Kenapa Saya Suka Berblog

Wednesday 5 June 2013

Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..



Salam rabu semua. bila hari rabu mood nak menaip panjang berjela tu datang. so no wordless wednesday la ye. saya tukar hari lain la, boleh? ;)

Nothing special pun entry-entry saya ni. sekadar berkongsi apa yang mampu. apa yang terdetik untuk saya bebelkan. saya ni bekerja sorang-sorang. so memang xde kawan sembang la. jadi kawan sembang saya adalah blog. saya tak pernah menyesal wujudkan blog ni. sebab saya rasa best sangat ada blog ni walaupun kita ni tak la sehebat mana. tak macam blogger-blogger yang sedia ada famous tu. apa-apa pun kita kenalah jadi diri kita sendiri kan, betul tak?

Kenapa saya suka ada blog? Yela, kadang-kadang bahaya juga kan bila kita berblog ni. Bahaya tu kalau ada orang salah guna copy artikel kita ke, gambar ke, yang tu saya pun tak suka. Dalam berblog ni saya suka sangat baca entry kawan-kawan tentang kisah kehidupan. Pada saya entry tu sangat menarik berbanding GA yang menawarkan hadiah yang hebat-hebat. Bukan la saya tak join sama, tapi saya suka cari entry yang berkaitan dengan cerita.

Mungkin sebab saya suka membaca kot. So, entry tentang macam tu memang best. So, kalau saya ada komen banyak-banyak kat entry korang jangan mara tau. Sebab kadang saya ni lambat terjah blog korang. Mungkin berminggu-minggu tak singgah, so sekali dapat singgah balas la habis-habisan.

Saya suka baca entry lama-lama. hehehe. Best je tau. Yela, entry lama-lama ni kan 1 kenangan yang tak kan dapat kita jual beli kembali. 1 kenangan yang telah berlalu. 1 kenangan yang kita tak boleh nak pergi balik kepada keadaan tu. Macam saya punya entry, yang dulu-dulu macam banyak kisah sedih je. hehehehe. Yela, nama pun kehidupan kan, jadi setiap apa yang kita rasa, mesti kita tak nak tertinggal catat dalam diari. Eh, berblog pun sama la macam kita tulis diari kan. Cuma diari kita ni public. Sapa-sapa pun boleh baca. 

Macam diari hati saya ni memang masa wujudkan dia, saya memang nekad nak menulis kisah perjalanan hidup saya. Masa mula-mula nak berjinak dengan blog ni, malu tu jangan cakap la. Malu sangat kalau orang baca. Yela, kalau dah malu baik tak yah ada blog kan. Tapi bila dah lama-lama, seronok pula sebab dapat berkongsi macam-macam kisah dengan kawan-kawan. :)

So, lepas ni kalau kawan-kawan suka buat entry tentang cerita, insyaAllah saya akan singgah & tinggal jejak. Kalau saya lambat jejak tu, jangan mara tau. Sebab saya kadang nak mengomen pun ikut mood. hehehe..



*tetiba rasa rugi pula tak cerita macam-macam dalam blog ni. Seronok baca entry lama-lama, kisah sedih pun boleh buat kita tersenyum. Sungguh Kenangan. :)


24 comments

  1. betul betul betul..baru semalam tgk entry lame blog sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. OpsSss..kalau boleh jgn bongkar entry lama yana .... kikiki

    ReplyDelete
  3. aah kdg2 best kan bace entry lame2...

    eh mimie keje pe erk?

    ReplyDelete
  4. Betul tu... Best baca entry kengkawan terutamanya cerita kehidupan. Cuma... Akak selalu silent reader. Haha... Nak2 kalau line slow. Mintak maaf ler klu x komen.

    ReplyDelete
  5. aien :
    -macam kelakar je kalau baca entry lama2 kan.. :)

    yana aina :
    -waah, mesti ada sesuatu ni..hehehe

    mimi azirah :
    -kenangan menggamit memori..hihi.
    saya pembantu tadbir koperasi je kak..

    fizalinolie :
    -seronok kan.kadang macam teringin nak kehidupan macam tu. aloh2..senyap2 je eh akk..hihihi

    ReplyDelete
  6. sama laa... suka baca entry pasal kehidupan... g jenjalan... review itu ini...

    ReplyDelete
  7. alamak.. x pndai la nak karang cerita... hehe...

    ReplyDelete
  8. Samalah. Dya pun suka baca entry lebih2 pasal tuan blog tu. :)

    ReplyDelete
  9. stuju ngn kak mimi..btw, anis suke bace entri kak mimi >.<

    ReplyDelete
  10. mula-2 berblogging sye ingat blog ni sekadar sharing kehidupan kite je, rupanya boleh join segmen, boleh art-trade,review blog org n boleh bagi info best-2 hehehe :p

    ReplyDelete
  11. Bertambah seronok bila kerja sendiri ye Mimie - mujurlah ada blog jadi teman utk tidak rasa boring.

    ReplyDelete
  12. umm betul-betul :) walaupun tak kenal, still boleh bertegur sapa dalam blog. tu yg bestnya. ukhuwah online. bila sedih, baca blog orang lain. then tiba-tiba dah happy balik. pelik kan. tapi tulah kenyataannya. hehe

    ReplyDelete
  13. Samalah.. Sering keseorangan.. Tapi saya lain, saya tak ada kawan baik nak temankan saya bercakap bap tu berblogging

    ReplyDelete
  14. bertegur sapa di blog..xkenal, xpernah jumpa tapi mesra..=)

    ReplyDelete
  15. Kan, di samping boleh jd cerita kehidupan kita, blog juga dapat dijadikan medium perkongsian ilmu bersama kawan2, dan dapat tambah saham di akhirat jika kita pandai menngunakannya dgn cara yg betul.

    Teena pun baru lg dlm blogging.

    ReplyDelete
  16. mimie :) berblog ni banyak faedah ny kalau kena gaya ny...yang penting kita mematuhi etika...jadi blogger yang sihat :D entry lama2 kalau terclick dan terbaca...mesti senyum sorang2 :)

    ReplyDelete
  17. Baca entri retro..hehe.
    Sesungguhnya memang banyak perjalanan hidup yang dapat dirakam dan disampaikan melalui blog.

    ReplyDelete
  18. nampaknya kita sependapatlah Mimie..
    kita cuma nak share pendapat & pandangan je dlm dunia blogging ni, at the same time kita bleh catat diari perjalanan hidup kita ;)
    seronok sangat

    ReplyDelete
  19. blog merupakan diari lama kita kalau blogger menceritakan kisah hidupnya di dalam blog....

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum,

    hi mimi... aah la.. kita pun suka baca kisah hidup orang. boleh jadi pengajaran dan tauladan buat kita kan. macam isma pun suka bebel dalam blog.

    orang boleh baca, isma tengah sedih ke.. gembira ka.. kalau x berceloteh, isma lebih suka ekspresi menerusi puisi yang kadang2 buat orang lain pening kot baca..

    hihi.. apa yang pasti, semua itu ikhlas dari hati isma sendiri.

    oh ye, kalau nk share entry blog lain kene la dapatkan persetujuan kan... jenuh perah idea.. no good la!

    ok.. nampak kan.. isma memang laju kalau menaip ni.. hihi ^_^

    ReplyDelete
  21. otak kita ni tak boleh nak simpan memory banyak banyak. jadi guna blog ni suh dia tolong simpankan segala memory

    ReplyDelete
  22. bila tengok entry lame2 dulu rase macam sengal-sengal je.. hahahaha..

    ReplyDelete
  23. suka berblog sbb nk update psl aktiviti sendiri, pastu bila baca entry lama2, gelak sorang2...

    ReplyDelete