba diri ni kena lengkap set barang kemas/perhiasan buat si isteri. maksudnya dari subang/anting-anting, rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki.. haa, ada lagi ke eh barang kemas yang ppuan pakai? tindik kat hidung tu tak yah la ye..hehehe..

maksudnya setiap barang kemas tu mesti lengkap.. fuuhhh, sian tau para suami nak sediakan ni.. kalau boleh jangan la aniaya pihak lelaki dengan hantaran macam ni kalau dah minta hantaran puluh ribu.. semput tau.. lain la kalau dapat tajaan macam che Ta tu.. haha.. tetiba masuk kisah cik Ta kan..  :P

setakat yang saya tahu 2 perkara ni je la.. tapi kalau hantaran tu tak minta serba apa, senang la korang. means kalau dah tak tahu nak letak apa, boleh la letak gubahan halwa ke, gubahan coklat ke ikut suka korang..




erm, pastu nak tambah sikit la tentang perjanjian orang kalau dalam tempoh bertunang ni. pernah tak dengar, kalau tempoh tunang tu dia cakap 'setahun mati'..?
paham tak maksud dia apa? ni pun saya baru-baru ni tahu dari mak..

mak cakap, kalau contohnya perjanjian tempoh tunang tu 'setahun mati', contohnya kita bertunang dalam bulan november 2013, jadinya kena buat juga majlis tu setahun akan datang, dalam bulan november 2014. tak kisah tarikh tu bila, tapi kena buat dalam tempoh tu.. fuhh, cukup duit ke, tak cukup duit ke, majlis tetap akan berjalan dalam tempoh setahun tu..

kalau sebelum ni selalu saya dengar 'setahun hidup', jadinya majlis tu boleh buat sama ada cukup setahun atau pun kurang dari tempoh setahun tu. tak jadi masalah. tapi time saya, saya tak perasan pun. perasan pasal kisah hantaran je..hehehe.. sebab tu time saya, saya tunang sampai tempoh setahun 9bulan.. hehe.. takde tetap.

cuma yang saya dengar, seandainya apa-apa terjadi, tarikh tu akan dibincangkan semula.. sebab time tu kena la paham. ngan tentera ni mana nya boleh dapat tarikh tetap betul2 kan.. mesti ada punya nak dirombak2..

then lagi satu tentang 'langkah bendul'.. yang ni rasa saya semua orang pun tahu kan? si adik kawin dulu dari si kakak( kakak yang masih bujang). kadang bila langkah bendul ni, pihak lelaki akan bagi cincin sebentuk. kadang sekali dengan sepersalinan. kadang bagi antara 1 tu la.. ikut la permintaan yang macam mana.

macam my mum dia cite, dia kawin dulu dari kakak dia(makcik saya) yang sorang lagi masa tu belum kawin. jadi langkah bendul la.. so my dad belikan cincin sebentuk. macam tu la kisahnya. tapi bila zaman dah moden ni, saya tak tahu la kalau si kakak tu minta iPad ke, tab ke.. maklum dah, zaman iT kan.. hehe

okeh la, ni je dulu tentang perkongsian saya. seandainya ada akak-akak atau pangkat ibu-ibu yang singgah sini, seandainya saya tersilap, harap dapatlah betulkan ye.. :)


*saya tak sure la perjanjian ni digunapakai dalam setiap negeri @ kat negeri johor je.. sebab selalu dengar belah johor je.. yela, saya kan kampung kat sana..hehe


31 ulasan:

  1. Info menarik. Macam mana kalau lelaki belum mampu nak siapkan belanja dalam tempoh bertunang tu? Kalau postpone2 ade efek ape2 ke? ^__^''

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm, yang tu saya tak pasti la pula.. sebab jarang dengar tntng perkara penanguhan tu..
      paling2 tidak pun, ckap2 belakang je la kut..heheehe

      Padam
  2. tq mimi. dah faham sikit. saya duduk pahang, tapi asimilasi budaya dah banyak. sebab tu saya tak arif sangat pasal ni. sungguhlah adat melayu kita mmg unik (selagi tak bertentangan dengan agama)

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome.. :)
      erm. tu la.. macam2 adat kan.. ikut negeri masing2 la.. tp selalu sy dngar tentang perkara yang ni..

      Padam
  3. saya tersangat lah fahamnya sbb org johor ... nasib baik x de langkah bendul kan . klu tak lagi pengsan pengantin lelaki ... heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa, betul.. orang johor msti ikut adat gini kan... coz my mum pun orng johor.. tu yng saya tahu sikit2 tu..
      kalau langkah bndul, pastu si kakak minta pula barang kemas, pening betul nak sediakan..haha

      Padam
  4. Oke, baru tahu term2 ni. Saya takde pengalaman lagi benda2 gini. Belum masanya lagi. hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe.. ambik kisah dari sekarang..nti kena turn sendiri, dah tahu.. :)

      Padam
  5. Oo.ingatkan bleh sesuka je bg ni..huhu..nnti2 bg kek j la kat pihak laki smpai 7 dulang.hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..
      amboi.. kek sampai 7 dulang.. jenuh juga nak ngadap oven tu..hehe

      Padam
  6. sebaik2 perkahwinan ialah ug sederhana...x payah la buat grand sgt sampai berhutang sana sini kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu abe kie. tak perlu bermegah dgn pembaziran..

      Padam
  7. akak pernah denga juga psl tunang setahun mati hidup tu..tapi tak pernah pon amik kisah..haha..kami dulu plan nak tunang 2 tahun tapi jadi 8 bulan..hahaha..akak pon tak tahu kami dulu tunang setahun mati ke hidup..hahahaha..kira mimie post entry ni baru akak faham..thanks yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome kak.. saya tahu ramai yang tak ambik kisah bnda camni.. tp sebab mak orng johor.. pastu kalau time tunang je, mesti ada macam2 perjanjian..tu yang ambik tahu..hehe

      Padam
  8. dulu tertanya - tanya juga apa maksud hantaran serba duduk serba berdiri tu. sekarang tau lah, itu maksudnya ye? mungkin lain tempat lain maksudnya.mungkin juga maksudnya tak jauh beza.

    boleh saya panjangkan info tuan rumah ni ke blog saya? ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. serba duduk? tak pernah pula saya dngar.. mngkin setiap negeri ada kelainan sikit dari segi maksudnya.. :)
      boleh aje kalau nak share..

      Padam
  9. bagus info ni...
    akak dulu time bertunang terus hantar hantaran sekali..
    so time kawen tak buat hantaran dah...
    senanggg keje...hehe

    BalasPadam
  10. yup, betul tu kak mimie . orang johor praktik stail camni :)

    BalasPadam
  11. yang penting ambil berkat dari sebuah majlis perkahwinan.....

    BalasPadam
  12. wah..bagus info nih..kalau ikut istilah kat kampung IbuNoey,serba berdiri ni lengkap dengan katil semua..dan kalau setahun mati tu,tempoh tak boleh lebih dari setahun.;)

    BalasPadam
  13. Eh ...tengok header blog ..dulu sendiri sekarang dah berduaaaaa...weeee :D

    BalasPadam
  14. info yg sangat menarik ....tq mimie..

    ehhhh canteklah header die......sweet..romantik...nice... :)

    BalasPadam
  15. ehem!!! header cun!

    hantaran simple but nice..suka suka!

    BalasPadam
  16. macam best jer tengok hantaran tuh .. hahaa .. ehh , sy langkah bendul .. sebab pakcik saya ta kawen lagi .. boleh macam gitu ? hahaa

    BalasPadam
  17. Pernah dengar jugak istilah2 ni.. Tapi tak berapa amik tau... Hehe..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  18. mmg byk istilah org dulu-dulu ni... sy dulu xde plak la sbut psl hntran serba satu ni.. jnji berapa n bls brpa itu je..

    BalasPadam
  19. nice sharing. penah denga setahun hidup tuu pon tahu sebab BFF nak tunang.. agak blur jugak. sekang da paham..hihi nt da tunang senanglaa ~_^

    BalasPadam
  20. Hahaha....tak pernah tahu pon pasal term2 ni tau...sebab discussion tu mak ckap...biar depa bincang sama2 depa....hahah...tempoh pon sama....tapi alhamdulillah tunang kejap je 7 bulan...hihi

    BalasPadam
  21. Ape maksud hantaran bersih pulak

    BalasPadam