Ingin Berkahwin? BERSEDIAKAH Anda?

Thursday 4 April 2013

Sebelum memasuki alam rumah tangga, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh pasangan. Persediaan ini adalah perlu kerana ia akan memudahkan lagi perjalanan kehidupan rumah tangga anda, yang mana sebelum ini kehidupan sebagai seorang yang bujang, adalah sama sekali berbeza dengan kehidupan alam perkahwinan. Sering kali terjadi salah faham dan pergaduhan akibat benda-benda kecil sehingga kadang-kadang mampu membawa kepada penceraian.



PakarCinta ingin berkongsi apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan, sebelum melayari bahtera rumah tangga, yang insyaAllah mampu membawa kepada kebahagiaan sampai ke syurga.



1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak. 

 2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi 
kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama. 

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan. 

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua. 

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk. 

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA. 

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni. 

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung. 

9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah. 

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman. Dan cari penyelesaian terbaik jika anda bertengkar dengan suami atau isteri.


Apa yang penting sekali, perlunya tolak ansur antara satu sama lain, dan juga setiap pasangan perlu memayungi rumah tangga mereka dengan payung keindahan Islam. Kerana lafaz “Aku terima nikahnya” maksudnya aku terima dirinya seadanya.. InsyaAllah rumah tangga anda kekal sampai ke SYURGA~



sumber : PakarCinta.Com

8 comments

  1. Betul tu kak, kadang2 kalau nak kahwin ni tak boleh fikir seronok je.. padahal tanggungjawab lebih besar menanti kita.. nak taknak kena mulakan hidup baru, jadi manusia yang sungguh matang.. komen ikhlas dari budak yg masih single :D
    p/s: nanti kalau dah ada kad jangan lupa ajak kita tau tau tau.. :)

    ReplyDelete
  2. jom join

    http://iu-hazirah.blogspot.com/2013/04/mini-giveaway-topup-by-nabila-izzaty.html

    ReplyDelete
  3. wah..kak mimi dah ready nampaknya..nice sharing kak mimi..

    ReplyDelete
  4. wah..kak mimi dah ready nampaknya..nice sharing kak mimi..

    ReplyDelete
  5. iha zaliza :
    -yup..fkir seronok je, last2 nti kita jgk yang merana..aduh..takut d buatnya..
    *insyaAllah..sampai masa, akk ajk ye.. :)

    normi nieza :
    -tQ.. :)

    iu-hazirah :
    -tQ for invite..insyaAllah ya.. :)

    alyn roslan :
    -hahaha..ready lama dah.. :p cuma tak terlaksana je lagi..hihihi..

    ReplyDelete
  6. Kawen ni kalau boleh nakl sekali je seumur hidup.....
    memang kena bersedia fizikal dan mental..

    ReplyDelete
  7. betul tu mimie.. insyaAllah kite cuba aplikasikan.. hehe nk aplikasi tu sgt mencabar sebenarnya.. biasalah bumi mn x ditimpa hujan, yg penting sdiakan payung sbelum hujan hihi :D

    ReplyDelete