:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Rabu, 30 Mei 2012

Permata Yang Dicari


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu








Buat Renungan..

assalamualaikum...


tiba-tiba je pagi ni teringat kata-kata sorang cikgu ni..cikgu ni anggota koperasi tempat saya kerja..
dalam perbualan tu dia tanya juga bila saya nak kawin..bila saya kata kena tangguh sebab incik tunang harus bertugas di lubnan setahun..


cikgu tu sempat bagitahu.. 'ada sebab kenapa Allah tangguhkan dulu perkahwinan kamu.. mungkin kita tak nampak..tapi Allah tahu tanggungjawab kamu besar pada keluarga..
macam sekarang ni, adik kamu ada yang belajar jauh..adik sorang lagi kerja..waktu kerja pun tak tentu kan..adik lagi seorang belajar lagi..jadi kamu ni orang penting juga..kamu ada lesen kan..jadi kamu kan yang bawak mak kamu kalau mak kamu nak keluar pergi beli barang atau mana-mana kan?..


jadi..Allah nak kamu laksanakan tanggungjawab kebajikan kamu dulu pada keluarga kamu..
besar tanggungjawab tu..lagi-lagi kamu anak yang pertama..'


betul kata cikgu tu..kita kena redha semua ni..mungkin kadang kala kita rasa terkilan sedangkan kita nak buat perkara yang baik..ye..saya redha..kalau kita nak marah pun, xde gunanya kan..dan saya tahu kenapa Allah tangguhkan semua tu..tapi xpelah, biarlah hanya hati ni saya yang tahu..sebab Allah lebih memahami..


sesungguhnya saya rasa tenang bila dapat berbual dengan cikgu tu..cikgu tu pun umurnya sebaya dengan mak saya..sentiasa bagi kita semangat..tak macam orang lain..suka bagi kita lemah..
sesungguhnya saya dah cukup lemah nak hadapi semua ni..tapi, kita kena perlu fikir secara positif lah buat saya rasa kuat untuk semuanya ni..InsyaAllah..







Selasa, 29 Mei 2012

Baju Pengantin

assalamualaikum..

tetiba je nak story mory pasal baju pengantin kan..eh, kenapa, CPM dah nak kawin ke?..
ooOohh..ni bukan i yang nak kawin..tapi sekarang kan dah start cuti sekolah..
bila cuti sekolah mula la terima jemputan sana sini kan..kenduri umah depan, kiri, kanan, belakang, ha..semua ada..

ermm..apa yang best kalau dengar bab jemputan kahwin?..confirm la orang duk sibuk nak tengok pelamin dia macam mana, baju dia fesyen apa, kan..kan..kan??..
selalu nya itu la yang orang ambik kisah dulu.. saya?? ada saya kisah? haha..okeh2..
kisah sikit-sikit je..xde la sampai nak ambik tahu lebih-lebih kan..korang yang punya duit kan..buat apa saya perlu kisah..  ;-)

sekarang ni kan, kalau orang nak kawin, ramai yang suka design sendiri baju pengantin diorang..erm, saya?? #xkuasa i nak design-design ni#..saya kan nak kan ciri-ciri wanita kemelayuan terakhir.. #boleh muntah orang dengar ni# haha.. Untung incik tunang saya..ahakkss..  #pengsan dia dengar nih#..haha

sekarang ni kan, bukan kemain korang design kan..berjela-jela kain belakang tu..korang xtakut kena pijak dek orang ke?..hahaha..tu la yang selalu sy terfikir kalau nak pakai baju pengantin berjela-jela ni..takut si pengantin tersungkur ke depan ke..haha..


sumber  : incik google

disebabkan sekarang ni macam-macam fesyen baju pengantin kan, so saya decide nanti nak pakai baju kebaya songket je.. confirm suuuuuwwwweeeettttt kan... hahaha #ohh, pengsan!puji melambung# teringin dah lama sangat..pening okeh duk tengok macam-macam baju ni..saya xreti dan xminat nak design-design ni.. #dasar pemalas# haha

sumber : incik google

haritu ada la makcik-makcik ni duk sembang lepas habis kenduri jiran haritu..sume duk pakat tanya..

Mkcik : mimie nanti pakai baju fesyen apa pula?
Me     : erk?? songket..tutup aurat sikit.. hehehe..
Mkcik : waahh, cantik tu..
Me     : opkos la..  #haha..muntah darah okeh kalau orang nak puji-puji#..abaikan..


okeh..insyaAllah...tunggu aje la tahun depan nanti macam mana yerk bila sy jadi pengantin..insyaAllah..huhu..dah confirm belah saya pakai songket.. #sabar okeh!#..


kepada semua kawan-kawan yang dah naik pelamin, bakal naik pelamin dan akan naik pelamin, tahniah la ye..dan selamat pengantin baruuuuuu...
waa..boleh la korang tukar status kat Fb kan pasni..haha..




Bila Kerja Dah Selesai

assalamualaikum..


dah lunch?..erm..boringnya bila kerja-kerja akaun semua dah selesai.. #means yang penting-penting#..
rajinkan CPM siapkan.. fuhhh..rajin sangat..sebabnya buat kerja pun sorang sorang..
xbuat kang bukan ada kawan sembang pun..sebab kerja sORAng SOrang..
paham kan??


apa lagi nak buat ni?? ehhh, kerja dah selesai pun saya boleh stressssss???
teruk kan..yela..kalau ada kerja memang ngadap kerja je la..xde la nak buat benda lain..


so, bila kerja dah settle, xkan nak menung je kan..








#kan best kalau incik tunang ada..boleh la ajak dia jalan-jalan..! pheewww..penting diri sendiri je kan..dah tentu-tentu dia pun ada tugas!..okeh..duk diam-diam kat situ!..haha







Isnin, 28 Mei 2012

From Cameron

assalamualaikum...


tetiba je pagi tadi sembang ngan bkal SIL pasal dia tetiba dia nak makan strawberi..pastu sembang ngan gf adik pasal nak ajak dia nanti kalau nak ke cameron dan hati ni pun tetiba gedik nak ke cameron juga.. #sebelum ni dah trauma pasal tempat park kete tu# kalau ada rezeki ngan pergi ngan incik tunang..tup-tup malam ni adik bawak balik 5 pek strawberi..punya la banyak..sapa la nak makan..


dah la masam..kalau la akak awak ni ngah ngidam ok la juga kut..masalahnya bila makan boleh pejam-pejam mata okeh!..paham-paham la macam mana rasanya.. #jangan tertipu dengan luaran nya# hehehe




nampak sedap je kan..bila makan, pheww..masam!..


adik memang ada kerja kat sana start dari hari jumaat pagi tu..xsangka pula harini dia bawak balik banyak..actually, kat cameron tu kan sememangnya murah-murah..ada yang 3 pek Rm10, 5 pek Rm10..so,  xmustahil la kan orang akan borong banyak-banyak..


kalau la saya pandai buat kek, confirm cepat habis strawberi2 ni..




nampak menarik je kan..pada hakikat-------> masam..  T____________________________T


nampak macam sedap je kan..terus nak buat.. #tetiba je teringin nak minum air teh O..selalu x heran pun #



Bersalin, Doktor & Hukum..

assalamualaikum..


just for share..from : SINI


Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL

Jawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…
Wassalam.

Ahad, 27 Mei 2012

Cendol Madu


cendol madu dari umah pengantin..


layankan aje la..nak-nak pula ngah kemaruk teringin nak makan cendol..  T__________T

Sabtu, 26 Mei 2012

Cenderahati dari Boss

assalamualaikum..


buahtangan dari bos yang balik dari umrah baru-baru ni..

tima kasih cikgu..

bos saya sume baik-baik..mana dorang pergi, mesti ingat nak bagi buahtangan tuk saya..tapi saya xpernah pun bagi apa-apa kan..
sebabnya?..saya sendiri pun x berpeluang nak kuar jalan jauh-jauh..

takpelah, sebagai gantinya saya laksanakan tugas saya dengan sebaiknya..insyaAllah..

#bos-bos saya buat saya tidak sanggup untuk saya berhenti dari situ satu hari nanti..sesungguhnya saya juga xsanggup nak tinggalkan kop. tu nanti..maybe one day..
sob..sob..sob.. T______________________________'T #

Menu hari ini

assalamualaikum..


menu harini simple sesimple nya..bukan sebab malas masak, tapi xtahu nak masak apa..
so, terhasil la 2 menu ni je..


 sayur kubis goreng..

udang goreng kunyit..

settle 2 lauk ni..

menu esok?..erm, tengahari confirm tak masak dah, sebab jiran sebelah umah ada buat kenduri kawin..so, esok makan nasi pengantin aje la..


cake kembali

assalamualaikum..


harini teringin sangat nak makan kek..actually, dah lama teringin nak makan kek ada cream tu..tapi rasanya belum lagi nak beli..nak buat xpandai..yang tahu kek biasa tu je..
dah alang-alang bahan nya ada..lebih baik buat sendiri kan..


harini buat kek marble je..just tambahkan kismis dan cip coklat je..



sebelum masak bukan main cantik lagi...



ni la hasilnya..
jadilah kan tuk lepaskan kempunan..  #mengalahkan orang ngidam#..
T_______________'T

Rabu, 23 Mei 2012

Cara Hadapi Tekanan Secara Islam

assalamualaikum..


selamat pagi..ada yang rasa stress ke pagi-pagi ni?..erm..kalau stress, jom kita cuba atasi stress tu dengan cara yang mudah.. =)








FB : Tengku Faris Tg Khalid'

Selasa, 22 Mei 2012

22 Mei 2012

assalamualaikum...


selamat pagi..kejap je kan masa tu berjalan..harini dah 22 Mei..bersamaan 1 Rejab..
syukur alhamdulilah juga, dapat juga saya ganti puasa..maklum la, orang ppuan kan istimewa..so, time puasa bulan ramadhan mana nak dapat buat penuh..
okeh2, bukan nak cite bab puasa..


nak cite bab gaji?..oooOohh gaji pun dah dekat..alhamdulillah..mudah-mudahan cepat la dapat...hehehe..
rasanya bukan juga nak cite bab gaji..


tapi nak ingatkan diri ini dah 4bulan menjadi tunangan orang..bukan wife orang ye...syukur alhamdulillah..walaupun life kami masih sama, mudah-mudahan 1 hari nanti  akan ada perubahan itu..dan incik tunang juga kata bulan depan haribulan yang sama ni juga dia habis latihan..sebulan lagi..


cepatlah masa tu berlalu..moga-moga dapat la jumpa nanti..tapi, sanggupkah saya nanti ditinggalkan olehnya untuk dia bertugas diLubnan?????


insyaAllah..saya akan cuba kuatkan hati saya, jangan la bagi airmata jatuh..nanti saya akan lemah..tapi..mampukah saya untuk bertahan dari sume itu??? InsyaAllah, Allah akan tolong kita kan..









Isnin, 21 Mei 2012

happy birthday to my mum..

assalamualaikum...


today birthday my mum..tapi xde bagi apa pun..maklum la, saya tengah sengkek..  T___________T
hari ibu pun xde bagi apa..tapi x semestinya xde hadiah xsayang kan?..
hadiah yang terbaik adalah doakan..


erm..kalau ada rezeki lebih, insyaAllah hadiah akan menyusul..tapi ntah bila la..nak beli hadiah pun macam x suprise...sebabnya kalau kuar, mak pun ikut sekali.. T____T


xpelah..yang penting dalam solat kita, kita doakan yang terbaik buat ibu kita..


amin...

PETUA UNTUK WANITA KURANG SUBUR

assalamualaikum...


tetiba je nak share post ni..jumpa kat fb..mana tahu 1 hari nanti berguna pada semua kan..  ^_^


1. Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tetapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya untuk menimang cahaya mata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

2. Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja atau pun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

3. Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10 kali.
2. Shalawat Nabi 10 kali.
3. Al-Fatihah 1 kali.
4. Ayatul Kursi 1 kali.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat) -
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) – 11 kali

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun keb awah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.

Maksud Doa Kesuburan:
Maksudnya:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”














KELEBIHAN BULAN REJAB

assalamualaikum..


Esok dah masuk 1 Rejab 1433! samalah kita berusaha mendapatkan KELEBIHAN BULAN


REJAB..insyaAllah..


1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.






sapa-sapa yang diberikan kesempatan, jom tunaikan sama-sama.. ^_^

Ahad, 20 Mei 2012

Menu Hari Ini





Layankan aje..hehehe..

Tempe Goreng Kicap

assalamualaikum..


okeh..menu hari ni simple aje okeh!..bukan malas..tapi masak aje apa yang ada..




mintak ampun..masakan saya x semegah mana..tapi still boleh belajar lagi kan..  ^_^


nak resepinya?..key,,ni bahan-bahannya ye..sooooo simple..






- bawang merah
- bawang putih
- cili masak
- ikan bilis
- kicap
- sedikit sos
- tempe


sebelum tu..sila goreng tempe dulu ye..untuk mengelakan ia kembang apabila dimasak..


potong kecik-kecik macam ni..

hasil digoreng terlebih dahulu..




selamat mencuba... ^_^

tugasan saya harini..

assalamualaikum..


yuhuuu..harini cuti...kenapa cuti?..sebab hari ni hari ahad..
banyak kerja okeh kena buat..selalu xla diberi kerajinan camtu..hehe


okeh..harini kerja-kerja saya lepas dari bangun pagi ialah : .. #poyo.je.kan!# haha


- haruskan gosok gg, bsuh muka, kemas bilik then breakfast..
- sapu ruang tamu..
- terus basuh pinggan + mangkuk + kuali + periuk mana yang kotor..
- basuh kain baju kotor #mesin yang basuh..haha!#
- basuh halaman umah dah kotor dek kerana minyak kete.
- lipat kain baju yang angkat semalam..
- terus ke dapur masak nasi + lauk.. #bantai la apa yng ada kt umah..# hehe
- rehat 5 minit terus mandi then sembahyang zuhur..
- kain dah kat petang baru nak sidai.. #adoyai#


fuhhh..penat juga..but i'm enjoy..bukan selalu kan dapat buat camni..bila dah kawin nanti confirm sampai termuntah-muntah buat kerja camni hari-hari..hehe..

Sabtu, 19 Mei 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

assalamualaikum..


just fOr share..enjoy it.. ^_^
frOm : Saya Cinta Suami Saya

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?


Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:


- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)
















* InsyaAllah..jika satu hari nanti diberi keizinan untuk memiliki zuriat sendiri, saya juga mahu suami saya sebegini..  =)

Jumaat, 18 Mei 2012

baju batik for M.A.T

assalamualaikum...


selamat tengahari sume..yuhuuuuu..stok kain dah sampai..mari mari beli..
manyak cantik manyak mulah..hahaha..
okeh okeh..xde kaitan okeh nak bisnes kain tetengahari ni..


actually, sekarang ni bila nak tiba je musim mesyuarat agung kop. sume ALK menyuarakan bab baju seragam.. #agaknya la kut..saya x masuk mesyuarat pun selalunya#
tahun lepas dorang tempahkan baju kemeja..tapi sayang seribu kali sayang.. ~sayang semuanya sudah terlambat ~ #ehh ehh..ternyanyi pula# haha.. xde kaitan okeh!..
baju yang dorang tempahkan tuk saya tak boleh nak pakai okeh!..streeessss mak nak oii..


ntah apa saiz dorang buat tuk saya!..dah cakap ukuran bahu 14", knapa la ekau buek 15"..sapa ajar ni..? xnak dengar cakap orang!..huhh..bengang tau..baju besar gedabak..lengan nya jangan cakap la, 3tangan sebesar saya kut boleh masuk..boleh bayangkan tak?.. belum lagi yang lain-lain..dengan senget nya.. #harus kena sekeh orang macam ni# haha


kolarnya pun senget..adoyai nya punnnn.. #bak kata johan#.. kalau la tahu akan jadi camtu rela i tempah sendiri okeh..biar lah kuar duit sendiri pun, yang pnting boleh pakai..la ni baju tu terlipat cantik duk diam diam dalam almari.. #sedih tau#
boleh pula bila call orang yang ambik tempahan tu dia kata x boleh nak repair??..hey, awak yang punya salah okeh!..dah la mahal, pastu saya langsung x boleh pakai..last-last mesyuarat agung last year my mum pujuk jaitkan 1 baju baru tuk i.. ni yng best ni..syng mak tau #bodek#..haha  ;-)


disebabkan xnak menangung risiko mcm tahun lepas #agaknya la kut# haha, bos arahkan sorang alk beli kain..dah beli masing-masing hantar jait sendiri..yuhuuuu..tahun ni saya merasa la pakai seragam dengan ALK dan JAD.. #tangan dibahu mata ke atas# sila praktikkan..haha..
ha..ni yang sayang lebihhh kat bosss bossss ni..haha..sebab kebajikan saya terjaga..  Ya Ampun..perasan nya tuan blog ni..haha..





cantik tak??..batik pula tahun ni..even ada yang rasa xcantik pun, harus kata cantik okeh!..confirm cantik bila dah siap..


lagi cantik kalau saya yang pakai..haha.. perasan! #pengsan#



Khamis, 17 Mei 2012

Rita Rudaini =)

assalamualaikum..


suka nya tengok rita rudaini ni bertudung..lembut je air muka dia kan..haritu tengok cite teratak shamsiah tu pun dia bertudung..
kalau dia bertudung terus pun xpe..  =)


comel kan?..napa la saya xsecomel ni??
Ya Allah..perasan nya la kan!..haha
haritu dia pakai tudung macam ni juga la dalam cite teratak shamsiah..
ehh..sekarang tudung ni tengah famous ke?.. napa sy xtahu??..haha






Ya ampun..sudah pndai bergosip artis cik mimie kan..haha..hokalohhhh..bukan selalu kan..haha..  
adalah diharapkan sangat moga rita dan suami nya berbaik semula..amin..  :)

Baby Danish


time ni danish cukup sebulan..sekarang ni xtahu la dah tembam mana..confirm makin bulat..


;-)

Jurujual Lagi..

assalamualaikum..


morning..Ya Ampun..pengsan dibuatnya hari ni..ada aje jurujual ni datang tempat kerja nak promote barang..streess i tau..nak buat kerja pun x aman..
ingatkan audit yang datang sebab dah janji nak datang pukul 11..tup tup jurujual yang tercongok depan pintu..


hari ni bukan jual relaxation sandal..tapi jual Al-Quran pula..serius..saya memang suka beli Al-Quran..tapi..kalau 10 orang jual, xkan jugak 10 orang jual saya kena beli kan..harga pun boleh tahan..masalahnya, saya dah banyak sangat Al-Quran kat umah..dulu masa mula mula kerja dah beli yang harga RM 200..then last week my mum dah beli yang digital punya Rm350.00..belum lagi campur dengan Quran biasa..


dorang ni kan, kalau kita xlayan kang kata macam macam..bila dilayan bukan kemain pujuk nya..tapiii..saya xmakan dek pujuk awak ye..minta ampun..siap bagitahu yang Quran tu Ustaz Don ada guna..masalahnya apa kaitan nya dengan i?? kalau i xguna Quran tu, i x pndai baca lancar macam ustaz tu ke???


erm..streeessss okeh dalam minggu ni..karenah jurujual tu boleh tolak tepi sebab saya dah berjaya untuk tidak terpengaruh..ahaakks.. #tangandibahumatakeatas# haha
belum lagi dengan karenah audit..stresssss okeh bila dengar 'audit'..semua orang pun akan macam tu..


erm...cepatlah sume ni berakhir...bila la agaknya boleh lari dari ngadap sume ni??? #dah tentunya time tu awak xperlu bekerja!!#..









Rabu, 16 Mei 2012

16 Mei 2012

asslamualaikum..


selamat malam sume..hari ni 16 Mei..tiap-tiap tahun 16 Mei ialah hari untuk guru..
so, Selamat Hari Guru kepada Guru Guru Seluruh Negara..


tengok semua orang hari ni post macam-macam kat wall pasal hari guru..bukan kemain lagi.. #bodek ke apa tu??# xyah nak over sangat la.. #jangan ada yang terasa eh# xmaksudkan sesapa pun..tu hak masing-masing..#


okeh, kat sini bukan nak story cari gaduh ke apa..just nak luahkan apa yang dirasa je..
semua orang pun bersekolah kan?..so, semua orang akan jumpa dengan macam macam cikgu..ada cikgu yang best..cikgu yang x best..cikgu yang ~.. sendiri fikir la eh..errmm..


rasanya semua orang ada cikgu fav. masing-masing kan..like me too..tapi x over pun ..sume ckgu pada sy sama je..yang lain nya subjek yang dorang ajar.. #betulkan#
xde la sy ni over suka gila kat ckgu subjek A ni..subjek C ni..


kenapa eh korang mesti banding-bandingkan macam tu..?..erkk..saya x pernah banding kan..sebabnya?..ntah napa masa masuk kat ada 1sekolah ni, cikgu-cikgu macam x suka je..memang xtahu kenapa..bila tanya, dulu dari sekolah mna, bila jawab sekolah ******* mesti dorang macam pandang rendah je..sy pun xpham knapa..nak kata saya ni teruk sngt, x kut..


kalau teruk xkan juga la saya boleh pegang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 3 tahun.. Pengawas Sekolah setahun setengah..
maybe saya ni bukan bdak pndai & hebat kan..so, orang akan pandang rendah kat kita..it's okay..kita x kacau orang..,xkan orang nak kacau kita kan..betul tak?..


tapi terus terang saya kata..kalau tiba hari guru, saya x tahu nak ucap atau tak walaupun saya tahu dah ramai cikgu bagi ilmu kat saya..tapiiiii...sebab dorang juga saya jadi down..ingat lagi masa form6..time tu saya jadi pengawas sekolah..then hari rabu adalah hari saya bertugas..jadi MC okeh! ntah apa la ckgu ni menggila pergi sound saya depan2 pelajar & cikgu2..dan kebetulan ada pula cikgu yng x suka kat saya..#motip xsuka, xdiketahui#..


serius!..malu sangat-sangat..sebab saya sendiri xtahu apa salah saya..sedangkan tiap kali saya bertugas, macam tu la cara saya..bukan niat nak berdendam, tapi macam mana yerk pelajar nak hormat cikgu macam tu?..kejadian tu betul2 buat saya malu..seharian kat kelas saya senyap..+ menangis..


semua orang ada pengalaman masing-masing kan..tapi saya rasa, time sekolah, saya xde pun rasa pengalaman yang indah..cuma, saat ini saya rindu kan kawan-kawan saya..rindu sangat..rindu nak pakai baju sekolah lagi..nak gelak ketawa sama-sama..sedih pun sesama..time rehat paling laju turun sebab kelas dekat ngan kantin..hehe..


pape pun tanggapan korang pada cikgu, hormat la diorang juga..sebab tanpa diorang, kita xkan tentu berjaya kan..kalau x masuk U pun, dapat kerja yang menjamin pun dah kira syukur sangat sangat..


rasanya kalau ada yang berdendam ke, marah ke pada seseorang cikgu tu, maafkan aje la..mungkin time tu dia sendiri ada masalah kan..for me..ermm..rasanya abaikan aje la apa yang pernah ckgu2 tu buat pada saya..mybe dorang jeles saya pelajar cute kat sekolah tu.. #perasan..pengsan!#..haha















Selasa, 15 Mei 2012

=(

assalamualaikum..


morning..pagi ni mood x boleh nak ceria..dugaan datang lagi..fine, kali ni xtahu kali ke bape my wira kena sagat...sob..sob..sob.. ='(
sian syng kan..nasib sungguh..tuan awak jaga betul betul, tapi selalu kena ngan orang..
xpelah..mungkin ni dugaan dan peringatan tuk tuan awak kan supaya beringat!..


nak marah pun x boleh..saya xnak mara pagi pagi..nanti saya hilang mood sangat sangat..dan boleh mendatang kan stresssssssssssss!..
yang tersagat pun bukan sapa..ibu bdak yang mak jaga.. T_______T
xpelah..salah sendiri kan sebab park kete kat luar..












persoalan nya disini, bukan harini sekali je saya park kete kat luar?? tapi tiap tiap pagi after hantar adik pegi sekolah..dan kadang-kadang lepas balik kerja pun park kat luar kalau ada nak pergi mana mana or ada orang datang umah.


xpelah..pasni saya kena beringat..beringat sangat sangat..tu la dugaan kan kalau kita ada kenderaan..kat mana pun tetap ada risiko nya.. #kenapalah xde alat doraemon tuk kecik kan kete# senang keje sume orang#  T_______________________T


nasib malang kita xboleh nak duga kan..bila dia nak datang..sebelum ni kena ngan honda masa kat tesco.. #kalau nak pakai kete best, bawak xreti, baik duk diam-diam dalam umah#
dah dalam parking pun boleh ko sagat kete aku kan!..pastu buat muka x bersalah..
xpelah, sume tu Allah yang akan balas..xperlu kita nak mengamuk..nanti dapat sakit jiwa je..








att : sapa-sapa yang perasan kete saya banyak kesan calar & sagat, tolong jangan fikir saya yang xreti jaga kete okeh!..sume tu bukan datang dari saya..
biarlah macam tu..rasa macam x kuasa nak buat pape lagi..ongkos nya pun belum mengizinkan..  T________________________T