Sudah menjadi
lumrah manusia untuk ingin memiliki apa-apa sahaja yang kelihatan menarik,
termasuklah baju. Namun, sekiranya tidak berhati-hati, sikap anda yang gemar
membeli-belah boleh mengakibatkan pembaziran wang dan hal ini bertambah teruk
pula sekiranya anda menyesal pula dengan baju yang baru sahaja dimiliki.
Untuk megelakkan
perkara tersebut dari berlaku, kami ingin kongsikan lima tip penting yang patut
diamalkan ketika membeli baju baru.
Beri perhatian pada saiz baju yang dipilih
Saiz memang sesuatu yang paling dititikberatkan ketika membeli baju baru kerana tidak guna mengenakan baju bercorak dan berpotongan cantik sekiranya saiznya terlalu besar ataupun terlampau sendat untuk tubuh badan anda. Oleh itu, anda perlu mencuba dahulu baju yang ingin dibeli itu dan sebaiknya mintalah komen dari teman membeli-belah ataupun staf kedai.
Pilih warna pakaian yang sesuai

Pilihan warna sangat penting
kerana warna banyak memainkan peranan terhadap penampilan diri anda dan
sekiranya disalah pilih, akan mengakibatkan diri anda kelihatan bosan dan lebih
teruk, janggal. Pastikan warna baju yang disukai itu sesuai dengan kulit anda.
Hal lain yang perlu diambil kira termasuklah warna untuk koleksi pakaian dan
aksesori lain yang sudah ada di rumah serta tempat dan majlis yang ingin anda
hadir bersama baju tersebut.
Teliti jenis kain yang digunakan untuk pakaian
Apalah gunanya baju cantik sekiranya kainnya membuatkan diri anda berasa tidak selesa? Jika anda kuat berpeluh, anda patut berikan perhatian pada jenis kain baju yang dipilih untuk mengetahui sama ada ianya menyerap peluh ataupun tidak. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Memang leceh sekiranya anda perasan baju yang dibeli itu berlubang atau koyak setelah membelinya dan tidak semua kedai akan memulangkan semula wang yang diberi. Untuk mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, pastikan setiap bahagian baju diperiksa dengan sebelum anda membelinya.
Pastikan zip pakaian masih berfungsi
Seperti tip keempat itu, anda semestinya tidak mahu melalui kesukaran setelah menyedari zip pakaian tidak berfungsi selepas membeli pakaian tersebut. Pastikan bahawa anda juga sudah mencuba zip pakaian tersebut beberapa kali sebelum memilih unutk membelinya.

sumber >> S.I.N.I <<
nice sharing ;)
ReplyDeleteooo ada jugak ke cara ak beli baju
ReplyDeletenazmin nazifa :
ReplyDelete- :)
afiq :
-eh, mesti kena ada tipnya.. tip ni lebih pada peringatan.. :)
Betul..sama kak..saya selalu buat macam tu..tengok jenis kain terutamanya. Tapi satu yang jarang dibuat tengok zip..nasib baik jarang beli baju yang jenis berzip.
ReplyDeleteSo far AJ memang praktikkan semua ni bila beli baju baru..
ReplyDeleteCuma kadang2 warna tu je....
Nampak macam sesuai.. Bila dah balik & test rasa tak sesuai pulak... =D
Betul memang kena check betul2 hal baju. tambah2 kalu bju tu tak boleh ditukar .. kalau beli tesco , Giant memang tak boleh dah T_T
ReplyDeleteThanx. Bella mmg tgh cari baju baru ,:)
ReplyDeletePart beli baju or seluar akak memang cerewet sikit... Terutamanya saiz dan zip. Hehe...
ReplyDeleteyup..ape2 seblum bli kne cek dulu
ReplyDeletetips berguna..like like
ReplyDeletegood tips mimie :)
ReplyDeletepernah juga beli baju tp xpakai. pakai pown sekali dua je..huhu
BEST TIPS NI..
ReplyDeletenurul aini :
ReplyDelete-erm, akk pun selalu camtu..hbis di gelebet baju tu sana sini..hehe
ayuejean :
-sama la kita..hehehe..dah balik rasa nak warna lain pula..hehe
cik pensil :
-betul2.. sebagai langkah berjaga2..takut duit terbuang cmtu je..
cik bella :
-hehe..boleh la guna info ni ye.. ;)
fizalinolie :
-sama la kak..cerewet itu perlu..kih3..
nadia johari :
-check mmng penting... :)
arin cat :
- :)
didiey :
-kita pun pernah jgk camtu..yang tak sentuh lngsung pun ada..pastu bg kat orang..hehe
nory zoulkefle :
- :)
eh betul2.. penting ni. lg2 nk beli yg mahal, mmg ekna check betul2 :) kalo x menyesal xsuda. he kalo on9 cne la kn tawakkal je ngee :D
ReplyDelete