Rawatan Professional Untuk Rambut

Saturday 9 February 2013


Jika rambut anda kerap gugur dan makin kerap ketahuilah puncanya dan jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga menjadi serius. Banyak punca rambut anda gugur antaranya ialah kulit kepala anda berminyak. Setiap kali rambut anda dibasuh rambut anda semakin berminyak dan semakin gatal dan kemudian mula berkelemumur. Apabila masalah mula timbul dengan jelas, masalah lain pula akan timbul iaitu rambut anda mula gugur. Ini sudah sampai tahap bahaya di mana lama kelamaan kepala boleh menjadi botak. 

Masalah ini boleh diatasi, pada permulaan lihat kembali cara pemakanan anda. Pengambilan makanan bergoreng, panas dan berminyak boleh menjejaskan peredaran darah dan kadar perembesan minyak yang tetap. Selain itu, jarang mencuci rambut juga boleh menyebabkan peluh dan kotoran terkumpul pada folikel rambut. 

Kepada yang memakai topi ataupun tudung atau apa saja jenis yang menutupi kepala harus juga berjaga- jaga kerana ini semua boleh membantutkan peredaran darah dan dan menjejaskan rembesan minyak yang normal. Kalenjar minyak minyak yang terdapat di folikel rambut haruslah dalam keadaan terkawal jangan terlalu aktif dan menghasilkan minyak yang berlebihan kerana ini punca rambut gugur dan akhirnya menyebabkan kepala menjadi botak. 

Kepada yang mengalami masalah keguguran rambut yang serius, pastikan anda menjaga rambut anda dengan sempurna. Mintalah bantuan pada pakar dan jangan biarkan masalah semakin teruk dengan mengguna pelbagai produk rambut yang anda sendiri tidak tahu keberkesanannya. Jika rambut anda mula gugur sehingga menampakkan kulit kepala ini menunjukkan anda mengalami masalah keguguran rambut Mediterranean. Jika anda berumur sekitar 30an keguguran rambut kira-kira 20% dan akan terus meningkat pada usia 40 an iaitu 30%.

Penjagaan secara semulajadi juga penting di mana pemakanan haruslah dijaga. Elak makan makanan yang berminyak dan bergoreng. Pastikan ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini dapat mengawal lebihan rembesan minyak. 


Bantuan pakar amat penting, kerana mereka tahu punca masalah dan akan cuba selesaikan sebelum menjadi lebih teruk. Antara jenama pakar yang amat dipercayai ialah Yun Nam Hair Care di mana mereka berjaya mematenkan formula pemuliharaaan rambut yang unggul yang diperbuat daripada ekstrak herba dan ramuan asli. Kaedah ini berkesan dan berjaya membantu mereka yang mengalami kulit kepala berminyak. Jadi, jangan biarkan masalah rambut anda semakin teruk , teruslah berjumpa pada yang pakar dan mereka sedia membantu anda daripada anda terus hilang rambut dan botak.



* kalau nak diikutkan, sekarang ni pun saya tengah mengalami masalah keguguran rambut yang banyak..tak pasti pula sebab apa.. tak tahu nak guna produk apa.. rasa-rasanya kalau nak suh pergi yun nam hair care tu, tunggu duit dari langit jatuh laa..hehehe


sumber  : SINI

10 comments

  1. hurm , ezzatie punya rambut pun gugur teruk . tapi x der lah sampai nampak kulit kepala . kalau sikat tu , dah tak nampak jejari sikat sebab penuh dengan rambut . x tau nak buat apa .

    ReplyDelete
  2. pkailah sympoo bwng.. hahaha!! >.<

    ReplyDelete
  3. nurul ezzatie zulkarnain :
    -erm, sama la kita ni.. kdng tu terpikir jgk kena sakit apa tau..bnyk sngt..lagi2 lepas bngun tido..ngeri betul tgk..

    fakhruru :
    -dah pkai dah syampoo tu.. makin bnyk gugur adalah..cuma tak botak je..ahaaks!.. :p

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this Mimie..sangat berguna cuma masalah rambut akak ni lain skit

    ReplyDelete
  5. ainim suju :
    -erk, lain mcm mna kak??

    ReplyDelete
  6. Betul..rambut gugur..memang kebanyakkan perempuan mengalami keguguran rambut yang tinggi kan. Kurangkan makan minyak..ohh..betul untuk kulit wajah juga kan kak.

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing this dear... setakat ni masalah keguguran rambut tu masih normal lagi... mudah2an x ada apa2 la...

    ReplyDelete
  8. Cantik laa aweks dalam gambar tu..
    Pandai akak pilihh.. hahaa

    ReplyDelete
  9. nurul aini :
    -erm..akk ni takde la sangat mkan mknn berminyak pun..tak tahu la mslh apa..stress kut.. yup..tuk kulit muka jgk..

    farah waheda :
    -welcome sis.. :) erm, harap2 camtu laa..tp yang tak best kalau rmbuat nmpk jrang..

    eiqa almond :
    -eh, mesti la kena cari yang cantik..ahaaks!.. :p

    ReplyDelete
  10. mar pun kguguran rmbut gak.. kdg rs cm teruk.. tp mcm pnh dgr normal kalo gugur 100helai shari kan huhu..

    ReplyDelete