:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 27 Januari 2012

Engagement Day Mimie & Najib

e

video kedua yang dihasilkan..
Majlis Pertunanganku pada 22 Januari 2012


14 Tips Mencari Isteri Cantik

assalamualaikum..


Just For share.. 



Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).



2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina



4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman



6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran.Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan



8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia



9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!



10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali



11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman



12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.



13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil



14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama.Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.



Tugasan hari ini

assalamualaikum..


hari ni hari jumaat...bestnya..tapi esok kerja..xpelah..kejap je pun..kalau duk umah menung sokmo pun buat apa kan..
hari ni rasa macam xbuat kerja je..bila kat pejabat, dah on laptop, macam - macam la nak search sume..Fb memang x tinggal la..


hari ni sy punya kerja adalah meng'update' Fb (wajib) hehe, pastu dari pagi dok godek-godek gambar tunang hari tu.. :-)
saya rindukan time tu..rasa indah sesangat...tapi ianya sekali je hadir dalam hidup kita kan?..
insyaAllah, macam tu la..
hari ni juga asingkan gambar-gambar yang menarik tuk hantar cuci nak simpan dalam album..
rasanya dah lama sangat xcuci gambar simpan dalam album..
slalu simpan dalam laptop ngan pendrive je..


kali ni terpaksa buat simpanan dalam album, senang sikit kalau nak tengok sampai terkeluar biji mata pun xpe..xyah susah-susah nak buka laptop kan..hehe
kut-kut nanti ada jiran-jiran nak tengok pun bagi je album.. :-)


tadi time rehat kuar jap..hantar 1 bahagian tuk cuci..balik ni kang, singgah ambik yang tadi, then hantar lagi separuh..
pasni, kena cari album pula la kalau xcukup..


macam xcaya je gambar boleh sebanyak tu..hehe


kepada sesapa yang ada ambik gmbar sy hari tu tag2 la kat fb eh..nti leh sy hntar cuci simpan dalam album.. :)







Khamis, 26 Januari 2012

:-)

assalamualaikum...


syukur alhamdulillah..sehingga ke hari ni masih ada yang ucap tahniah walaupun 4hari berlalu..
dan ada juga yang x percaya yang saya telah menjadi tunangan orang..


xpelah..sy bukan orang glamer tuk cite semuanya selagi belum terlaksana.. :-)
setelah segalanya berjalan, baru rasa yakin tuk publish..


doakan kebahagiaan saya ye.. :-)


insyaAllah..sy akan menjemput kenalan2 yang ada untuk meriahkan majlis sy nanti.. :-)

Selasa, 24 Januari 2012

Pemberian Cinta Hati

assalamualaikum..


walaupun tak semewah mana, inilah ikatan yang ditunggu-tunggu selama ini..

22.01.2012

assalamualaikum..


akan menjadi tarikh yang terindah dalam hidupku..
akan diingati semua kenangan itu sampai bila-bila..insyaAllah..






Isnin, 23 Januari 2012

My Engagement Day

Layankan saja.. :-)


captured & edited by irfan haffiz..








My Engagement Day

assalamualaikum..


syukur alhmdulillah..akhirnya terlaksana juga impian kami tuk bertunang setelah setahun kena postpone..rasa macam x percaya pun ada dah tukar status sebagai tunangan orang..belum lagi sebagai wife orang..hehe  :-P


syukur semuanya berjalan lancar..walaupun buat majlis keluarga, sempurna pada diri ni..minta maaf sesangat kat kawan-kawan semua sebab xdapat nk jemput..harap-harap semuanya paham..bukan  niat xnak menjemput, tapi sy terpaksa menghormati permintaan kedua-dua belah pihak yang nak buat majlis keluarga je..lagi pula dorang datang dari jauh..
harap sangat korang sume x berkecil hati..walaupun tahu ada yang marah kan..


actually, kitorng buat majlis family je sebab senang..insyaAllah kalau xde apa-apa halangan bulan 7 ni dah nak kenduri besar..time tu sy jemput sume kenalan yng sy kenal ye.. :-)
harap korang dapat datang time tu..


walaupun buat majlis keluarga, meriah juga suasana nya..moga-moga lepas ni pun akan meriah juga majlis nya..


thnk's juga pada cik yamin sebab sudi tolong makeup kan..rasa terkejut sebab muka nampak lain sangat..then, yang penting cik abng sy kata cntik sangat tau..dia suka.. :-)


xpela, layankan la pic pertunangan semalam ye.. :-)


  bakal mother in-law and sister in-law.. dup dap dup dap..haha


 alhamdulillah..selamat cincin risik dissarungkan.. :-P

 cincin tunang pula.. :-)
sah menjadi tunangan orang.. 

 :-)

 selesai cincin disarungkan.. :-)


 hantaran kedua belah pihak..

 saat indah bergelar tunangan kepada cik abng sy.. :-)

tunangan saya.. love you so much dear.. :-)

Ahad, 22 Januari 2012

alhamdulillah

assalamualaikum...


syukur alhamdulillah, sy telah selamat menjadi tunangan orang..
kini sy sudah dimiliki..walaupun belum sepenuhnya.. :-)

syukur..masih dipanjangkan usia

assalamualaikum..
selamat pagi..


syukur alhamdulillah..pagi ni masih dipanjangkan umur..pagi ni nyaris-nyaris nak excident lagi..Ya Allah, selama dalam tempoh nak bertunang ni dah hampir 3x nyaris-nyaris nak excident..tapi bukan salah diri sendiri..datang dari orang lain..


kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati kan..tapi kesalahan tu datang dari orang lain..benarlah la kalau dikatakan ajal maut itu ditangan Allah..


rasanya dalam bulan ni je sehingga pagi ni, dah 3x nyaris-nyaris kena..first masa 7 jan hari tu, dekat simpang trafic light kat umah..masa tu bawak slow je..orang yang patut benti kat simpang, main menonong je nak kuar...
kali ke-2 masa nak ambik cik abng 14 jan baru-baru ni..kat medan gopeng..ada kete viva tu bawak macam nak kejar hantu..boleh main cilok-cilok depan bas lagi..memang dasar kuar diajar ye pemandu macam tu..


bawak kete fikir diri sendiri je..xfikir kat jalan raya tu ada beribu pengguna..beribu nyawa..
hari ni kali ke-3..dekat simpang kat umah tu juga..kali ni perempuan..main menonong je nak terus..patutnya kena benti..last-last kita ni juga yang kena break emergency..nasib juga bawak slow..


rasanya kan, kewujudan simpang baru kat umah tu memang menyusahkan..orang nak melintas xtengok kiri kanan..pastu kalau dah excident, sapa yang nak jawab?..
kalau umur pnjng xpe..kalau x, xke nanti menyesal seumur hidup?


rasanya sy kalau bawak memang juga gnas..tapi seganas mana pun kat jalanraya, kalau dah namanya simpang, memang benti..manusia ni kengkadang rasa nak je diajar-ajar.


pape pun memang bersyukur sangat-sangat..Allah masih lindungi diri ni..mungkin ni la dugaannya kan bila nak tunang..atau, mungkin juga boleh dikatakan dugaan darah manis??
ntah la..pape pun hanya rasa bersyukur yang mampu diucap..

last kerja sebagai orang bujang... :-P

assalamualaikum..


hari ni last keje..last keje tuk minggu ni..awalkan cuti..awal sehari je..
last juga bekerja sebagai orang bujang..hehe..boleh ke gitu?  :-P
sok dah kena mulakan segala kerja yang tertangguh..harus kemas mengemas sume..


kalau nak harap hari sabtu, confirm xdan siap..
hari ahad dah kendurinya..mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar..


amin..doakan tuk sy ye.. :-)



Rabu, 18 Januari 2012

4 hari lagi..

assalamualaikum...


jap masa ni berjalan kan..lagi 4hari sy akan bergelar tunangan orang..Ya Allah, macam xpercaya je..betul ke ni? mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar.


macam-macam xbuat lagi..tapi ntah napa sy boleh relax aje..la hai, macam xde pape pun kan..but! dalam kepala ni dah pusing, badan dah seram sejuk ok..
bilik sume xberkemas lagi..baju x berjait lagi..barang x berhias lagi..mak aih..hebat beno nak buat sekali harong camtu..


jangan nanti time majlis pengsan kepenatan.. T___T
adoi..camne ni..balik kang nak kemas apa patut..ni belum nak buat majlis kawin lagi..silap-silap leh turun 10kg!..betul ke?..hi hi hi..


makan pun cam dah xbape lalu je sy rasa..awat la cik mimie lagu ni..actually penat pun iye..penat berfikir & nervous ok...
moga-moga semuanya berjalan dengan lancar..doakan tuk saya ye..Amin... :-)



Selasa, 17 Januari 2012

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Buat renungan kita bersama..


Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Isnin, 16 Januari 2012

Pening

assalamualaikum...


selamat pagi isnin..
selamat bekerja dan selamat la selama-lamanya ye..


pagi ni penin jap lepas bakal sister in-law tanya napa beli cincin 1 je..sebab nak risik dan tunang 2 cincin..
so, i say tnya kat abg dia dulu la kan..
actually, sy xkisah pun...yang penting ada sebagai tanda..xnak membebankan sesiapa..
tu yang sebenarnya..
maybe kalau bagi 1 konfius cincin yang sebentuk tu sebagai tanda apa eh..


erm..yang penting sebagai tanda tunang dulu..risik tu ada juga orang xbagi kan..tapi sebenarnya cincin tunang tu perlu ke x ye?
penin dah ni..
dah rasa nak muntah pun ada..penangan penin fikir bab tunang..dengan xmakan pagi nya..  T__T
pastu kena terus fikir pasal kawin dah..
erm..tu lebih baik kan dari bertangguh2 then penin berpanjangan..


sapa boleh tolong saya..  T__T



Ahad, 15 Januari 2012

seminggu je lagi..

assalamualaikum..


cepat masa berlalu kan..sikit je hari lagi i bakal jadi tunangan orang..tunangan kepada kekasih hati yang disayangi..
macam xpercaya je, lagi seminggu je lagi..


mudah-mudahan semua nya berjalan dengan lancar..amin..






*berdebar xtahu nak cakap macam mana..mudah-mudahan hanya dia untukku..

cerita kami

assalamualaikum..


selamat berhujung minggu..best x hujung minggu korang?
sy alhmdulillah..hajat tuk berjumpa dengan bakal tunang terlaksana juga..
banyak perkara yang bincang pun dapat diselesaikan..cuma penin sikit la..tapi tu normal la kan.. mana ada orang yang alami tu sume x pening kepala kan..nak-nak last minute camni..leh dapat sakit jantung ok!  :-D


semalam lepas ambik cik abng sy, terus bawak g makan dlu..then jalan-jalan tengok kain jap..time tengok kain pun dah penin dah..xtahu nak pilih kaler apa..dedulu cam nak buat silver, x jadi..nak buat hitam putih, cancel juga..nak buat merah?..erm nanti kawin nak merah..nak ambik biru?, xde biru yang berkenan..last-last semalam ambik kaler ungu.






rasa-rasanya kaler Ungu tu cam xde dalam list je.. T__T..
ni gara-gara nak cepat sebab dah lewat, bantai kan aje la..yang penting bakal tunang pilihkan sekali..so, haruslah puashati..


sebelum tu g beli cincin dulu..yang kelakar nya, xtahu pun kedai cina tu nak tutup dah..maklum lah, baru pukul 8 kan..ingatkan tutup kul 9..pastu sempat la pilih-pilih then bayar..rasanya masa sy nak beli gelang ngan mak dlu pun kat setengah jam pilih..sekali pilih cincin tunang, xsampai 10 minit..alahai..teror betul kitaorang ni kan.. ;-)


time nak beli cincin kawin nanti ntah macam mana la kan..kena la pilih lelama sikit kut.. :-P
kasi hati betul-betul puas try itu ini dulu..hehe
sempat la bawak jenjalan..tapi hati still xbape nak puas sebab kejap sangat masa tu..


pape pun sy bersyukur sebab sedikit sebanyak selesai juga perkara yang remeh temeh..
moga-moga majlis pertunangan kami akan berjalan dengan tanpa halangan..
insyaAllah..

Khamis, 12 Januari 2012

Mendung :-(

assalamualaikum..


tetiba rasa pagi ni mendung je..Ya Allah, ianya bagaikan semendung hati ni je.. :(
ntah napa sejak peristiwa semalam, rasa bersalah tu x hilang lagi dari perasaan ni..
kuatkanlah hati ni..


dikala mendung, tetiba je hujan turun..Ya Allah, jangan lah engkau turunkan kepada ku airmata ini..xsanggup rasanya..


cara yang terbaik adalah mem'bz' kan diri..xnak layan sume perasaan ni..
Ya Allah..bagi la aku kekuatan..



Rabu, 11 Januari 2012

dugaannya. .

assalamualaikum...


Ya Allah..stress nya fikir pasal nak tunang ni..serius..teramat sangat..macam-macam nak kena prepare..
dah la masa singkat..ngan cik abng yang jauh..
Ya Allah..macam ni la agaknya kan dugaan orang yang selalu buat persiapan..
belum lagi buat persiapan kawin..pengsan terus..


nasib baik la xbuat kenduri kawin terus..silap hari bulan badan ni boleh mengecik balik..
la hai..napa la stress datang time-time macam ni..kenapa?
kenapa juga banyak dugaan yang datang..Allah benar-benar ingin menguji ketahananku..


tapi kenapa?..sebab Allah xnak nanti diri ni tersilap langkah after maried kan..sebab Allah syng kan kita..Dia nak biar kita menangis sekarang..bukan kemudian hari..  :'(


rasanya sy dh ambik langkah terbaik..mudah-mudahan Allah akan bantu kita kan..
Allah akan tolong kita kalau kita beringat..insyaAllah..
mudah-mudahan macam tu la hndaknya.. :-(

salahkan diri sendiri :-(

asslammualaikum..


hari ni rasa stress sangat ok!..teramat sangat..sampai makan pun xlalu..sampai masuk angin then rasa nak muntah-muntah..ngalahkan orng pregnnt..ngan sakit kepalanya lagi..
ni la penangannya kalau suka cari penyakit sendiri..


rasa cam nak nangis pun ada..sume silap sendiri..xboleh nak salahkan sapa..
kalau nak mengundur pun xboleh dah..sob..sob.. :'(
kalau naik kete boleh juga la nak gostan2 kan..kalau dah terlajak kata??
merana la diri sendiri..:'(


tapi sume tu pengajaran kan..knapa la xambik iktibar..tapi rasanya baru sekali ni terbuat gitu..sebelum ni xde pun..
so, ni benar-benar pengajaran buat diri sendiri..


knapa la kadang-kadang kita ni bodoh sangat?? xpernah fikir tentang perasaan orang lain? expecially orang yang benar-benar syngkan kita?? kenapa kita sengaja nak matikan kepercayaan dia pada diri kita?? Ya Allah..kenapa??


tapi tak bererti kalau kita melakukan silap, kita tak boleh dimaafkan kan?
seharusnya juga kita kena mulakan hidup baru..jangan ulangi lagi apa yang dah terjadi..
knapa juga la diri ni kebodohan sangat, walaupun niat hati ingin berterus terang?


Ya Alah..mudah-mudahan dengan kehadiran tahun baru ni, belum terlambat nak ubah semuanya..nak mulakan yang baru..
tetiba datang 1000 penyesalan dalam diri.. :'(  :'(


Teramat sangat menyesal..seolah-olah diri sendiri yang nak musnahkan kehidupan yang baru nak bina..Ya Allah..permudahkanlah segalanya..








Selasa, 10 Januari 2012

janganlah desak saya, ok!

assalamualaikum..
selamat pagi..


oohh..pagi yang memeningkan..ingatkan datang kerja semangat la kan, sebabnya dah 3hari cuti..tup-tup ada je gangguan..
actually macam ni..ada la sorang mamat ni..kenal dalam laman sosial yang femes ni..
xtahu napa suka sangat minta pic even 1 only..


adoyai..jangan la spoil kan mood sy pagi ni..sy xsuka la..xyah nak pujuk sangat..sy ni x mkan saman dek pujuk memujuk ni..
dan jangan la bagi sy rasa serba salah..
xyah puji sy comel ke apa..sy x comel mana pun..bakal menjadi hak orang dah pun..


erm..agak-agak kalau nak kawan lama ngan sy, baik buat cara lek lok..kalau dah sy kata 'xnak' sampai 3kali, memang 'xnak' juga la jawapannya, Ok!
lagipun kan berlambak gambar sy kat situ..buat apa nak simpan dalam fon pula..kan x manis gitu..


nanti kalau ada orang tertengok, nak-nak pula dari kalangan ahli keluarga cik abg sy ke, xke naya..ingat kita ni yang nak menggatal..
erm..letih la macam ni..pada kawan-kawan sy, plis ye, jangan la desak-desak sy camni...
kang xmo kawan, baru tahu..


dah la pagi tadi xsempat makan lagi..perut dah nynyi pun xde selera dibuatnya..erm..



Isnin, 9 Januari 2012

mOrning..

assalamualaikum..


selamat pagi sume..


awal giler rasanya bangun hari ni..rasa klkar pun ada..rasa macam malam tadi x tido pun ada..
mau nya x rasa camtu..dek kerana kekenyangan tido petang 3jam semalam, last-last malam tadi fresh je mata..nak buat macam mana..petang semalam dah xtahu nak buat apa dah, tu yang bantai tido je..
maklum lah, bukan selalu dapat pluang tido kan..hehe


bila xleh nak tido, mula la rasa x keruan, dek kerana pagi-pagi dah kena bangun awal.. selalu 6lebih baru bangun
sebab takut terlajak bangun..nak kena siap minum pagi adik sebelum ke sekolah..


kalau mak xde kena la ambik alih kan..xkan adik tu kerajinan nak buat adik minum sendiri..
so, pagi tadi bila bangun rasa macam tido-tido ayam je.. ayam pun tido lena


pastu, dah siap minum pagi-just goreng nugget, sediakan roti + air milo, cukup la yerk..
kakakmu xreti nak masak apa pagi-pagi..haha..
slalu mak pun gitu-gitu je..buat apa yang ada je..


alahai, kalau dh kawin nanti macam mana la nak urus minum pagi suami ni..haha  :-P
ngan malam tido berjaga-jaga..hebat betul..hehe


macam ni la rutinnya kalau mak xde..
pasni dah selesai kemas umah, kemas dapur, kena bagi makan pula kat miaww-miaww sume..


pastu?..ohh, kerja yang dah bawak balik tu, haruslah juga dijenguk..


so, stop dulu la story merepek pagi ni ye..





Jumaat, 6 Januari 2012

"Selamat Tinggal Sayang"


Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.

'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

====================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'

Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

====================================
2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.

Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.

'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
==================================

'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.

'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
===================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!

Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.

Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'

Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya!

Hindari bahaya rokok dan ingatlah nyawa insan-insan sekeliling kita.

pipi yang terlebih yis :-P

assalamualaikum..


saja gediks nk tempek pic hari ni..
ppi sy dah membulat dengan jayanya..
huhu..macam hari-hari makan yis/serbuk penaik roti..haha




agak-agak kalau nak naikkan lagi ppi ni ok x? :-P
xtahu la knapa kemaruk sangat nk menggemokkan ppi ni..hehe
mybe sebab bdan xleh naik, so kita naikkan ppi..ok la tu kan..


bak kata cik abng sy, makin memboyot my ppi..
ooOo..ada jugak ppi yang memboyot eh.. :-P
haha..xpela..asalkan sy bahagia..aminn.. :-)

cuti Oh cuti

assalamualaikum..


slamat tengahari..salam jumaat..
hari ni hari jumaat pertama yang kita semua lalui tuk tahun 2012 ni kan..
mudah-mudahan dipermudahkan semuanya..
mudah-mudahan mendapat keberkatan..
(macam ustazah pula) :-P


ohhh..sempena hari ni hari jumaat..esok sabtu kan..sabtu minggu pertama..
so bila tiba sabtu minggu pertamakan, kita cutiiii..
waaa..bestnya cutii..mana ada cuti x bestkan..


ntah napa sekarang ni bila kat tempat kerja, rasa syok nak cuti..bila cuti, sibuk nak kerja..
penyakit apa yang dah hinggap kat cik mimie ni eh?  :-P
gedikss..haha


ok-ok..so dengan ini sy akan bagitahu, sy akan bercuti selama 3hari..
kenapa 3hari?..sebab isnin pun kena cuti..emergency..sebab mak abah hantar adik g smbung bljar kat melaka..
so, kkak dia yang cute ni kena jaga umah..dan atas sebab tertentu terpaksa berkorban masa tuk cuti..hehe (padahal suka) hehe


kena jadi surirumah sementara jap..tapii..kerja bawak balik juga..buat kat umah..
hehe..


so..sekian untuk pengisytiharan perCUTIan sy ini..hehe
gedikss sngt..  :-P

Khamis, 5 Januari 2012

cOklat Oh cOklat

assalamualaikum..


slamat pagi.. ^_^


waa..ceria la sngt cik mimie ni kan pepagi..haha..sengal jap..
pagi ni ada bos ppuan ni datang..
hari tu patutnya sy ngan dia sama-sama pergi seminar kat langkawi tu..tapi sy tolak..hehe
tolak tuah ke apa nih? hehe


so, hari tu dia pergi la berdua ngan hsbnd dia..gnti kan tempat sy..
then dia cakap nanti nak beli kan coklat sikit tuk sy..
sy xla harap pape pun..tapi kalau orang bagi, kena la ambik kan..
xbaik tolak rezki dari Allah..


so, pagi ni dapat la sikit coklat dari sana..buah tangan dari langkawi...hehe
walaupun xseberapa, i likeee...heee
sebab tengah dok fikir2 nak cari coklat..





dalam ada coklat tu, ada juga la sebotol minyak gamat dari sana..hehe




erm..patutlah tapak tangan belah kanan ni asik gatal je..
rupanya ada rezki yang datang..
syukur alhmdulillah.. :-)

Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

assalamualaikum..

selamat pagi sume...kepada adik-adik yang masuk sekolah hari, selamat kembali ke sekolah ye..
blajar lek lok tau..

waa..bestnya kenang balik kenangan masa sekolah dulu..nak-nak pula kisah masa masuk darjah 1..alahai..cute je time tu kan..hehe..
ingat lagi abah hantar sampai dalam kelas..sy dapat kelas 1 Orkid.. 
la hai..sebab tu ke sy suka Orkid~mimie Orkid..
haha..klkar..ada sejarah rupanya.. :-P

kebetulan atau suratan nih??haha

time tu sy xnangis ok..sebab semangat punya pasal..haha
time tu pelik sebab abah x balik2 lagi..rupanya nak kena bayar yuran sume tu..
masa tu ckgu kelas ckgu perempuan..kalau x silap nama dia cikgu hasmah kut..yang ingat dia ada gg emas..hihi..

ckgu tu baik je..xmara-mara pn..

masuk darjah 2 pula, dapat kelas 2 mawar..dapat ckgu kelas ppuan juga..tapi garang..nama dia ckgu rokiah..dia ni kalau bab garang nya nak tahu tang mana?
kalau dia nak denda pelajar kan, dia suka cubit tang perut..sakit tu jangan kata la.perit woo..

hehe..tu yang ingat sampai sekarang..(sebab pernah kena) hihi

masuk darjah 3, duk kelas 3 cempaka kut..lupa la..sebabnya duk sana dalam 5bulan je..pastu kena pindah ipoh..so, stay la kat ipoh sampai nak kawin ni..haha  :-P

tu la sedikit sebanyak kisah sy masa sek.keb.kmpng melayu kluang, johor ..

rindu sangat nak pergi sana..tapi xtahu la bila ada pluang tu..mungkin after maried kut..itu pun kalau berkesempatan.. ^_^



Ahad, 1 Januari 2012

01 Jan 2012

assalamualaikum..


selamat tahun baru 2012 kepada semua..
cepat je kan masa berlalu..cepat je kita tinggalkan tahun 2011..
bertambah lagi la umur kita ..


syukur alhamdulillah juga sebab hubungan sy dgn incik abng sy menjangkau 5thun..
macam-macam dugaan dah lalui..


moga hubungan kami akan kekal abadi buat selamanya..
amin..
doakan juga tuk sy ye.. :-)