Syukur Ya Allah

Friday 28 December 2012

assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah Ya Allah.. Kerana memakbulkan doaku.. Dan mungkin juga doa ibubapaku..Kerana murahkan rezeki kami sekeluarga.. Kerana hikmah yang sangat besar Engkau telah beri..

Harini adik dapat surat..Kena laporkan diri di PUSASDA.. Pusat Latihan Asas Tentera Darat.. Port Dickson.. Dan Rezeki dari Allah juga dia terpilih untuk menyertai pasukan tersebut.. Ya Allah, hanya syukur dan airmata yang mampu diucapkan.. mungkin sebab tak sangka ada juga rezeki untuknya..

Sebelum ni dah banyak kali sangat adik pergi ujian percubaan.. dan dah beberapa kali juga dia gagal.. kali ni Allah beri rezeki itu.. saya selalu kata padanya.. "tak semestinya juga kita mempunyai keputusan yang tidak berapa baik, kita tak layak untuk semua ni.. tak semestinya juga otak kita pandai dalam pelajaran, kita kuat untuk menjalani latihan seberat ni kan"..

Alhamdulilah ya Allah.. mungkin peransang juga untuk adik kan.. tapi sy pula yang touching lebih!.. sebab? saya tersangat berharap ada di antara adik saya akan bertugas sebagai seorang tentera.. eh cik mimie, tak cukup ke bakal husbnd kerja tentera??
hehehe

sebenarnya saya dibesarkan dalam keluarga tentera..ayah tentera..pakcik 2 orang kut tentera.. abang sedara pun bape orang tentera.. la ni bakal en.suami pun mesti la nak tentera kan.. baru la ngam.. :p

lagipun sy kesian dengan adik sy..walaupun kami ni tidak la terlalu cerdik pndai, tak dapat result bagus, tak semestinya kita tak boleh dapat kerja yang baik kan? betul tak? adik sy tu kalau kerja bersungguh-sungguh.. kadang ambik OT.. so, tentu la saya berharap dia boleh dapat kerja yang baik..

mudah-mudahan Allah bermudahkan adik sy selama dia menjalani latihan tersebut.. dan berharap dia punyai ketahanan mental & fizikal yang tinggi.. insyaAllah..

doakan yang terbaik juga ye buat adik sy.. buat keluarga kami.. :)


*syukur alhamdulillah juga sebab esok kami akan luangkan masa bersama di family day anjuran tempat kerja abah..dimana?? tunggu dah balik baru saya cerita ye*  :)

6 comments

  1. alhamdulillah...Allah uji adik mimie bila dia gagal dulu.lepas tu,Dia beri balik bila hambaNya tahan ujian & sabar...tahniah :)

    psst~harap didiey juga bersabar & Allah akan beri didiey rezeki lepas ni :) insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. waa..tahniah...alhamdulillah rezeki. betul tu akak..saya pun touching baca entry akak..pandai itu memang satu kelebihan tapi, kalau kita yang kurang ni yang penting adalah usaha..Tak pandai, tak semestinya tak boleh berjaya. Allah itu Maha Adil dan Pemurah..Syukur alhamdulillah.. semua keluarga akak tentera ye..wah..hebat. Patutlah adik akak pun minat tentera.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah., wahh., best nyaa., semuaa tentera., hehe kalau lissa., family banyak keturunan-keturunan medic.. hehe

    ReplyDelete
  4. didiey :
    -betul tu didiey..mungkin ni salah 1 hikmah juga knpa kita kena postpone kawin kan..
    insyaAllah..didiey pun harus kuat & tabah tau.. :)

    nurul aini :
    -betul tu dik..semuanya datang dari usahakan..akk sllu bg peransang cmtu kat dia.. family akk mmng minat tntera.. :)
    sebab tu akk pun gtal ngn hsbd tntera.. :p

    melissa :
    -oo..akk medic macam takde je..hehehe

    ReplyDelete
  5. tahniah utk adk mimie..senyum sampai telinga eh..:)

    ReplyDelete
  6. cik zaniff :
    -tima kasih eja.. :) alhamdullilah..rezeki untuk dia.. :)

    ReplyDelete