Pelakon Siti Fazurina
terpaksa bernikah kali kedua selepas mahkamah mendapati perkahwinan kali
pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak
kerana memberikan maklumat palsu.
Akad nikah kali kedua
pasangan ini telah diadakan pada 20 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Batu
Gunung, Pulau Pinang dengan berwalikan adik kandung Fazurina, Mohd Firdaus Mohd
Famir, 22.
Memetik laporan mStar
Online, perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu
Bakar, 61;
"Pihak mahkamah
telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi
maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna
berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.”
Fazurina dan Hykal
melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20
Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli
keluarganya lain.
"Saya sebenarnya
tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila
memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak
merestui hubungan mereka itu.
"Tiada seorang
ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini
(melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan
kebenaran," ujar Zubaidah yang belum terfikir untuk memaafkan perbuatan
Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.
sumber : Media Hiburan-Karangkraf
nie lah padahnya cinta itu buta..huhu
ReplyDeletekesal dgn sikap sesetengah orang yang memandang remeh isu berkaitan soal agama ni..punya lah gatai nak kawen, sampai sanggup ketepikan soal agama, sampai tak tahu mana yg haram mana yang baik...huhuuh
ReplyDeleteIngat bahagia ke kahwin tanpa restu parents? Tsk tsk tsk..
ReplyDeletekenapa keluarga dia tak restu?
ReplyDeleteadehh.... nikah kahwin bukan perkara main2...kenapalah amik pelecaih sangat perkara ni...sepatutnya kena details dari mula...
ReplyDeletekite tgk kan jerk ...
ReplyDeleteastaghfirullah....
ReplyDeletenikah kahwin bukan blh dibuat main.kena betul2 sah.
hmm...
perkahwinan itu hendaklah di war-war kan...haaa...kan payah klu tetibe tahu sbnr ye tak sah...adehhh :)
ReplyDeleteTak tahu nak cakap apa..ermm..
ReplyDelete