Preparation = Stress

Friday 4 October 2013

Assalamualaikum, selamat pagi..

rasa macam malas nak update blog. tapi nak luah juga apa yang terbuku dalam hati. maaflah ye, ni bukan entry minta kesian ke apa. just luahan saya semata-mata. so, jangan la ada yang fikir bukan-bukan pula.

kalau tengok tajuk pun dah paham kan? preparation = stress.. kalau stress kerana preparation. ok, sapa-sapa pun yang nak kawin mesti alami punya la benda ni. memang tak boleh lari. elaklah macam mana pun, mesti akan hadap juga masalah ni.

cuma masalah ni kecik @ besar je. stress ni datang dari diri sendiri ke, family ke, bakal orang baru ke, sapa-sapa je la. kalau nak kawin, dapat sponser pun boleh dapat stress ni. erm, kalau nak dicerita tentang saya sendiri, fikir banyak kali nak luah kat sini ke x. takut juga nanti ada orang fikir bukan-bukan.

sebelum tu, jangan la nanti komen kat saya, 'sabar ye syamimi, semua tu dugaan'.. ye.. memang dugaan. tapi tolong jangan komen camtu.. saya dah letih dengar. huhu.

apa yang saya tulis ni saya anggap macam saya tulis dalam diari tanpa ada orang lain baca. anggap je la.. tapi kalau korang nak komen pun, komen je la ye.. huhu..

saya rasa dalam tempoh 2bulan ni, memang hebat stress yang saya dapat. walaupun orang lain tengok saya relax je, boleh gelak-gelak macam xde apa-apa masalah. ye, masalah kadang tu xperlu nak tunjuk. nak protes bagai. xde maknanya. kang malu sendiri buat macam tu. 

tapi sebenarnya kuat effect dalam diri saya dalam diam. paling ketara nampak sy kurus. soobbss!.. dulu masa en.tunang ke lubnan pun berat boleh mantain dalam 44kg nak ke 45kg.. haritu awal bulan 9, hampir 2 minggu saya stress teruk, tapi saya diamkan je.. sekali tengok berat badan turun ke 42kg.. Ya Allah.. sampai macam tu sekali. dan sekarang ni slow-slow baru nak naik ke 43kg.. tu pun datang balik stressnya..

dan sekarang ni dapat stress baru.. kereta yang saya pakai hari-hari pergi kerja tu buat hal. yup!.. buat hal. xboleh nak start pula. adik yang lelaki tu dah balik ipoh. now dia praktikal kat sini. tak tahu la kereta saya tu merajuk ke apa. haritu bulan 5 dah repair starter.. yang ni entah laaaa... ye, saya jadi stress dari segi $$$ !.. kalau xde $$$, semua perkara tak menjadi..

tak tahu la, kenapa Allah bagi ujian macam ni.. mungkin nak tengok sejauh mana kesabaran & kekuatan saya kut.. kadang-kadang rasa macam tak mampu nak hadap semua ni. tapi follow juga la kehidupan tu..

tadi saya pergi ke pej. pos. atas sesuatu urusan. pastu saya tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin ke 'pucuk dicita, ulam mendatang'.. << betul ke ni??

masa tunggu turn nak buat urusan, sekali ada sorang kkak ni tegur.. mungkin la pangkat kkak.. dia yang biasakan diri kkak.. dia cerita la kalau nak buat kerja part-time. means ada niat nak tambah side income..



ok, dah blur jap.. sebab macam tengah terfikir pasal tu.. tetiba time tengah ada masalah camni, datang pula hal camni.. saya, entah laa.. nak try ke?? boleh percaya ke?? tengok kkak tu pun ok, baik je..

ntah laa, time masalah datang, adakah perlu saya mencuba benda camni?? dah la sekarang masa banyak habis tuk perkara nak kawin.. bila masanya pula saya nak join part time camni?? aduhai.. 

serabut kejap.. xpelah.. nanti nak tanya pada en.tunang la.. atau, ada x sapa-sapa yang join benda ni juga???

saya xreti sangat benda-benda macam ni.. ada pandangan????


notacinta : legadapatluahdalamblog!.. bila dengar zikir lazim, Ya Allah... tenang hati..



26 comments

  1. saya pernah menjadi wakil takaful. dia based on komisyen selama 6 tahun. setiap tahun komisyen dia berubah. tapi, kerja menjadi wakil takaful ini berat tanggungjawab dia dan memerlukan sedikit masa untuk mahir. kalau mimie nak mencuba, tak salah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. yeke.. tu la.. saya tahu benda tu kerja berat.. dan memerlukan lebih masa.. ntah la.. buat masa ni xberani nak try..

      Delete
  2. lg nak kawen.. lg kena jaga kesihatan mimie .... jgn stress2 sgt. bab takaful tue, mcm jual insuran ke? bg yana kalau dah hampir nk kwen nie. baik fokus pada majlis dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la yana.. kadang rasa xtahu napa jadi mcm ni.. kesihatan pun xterjaga.. tu la, tp dia kata lebih kepada islam.. buat masa ni xnak fkir bab tu dlu..

      Delete
  3. syg, jaga diri. xmo stress2 okay. anggap semua ujian Allah :)

    ReplyDelete
  4. selalunya keje2 takaful ni kena sabar
    miemie kena pandai attract org

    then before miemie jd ejen takaful, miemie kena amek exam
    (p/s: kite pernah amek exam islamik takaful, kinda susah juga :(

    jaga diri ok,
    kite faham sgt situasi miemie sbb pernah stress mcm tu

    kuatkan semangat ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaa.. xmo la join.. kita xde smpat nya nak jmpa2 orang ni..
      insyaAllah.. semangat masih kuat.. cuma letih hdap sume ni..

      Delete
  5. Apa yang terjadi semua telah diataur elok oleh Allah.. terima & hadapi dgn tenang ye mimie..
    mungkin ada hikmah yg baik disebalik dari apa yg terjadi.. so jgn stress2.. family, tunang & kawan kan ada.. cuba dpt kan pendapat diorang.. Chill ok =)

    ReplyDelete
  6. fokus yang mana penting dulu mimie..inshaallah kalau ada rezeki bak part time adalah nanti...
    bab kereta itu memang tak boleh nak elakan...time kita jimat untuk sesuatu perkara time itu ade je kene keluar pulus...

    ReplyDelete
  7. Jgn tertekan sgt mimi..bwk bertenang eh...sabar2...inhale exhale ya :D

    ReplyDelete
  8. sabar, rilek mimie, jangan tunggang terbalik ok,.. semua boleh kasi settle punya... dun wori dear...
    mama klik nuff mimie.

    ReplyDelete
  9. Salam dik... lama akak tak jenguk adik heheheh akak dah bizi bebeno ni hehehhe btw akak dulu agen takaful juga dik, part time juga ok kalu ada usaha dan kalau adik nak. Akak dulu boleh dikatakan pendapatannya masyuk juga yg penting skill dan cara kita berhadapan dengan orang :) dan yang paling utama, niatkan dalam hati, kita jd agen ni nak membantu orang memahami selok belok takaful dah mengamalkan cara islam InsyaAllah rezeki tu datang sendiri nanti :) sehinggakan akak ramai klien bukan islam juga :) fahami betul2 cara2 dia, ambil peperiksaan supaya kita boleh bantu orang selebihnya rezeki Allah bagi. So good luck k :)

    ReplyDelete
  10. 2 mcm marketing la sya awak kena pandai cakap sb nak bg org percaya untuk bli skim yang awak akn jual... hurm if awak pandai dalam berkomunikasi try la mana tau rezeki... untuk side income je kan?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dik, akak br je masuk blog awak...saja baca2 cerita awak,akak tak tau pasal bisnez lain, nak join shaklee? Akak rasa kita orang perempuan ni lg mudah..jom jalan2 kat blog akak..http://madampam.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. kalau nak join, kena selidik dulu mimi...takut tertipu..lebih2 lagi waktu2 terdekat ni
    rileks...tenangkan diri..insya allah ada jalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya kak.. rasanya xde nak join kut.. xnak serabut otak.. mklum la, kut2 diuji je, pastu kita terkena balik kan..

      Delete
  13. lagi dekat nak majlis kahwin ...lagi stress dibuatnya....masalah kewangan memang utama, tak der duit poning dibuek ehh....kekadang kita kena berfikir di luar kotak kalau mimie tak boleh buat jangan buat, bisnes takaful nie berat takut dgn stress mimie menyebakan tension lagi....so pilih jalan terbaik yang lain......selalulah beristighfar.....

    ReplyDelete
  14. semoga Allah permudahkan segalanya. fighting^^

    ReplyDelete
  15. nk kawin ni mmg stress sbnarnyer.lbh2 lagi kalau semua mende dar A smpai Z kite srg jer yg buat.lg 1 part lelaki tu jgn masuk campur sgt...kalau boleh elak jumpa elaklah jumpe....biar hal famili lelaki yg bereskan...sbb kalau amik tau kite pun pening juga xpasal2 jer ... :)

    ReplyDelete
  16. Sy pun stress klu ajen takaful dtg... X tahu la knp tapi mmg x suka org promote2 bnda2 gtu... Last2 sy akn ckp gini je.. Klu nk sy akn cari atau call...xyah nk promote2.. Huhu

    ReplyDelete
  17. Tak sabar nak tengok sis kawen. Hihi.

    ReplyDelete
  18. Biase la bile nk dkat kawen msti de mslh tmbul yg wat kte stress

    ReplyDelete